BAJET PENENTU HAYAT BARISAN NASIONAL

September 26, 2012

Kurang  dari  48 jam  lagi  Bajet 2013  akan  diketahui umum.  Ia  mungkin  dapat  mengembirakan  beberapa  pihak  seperti  penjawat  awam  dan  masyarakat  koperat.  Bagi  majoriti  rakyat  yang  berpendapatan  sederhana,  kecil  dan  yang  tidak  berpendapatan  tetap  setiap  kali  diumum  Belanjawan  Kerajaan  ia  sudah  barang  pasti  diikuti  dengan  pengumuman  tentang  kenaikan  beberapa  cukai  dan  mungkin  juga  ada  cukai-cukai  baru.

Cakap-cakap  sebelum  Pembentangan  Bajet  pada  Jumaat  terakhir  September  ini  ialah  mengenai  Bantuan  Khas  kepada  mereka  yang  berpendapatan  kurang  RM3000 sebulan,  Skim  Gaji  Baru  Kakitangan  Kerajaan  dan  bantuan-bantuan  kepada  bekas-bekas  tentera  yang  telah  berjasa  diperbatasan.  Pihak  Cuepacs  sudahpun  mengemukakan  permohonan mengenainya.  Suatu  permintaan  yang  mengundang  kenaikan  harga  barangan  pengguna.

Dilemmanya  disini  ialah  jika  segala  tuntutan  para  pekerja  dipenuhi  maka  tidak  dapat  tiada  harga  barangan  pengguna  akan  turut  naik  melambung.  Benar,  golongan  lain  juga  akan  dibantu  melalui  jenama  1Malaysia  dan  sebagainya  tetapi  bukankah  itu  seperti  membantu  orang  didalam  keadaan  kecemasan  sahaja?

Bagi  yang  pandai  mengira  Bajet  yang  Kerajaan  bentangkan  saban  tahun  adalah   Deficit Budget    yang  bermakna  belanja  melebihi  daripada  pendapatan.  Bukankah  ini  boleh  membebankan  generasi  akan  datang?  Umum  mengetahui  yang  Bajet  kali  ini   benar-benar  Bajet  Pilihanraya.  PRU  13  sudah  hampir  sangat.  Tiada   siapapun  yang  mahu  menempuh  bulan   April  kerana   bahana  April  Fool   tidak  boleh  dipandang  remeh.

Pecaturan  BN  dalam  Bajet  ini  tentulah  berkait  dengan  memberi  dan  menerima  atau  cakap-cakap  popularnya  U help  me,  I  help  U.  Jadi   sejauh  mana  goodies  yang  bakal  diberi  dapat  diterjemah  kepada  undi  sama-samalah  kita  tunggu  dan  lihat.  Berdasarkan  apa  yang  rakyat  dapat  pada  Bajet 2012  ianya  tidak  banyak  membantu  kerana  rata-rata  orang  merungut  tentang  harga  barangan  keperluan  yang  sangat  mahal.

Memandangkan  Pakatan  Rakyat  juga  ada  membentang  Bajet 2013  sekiranya  mendapat  mandat  pada  PRU ke 13  nanti,  rakyat  Malaysia  sebenarnya  sangat  bertuah  kerana  dapat  memileh  yang  terbaik  demi  kesejahteraan  dan  kesinambungan untuk   generasi  seterusnya.