JAUHARI JUGA YANG MENGENAL MANIKAM

April 24, 2010

Jika  dibaca  sekali  lalu  tajuk  diatas  menerangkan  bahawa  seorang  yang  bernama  Jauhari  sahaja  yang  kenal  seorang  yang  bernama  Manikam.      Sebenarnya  bukan  begitu.    Tajuk  tersebut  adalah  satu  Peribahasa melayu.       Maksudnya  secara  umum :      Hanya   orang-orang  yang  bijaksana  sahaja  dapat  memahami  sesuatu  keadaan  dan  menghargai  nilai.    Dalam  lain-lain  perkataan   satu   lagi   peribahasa  iaitu    Jika  tidak  ada-ada   ta`  kan   Tempua    bersarang rendah juga  ada  persamaan.

Oleh  yang  demikian  tulisan  ini  ditujukan  kepada  golongan  muda   berpelajaran  tinggi  yang  secara  kebetulan  berpeluang  kali  ini   mengundi  diPilihanraya  Kecil   P.094  Hulu  Selangor.    Setelah   sekian  lama   negara  mencapai  kemerdekaan  dan   mempunyai  pemerintahan  secara  demokrasi  mengapa  pula   apabila   ada   Pilihanraya  Kecil  baru   berbagai  bantuan  hendak  diberi.   Dan  masa  inilah   juga sekolah-sekolah  yang  usang  hendak  dibina  semula.  Perkara  sebegini  jugalah  yang  berlaku  pada  setiap  kali  adanya  Pilihanraya  Kecil.   Pembangunan  dan  kemajuan  bagi  rakyat  sepatutnya  menjadi  agenda  yang  berterusan  bukan  hanya  direncanakan  apabila  terdapat  sesuatu  pilihanraya.

Dengan  mengutarakan  perkara  ini  bukan  bererti  saya  menghina  perbuatan  tersebut  atau  memperkecil  hasrat  Kerajaan  itu.  Oleh  sebab  ianya  hanya  dilakukan   secara  kebetulan  apabila   menjelang   Pilihanraya   maka  ianya  seperti  budaya   give  and  take pula  yang    tidak  sepatutnya   terjadi   dizaman  yang   sudah  jauh   bertamadun   dan  ditengah-tengah  era  ledakan  maklumat.

Pada  PRU  ke  12  majoriti  pengundi  disini  telah  membuat  perubahan  dengan  menghantar  Wakil  Parti  Keadilan  Rakyat  keParlimen.   Perubahan  tersebut   perlu  dikekalkan   supaya  suara  hati  rakyat  terus  diperdengarkan  dengan  lebih  lantang  lagi.

Sekian.  Selamat  Mengundi.


HABIS MADU SEPAH DIBUANG

April 24, 2010

Diantara    yang   keluar  PKR  sempena  Pilihanraya  Kecil  Hulu  Selangor  ini   terdiri  daripada  mereka    yang  pernah   mewakili  PKR   sebagai  calun  pada   beberapa   Pilihanraya  Umum    yang  lalu.   Ada  juga  diantaranya  semasa  Pakatan  memerintah  Negeri  Perak    dilantik    sebagai   Ahli  Majlis.  Dalam  bahasa  ringkasnya  Habis  Madu  Sepah  Dibuang. Semua  orang   tahu   jika  hendak  mencari  kedudukan  ataupun   kesenangan  bukannya  didalam  Parti  PKR.   Mereka-mereka  yang  kuat  mempercayai   perjuangan    PKR  adalah  dikalangan  orang-orang  yang  tidak  mementingkan   diri.  Mereka   memperjuangkan  hak  yang  sepatutnya  dinikmati  oleh  semua.  Mereka  membenci  rasuah  serta     menentang  kronisma.

Walau  bagaimanapun   bagi  bekas-bekas  ahli  PKR  yang   cukup   cemerlang  membantu  BN  diHulu  Selangor     sukalah  diingatkan  yang  segala  penat  lelah   tersebut  akan  berakhir  hari  ini.  Seharusnya  tuan-tuan  dan  puan-puan  berasa  sangat  bangga  berbuat  demikian.  Kita  percaya  ada  diantara  mereka     sudah  selesaikan  tugas  dan  telahpun    pulang  ketempat  masing-masing.

