Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan ramai taiko politik tersungkur. Presiden MIC dan Presiden PPP tewas dikerusi yang dikelaskan sebagai Selamat. BN hilang kuasa 2/3 diParlimen manakala Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak bertukar tangan. Kesimpulan yang dicapai mendapati kekalahan BN adalah disebabkan kelemahan pimpinan Pak Lah dan budak-budak ditingkat empat.
Bagi saya bukan salah Pak Lah, jika Dr. M masih disitupun keputusan PRU ke 12 tetap serupa. Saya memuji Pak Lah kerana tidak mementingkan diri demi survival UMNO. Kini dibawah kelolaan Datuk Najib ada usaha-usaha rebranding untuk melanjutkan usia UMNO.
Berkumandang dicorong-corong radio, dipeti TV dan didada akhbar slogan Rakyat Didahulukan. Sebelum ini apa benda yang didahulukan? soalan ini tidak perlu dijawab. Jenama Satu Malaysia sudah mendapat tempat dihati rakyat. Sebut saja apa bendapun kesemuanya 1Malaysia punya. Diantaranya Bantuan Isi Rumah 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia, Gelanggang 1Malaysia dan berbagai lagi.
Berdasarkan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dan membaca kepada reaksi rakyat semasa mereka menyambut P.M. sewaktu program jelajah beliau keNegeri-Negeri, Bandar-Bandar dan Kampong-Kampong, Pilihanraya Umum ke 13 sudah boleh diadakan bila-bila saja dari sekarang. Perkara ini juga menepati kajian yang dibuat oleh pihak Penganalisis Politik yang rata-rata berkata rating Datuk Sri Najib telah meningkat secara mendadak. Tambahan lagi Dr. Mahathir juga ada berkata yang sekaranglah masa yang sesuai diadakan PRU ke 13.
Bagi saya, PRU boleh dibuat sekarang ataupun tahun depan. Perubahan pemerintah sudah tidak dapat dielakkan lagi. BN sudah terlalu lama mengurus kuasa rakyat cara mereka. Lihat bagaimana Menteri Pengajian Tinggi menyelesai masaalah PTPTN. Beliau berkata mana-mana pelajar yang tak suka berhutang dengan PTPTN mereka boleh pulangkan wang tersebut. Bukankah kenyataan seperti ini merupakan satu idea yang paling bodoh. Kita semua tahu wang yang diperolehi dari PTPTN itu telah diguna untuk menjelaskan yuran pengajian bukannya masih penuh didalam kocek para pelajar U atau kolej. Seperkara lagi semasa hendak ditubuhkan PTPTN dulu adakah mana-mana pihak meminta pendapat dari para pelajar kerana perkara tersebut 100 % melibatkan mereka? Jika pelajar-pelajar kita bersetuju memulangkan wang pinjaman tersebut dan berhenti belajar apakah Pak Menteri tersebut mahu bertanggungjawab mengatasi masaalah sosial yang bakal timbul??
Seperkara lagi ialah mengenai kenyataan Presiden MCA baru-baru ini yang masyarakat Cina sudah tidak menyokong Partinya. Parti MCA ialah sebuah parti dimana keahliannya hanya orang Cina. Jika orang-orang Cina sendiri sudah tidak menyokongnya apakah parti itu masih relevan? Saya lihat memang ada asas mengapa orang Cina menolak MCA. Mereka dengar macam- macam, Pewaja, PKFZ dan sebagainya yang telah memakmurkan rakyat sedangkan setiap hari mereka kena berkebun dan berniaga kecil-kecilan. Projek-projek yang bunyinya berbillion-billion itu tidak juga mengalir kepada mereka. Bagi mereka keputusan bertukar angin adalah satu keputusan yang sangat tepat.
Dalam hal menurunkan harga bahan api (petrol dan gas) yang Pakatan Rakyat janjikan jika mereka diberi mandat memerintah negara adalah janji yang praktikal. Rakyatpun percaya ada masaalah untuk melaksanakan janji sedemikian “biarlah kita menyeberang jambatan itu apabila kita sampai disitu”. Sekurang-kurangnya mereka nyatakan komitmen yang akan mereka tunaikan sedangkan BN mencipta berbagai alasan untuk terus membebankan raklyat.