RELA TERPAKSA

March 11, 2022

Suatu situasi dimana suka atau tidak suka perkara tersebut tetap berlaku. Itulah Rela Terpaksa namanya. Yang lebih bersopan ianya disebut Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju. Inilah yang sedang berlaku di Negeri Johor. Dewan Undangan Negeri yang jauh lagi mencapai tempoh matang telah dibubar untuk meraih mandat yang lebih besar kononnya.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa PRN Johor pada 12.03.2022 ini adalah untuk mencari indikator bagaimana hendak berdepan dengan PRU ke 15 nanti. Melalui PRN d Johor ini akan terzahirlah hasrat para pengundi terhadap mereka-mereka yang menawar diri untuk berkuasa. Pertama, sejauh mana meluatnya orang terhadap amalan rasuah dikalangan pemimpin politik. Jika rakyat tidak merasakan gejala tersebut boleh menggugat kehidupan mereka maka tujuan mengadakan PRN ini telah mencapai matlamat nya.

Kedua, melalui Pilihanraya ini juga akan dapat dilihat bagaimana orang-orang muda mencatur kehendak dan harapan mereka terhadap Parti-parti yang menawarkan diri. Jika status quo juga keputusannya maka ia bermakna golongan muda masih belum bersedia menyertai kegiatan politik nasional. Dengan yang demikian phenomena kuasa orang muda dalam menentukan halatuju masa depan politik adalah meleset.

Analisis umum Blog ini tentang keputuan Pilihanraya Negeri Johor terbahagi kepada dua. Yang pertama setiap Parti yang bertanding nampaknya berjaya menyusuri hati nurani rakyat dimana dijangkakan para pembangkang akan ada inroad di Negeri Johor. Kedua, andainya BN tidak berjaya mendapat share yang jauh lebih besar dari apa yang mereka peroleh sebelum ini itu bererti PRU ke 15 adalah satu malapetaka.

Kepada Bangsa Johor, indikator masa depan negara baton nya ditangan tuan-tuan dan puan-puan.


BERI HARAPAN BENAR-BENAR BERMAKNA

January 22, 2018

Setakat ini apa harapan yang telah diberi. Rasanya apa yang dilaung-laungkan saban hari hanya mencemuh mereka yang sedang berkuasa sahaja. Apakah rakyat secara umumnya akan membuta tuli menolak BN pada PRU ke 14 nanti? Yang pasti jasa yang telah dinikmati perlu dikenang. Taburan janji semata-mata tidak mungkin dapat direalisasi.

Menukar kerajaan bukanlah semudah menukar lampin “pakai buang”. Persoalan yang sedang berlegar adalah kuasa. Benar, rakyat berkuasa penoh dalam memileh kerajaan. Silap pilih – kuasa akan makan diri. Dah tak lama musim memileh buat rakyat Malaysia. Ia mungkin esok, lusa atau tulat. Yang pasti ia didalam tahun 2018 ini juga.

Kepada cerdik pandai kuasa politik adalah harta untuk memastikan kesinambungan generasi mendatang. Jangan kita dipersalahkan nanti apabila kuasa berada dalam tangan mereka yang obses kepada kuasa semata. Ukuran untuk diberikan kuasa bukan semata-mata berdasarkan kepakaran dan pengalaman pemimpin tertentu sahaja. Kejujuran penerima kuasa perlu dapat dilihat dan dihayati.Jika kita silap memileh akibatnya bukanlah sedikit. Ianya tidak mungkin dapat diubah walaupun didalam beberapa pilihanraya lagi.


BARISAN NASIONAL SUDAH MULA TIDAK YAKIN

March 6, 2011

Secara  luar  biasa  Mingguan  Malaysia  diruangan  Fokus Khas terhadap  Pilihanraya  Kecil  yang   berlangsung  hari  ini  melontarkan  tajuk   MERLIMAU, KERDAU MILIK SIAPA? Ia  menjadi   luar  biasa  kerana  sebelum  ini  tajuk-tajuk  berita  yang  keluar  pada  pagi  hari  mengundi  adalah  seperti  Barisan   Pasti  Kekal  Kerusi,   Kali  Ini  Majoriti   Akan Lebih  Besar,  Pengundi  Atas  Pagar  Sudah  Mula  Buka  Mata dan  sebagainya.

lebih  mengejutkan  kenyataan  tersebut  keluar setelah  calun  BN   dikedua-dua   DUN    tersebut  turun   hingga  keKebun-Kebun  Getah  menagih  undi.  Disamping  itu   mengikut  beberapa  maklumat   special  appearance  oleh   Umi Hafilda   juga   telah   dapat  mengurangkan   jumlah  kehadiran  Ceramah-ceramah  Pakatan  Rakyat.