Memang  benar   ramai  orang-orang  PKR   marah   dan  benci  terhadap   tindakan  mereka  memperdaya  parti  tetapi   sebaliknya   saya  tidak  mempunyai    sedikitpun  perasaan  sedemikian   terhadap  perbuatan  mereka  itu.    Apa  yang   saya  harapkan   sebaik  saja   mereka   pulang   kekampong masing-masing     mereka  tidak  terkena  sindrom  “Mengeghoteh  tikor  dan  milang  kasor”. Mengikut  cerita  orang tua-tua   belum  ada  seorang  bomohpun  berjaya  memulihkan  mereka  yang  terkena  sindrom  ini.

Dipihak  Sekretariat  Parti  PKR  haruslah  berhati-hati  dengan  mereka-mereka  ini  kerana  tidak  mustahil pelompat-pelompat  tersebut  memohon  kembali  menjadi  ahli  kerana  didalam  PKR  seseorang  itu  boleh  terus  memohon  menjadi  ahli.    Jika   mana-mana  pengkhianat  ini  diterima  semula  saya  percaya  diketika  itu  lebih  ramai  akan  meninggalkan  parti.


ISU SEBENAR SENGAJA DISOROK

April 21, 2010

Tempoh  berkempen  hanya  tinggal  tiga  hari  sahaja  lagi.   Isu  sebenar  yang  sepatutnya  dijawab  oleh  Barisan  Nasional  masih  belum  mahu  ditangani.     Isu  Yayasan  Basmi  Kemiskinan  ( YBK ) yang    menerima  anugerah  tanah  seluas  1,977.428  ekar  dari   Kerajaan  Negeri  yang  dulu  tetapi  hanya  dikuasai  oleh  individu  tertentu  sahaja  sama  sekali  enggan  dijawab  oleh  Kerajaan  Barisan  Nasional.    Mengenai  skandal  rasuah  berbillion  ringgit   dalam  pembelian  kapal  selam  Scorpene  juga  tidak  diambil  pusing   sedangkan   ada   pihak  yang  prihatin  diNegara  Perancis  sudahpun  memulakan  tindakan  dengan   mengemukakan  permohonan  kepada  Pendakwaraya  supaya  antara  lainnya  menyiasat  pembayaran  komisyen RM540 juta  kepada  sebuah  syarikat milik  rakyat  negara  Malaysia.   Isu  APCO  juga   tidak  dijawab  dan  ini  adalah  satu-satunya  Isu  yang  sangat-sangat  memeningkan  kepala  pimpinan  BN.

Jadi  untuk  mengalihkan  kesemua  Isu  diatas,  pihak  BN   terpaksa  melancarkan  serangan  peribadi  terhadap  calun  Pakatan  Rakyat.   Walaupun  cara  yang  demikian  dilihat  sebagai  tidak  bermoral   tetapi  sebenarnya  itu  sahaja  yang  mereka  ada.  Perkara-perkara  yang  mereka  bangkitkan  kesemuanya  tidak   langsung   terbabit  dengan  kesejahteraan  negara.  Rakyat  diHulu  Selangor  diberitahu  yang  calun  Pakatan  pernah  minum  arak,  suka  bersukan  kuda  dan  memiliki  seekor  kuda.   Mereka  meminta  pengundi  P.094  menghukum  Parti  Keadilan  Rakyat  kerana  meletakkan  calun  yang  memiliki  seekor  kuda  lumba.

