TIDAK SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

September 24, 2011

Saya  mulakan  tulisan  kali  ini  dengan  memetik  berita  Utusan Malaysia edisi  Sabtu  bertajuk:  “Pakatan  Rakyat  Tidak  Pernah  Sepakat”.  Harian  tersebut  melapurkan  kata-kata  Tan  Sri  Muhyiddin  Yassin  disatu  Majlis  jamuan  Hariraya  diBangi.  Timbalan  Presiden  UMNO  itu  dipetik  sebagai  berkata  yang  pemimpin  dalam  Pakatan  Rakyat  tidak  pernah  bersepakat.  Masing-masing  dengan  halatuju  tersendiri.

Saya  sangat  bersetuju  dengan  kenyataan  tersebut  dan  menyarankan  supaya  pimpinan  Pakatan  Rakyat   menyampaikan  ucapan  terima  kasih  kepada  Tan  Sri  Muhyiddin  diatas  kesedarannya  itu.

Alasan  saya  untuk  bersetuju  ialah  oleh  kerana  tidak  pernah  bersepakatlah  Parti-Parti   PKR,  PAS  dan  DAP   berjaya  menawan  Pulau  Pinang,  Kedah, selangor  dan  Perak  pada  Pilihanraya  Umum  2008  disamping   terus  mengekalkan  rekod  tanpa  kalah  diKelantan.  Asasnya   walaupun  berlainan  ideology  hasrat   membina  kecemerlangan  Malaysia  pada  tahap  yang  sepatutnya  tetap  sama.   Apa  yang  berlaku   sekarang   distribusi  kekayaan  Negara  tidak  menyeluruh.  Lihat  contoh  permit  teksi,  hanya  dikeluarkan  kepada  Syarikat-syarikat  memiliki  Paid  Up  Capital  yang  besar.     Bercakap  tentang  dasar  penswastaan  pula   lagilah  ketara  jurangnya. Sebagai  contoh  Approved  Permit  (AP)  bolehkah  every  Tom  &  Harry  dapat.  Inilah  diantara  yang  hendak  diselesaikan  oleh  pihak  yang  tak  sepakat  tadi  jika  rakyat  sudah  bersedia  memberikan  mandat.

Mengenai  tarikh  Pilihanraya  Umum  ke  13  ramai  yang  bertanyakan  ramalan  saya.  Saya  jawab  mudah  saja.   Ia  tak  ubah seperti  dalam  filem  Hindustan,  babak  mula    bercinta  ala  Romeo & Julliet   diikuti  dengan unsur  cemburu  dan  perebutan,    keluarga   tak   restu   dan  ugutan  orang-orang  berkuasa.  Walau  bagaimanapun  ending  nya  tetap  bersanding (kahwin).  Begitulah  sequence  nya.

Hayat  Penggal  Parlimen  Ke  12  matang  setelah  melalui  perkara-perkara  berikut:  Pertama celebrations  kerana  menang  diikuti  melunaskan  kehendak-kehendak  penyokong  semasa  kempen.  Kedua  pengumuman  projek-projek  yang  boleh  mendatangkan  kesejahteraan   dan    laba.  Ketiga  menyingkap  kepentingan  bumiputra  serta   pengakuan  bersetuju  Hukum  Islam  dilaksanakan.  Keempat tuntutan  berulang  kepentingan   Parti Komponen BN   dalam  Kabinet.  Jika  kesemua  ini  berjalan  mengikut  yang  dirancang    Parlimen  pasti  dibubarkan  untuk  menjemput  PRU  13.

Saya  meramalkan  tidak  akan  ada  Pilihanraya  tahun (2011)  ini.  Ia  tidak  adil  kepada   1st  Term Ahli  Parlimen  dan  ADUN (dapat  pencen  tetapi  pampasan  kurang).     Tentang  Isu  Hudud pula  tentunya  tidak  boleh  dilaksanakan  sebab  siang-siang  lagi  MCA  dan  Gerakan  dah  protes.  Kemudian  seperti  biasa  setiap  kali  menjelang  mana-mana  PRU  pihak  Komponen  BN  akan  ulang  tuntut  jawatan  Timbalan  Pengerusi  Ke  2  Barisan  Nasional   dan     secara   tidak    langsung   jawatan   Timbalan   P.M.  Ke  2.   Walaupun  pada  kebiasaannya  UMNO  selaku  ketua  BN  dapat  mengatasi  mengikut  kaedah   ” menarik  rambut  dalam  tepong ”    akan  tetapi  ia  tetap  memakan   masa.