Sesungguhnya  rakyat  sudah  mula sedar  akan  hak  mereka   sebagai   rakyat  yang  menentukan  kerajaan.     Apa-apa perkhidmatan  daripada  jabatan-jabatan  kerajaan       didalam  tempoh  berkempen    tidak   memberi   apa-apa  kelebihan  kepada  mereka.                    Ia   lebih  merupakan   kerja-kerja   tertangguh   yang   telah   diabaikan  sekian  lama.              Cuma  ia  dijadikan  keutamaan  kerana  berlakunya  kekosongan  kerusi  ditempat  itu.               Jika  tidak  ada  Pilihanraya  Kecil  jangan  mimpi  mendapat   priority.

Segala  macam  maklumat  telah  disampaikan.  Segala  bantuan  juga  sudah  dihulurkan.  Dan     segala  janji-janji  juga  telah  disenaraikan.  Terpulanglah  kepada  kebijaksanaan  masyarakat  diMerlimau, Melaka  dan  diKerdau, Pahang  membuat  keputusan.

Bagi  Pakatan  Rakyat  kedua-dua  Pilihanraya  Kecil  ini  bolehlah  dianggap  sebagai  medan  latihan   bagi  mengetatkan  skru-skru  yang  longgar  dan   wake-up  call   sebelum   bertandang   keSerawak.

Kepada  petugas-petugas  SPR  diucapkan  selamat  bertugas  dan  terima  kasih.   Kepada   para  pengundi  yang  mempunyai  kuasa  hari  ini  diucapkan  selamat  mengundi.


SEJAK BILA JIKA HENDAK AKTIF NGO KENA KELUAR PARTI

February 28, 2011

Berita  tentang  250  orang  dari  Cabang  Lembah  Pantai  keluar  PKR  kerana  mahu  aktif  dalam  aktiviti  NGO amatlah  memalukan.   Mereka  ini  duduk  ditengah-tengah  Bandaraya  tetapi  tidak  tahu  membezakan   diantara  Parti  Politik  dengan  Badan  Bukan  Kerajaan  sampai  kena  keluar  parti  untuk  menyertai  NGO.  Nasib  baik  mereka  dari  PKR.  Jikalau  dari  UMNO   bukankah  mereka  bertanggungjawab  mengaibkan  parti  gergasi  itu  dimata  dunia.

Jika  dengan  pengumuman  tersebut  mereka  rasa  mereka  telah  berjaya  melemahkan  PKR,   sukalah  saya   dengan  ikhlas menghulurkan  simpati.    Janganlah  diulangi  lagi  cara  yang    salah  ini.  Sebenarnya  sesiapapun  boleh  menyertai  beberapa  banyak  NGO  tanpa  perlu  keluar  sebagai  ahli  parti  politik.

Dipihak  Parti  Keadilan  Rakyat  (KEADILAN)  saya  percaya  keluarnya  kumpulan  250  tersebut  telah  banyak  membantu   memantapkan  parti.  Setidak-tidaknya  yang   masih    berada  didalam  parti  adalah   terdiri  daripada  mereka  yang  bijak-bijak  sahaja.

Saya  turut  percaya   kepada  lapuran-lapuran  media  (akbar saluran perdana)  yang   setiap   hari  ada  sahaja  ahli  PKR  yang  keluar  parti.   Sebagai  contoh  diIpoh  Barat  seingat  saya   sudah  berpuloh-puloh  ribu  ahli  keluar  parti  dan  beberapa  sidang  akhbar  yang  diadakan    juga  telah  mendapat  liputan  yang  meluas.  Namun   saya   perhatikan   masih   ramai  ahli    dari  kalangan  dewasa,  wanita  dan  Angkatan  Muda  berdaftar  diCabang  tersebut.