Dari  beberapa  analisa  pengundi  Hulu  Selangor  tidak  akan  terpengaruh  dengan  tuduhan  liar  yang  dibuat  oleh  BN  terhadap  PR.    Selama  50  tahun  lebih  mandat  diberikan  kepada  BN  tetapi  masyarakat  diHulu  Selangor  tidak  juga  maju-maju.  Mulai  tahun  2008  para  pengundi  sudah  mula  matang.  Mereka  memilih   Parti  yang  benar-benar  mahu  membela  nasib  dan  masa  depan  yang  gemilang.   Mereka  membuat  perubahan  dengan  memilih  seorang  Wakil  rakyat  dari  Parti  Keadilan  Rakyat.    Kematian  adalah  satu  takdir  dan  tempoh  dua  tahun  yang  telah  mereka  lalui  bersama  Pakatan  Rakyat  masih  terlalu  awal  untuk  dinilai.    Mereka  memerlukan  seseorang  yang  lantang  bersuara  diParlimen  bagi  mempejuangkan  hak   dan   bukan   seseorang   yang   hanya   akan    bertindak  sebagai  penyokong  sahaja.


BARISAN BERMULA DENGAN TUGAS BERAT

April 18, 2010

Proses  Penamaan  Calun   bagi  mengisi  kekosongan  P.094  telah  berjalan  dengan  penuh  demokratik.   Empat   orang   telah  dinamakan  sebagai  Calun.    Dua  orang  mewakili  Parti    manakala   dua   lagi   bertanding  sebagai  calun-calun  Bebas.     Secara  resmi  gelanggang    kempen  sudahpun  dibuka.

Parti  PKR  yang  mewakili   Pakatan  Rakyat   dilihat    mampu   mengekalkan  Kerusi  tersebut.   Walaupun  Allahyarham   Dato  Zainal  Abidin   sentiasa  sahaja  keluar  masuk  hospital,  kebajikan  masyarakat  dalam  kawasan  Parlimen  ini  tetap  dilaksanakan  melalui  Penyelia-Penyelia  DUN  yang  dilantik  oleh  Kerajaan  Negeri  Selangor  dibawah  pimpinan  Tan  Sri  Menteri  Besar.

Bagi  Barisan  Nasional  pula  dari  awal  lagi  telah  dilihat  sedang  berdepan  dengan  pelbagai  masaalah.  Sebaik  sahaja  selesai  urusan  Penamaan  Calun,  BN  terpaksa  dengan  cara  drastik  memecat  dua  orang  dari  Parti  Komponen  mereka  kerana  bertanding  sebagai  Calun  Bebas.   Semua  orang  tahu  calun-calun  yang  bertanding  secara  bersendirian  tidak  akan  mendapat  apa-apa  keuntungan  malah  besar  kemungkinan  akan  kehilangan  Wang  Pertaruhan.  Tetapi   mereka  yang  bertanding  sebagai  Calun  Bebas  ini  merasa  puas   kerana  apa  yang  mereka  lakukan  ini  adalah  merupakan  satu  Protes  kepada  pimpinan  Barisan  Nasional   sebab  telah  membelakangkan  kehendak  akar  umbi.    Dalam  lain-lain  perkataan  BN  terpaksa  mengambil  banyak  masa  memperjelaskan  kepada  penyokong-penyokong  mereka  mengapa  calun-calun  favourite ditolak.

Dalam  apa  keadaanpun  Ahmad  Maslan  selaku  Ketua  Penerangan  UMNO  bolehlah  berbangga  kerana  cabarannya  telah  disambut  oleh   Encik  VS  Chandran  yang  bertanding   menggunakan  lambang  Jam Loceng.   Parti  PKR  tidak  dapat  menyahut  cabaran  beliau  itu  oleh  kerana  kepentingan   53 %  Pengundi  melayu  mesti  diutamakan.  Istilah-Istilah  seperti  Kerusi Selamat dan  Bukti  Setiakawan hanya   terpakai  dalam  Barisan  Nasional.   Dalam  realitinya  seseorang  Wakil  itu  hendaklah  datang  dari  kumpulan  yang  majoriti.

Walaupun  saya  sedikit  kecewa  kerana  tidak  ada   calun  dari  kalangan   Blogger ,  kehadiran   Johan  Mohd  Diah  dan  VS  Chandran  sudah  cukup  untuk  mewakili    “The  3rd  choice”.


