SEBUTIR BINTANG TELAH KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA

January 10, 2022

Pada 6 Januari 2022 saya dan seluruh peminat sangat bersedih kerana Bintang ( * ) pujaan kami Sidney Poitier telah kembali kepangkuan PenciptaNya. Ketika Sidney menghembuskan nafas terakhir beliau berusia 94 tahun. Mendiang adalah “the 1st black male and Bahamian actor” yang memenangi Academy Award. Beliau juga menerima penghargaan dari Barrack Obama iaitu Presidential Medal sebaik sahaja Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Filem-filem beliau yang sangat berkesan dan memberikan banyak pengajaran ialah To Sir with Love dan Guess Who`s coming to Dinner yang diterbitkan pada tahun 1967. Hingga ke hari ini belum ada seorangpun yang dapat menandingi kehebatan lakunan beliau. Meminjam kata-kata P.Ramlee “Dimanakan ku cari ganti”.