Pimpinan  Pusat       haruslah  memikirkan  untuk  memberikan  Anugerah  Khas kepada  Cabang  Ipoh   Barat  kerana  sentiasa  dapat   mengekalkan  sejumlah  ahli  yang  ramai  walaupun   berlaku  keluar  beramai-ramai.   Setidak-tidaknya   salah  satu  kerusi  DUN  dalam   Parlimen  Ipoh  Barat  hendaklah  diwakili  oleh  ahli  yang  berkaliber  dari  Parti  Keadilan   Rakyat.

Secara  umumnya  ahli-ahli  PKR  keluar  parti    adalah  terpencil  dan  dibandar-bandar  besar    sahaja.  Alasan   khusus yang   dapat   dilihat   dibandar  tidak   ada   pokok   getah  dan  sebagai   memberi  compliment   sempena  pilihanraya-pilihanraya  kecil  diMerlimau  dan  Kerdau  hujung  minggu  ini.    Lazimnya jika  tidak  ada  ahli-ahli  PKR  keluar  parti  pada  musim  PRK ,     ia    seumpama    tidak  cukup  syarat.


ISU SEBENAR SENGAJA DISOROK

April 21, 2010

Tempoh  berkempen  hanya  tinggal  tiga  hari  sahaja  lagi.   Isu  sebenar  yang  sepatutnya  dijawab  oleh  Barisan  Nasional  masih  belum  mahu  ditangani.     Isu  Yayasan  Basmi  Kemiskinan  ( YBK ) yang    menerima  anugerah  tanah  seluas  1,977.428  ekar  dari   Kerajaan  Negeri  yang  dulu  tetapi  hanya  dikuasai  oleh  individu  tertentu  sahaja  sama  sekali  enggan  dijawab  oleh  Kerajaan  Barisan  Nasional.    Mengenai  skandal  rasuah  berbillion  ringgit   dalam  pembelian  kapal  selam  Scorpene  juga  tidak  diambil  pusing   sedangkan   ada   pihak  yang  prihatin  diNegara  Perancis  sudahpun  memulakan  tindakan  dengan   mengemukakan  permohonan  kepada  Pendakwaraya  supaya  antara  lainnya  menyiasat  pembayaran  komisyen RM540 juta  kepada  sebuah  syarikat milik  rakyat  negara  Malaysia.   Isu  APCO  juga   tidak  dijawab  dan  ini  adalah  satu-satunya  Isu  yang  sangat-sangat  memeningkan  kepala  pimpinan  BN.

Jadi  untuk  mengalihkan  kesemua  Isu  diatas,  pihak  BN   terpaksa  melancarkan  serangan  peribadi  terhadap  calun  Pakatan  Rakyat.   Walaupun  cara  yang  demikian  dilihat  sebagai  tidak  bermoral   tetapi  sebenarnya  itu  sahaja  yang  mereka  ada.  Perkara-perkara  yang  mereka  bangkitkan  kesemuanya  tidak   langsung   terbabit  dengan  kesejahteraan  negara.  Rakyat  diHulu  Selangor  diberitahu  yang  calun  Pakatan  pernah  minum  arak,  suka  bersukan  kuda  dan  memiliki  seekor  kuda.   Mereka  meminta  pengundi  P.094  menghukum  Parti  Keadilan  Rakyat  kerana  meletakkan  calun  yang  memiliki  seekor  kuda  lumba.

Dari  beberapa  analisa  pengundi  Hulu  Selangor  tidak  akan  terpengaruh  dengan  tuduhan  liar  yang  dibuat  oleh  BN  terhadap  PR.    Selama  50  tahun  lebih  mandat  diberikan  kepada  BN  tetapi  masyarakat  diHulu  Selangor  tidak  juga  maju-maju.  Mulai  tahun  2008  para  pengundi  sudah  mula  matang.  Mereka  memilih   Parti  yang  benar-benar  mahu  membela  nasib  dan  masa  depan  yang  gemilang.   Mereka  membuat  perubahan  dengan  memilih  seorang  Wakil  rakyat  dari  Parti  Keadilan  Rakyat.    Kematian  adalah  satu  takdir  dan  tempoh  dua  tahun  yang  telah  mereka  lalui  bersama  Pakatan  Rakyat  masih  terlalu  awal  untuk  dinilai.    Mereka  memerlukan  seseorang  yang  lantang  bersuara  diParlimen  bagi  mempejuangkan  hak   dan   bukan   seseorang   yang   hanya   akan    bertindak  sebagai  penyokong  sahaja.


