HULU SELANGOR KINI MEDAN TERBUKA

March 29, 2010

Semoga    dicucuri   rahmat  keatas  roh  Allahyarham  Datuk   Zainal  Abidin  Ahmad.   Sudah  menjadi  adat  kehidupan   –  yang   pergi   akan   berganti   dan  yang    kosong    akan   segera   diisi.    Siang-siang  lagi   Suruhanjaya  Pilihanraya  sudah  bersedia  untuk   bermesyuarat      bagi  memutuskan  tarikh  Pilihanraya  Kecil   kawasan  Parlimen  Hulu  Selangor.

Diatas  kertas  Barisan  Nasional   berpeluang  merampas  kembali  Kerusi  ini   yang    disifatkan  sebagai    kubu  kuat mereka. Dalam  apa  perkiraanpun  faktor  yang  menentukan  menang  atau  kalah  ialah  Calun.    Memandangkan   sekitar   55%   adalah   pengundi   Melayu  BN  hanya  ada  50 – 50  peluang  sahaja  jika  dikekalkan   juga calun  dari   MIC.

Bagi  PKR  pula  mereka  perlu  bekerja  keras  menyakinkan    pengundi  yang  Parti  ini  masih  relevan  diNegeri  Selangor.   Kepercayaan  rakyat  terhadap  Kerajaan  Pakatan  Rakyat perlu  menjadi  testimoni  penting.    Jika  episod  keluar  parti   masih   tidak  dapat  dibendung  dan  ciri-ciri  menjaga  kepentingan  sendiri   terus   berleluasa   pengundi  setiapun  boleh  menukar  arah.

Setelah  meneliti  perkembangan  diatas  peluang  Calun  Bebas  memenangi  Kerusi  ini  juga  dilihat  amat  baik.    Jika  hendak  dikatakan  Calun  Bebas  tidak  mampu  melakukan  apa-apa  sebab  tidak  berParti  kita  lihat  saja  apa  yang  sedang  berlaku  diParlimen.  Hari  ini  Wakil-    Wakil  Rakyat  Bebas  menyampaikan   ucapan  yang    begitu  lantang   dan  sentiasa  sahaja  mendapat  sokongan  moral  dari   para   Backbenchers.   Sedikit  sebanyak  masyarakat  kita sudah  mula  percaya  kepada  kebolehan    Wakil   Rakyat Bebas.

Suasana  semasa  menunjukkan  siapa  yang  dapat  menyakinkan  pengundi   tentang  kebolehannya   membela  nasih  rakyat   akan   tetap  berjaya   tidak   kiralah     calun  itu  Wakil  Parti  atau  Wakil  Bebas.

Advertisements

KESEDARAN BERPOLITIK BERMULA DARI “TANJONG 1”

March 14, 2010

Kemenangan  kerusi-kerusi  DUN  Pulau  Pinang  oleh  PKR  dan  juga  PAS    pada  PRU  ke  12 bolehlah  dianggap  sebagai  disokong  oleh  undi-undi  protes  dari  kalangan  anggota  BN  itu  sendiri.   Akan  tetapi    bagi  DAP  ia  adalah  kemenangan  mutlak.  Kesedaran  berpolitik  telah  disemai  semenjak  DAP  melancarkan  ”   Tanjong   1 ” lagi.        Memang  benar    Projek  Tanjong yang  terdiri  daripada  Tanjong  I,  Tanjong  II  dan  Tanjong  III kesemuanya  menuju  kegagalan.  Begitu  jugalah   yang  berlaku  kepada    Parti  Gerakan –   kerana  mereka  juga  gagal  menunaikan  tanggungjawab  walaupun  dinaungi  Barisan  Nasional.

Mac  8   2008  telah  benar-benar   menyedarkan   masyarakat  Pulau  Pinang   betapa   DAP  perlu  diberi  peluang  memerintah  Pulau  Mutiara.    Ini  terbukti   apabila      Kerusi-Kerusi     yang   ditandingi   oleh   calun  Parti  Gerakan   tewas  kesemuanya   kepada  DAP.     Hari  ini  walaupun  diberikan  berbagai  halangan  dan  tekanan    Parti  DAP  tetap  utuh   dan  bagi  tempoh  dua  ( 2 )  tahun  ini   telah  terbukti  yang  mereka  mampu  mengetuai  Pakatan  Rakyat   diPulau   Pinang   dan   akan   terus    menjana    idea-idea   baru   bertujuan    memberikan   kemakmuran  serta  keselesaan    kepada  rakyat.

Beberapa Tulisan  yang  bersepah  dalam  Mingguan  Malaysia hari  ini   seperti   Wawancara  Bersama  YB Zahrain sebaik  sahaja  beliau  menjejakkan  kaki  ditanahair  sekembali  dari  menyertai  Rombongan  Menteri  Jabatan  Perdana  Menteri  keAmerika  Syarikat ,  Temubual  bersama  YB  Zul  yang  memperlekeh  Parti-Parti  dalam  Pakatan  dan  kenyataan  YB  Mohsin  yang  memberikan  penjelasan  mengapa  beliau  tidak  mahu  mengosongkan  Kerusi  walaupun telah  menerima  desakan  daripada  pengundi-pengundinya  –   sedikitpun  tidak  dapat  menggugat  kehadiran  Pakatan  Rakyat  diPulau  Pinang.  Malah  mereka-mereka  inilah   yang  akan  tersingkir  pada  PRU  ke  13  nanti.  Mereka  memilih  untuk  menjadi  orang  yang  tidak  ada  Pendirian dalam perjuangan   politik.   Memang  tidak  salah  menjadi  seorang  yang  bebas  tetapi  tidakkah  bebas  itu   juga  sama  ertinya  sebagai  tidak  perlu  bertanggungjawab?