HULU SELANGOR : PELUANG BLOGGER MENGISI KEKOSONGAN

April 5, 2010

Secara  resminya  Suruhanjaya  Pilihanraya  sudahpun  menetapkan   17hb.  April  sebagai  tarikh  Penamaan  Calun  bagi  mengisi  kekosongan  Kerusi  Parlimen  Hulu  Selangor  dan   jika  ada  pertandingan  Hari   Mengundi  ialah  pada  25hb.  April,  2010.

Mengikut  perkhabarannya  Barisan  Nasional  akan  hanya  mengumumkan  Nama  Calun   mereka  pada  15hb.  iaitu  dua  hari  sebelum  tarikh  penamaan.    Dalam  erti  kata  lain    Calun  tersebut  sebenarnya  sudahpun    dikenalpasti.    Dengan  cara  begini   Parti-Parti  komponen  lain  yang  mengharapkan  calun  mereka  dipilih  tidak  mampu  melakukan  apa-apa  lagi  kerana  kesuntukan  masa.  Berdasar  kepada     Status quo , calun   Barisan  Nasional  tentunya   dari  Parti  MIC  dan  ini  merupakan  satu  risiko  yang  terpaksa   BN  hadapi.

Parti  Keadilan  Rakyat  juga  tidak  memiliki  banyak  pilihan.     Jika    calun   dari   kaum  India  dipilih   untuk  mengimbangi  BN   besar  kemungkinan   pengundi-pengundi  melayu  yang  menyokong  memenangkan  Dato  Zainal  Abidin  dulu  akan  tawar  hati.    Dan  lagi  seperti  yang  dilapurkan  dalam  Akhbar    Parti  MIC  sangat  yakin  12,000   Pengundi  dari  kaum  India  akan  mengundi  calun  mereka.    Mahu  tidak  mahu  seorang  calun  Melayu  jugalah  yang  akan  mewakili  Pakatan  Rakyat   dalam  pertarungan  yang  dijangka  sengit  ini.

Pucuk  pimpinan  PKR   dilihat   dalam  dilemma untuk  memilih     “winnanble  candidate”. Jika  seperti  lazimnya  orang-orang  yang  pernah  bersama  Anwar  dalam  UMNO  dulu  atau  rakan-rakan  semasa  di MCKK   dipilih   tidak  mungkinkah  mereka  ini  juga  akan  mengikut  jejak  rakan-rakan  yang  telah  membebaskan  diri itu?    Walau  bagaimanapun  masih  ada  orang  yang   baik  dalam  Pimpinan  PKR.       Untuk  memileh  seorang  yang  berpendidikan,  berintegriti  dan   mempunyai  latarbelakang   ugama  tidak  keterlaluan  saya  katakan   Calun  tersebut  ialah  Sdra  Mustafa  Kamil  Ayob.  Selain  dari  memiliki  ciri-ciri  yang  disebutkan  beliau  juga  merupakan  salah  seorang  Naib  Presiden  Parti.   Dikalangan  ketiga-tiga  Naib  Presiden  PKR  beliau   sahaja  yang  tidak    bergelar   YB.      Lain-lain  alternatif  seperti  meletakkan  ahli  Parti  PAS  sebagai  calun  akan  lebih  merumitkan  keadaan.

Melihat  kepada  senario  ini,  saorang  calun  dari  pihak  ketiga   ” 3rd  choice  “ boleh  melakukan  kejutan  dan    memintas  kedua-dua  calun  diatas.   Dan  peluang  ini  terbuka  luas  kepada    para  Blogger.  Kepada  Blogger  yang  laman  blog  mereka  mencapai hit beribu-ribu  sehari   perkara    menyertai   saingan   di  Hulu  Selangor   ini   adalah   ibarat          ” orang  mengantuk  disorong  bantal “. Memandangkan   usaha  ini  merupakan  satu Trend  Setter sudah  tentulah   para  blogger   akan  bersatu   dalam    menjayakan  kempen  sama  ada   lawatan  rumah  kerumah  mahupun  dialam  maya.    Sebelum  ini  ramai  yang  mendakwa  kejayaan  Pakatan Rakyat  didalam    beberapa    Pilihanraya  Kecil    adalah  dari   bantuan   para  Blogger.  Sudah  sampai  masanya  para  Blogger  sendiri  mewakili   rakyat  diParlimen.   Kalau  rata-rata  orang  berkata   Malaysia  Boleh maka  tidak  mustahil    Blogger  juga  Boleh.