DUN KOTA SIPUTEH : MENGAPA SAMPAI TERPAKSA KENA MERAYU

November 26, 2009

Kerusi  DUN  N. 3  Kota  Siputeh  diistihar  oleh  Mahkamah  sebagai  Kosong  pada  16 November  2009.     ADUN  terakhir  ialah  Datuk  Abu  Hassan Sarif  dan  beliau  bukanlah  orang  baru  sebagai  ADUN.     Tidak  ada  alasan  untuk    beliau  tidak  tahu  adanya  Peruntukan Undang-Undang mengenai  kehadiran  Ahli  Dewan   yang  terkandung  dalam  Undang-Undang  Tubuh  Negeri  Kedah.  Beliau  adalah  seorang  Penggubal  Undang-Undang  diDewan  Undangan  Negeri   itu  sendiri.  Tambahan  pula  beliau  mewakili  sebuah  Parti  yang   sangat   ternama  dan established.

Sebagai  rakyat  biasapun  sekiranya  menghadapi  pendakwaan/pertuduhan  diMahkamah  kita    sama  sekali  tidak  boleh  memberikan    alasan  tidak  tahu Undang-Undang   terhadap  Kes  yang  didakwa.    Setiap   kita  wajib    mengambil  tahu   perkara  yang  bersangkut  paut  dengan  Undang-Undang.  Lagipun  tidak  ada  sesiapapun   Above The  Law.

Begitu  jugalah  dalam  Kes   ADUN  Kota  Siputeh  ini.    Beliau  sepatutnya   akur  kepada  keputusan  Mahkamah   dan  beri  peluang  kepada  orang  lain  yang   mampu   memberi   sepenuh   komitmen   terhadap  tanggungjawab  serta   sentiasa  bersedia  memberikan  perkhidmatan  terbaik   untuk   masyarakatnya.

Memang  betul  ada  avenue dimana  beliau  berhak  mengemukakan  rayuan  terhadap  keputusan  Mahkamah  tersebut.  Itu  adalah  hak  mutlak  peribadi  beliau.    Dimana  pula  keadilan  untuk     para  pengundi?     Mengapa   mereka  perlu  menunggu    satu  tempoh  yang  ta`  dapat  dijangka    untuk   Kerusi  tersebut  berpenghuni  kembali.   Jika  tidak  ada   sebarang  rayuan   sudah  pasti   selewat-lewatnya  dalam  tempoh  2  bulan   sahaja  penduduk  Kota  Siputeh  akan  menerima  Y.B.  baru.

Setiap  yang  merayu  mempunyai  alasan   tersendiri.    Ada  yang  mengatakan  Pilihanraya  Kecil  jika  diadakan   akan    merugikan  rakyat   juga     kerana    urusan   mengendalikan  satu-satu  Pilihanraya  itu   memerlukan   satu  perbelanjaan  yang  sangat   besar.      Tidak  dinafikan  kebenaran  kata-kata  itu.   Berbalik  kepada  peristiwa    bagaimana    boleh  berlakunya  kekosongan,    bukankah   ianya  akibat  dari   sikap  yang  tidak  bertanggungjawab  seseorang.    Apakah   perbuatan  ini    tidak  merugikan  rakyat?

Amalan  demokrasi  sangat  segar  dalam  negara  ini.   Setiap  orang  mempunyai  hak  dalam  Undang-Undang  dan  ini  termasuklah  kelebihan  untuk  membuat  rayuan   hingga  keperingkat  paling   Atas  (Mahkamah  Agong).  Jika  perkara-perkara  kecil  seperti  wajib  kehadiran ini   dipatuhi    masa-masa  yang  berharga  dapat  diselamatkan  daripada  ia  dihabiskan  semata-mata   untuk   naik   turun   Mahkamah.


PERKATAAN POPULAR MINGGU INI DIBAGAN PINANG

October 9, 2009

Melihat  kepada   Format  rancangan  hiburan   TV    “Lagu  Popular  Minggu  Ini”  atau  mudah  disebut    “LPMI”   sahaja,     terpanggil    saya    untuk menerbitkan  satu  Rancangan  Khas  yang  dinamakan  “Perkataan  Popular  Minggu  Ini”   bila  disingkatkan  ia   disebut  “PPMI”.      Satu  Rancangan    yang  pada  mulanya  hanya   untuk   “personal collection”    saja   tetapi  memandangkan  ianya   ada  nilai  komersial   maka   pelayar   Blog    ini   bolehlah  menikmatinya  bersama.