Dengan  yang  demikian  pimpinan  dalam  Pakatan  Rakyat  boleh  terus  tidak  sepakat.  Saya  ibaratkan  perkara  tidak  sepakat  ini  sebagai  penyertaan  dalam  Lumba  Lari  Sprint.  Walaupun   seorang  sahaja  yang  akan  menang  tetapi  yang  seorang  itu  adalah  kita  juga.

Advertisements

YANG DIKENDONG BERCICIRAN?

September 22, 2011

Sudah  jelas  dan  nyata  UMNO/BN  sangat-sangat  terdesak  mahu  menagih  sokongan  rakyat  untuk  diamanahkan  semula  Negeri  Selangor  kepada  mereka  pada  PRU  ke  13  nanti.     Kronologi  memburuk-burukkan  Kerajaan  Pakatan Rakyat    daripada  hari  pertama  mereka  berkuasa   seperti   beberapa   tunjuk  perasaan   mendesak   Tan  Sri  Khalid  Ibrahim  meletak  jawatan,   pameran  kepala  lembu,  tuduhan  salahguna  kuasa  terhadap  Menteri  Besar  PR  itu  tidak  berkesan  dan  mereka  amat  kecewa.     Para   pelajar    UiTM    juga  tidak  ketinggalan  membantu  walaupun  terdedah  kepada  risiko  tindakan  dibawah  AUKU  1971.      Seawal  pagi     pada   12  Ogos  2008   seramai  5000  pelajar  berarak  dan  berkumpul  dihadapan  Pejabat  Pentadbiran  Kerajaan  Selangor   diShah    Alam  dalam  acara  menyampaikan  Nota   Bantahan  kepada  Tan  Sri  Khalid  ( Menteri  Besar)   kerana  menyuarakan  pandangan  supaya  dibuka  peluang   kepada  pelajar  bukan  bumiputra  menuntut  di UiTM.

Walapun   berbagai   tektik,  teknik   dan  strategi  diperguna  namun  keadaan  Kerajaan  Pakatan  Rakyat  nampaknya  tidak  terjejas  langsung  malah  bertambah   mantap.    Pilihanraya  Umum  ke  13  sudah  mengetuk  pintu   dan  bagi   BN  diSelangor   “Time  is  running  out”.    Satu  usaha  berbentuk  make  or  break  terpaksa  dilakukan.   Mulai  hari  ini   240  ADUN  Barisan  Nasional  dari  seluruh  negara  merelakan  diri  menjadi  anak-anak  angkat  di  45  kawasan  Dewan  Undangan  Negeri  dalam  Negeri  selangor  Darul  Ehsan.   Selama  3  hari  ini  mereka  akan  selesaikan  apa  sahaja  masaalah  yang  dihadapi  oleh  Rakyat  Selangor  selama  3  tahun  lebih  ini.   Purata  1  hari  digunakan  untuk  menyelesaikan  masaalah yang  terkumpul  dalam  setahun.  Jika  diguna  pendekatan  matematik  kehadiran  seperti  ini   tidak  lebih daripada  bertukar  angin.

Didalam  kesediaan   melakukan   fantastic  diNegeri  Selangor   ini   sudah  pasti  kawasan  sendiri  akan  terabai.  Jika  diSelangor  sudah  3  tahun  lebih  rakyat  tidak  dijenguk  apa  pula  bezanya  ditempat-tempat  lain.  Ini  dapat  dilihat  kepada  perbahasan  diDewan-Dewan  Undangan  Negeri  yang  diperintah  oleh  Pakatan  Rakyat.   Wakil  Rakyat    BN  sentiasa  sahaja  menuduh  Kerajaan  pimpinan  PR  tidak  cekap  kerana  sudah  3  tahun  memerintah  masih  tidak  dapat  selesaikan  masaalah  rakyat.  Yang  selama  50  tahun  ta`  maju-maju  semasa  BN  memerintah  tidak  pula  diklasifikasikan  sebagai  tidak  cekap.

