Hari ini kita sudah melangkah ketahun baru 1432 Hijrah. Sudah 1432 kali bermula daripada zaman para monyang dan atuk-atuk nenek sehingga kini (dizaman cucu cicit) iaitu kita sendiri perkataan Hijrah dan Berubah terus dilaung-laungkan tetapi implimentasinya tidak ada. Buat kata orang Penang “Pi mai, Pi mai duk tang tu”.
Memang ada perubahan, saya tidak nafikan kerana jelas dapat dilihat. Yang dulunya cuba main-main hisap ganja kini sudah maju beberapa tapak dengan pil-pil sentatik pula. Yang menghairankan walaupun saban hari rampasan demi rampasan dadah dilakukan oleh pihak berkuasa bekalannya didalam pasaran tidak juga berkurangan.
Hijrah dalam aspek salah laku seks juga semakin sofistikated. Perkhabarannya seringkali menjadi tajuk berita METRO. Lagipun apa nak dirisaukan sangat – sekarang kan dah ada tempat untuk orang-orang terlanjur berlindung sehingga melahirkan dan kebajikan bayi-bayi itu pun akan dibela. Bagi bakal-bakal ibu pra-matang (masih pelajar) pelajaran mereka juga tidak akan terganggu kerana Sekolah bagi orang-orang bertaraf mereka akan disediakan. Dalam aspek ingat mengingat pula saya berpendapat lagu “Kalau Berpacaran” nyanyian Sohaimi Meor Hassan (orang Beruas, Perak) is a litle to late.
Hijrah yang paling ketara ialah memaksimakan sifat ” malas “. Tahun demi tahun bilangan pekerja asing kian bertambah. Angka yang haramnya pula segera akan memotong jumlah yang datang secara sah. Kalau dulu pekerja-pekerja asing tidak dibenarkan berkerja dalam Sektor Perkhidmatan tetapi sekarang mereka sudah berada disegenap tempat yang memerlukan tenaga kerja seperti Pengawal Keselamatan, Pembantu Restoran dan Gerai dan lain-lain.
Saya sekarang sedang menjalani Kursus Intensif diUSM Pulau Pinang. Alangkah terkejutnya saya bila melihat terlalu ramai orang asing berkerja disini terutama sebagai pembantu diKantin pelajar. Dan memang benarlah kata-kata Datuk Hang Tuah “Tak kan melayu hilang didunia“. Yang tentu akan hilang hanyalah kita.