Berpatah balik kebelakang penubuhan PKR ( ketika itu namanya Parti keADILan Nasional) dianggotai oleh berbagai lapisan masyarakat. ABIM dan JIM dari Non-Governmental Organisations, bekas YB dan Bekas Pimpinan Bahagian dari UMNO, pegawai-pegawai kerajaan dan pekerja-pekerja bawahan sektor swasta dan seterusnya drebar-drebar teksi beramai-ramai membulatkan muafakat dan tekad mencipta satu perjuangan yang diberi nama Reformasi.
Sejak penubuhannya semua tenaga yang ada digembeling dan wang ringgit ahli juga terkorban. Parti PKN mula memperlihatkan kekuatan dan kian mendapat keyakinan rakyat jelata. Ramai yang sudah mula memahami apa itu Reformasi dan pentingnya diujudkan sebuah Kerajaan yang telus.
Walaupun berbagai masaalah dikalangan pimpinan timbul ianya terus diperkukuh melalui percantuman dengan Parti Rakyat Malaysia pimpinan Syed Husin. Representation PRM dalam Majlis Pimpinan Tertinggi sangat ketara pada pemilihan tahun 2007 diSeremban. Anehnya pada PRU ke 12 kita dengar PRM masih hidup dan didokong oleh ahli-ahlinya yang tidak ikut serta berpindah kePKR.
Lanskap politik Malaysia berubah pada tahun 2008. Parti-Parti dalam Pakatan menang besar manakala Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 diparlimen. Dari tarikh itu Pakatan Rakyat sudah dilihat anytime sahaja akan berada diPutrajaya.
Malang tidak berbau, ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari. One member one vote yang di champion oleh PKR gagal diterjemah. Banyak Cabang merekodkan antara 5 hingga 8 peratus sahaja ahli keluar mengundi. Berbagai andaian diberi sebab-sebab kekurangan tersebut ia termasuk pertembungan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan vs Negeri Sembilan. Dalam erti kata lain Stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh ahli-ahli PKR dari seluruh negara.
Alasan yang diberi ini tidak masuk akal langsung. Yang sebenarnya ada dua kemungkinan sahaja mengapa perkara sebegini terjadi. Yang pertama, kebanyakan ahli sudah jelak melihat pemimpin hanya menumpukan sepenuh masa untuk merebut kuasa. Yang sudah jadi Yang Berhurmat terus berusaha untuk kePenggal berikutnya. Yang tewas pada tahun 2008 pula mahu diberikan sekali lagi peluang. Yang memasang cita-cita untuk menjadi calun pula tersentak bila Anwar kata calun PKR pada PRU ke 13 nanti adalah mereka-mereka yang berumur 20 hingga 30 sahaja.
Yang keduanya boleh jadi banyak nama dalam Buku Daftar ahli hanya tinggal nama sahaja. Pimpinan diCabang pun sama sahaja lagaknya. Bila hendak diadakan pemilihan baru nak cari dimana ahli itu tinggal. Mahu tidak mahu pimpinan tertinggi PKR perlu mengaku akan kelemahan yang dinyatakan ini. Jika masaalah keahlian ini masih tidak diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya – bersedialah duduk tanpa kerusi. Bersabit dengan beberapa lapuran yang mengatakan berlakunya berbagai penyelewengan dalam proses pemilihan adalah lebih baik dibatalkan sahaja cara pemilihan tersebut. Fikirkan satu cara baru yang terbaik untuk memikat hati ahli. Berpatah balik kepada sistem Perwakilan boleh juga dijadikan satu opsen jika ianya terbukti lebih baik.