Saranan  kepada  Pimpinan  Cabang(PKR),  Kawasan(PAS)  dan  Daerah(DAP)  ambillah  peluang  bertanya  khabar  di  240  Kawasan  tanpa  ADUN  selama  3  hari  ini.  Anjurkan  Ceramah-Ceramah  Kelompok  untuk  mendekati  rakyat.  Ceramah  Kelompok  tidak  memerlukan  permit  berhimpun  kerana  ianya  diadakan  didalam  bangunan  sendiri.   Jika  BN  yakin  gerak kerja  mereka  selama  3  hari    mampu  merampas  Selangor,   saya  yakin  PR  juga  boleh  lakukannya.  Terlalu  banyak  Isu  yang  dihadapi  rakyat  tanpa  sebarang  pembelaan  seperti  harga  barangan  pengguna  yang  saban  hari  semakin  meningkat.  Jika  anggota  parti  dalam  Pakatan  Rakyat  mampu  mendekati  rakyat  dan  memahami  masaalah  yang  sedang  mereka  hadapi,  yakin  dan  percayalah  bukan  setakat  Selangor,  Pulau  Pinang,  Kedah  dan  Kelantan   sahaja  dapat  dikekalkan.  Beberapa  Negeri  yang  sekarang  50-50  atau  40-60  boleh  juga  ditawan.



ACARA REBUT KERUSI

September 21, 2011

Acara  kemuncak  Sukan  Tahunan  Sekolah  dizaman  (1950`s)  ialah  Acara  Rebut  Kerusi  yang  dikhaskan  kepada  pegawai-pegawai  yang  telah  bertanggungjawab  menjayakan  acara  tahunan  sekolah.   Untuk  memberi  kefahaman  kepada  generasi  baru  suka  saya  imbas  kembali  cara mana   event  tersebut  dijalankan.

Pegawai-pegawai  yang  menyertai  acara  sukan  Rebut  Kerusi   ini  akan  berkumpul  disekeliling  bulatan.  Ditengah-tengah  bulatan  akan  disediakan  10  buah  kerusi (pinjam  kerusi  dari  dalam  kelas).  Muzik  dimainkan  dan  pegawai-pegawai  (peserta)  akan  bergerak  mengikut  irama  lagu  dan  apabila  muzik  berhenti  mereka  dikehendaki  merebut  kerusi-kerusi  yang  disediakan  ditengah-tengah  bulatan  tadi.   Para  peserta  yang  gagal  mendapatkan  sebuah  kerusi  sudah  tidak  boleh  meneruskan  pertandingan.  Sebelum  muzik  dibunyikan  bagi  menjalankan  pusingan  seterusnya  sebuah  kerusi  akan  dibawa  keluar  pada  setiap  pusingan.  Ini  bermakna  setiap  pusingan    seorang  peserta  akan  terkeluar.  Sehinggalah   hanya  seorang  sahaja  yang  tinggal  dan  duduk  pada  kerusi  yang  hanya  tinggal  satu.  Peserta  tersebut  akan  diistiharkan  sebagai  pemenang  acara  dan  disampaikan  Hadiah  yang  berupa  Cenderamata.

Acara  Rebut  Kerusi  ini  bukan  sekadar  hiburan  dihari  sukan  tahunan  malah  ianya  satu  panduan  kehidupan  generasi  ketika  itu.  Setidak-tidaknya  ia  dipraktis   didalam  Arena  Politik.  Orang  yang  berjaya  dipilih  merebut  kerusi  (Dewan  Rakyat &  Dewan  Undangan  Negeri)  akan  mendapat  sokongan  tidak  berbelah-bagi  daripada  rakan-rakan  yang  sebelumnya  sama-sama  mengharapkan  dipilih.

Perkara  sedemikian  tidak  lagi  berlaku  dimasa  kini.  Gelagat  berebut  kerusi  untuk  menyertai  pilihanraya   umpamanya  pada  masa  sekarang   ini   sudah  jauh  berubah.  Sehinggakan  ada  yang  bertekat  biar  jangan  ada  yang  dapat  duduk  selesa  pada   kerusi  itu.  Mereka  nampaknya  lebih  suka  kerusi  tersebut  dikecaikan  dan  ambil  seorang  sedikit  bawa  pulang –  baru  puas  hati.   Cara  sebegini  sekiranya  dapat  menang  kerusi  pun  tidak  bermakna  kerana  tidak   akan  ada  yang   mahu  ucap  tahniah.

