BERI HARAPAN BENAR-BENAR BERMAKNA

January 22, 2018

Setakat ini apa harapan yang telah diberi. Rasanya apa yang dilaung-laungkan saban hari hanya mencemuh mereka yang sedang berkuasa sahaja. Apakah rakyat secara umumnya akan membuta tuli menolak BN pada PRU ke 14 nanti? Yang pasti jasa yang telah dinikmati perlu dikenang. Taburan janji semata-mata tidak mungkin dapat direalisasi.

Menukar kerajaan bukanlah semudah menukar lampin “pakai buang”. Persoalan yang sedang berlegar adalah kuasa. Benar, rakyat berkuasa penoh dalam memileh kerajaan. Silap pilih – kuasa akan makan diri. Dah tak lama musim memileh buat rakyat Malaysia. Ia mungkin esok, lusa atau tulat. Yang pasti ia didalam tahun 2018 ini juga.

Kepada cerdik pandai kuasa politik adalah harta untuk memastikan kesinambungan generasi mendatang. Jangan kita dipersalahkan nanti apabila kuasa berada dalam tangan mereka yang obses kepada kuasa semata. Ukuran untuk diberikan kuasa bukan semata-mata berdasarkan kepakaran dan pengalaman pemimpin tertentu sahaja. Kejujuran penerima kuasa perlu dapat dilihat dan dihayati.Jika kita silap memileh akibatnya bukanlah sedikit. Ianya tidak mungkin dapat diubah walaupun didalam beberapa pilihanraya lagi.

Advertisements