Rakaman  rancangan  “PPMI”  yang  dimaksudkan   berlaku  diBagan  Pinang  dan   berjalan  selama  seminggu.    Survey  dan  “Poll”  dibuat  dimerata-rata  tempat,  tidak  kira  dilobi-lobi  Hotel  tepi  pantai,   gerai-gerai  tepi  laut  dan   ditapak-tapak  orang  berkumpul  mendengar  ceramah.

Banyak  sekali  perkataan-perkataan  yang  terpacul  dari   mulut  orang  politik  sewaktu   “survey”   dijalankan.   Diantara  perkataan-perkataan   yang  sering  didengar  termasuklah   Dulu,  Kini  dan  Selamanya; Sokong  Islam Anda  Selamat; Politik Wang   Bukan  Rasuah; Baru Setahun Bina  Mengapa Runtuh; dan  berbagai  lagi.    Keputusan  “Poll”  tetap  memilih  perkataan  “AKAN”.

Perkataan  “AKAN” menjadi  sangat  popular  kerana  ia    penyambung  kepada  janji-janji  yang  dilemparkan  oleh  orang-orang  yang   memiliki  “kuasa  memberi”.    Para  pekerja  ladang  Sime  Darby  (contohnya)  yang  menunggu  pengumuman  Menteri   berkaitan  dengan  tuntutan  kenaikan  gaji  tentu  sudah  berpuashati  kerana  berita  yang  baru  diterima  mengatakan   pihak   Pengurusan  Ladang akan memberikan  pertimbangan.     Lain-lain  kemudahan  ditempat  tinggal  juga akan diperbaiki.

Bagi  masyarakat  pelajar,  ini  berita  baik   –   Untuk   menampung   kesesakan  yang  sedang   dialami   beberapa  bilek   darjah   tambahan akan dibina.  Projek    menaik taraf   sebuah   Tokong   juga   akan dilaksanakan.   Seperti  semua  sudah  sedia  maklum  bukankah  UMNO/BN  tidak  kalah diBagan  Pinang  semasa  PRU 12  tempoh  hari.   Mengapa  sampai  kehari  inipun  perkara-perkara  yang  disebut  diatas  masih  bertaraf  “AKAN“?

Perkataan akan ini  sentiasa  mendahului  Carta.    Baik  diKuala  Trengganu,  Bukit  Gantang,  Bukit  Selambau, Manik  Urai  mahupun  diPermatang  Pasir.     Kepada   para   pengundi   diBagan  Pinang   berjanjilah  yang  sdra/sdri   akan turun  padang   menunaikan  tanggungjawab    pada  hari  Ahad  ini.


PENGUNDI POS TENTUKAN PEMENANG

October 7, 2009

Berbanding  dengan  kawasan-kawasan  lain    keputusan  Pilihanraya  Kecil  yang  terletak  didalam   lingkungan   Bandar  Tentera  Darat   ini   sudah  pasti   bakal  ditentukan  oleh   pengundi-pengundi  pos.    Suruhanjaya  Pilihanraya  Malaysia  telah  menetapkan   dua  hari  iaitu  pada  8hb.  dan  9hb.  Oktober,   2009  bagi   masyarakat  tentera  dan   mereka-mereka   (pengundi)    yang bertugas  mengendali  pilihanraya  kecil  Bagan  Pinang    membuang  undi.

Kita  semua  faham   sebilangan  besar  pengundi  pos   tidak  berpeluang   menilai   calun   PAS  kerana   kempen-kempen  dalam  pilihanraya  ini  tidak  dibenar  (kawasan larangan)   didalam  Kem Tentera.    Bagi  Menteri-Menteri  lainlah,   walaupun   mereka  hadir  dalam  acara-acara  resmi  didalam  kawasan  tentera   atas    kapasiti  jawatan  kabinet  mereka  juga  adalah  pemimpin-pemimpin  UMNO.  Calun  merekapun  berpeluang  juga  menunjuk  muka  semasa  mengiringi  Pak-Pak  Menteri  tersebut.