SIAPA KATA PEMUDA BARISAN NASIONAL TAK BUAT KERJA

April 3, 2010

Berita  Harian  (keluaran  Sabtu  3  April)  melapurkan  seramai  20  orang  yang  terdiri  dari Pemuda-Pemuda  Barisan  Nasional  dan   juga  12  Pertubuhan  Bukan  Kerajaan  (NGO)   telah  mempersembahkan  Memorandum  kepada   Sultan  Perak  supaya  Baginda  Sultan  Azlan  Shah  menarik  balik  gelaran   Dato  Sri  dari  Ir.  Nizar  dan  gelaran  Dato  dari  Ngeh  Koo Ham.    Kesalahan   yang   didakwa  dilakukan  oleh  kedua-dua  mereka  ini    dilapurkan  sebagai  berikut :  “ADUN  Pembangkang  didapati   membuat  poster, mengejek  dan  mencela  ADUN BN  serta  Bebas selain  mencetuskan  kekacauan  menganggu dewan”.

Sebagai  mengulas  kenyataan  diatas  suka  saya  mengucapkan  tahniah  dan  syabas  kepada  Pemuda  Barisan  Nasional  diatas  usaha   tersebut.   Tidak  keterlaluan  dinyatakan  disini  yang   Parti  Induk  yang  mereka  wakili  juga   boleh   tumpang   berbangga   dan  rasa  puas.  Pada  hakikatnya  bukan  calang-calang  pemuda  yang  sanggup  membuat  kerja-kerja   yang  disebutkan  ini.     Perkara  sebegini  tidak  mungkin  dapat  dilakukan  oleh  pemuda-pemuda  dalam  Pakatan  Rakyat  kerana  urusan-urusan  menyediakan  Memorandum  seterusnya  mengikuti beberapa  peraturan  caramana  ianya  hendak  disampaikan   amatlah  sulit  dan  sukar.

Kita  percaya  yang    Pemuda  BN    tidak   akan   berhenti  setakat  itu  sahaja.   Mereka  tentu  sekali  mahu    jadikan  Aktiviti  ini  sebagai     priority Kegiatan    Pemuda   BN. Dengan  yang  demikian  bagi  yang  takut  kehilangan gelaran perlulah  berjaga-jaga     kerana    Pemuda  BN    sudah   bertekad   yang    kesalahan  sebegini   tidak   akan   ada   kompromi.

Kerja-kerja  lain  yang  melibatkan  kemajuan  kerjaya  orang-orang  muda  bolehlah  dibereskan  secara   sendiri-sendiri    dengan  melakukan   urusan  terus  kepada  Jabatan-Jabatan  dan  Agensi  yang  telah  disediakan  oleh  Kerajaan.    Pimpinan  Pemuda  BN  tidak  mungkin    ada  masa  lagi   untuk   membimbing   atau   memberi   bantuan  seperlunya    oleh   kerana  terlalu  sibuk   dengan  kerja menyediakan   berbagai   Memorandum  dan  segala  peraturan  untuk    menyampaikannya.

Yang  anehnya  apakah  muslihat   Pemuda  Barisan  Nasional      dengan   mengheret  bersama  mereka   12  Pertubuhan  NGO   dalam   kerja-kerja  kotor  mereka  ini.  Dan  kepada  NGO-NGO   tersebut  pula,   mengapa  terlalu  mudah  dicucuk  hidung?    Akhir  sekali,  melalui  hasil  kerja  yang  dinyatakan  diatas  tidak   siapapun  boleh   lagi   berkata  yang  Pemuda  BN  ta`   membuat   kerja.