PENGUNDI POS TENTUKAN PEMENANG

October 7, 2009

Berbanding  dengan  kawasan-kawasan  lain    keputusan  Pilihanraya  Kecil  yang  terletak  didalam   lingkungan   Bandar  Tentera  Darat   ini   sudah  pasti   bakal  ditentukan  oleh   pengundi-pengundi  pos.    Suruhanjaya  Pilihanraya  Malaysia  telah  menetapkan   dua  hari  iaitu  pada  8hb.  dan  9hb.  Oktober,   2009  bagi   masyarakat  tentera  dan   mereka-mereka   (pengundi)    yang bertugas  mengendali  pilihanraya  kecil  Bagan  Pinang    membuang  undi.

Kita  semua  faham   sebilangan  besar  pengundi  pos   tidak  berpeluang   menilai   calun   PAS  kerana   kempen-kempen  dalam  pilihanraya  ini  tidak  dibenar  (kawasan larangan)   didalam  Kem Tentera.    Bagi  Menteri-Menteri  lainlah,   walaupun   mereka  hadir  dalam  acara-acara  resmi  didalam  kawasan  tentera   atas    kapasiti  jawatan  kabinet  mereka  juga  adalah  pemimpin-pemimpin  UMNO.  Calun  merekapun  berpeluang  juga  menunjuk  muka  semasa  mengiringi  Pak-Pak  Menteri  tersebut.

Satu-satunya  ruang   yang  ada  untuk    Pakatan  Rakyat  berinteraksi  hanyalah  melalui  Internet  seperti  Blog  dan  SMS  sahaja.  Itupun  bukan  semua  pengundi  pos  ada    “access”.    Walapun  tidak  berpeluang  mendengar  ceramah,  tidak  dibekal  “hand-bill”  dan  risalah  serta  tidak  juga dirayu   dari  rumah  kerumah   kita  percaya   Pengundi  dizaman  serba  canggih  ini  sudah  dapat  menilai  apa  yang  terbaik  untuk  rakyat.

Penulis  mengucapkan  selamat  MENGUNDI  DULU    kepada  Pengundi-Pengundi   Pos  diDUN  Bagan  Pinang.   Jangan  sia-siakan   kuasa  yang  ada  ditangan  tuan-tuan  dan  puan-puan  itu.

Akhir  sekali  oleh  kerana  Pilihanraya  ini  berlaku  diNegeri  Sembilan  saya  tidak  mahu  ketinggalan  dalam   berpantun:

BANDAR TENTERA DARAT  TERLETAK  DIPORT DICKSON

TENTERA  LAUT PULA  BERADA  DI LUMUT

PARA PENGUNDI  POS JANGANLAH  RUNGSING

BUAT  PILIHAN  TEPAT JANGAN ADA RASA TAKUT