Satu-satunya  ruang   yang  ada  untuk    Pakatan  Rakyat  berinteraksi  hanyalah  melalui  Internet  seperti  Blog  dan  SMS  sahaja.  Itupun  bukan  semua  pengundi  pos  ada    “access”.    Walapun  tidak  berpeluang  mendengar  ceramah,  tidak  dibekal  “hand-bill”  dan  risalah  serta  tidak  juga dirayu   dari  rumah  kerumah   kita  percaya   Pengundi  dizaman  serba  canggih  ini  sudah  dapat  menilai  apa  yang  terbaik  untuk  rakyat.

Penulis  mengucapkan  selamat  MENGUNDI  DULU    kepada  Pengundi-Pengundi   Pos  diDUN  Bagan  Pinang.   Jangan  sia-siakan   kuasa  yang  ada  ditangan  tuan-tuan  dan  puan-puan  itu.

Akhir  sekali  oleh  kerana  Pilihanraya  ini  berlaku  diNegeri  Sembilan  saya  tidak  mahu  ketinggalan  dalam   berpantun:

BANDAR TENTERA DARAT  TERLETAK  DIPORT DICKSON

TENTERA  LAUT PULA  BERADA  DI LUMUT

PARA PENGUNDI  POS JANGANLAH  RUNGSING

BUAT  PILIHAN  TEPAT JANGAN ADA RASA TAKUT


DAILOG DALAM FILEM : Get Down To Business BUKAN Mulalah Berniaga

April 14, 2009

Tentu  ramai  yang  terbahak-bahak  disebabkan  terlebih  ketawa  apabila   membaca   tajuk  posting    kali  ini.   Ta`  kisah  itu  semua,      kalau  nak  ketawa,   silakan  dan  kalau  nak  perlecehpun   tidak  di-     halang.

Sekadar  hendak  berkongsi  pengalaman   sewaktu   saya  menonton  sebuah   filem  Inggeris   disekitar  tahun   tujuh pulohan.   Ia  berkisar  dari  satu Scene  dimana    sepasang  pengantin  baru   sudahpun  sah   sebagai  suami isteri  selama  tiga  bulan  tetapi  masih  ta`  ada  apapun  yang  berlaku.  Siisteri  sudah  tidak  boleh  bersabar  lagi  lantas  mengadu  ia  kepada  ibu  mertuanya  yang  suaminya  masuk  bilek   terus  berdengkor  saja.

Si Ibu  Mertua   yang  prihatin  dengan   masaalah  tersebut   segera  melontarkan  satu  idea   kepada  suaminya (bapa mertua  perempuan  itu)  supaya   memberikan  tunjukajar  yang  sesuai  kepada  anak  mereka.  Pada  suatu  malam   Sibapa   yang  melihat  anaknya  terlalu  asyik  menonton  TV  lantas   menarik  tangan  anaknya  dan  megheret  hingga   kemuka  pintu  bilek   tidur  anaknya.   Sambil            dia   menolak  itu  dia  berkata  sesuatu  kepada  anaknya.  Dailognya  adalah  seperti  berikut:   “Get  Down  To  Business”   dan    perkataan-  perkataan   yang   keluar   sebagai    sarikata  (subtitle)    ialah           “Mulalah  Berniaga”.

Jadi  moral  cerita  ini  sebenarnya  ada  kaitan  dengan  hasrat   Datuk  Seri  Najib  supaya    semua  orang  dalam  pasukannya   jangan  berlengah  lagi,  turun  padang    meninjau   keperluan  rakyat.  Sebaliknya   ada  yang   tidak  faham  message  Perdana  Menteri.    Lihat   saja    telatah  terbahru  MIC  tentang   pengagihan  Kerusi  Kabinet.  Mereka  tidak  puashati  kerana   tidak  diberi  Jawatan  Kanan dalam  Kabinet  seperti   Kementerian  Kerjaraya    dan   tidak  ada  pertambahan   jawatan.   Mereka  juga  mempertikaikan  mengapa   Parti  Gerakan  mendapat  tambahan  jawatan  Menteri.  Ada  ura-ura   MIC  hendak    keluar  kerajaan.  Semua  ini  bergantung  kepada  keputusan  majlis  CWC  yang  akan  bermesyuarat  pada  hari  Khamis.

