SEJAK BILA JIKA HENDAK AKTIF NGO KENA KELUAR PARTI

Berita  tentang  250  orang  dari  Cabang  Lembah  Pantai  keluar  PKR  kerana  mahu  aktif  dalam  aktiviti  NGO amatlah  memalukan.   Mereka  ini  duduk  ditengah-tengah  Bandaraya  tetapi  tidak  tahu  membezakan   diantara  Parti  Politik  dengan  Badan  Bukan  Kerajaan  sampai  kena  keluar  parti  untuk  menyertai  NGO.  Nasib  baik  mereka  dari  PKR.  Jikalau  dari  UMNO   bukankah  mereka  bertanggungjawab  mengaibkan  parti  gergasi  itu  dimata  dunia.

Jika  dengan  pengumuman  tersebut  mereka  rasa  mereka  telah  berjaya  melemahkan  PKR,   sukalah  saya   dengan  ikhlas menghulurkan  simpati.    Janganlah  diulangi  lagi  cara  yang    salah  ini.  Sebenarnya  sesiapapun  boleh  menyertai  beberapa  banyak  NGO  tanpa  perlu  keluar  sebagai  ahli  parti  politik.

Dipihak  Parti  Keadilan  Rakyat  (KEADILAN)  saya  percaya  keluarnya  kumpulan  250  tersebut  telah  banyak  membantu   memantapkan  parti.  Setidak-tidaknya  yang   masih    berada  didalam  parti  adalah   terdiri  daripada  mereka  yang  bijak-bijak  sahaja.

Saya  turut  percaya   kepada  lapuran-lapuran  media  (akbar saluran perdana)  yang   setiap   hari  ada  sahaja  ahli  PKR  yang  keluar  parti.   Sebagai  contoh  diIpoh  Barat  seingat  saya   sudah  berpuloh-puloh  ribu  ahli  keluar  parti  dan  beberapa  sidang  akhbar  yang  diadakan    juga  telah  mendapat  liputan  yang  meluas.  Namun   saya   perhatikan   masih   ramai  ahli    dari  kalangan  dewasa,  wanita  dan  Angkatan  Muda  berdaftar  diCabang  tersebut.

Pimpinan  Pusat       haruslah  memikirkan  untuk  memberikan  Anugerah  Khas kepada  Cabang  Ipoh   Barat  kerana  sentiasa  dapat   mengekalkan  sejumlah  ahli  yang  ramai  walaupun   berlaku  keluar  beramai-ramai.   Setidak-tidaknya   salah  satu  kerusi  DUN  dalam   Parlimen  Ipoh  Barat  hendaklah  diwakili  oleh  ahli  yang  berkaliber  dari  Parti  Keadilan   Rakyat.

Secara  umumnya  ahli-ahli  PKR  keluar  parti    adalah  terpencil  dan  dibandar-bandar  besar    sahaja.  Alasan   khusus yang   dapat   dilihat   dibandar  tidak   ada   pokok   getah  dan  sebagai   memberi  compliment   sempena  pilihanraya-pilihanraya  kecil  diMerlimau  dan  Kerdau  hujung  minggu  ini.    Lazimnya jika  tidak  ada  ahli-ahli  PKR  keluar  parti  pada  musim  PRK ,     ia    seumpama    tidak  cukup  syarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: