BERHATI-HATI DIMANA SAJA

September 29, 2008

Sempena menyambut Hari Lebaran ini saya dengan rendah diri menyusun sepuloh jari memohon kemaafan zahir dan batin, dari hujung kaki kehujung  rambut kepada semua yang pernah mengenali diri ini.  Terutama kepada Pembaca setiap tulisan saya dalam Blog saya yang ta` seberapanya ini.

Kepada individu-individu yang ada disebut dan yang dimaksud didalam tulisan  saya sepanjang tempoh yang lepas ini  saya memohon berbanyak maaf. Tujuan saya hanyalah semata-maata mengkritik secara membina. Sekiranya dirasakan kritikan saya itu ada kebenarannya, perbaikilah  dan sekiranya  dirasakan  yang saya ini hanya menyebok, teruskanlah apa saja yang hendak dilakukan.

Pada kebiasaannya orang akan mengingatkan kita supaya berhati-hati di Jalanraya  tetapi bagi saya  kita mesti berhati-hati dimana -mana saja.

Sekian, Ikhlas dari saya,

Ahmad Zawawi Hashim


PENGAMAL POLITIK SETENGAH MASAK

September 26, 2008

Sebentar tadi Buletin Utama TV3 membawa berita Pemangku Pengerusi Perhubungan PKR Perak Ustaz Zul telah mengadakan Sidang Akhbar .  Yang  peliknya Sidang Akhbar ini diadakan  semata-mata untuk memulihkan  image Zul Hassan  yang sebelumnya  telah mengaku  tidak berupaya  menolak “sedekah sex”.

Saya telah menjadi Ahli PKR semenjak ianya ditubuhkan.  Sepanjang masa  sehinggalah sebelum PRU 12  didalam masjlis-majlis  PKR diPerak ni  seperti perjumpaan dengan pemimpin, kursus-kursus serta bengkil-bengkil ,  saya tidak pernah nampak manusia yang bernama Zul Hassan ada hadir.  Yang saya tahu dia rakan karib Usaili.

Persoalan yang bermain difikiran saya boleh jadi Zul Hassan ni banyak membantu Parti dibelakang tabir.  Kalau tidak , ta` kan Ustaz Zul sanggup berdepan dengan Wartawan terkemuka sebentar tadi.

Saya andaikan seperti diatas kerana saya pernah beberapa kali cuba untuk menghubungi Ustaz Zul semasa dia masih berjawatan Pengerusi Perhubungan Negeri.  Panggilan telefon saya tidak dijawabnya dan SMS saya pun dia ta` endah.  Tapi saya ta` berkecil hati pun kerana saya sedar diri.

Seperti umum tahu yang Zul Hassan ni sedang dalam kes mahkamah. Apa motif sebenar Sidang Akhbar  ni.  Sedekah yang dia perolehi tu sudah tentulah dia yang dapat dan orang memberinya pun dapat dosa juga.  Tapi orang yang mengadakan sidang akhbar ni pula nak dapat apa?  Yang pasti dapat glamour masuk TV itu saja dan bolehlah seluruh rakyat Malaysia kenal. Bolehlah dijadikan modal pada PRU13 nanti.

Seorang lagi pemimpin PKR juga tidak mahu ketinggalan mencari publisiti. Beliau ialah Ketua Wanita Pusat yang pergi keJAIP membuat bantahan  tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan eksploitasi terhadap wanita. Yang ta` kenanya Cik Kak ooi, mengapa sekarang, semasa  orang yang mendapat nikmat dari  eksploitasi tersebut nak mendapatkan keadilan supaya tindakan diambil terhadap orang memberi sedekah.  Cik Kak sepatutnya  telah membuat bantahan sewaktu mula-mula perkara tersebut berlaku.  Saya harap sudah-sudah lah. Jangan cari publisiti murah ni.  Saya percaya ramai orang dah sedar.


Ramadan Untuk Memulakan…

September 10, 2008

Umat Islam dengan tidak mengambilkira  status,  kerjaya dan juga kumpulan tertentu akan bertukar karektor apabila tiba bulan Ramadan.

Perpaduan yang begitu erat bermula sebaik sahaja berada di Gerai-Gerai  jualan juadah berbuka puasa diPasar Ramadan yang tumbuh melata disegenap ceruk.   Perpaduan yang saya maksudkan diPasar-Pasar Ramadan ini para peniaga tampak jelas boleh bertolakansur.  Walaupun terpaksa berhimpit-himpit meletakkan barang-barang jualan tetapi jelas terbayang pada airmuka mereka yang secara bersama mereka sanggup menghadapi kesulitan yang terdapat ditempat mereka berniaga itu.

Para pembeli disamping mendapat juadah untuk berbuka puasa dengan tidak secara langsung turut menunjukkan sokongan kepada peniaga-peniaga. Dengan lain perkataan proses jualbeli dipasar-pasar Ramadan terlihat sungguh ceria dan berjaya.   Para peniaga begitu yakin dengan sambutan terhadap barang dagangan mereka dan para pembeli juga begitu yakin mereka memperolehi barangan yang berkualiti.

Disebelah malam dalam bulan Ramadan ini pula umat Islam dari segenap lapisan masyarakat berpusu-pusu kemesjid-mesjid atau kesurau-surau untuk menunaikan Sembahyang Terawih. Disini juga dapat dilihat perpaduan masyarakat kita begitu akrab.  Mereka bersama-sama menyempurnakan  ibadah ini sepanjang bulan.

Apabila tibanya 1 shawal masyarakat Islam akan terus bersatupadu merayakan kemenangan. Terpancar diwajah-wajah mereka rasa kepuasan  dan dengan penuh insaf memuji-muji kebesaran Allah  Yang Maha Berkuasa.

Persoalan kepada rentetan diatas ialah :  Mengapa perkara-perkara murni ini  hanya kita lakukan sebanyak 30 hari sahaja dalam setahun?   Tidakkah kita merasa teramat rugi dengan mempersiakan semangat yang telah dibina disepanjang bulan puasa ini kita sendiri lunturkan.  Mengapa kita tidak komited untuk terus menjadi peniaga-peniaga yang setia untuk terus berniaga dan para pembeli terus menerus memberikan sokongan kepada masyarakat kita ?

Kita perlu kikis sikap buruk iaitu berniaga secara bermusim. Begitu juga para pembeli janganlah hanya sanggup menyokong peniaga masyarakat sendiri pada musim-musim tertentu sahaja.   Kita perlu terus memberikan sokongan setiap barang jualan orang kita  dan senantiasa memberikan galakan supaya taraf hidup sama-sama ditingkatkan dan meletakan matlamat supaya barangan masyarakat kita menjadi satu jenama terkenal diseluruh negara.

Semoga semangat Ramadan berjaya mengubah era.

.


Populist Bukan Yang Kucari

September 1, 2008

Setiap kita sebagai rakyat tidak kira apa kedudukan sekalipun adalah tertakluk kepada Bajet yang diumumkan oleh Menteri Kewangan setiap berakhirnya tahun kewangan.  Selesai saja Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Membentangkan Bajetnya pada hari jumaat terakhir dalam bulan Ogos yang lalu , seperti lazimnya banyak pihak memberikan respond.  Para pimpinan kerajaan tidak seorangpun yang berani berkata ada kekurangan atau sebagainya tentang Bajet ini. Pemimpin-pemimpin kanan memuji-muji sifat perihatin kerajaan dan menolak sama sekali cakap-cakap yang mengatakan  yang Bajet ini berbentuk Populist.

Bagi saya walaupun tidak bijak dalam economics tetap mengatakan Bajet ini  populist. Mana tidaknya. Yang pertama keseluruhan Bajet yang dicadangkan ialah 5.1% lebih tinggi dari 2008. Deficit melonjak ke 4.8% dari 3.3%.   Pengumuman bekalan letrik  percuma membuat Bandar Tun Razak senyum meleret (dalam hatinya:  Ta` malu ikut idea orang).

Seterusnya peruntukan yang tinggi  RM160J diperuntukan bagi masyarakat Orang Asli.  Berkaitan dengan peruntukan yang besar ini, saya melihat buat kali pertamanya masyarakat Orang Asli sendiri merasakan seperti dipermainkan. Seperti yang dilaporkan  (The Star 30th Aug)  Pengerusi Yayasan Orang Asli Perak  Suki Mee disamping mengalu-alukan pengumuman tersebut,   juga mengzahirkan keraguannya samada ianya benar-benar sampai kepada mereka. Menurutnya lagi pengumuman sebegini telah terlalu kerap didengarnya dan mengikut pengalaman katanya lagi setiap peruntukan RM100 hanya RM10 yang sampai kepada Orang Asli. Berdasarkan maklumat ini tidakkah pengumuman-pengumuman tersebut bersifat populist?

Dalam kenyataan seterusnya Dr Colin Nicholas Koodinator bagi Centre of Orang Asli Concern juga bersetuju bahawa perlaksanaan kepada projek yang dimaksudkan untuk Orang Asli adalah lebih mustahak daripada jumlah wang yang diperuntukkan. Buat Majid Suhut President Peninsular Malaysia Orang Asli Association perkara yang paling penting  hendaklah dipastikan setiap projek yang dirancang dilaksanakan seperti yang dirancang.

Kesimpulannya  jelaslah kepada kita semua bahawa masyarakat Orang Asli juga sudah sedar yang disebut hanyalah Angka semata-mata, yang sampai kepada mereka ta` seberapa.  Apakah ini semua bukan Populist.