Pemimpin   MIC   secara    terang-terang    mahu  bertemu  Perdana  Menteri  dahulu  untuk  menyelesaikan   masaalah  jawatan  sebelum  betul-betul    bersedia   untuk  melaksanakan     Agenda    “Rakyat  Didahulukan”.   Sedangkan   umum  mengetahui  yang  P.M.  telah    melantik  kesemua  nama-nama  yang   ketua  mereka   hantarkan.

Kesimpulan  kepada  senario  ini  ialah   masih   ada    Anggota   Kerajaan  yang  tidak  faham  hasrat  pucuk  pimpinan.  Dan   jelas  sekali  yang  mereka   “masih  belum  mula  berniaga”.


PADA UJIAN PERTAMAPUN DIA SUDAH GAGAL

April 13, 2009

Didalam   pertandingan  dua  penjuru  beliau  menang  dengan  majoriti  besar.   Sebaik  sahaja  keputusan  diumumkan  dengan  resminya  beliau  kini  orang    No. 2  dalam  Parti  Politik  yang  terbesar  dalam negara.     Pemimpin  yang  dimaksudkan  ialah  Tan  Sri  Muhyiddin  Yassin.   Diatas    kapasitinya   sebagai    Timbalan Presiden  UMNO   beliau  dipertanggungjawab   sebagai  Pengarah  ketiga-tiga  Pilihanraya  Kecil  yang  diadakan   serentak.

Bagi  Kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang  beliau  dilihat   sangat  ber-    ketrampilan  mengiringi  calun  BN  kePusat Penamaan   diDewan  Majlis  Perbandaran  Taiping.   Disini  juga   beliau    dilapurkan  berkata    cabaran  besar   BN  ialah  memperjelaskan   kepada  pengundi  bahawa   perkara  ambilalih  Kerajaan  Negeri  Perak  daripada  Pakatan  Rakyat  adalah  “legitimate”  dan  dilakukan  demi  kepentingan  rakyat.

Pada  7  April 2009   Majoriti  Pengundi  diParlimen  Bukit  Gantang  memberikan  kemenangan  kepada   Datuk  Seri  Nizar.  Jadi   lazimnya    pihak  yang  tewas   harus  akur  dengan  kehendak  rakyat.  Mereka  perlu  menerima  hakikat  bahawa   rakyat  terbanyak  tetap  mengatakan   peristiwa   rampasan  diNegeri  Perak  itu  sebagai    sesuatu  yang  sangat  jijik.

Selang  beberapa  hari  berlakulah  pula   “rumah  siap  pahat  berbunyi”.   Sewaktu  diinterview  oleh  Mingguan  Malaysia,  Pengarah  Pilihanraya  yang  sama   menjawab  soalan  dengan   berkata  pengundi  Cina  tidak  berterima  kasih.  Walaupun   telah  disediakan  peruntakan  yang  besar  kepada  mereka  dan  segala   bantuan  bagi  sekolah-sekolah  Cina   yang  dipinta   BN  lunaskan  mereka  tetap  tidak  berubah.

Soalannya  mereka  nak  ubah  apa  lagi.   Mereka  telah  tetapkan   tekad  untuk  berubah  berkuatkuasa   pada   PRU  12   dan  telahpun  mereka   sempurnakan.  Pihak  Barisan  Nasional  tentu  sudah  sedar  perkara    ini  berlaku  disebabkan   pengabaian   yang    telah  mereka sengajakan.   Walaupun   negara  telah  mencapai  kemerdekaan  lebih  50  tahun  kehidupan   rakyat  setempat   tetap  sama   iaitu  sayu  dan  sepi.

Apa  yang   BN  patut  lakukan  sekarang  teruskanlah  projek-projek  “Mee  Segera”  yang  telah  tertangguh  disebabkan  Pilihanraya  Kecil   tersebut.  Jika  terus  didiamkan  nanti  ada  pula   Kontraktor  yang  gulong  tikar.    Analisa  ringkas  kekalahan  BN  diBukit  Gantang  adalah   ibarat: Booking   tiket  bas express  untuk  bertolak  pada  7.00pagi   tetapi  datang  pada  jam  7.30pagi  dengan  harapan   Bas Ikut  Time  Melayu (bukan melayu sekarang).  Nak  minta  balik   duit   tambang  tidak ke  takut  buruk  siku?