PANDAIKAH MELAKA MEMILEH?

November 19, 2021

Tanggal 20 haribulan November 2021 para pengundi berdaftar dengan SPR dipaksa memileh sebuah Kerajaan yang akan mentadbir negeri Melaka selama 5 tahun. Memandangkan terlalu banyak opsyen yang terhidang, maka sukarlah bagi Peramal-peramal samada yang pro ataupun amatur merencana pihak mana yang benar-benar berjaya menambat hati para pengundi.

Hari ini semuanya telah terlerai. Dalam bahasa politiknya “its going to be a landslide win” kepada Pakatan Harapan. Selain daripada undi-undi penyokong tegar, para pengundi akan menjauhkan diri daripada UMNO kerana kecewa tentang hadiah RM100 Juta property yang hendak diberi kepada pemimpin Parti. Begitu juga Perikatn Nasional yang mereka akan dikecewakan kerana cadangan menamakan seorang wanita sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka mendapat majoriti kerusi. Kerana rata-rata rakyat mahukan seorang Ketua Menteri yang juga seorang Imam. Sekian saja analisa ringkas buat tatapan peminat blog ini dan selamat menunggu keputusan yang ramai telah boleh jangka.