Perkara  berebut  kerusi  yang  telah  menjadi  trend  masa  kini  adalah  disebabkan  sukan-sukan  tahunan  sekolah-sekolah  sudah  meminggirkan  acara  Rebut  Kerusi.  Budaya  Nombor  Bertuah   dan   Beli  Satu  Dapat  Satu  telah  berjaya  mengganti  acara  Rebut  Kerusi.

Perbuatan   berebut  kerusi  masa  sekarang  ini     adalah  terpencil  dan  tertumpu  kepada    orang-orang  politik   yang  mengamalkan   short cut  to  riches.   Bagi  non-politician  mereka  lebih  selesa  duduk  diatas  tikar  mengkuang   saja  sambil  layan  rokok  nipah.  Harganya   murah  dan  asapnya  tidak  mencemar  sesiapa.


SEJARAH UNTUK DIJUAL

September 6, 2011

Setiap  yang  telah  berlaku  adalah  sejarah.    Jari  yang  kudong    akibat  bermain   mercun   semasa  kecil  adalah   merupakan  sejarah  juga.   Dan  berbagai  lagi  peristiwa   dalam  kehidupan  ini   yang  tidak  dapat  lari  dari  lipatan  sejarah.   Cuma  perkara-perkara  yang  mempunyai  kepentingan-kepentingan  tertentu  sahaja  dapat  didokumenkan  dan  diberi  nilai  sejarah.

Bercakap  tentang  Peristiwa  Bukit  Kepong  sangat  jelas  ianya  bukan  Sejarah  Malaysia.  Ia  berlaku  pada  tahun  1950,  tujuh  tahun  sebelum  Persekutuan  Tanah  Melayu  mencapai  Kemerdekaan.   Jika  ada  yang  masih  belum  tahu,   Malaysia  terbentuk  pada  tahun  1963.

Dengan  berkata  seperti  diatas  bukan  bermakna  saya  tidak  bersimpati  dengan  mereka-mereka  yang  kehilangan  orang-orang  yang  tersayang  dan   yang  merupakan     “breadwinner”  bagi  anggota  keluarga.  Yang  saya  tidak  setuju  ianya  dijadikan  mileage  politik   bagi  sesuatu  pihak.

Jika  benar  ada  pihak   yang  tercabar  apabila  perkara  tersebut  disentuh  mengapa  nasib  orang-orang  yang  hilang  tempat  bergantung  itu  tidak  diperjuangkan  sebaik  sahaja  negara  mencapai  Kemerdekaan?.   Mengapa  tidak  ada  sebarang  usaha  supaya  pihak  British  bertanggungjawab  memberikan  saraan  kepada  balu-balu  serta  anak-anak  Anggota  Keselamatan  yang  terkorban  itu?

Masih  belum  terlewat  bagi  saya  mengucapkan  Syabas  kepada  Peristiwa  Bukit  Kepong  yang  telah  mendapat  publisiti  yang  cukup  meluas  didada  Akhbar  dan  diKaca  TV  seminggu  dua  ini.  Nampaknya  orang  sudah  hilang   minat  menegur  tentang  kenaikan   barangan  pengguna.  Ianya  dilihat  seperti  lantaklah  harga  barang  nak  naik  berapa  pun.  Jika  kita  tidak  mampu  beli,  tak  usah  beli  habis  cerita.

Melihat   kepada  sentimen   semasa,   pembikinan    filem  bertajuk   Bukit  Kepong  II  atau   Bukit  Kepong  Revisited    boleh   memecah  box  office.   Filem-filem  ini  nanti  tentu  boleh  jual.   Bagi  para  pengusaha   yang    ada  duit  lebih  dan  yang  tidak  sekali-kali  mengharapkan   “balik  modal”  cubalah   terbitkan  sebuah  filem   yang  berkaitan  dengan  peristiwa  memali.   Saya  suka   cadangkan  tajuknya  sebagai   ” Memali  Yang  Tidak  Tertulis”.  Peristiwa  Memali  mungkin  bukan  material  sejarah  akan  tetapi  ia  merupakan  sesuatu  yang  telah  berlaku.