Kepada  yang  berselera  besar  untuk  merampas  kembali  Pulau  Pinang   sorry  to  say cara-cara  menghebahkan  benda-benda  yang  disebut  oleh  orang-orang  Bebas  ini  sebenarnya  tidak  sedikitpun  membantu.    Rakyat  kini  bukan  setakat  celik  komputer  sahaja  malah  mereka  sentiasa  celik  dalam  pejam.


SUKAR LAGI MEMILIH RAJA LAWAK

March 7, 2010

Malam  ini   Astro  PRIMA  akan  membawakan  siaran  secara  langsung  gelanggang  akhir  Raja  Lawak  4.     Tiga  orang  peserta   yang    telah   berjaya   melangkah  kefinal  terdiri    daripada    Pasangan  Kecik  “asal  dari  kampong”,    Alex  (kedua-dua  dari  Malaysia  Timur)  dan  Idlan.

Pada  beberapa  gelanggang  sebelum  ini  saya  cukup  yakin  Pasangan  Mamu yang  akan   muncul  juara.    Rupa-rupanya  saya  silap.   Pertandingan  ini  ditentukan  oleh  jumlah  tertinggi  SMS yang  diterima  oleh  seseorang  peserta   itu  bukan   kerana  talent dan  kepetahan mereka  melawak.  Kumpulan  Mamu ini    akhirnya  hanya  berjaya   menduduki  tempat  keempat  saja.    Berdasarkan  kepada  mood pengundi  yang  bakal   bergelar   Raja  Lawak  ke4  ini  hanyalah  diantara  Kecik ataupun  Alex saja.

Tidak  seperti  didalam  arena  politik.     Setiap  hari  akan   lahir   seorang    Raja  Lawak   Politik yang  baru  dan  yang  sudah  pasti   beliau  akan    diberi    liputan  media   yang  meluas   daripada  semua  cabang  Media yang  ada   seperti  media  perdana,   media   pembangkang    dan  juga  media   alternatif.      Setiap   Raja  Lawak  Politik ini   mempunyai  peminat  mereka  tersendiri  yang  bersedia  hidup  dan  mati  bersama.

Yang  anehnya  mereka  bukan  digelanggang  lawak.    Mereka  berada  ditengah-tengah  medan  harapan  rakyat  yang  dahagakan  perubahan  dan  yang  mengimpikan  kesenangan  yang  tulin.  Kita  dapat  lihat  betapa  kecewanya  rakyat  yang  dimaksudkan  ini  terhadap    orang-orang  yang   tidak  serius  memperjuangkan  nasib  mereka.     Segala   isyarat    yang  diluahkan   dalam Peti-Peti  Undi    dileburkan   disidang-sidang   media.     Berbagai  alasan  ketidakpuasan  diberi  seperti  tidak   mendapat   kerjasama  dengan  Pimpinan,  citarasa  sudah  tidak  selari  dengan  Parti  yang  diwakili  dan   alasan  yang  paling  popular  ialah  hendak  memelihara    agama.

Inilah  juga   alasannya    mengapa   begitu  ramai   lagi   rakyat  yang  layak mengundi   tetapi  belum  mahu  mendaftar  sebagai  Pemileh.  Begitu juga  mereka-mereka  yang  menyumbang  kepada    peratusan  (  %  )    tidak  mengundi  walaupun  sebelumnya  telah  bersusah  payah  mendaftar.    Mereka  tidak  menunjukkan  keyakinan  kepada  Pengamal  Politik  yang  ada.

Bagi  yang   menerima  pencalunan  dan  bertanding  didalam  satu-satu  Pilihanraya  jangan  anggap  ianya   seperti  memohon  jawatan  walaupun  akan  dibayar  elaun  bulanan  serta  boleh  dapat  pencen  jika  terpilih.    Ia  merupakan  satu  penerimaan  amanah,  tanggungjawab  serta   pengorbanan.  Yang  anehnya  setelah  50  tahun  lebih  kita  Merdeka  dan     Angkasawan kita  sendiripun   sudah  sampai  kebulan   mengapa    masih   ramai   ahli-ahli  politik  kita   hanya  setakat  pandai    melompat?


DARIPADA BERBALAS PANTUN LEBIH BAIK SEMAK DIRI

March 3, 2010

Beberapa  hari  ini  kejadian-kejadian  seperti  penderaan,  rompakan, nahas  jalanraya  telah  menjadi  berita  kecil   sahaja.    Berita-berita  yang   terpampang  dimuka-muka  depan  Akhbar  ialah  mengenai  krisis  berpanjangan  dalam  Parti  Keadilan  Rakyat.   Setiap  hari  ada  sahaja  yang  keluar  Parti.  Ada  yang  menyerah  diri  kembali  kepangkuan  UMNO  dan  tidak  kurang  juga  yang  berasa  lebih  selesa  tidak  berParti.

Lanjutan  daripada  peristiwa-peristiwa  ini  saya  lihat  Pimpinan  diperingkat  pusat  sentiasa  menangkis  setiap  yang  dilemparkan  oleh   mereka-mereka  yang  telah  menjadi  Bekas  Ahli  tersebut.     Apabila  bekas-bekas  ahli     mengzahirkan    kekecewaan    mereka      terhadap  pimpinan    yang  tidak  berfungsi  malangnya  dari   pihak  pimpinan  hanya   mengambil  jalan  pintas  dengan  menempelak  mereka  dengan  menuduh   Bekas-Bekas  Ahli  tersebut   tidak  mengenang  budi,  tamak   dan  hanya  mementingkan  diri.    Perdebatan  yang  diberi  liputan  istimewa  oleh  Media    Perdana  ini  tidak  ubah  seperti  berbalas  pantun.

Tanpa  disedari  pihak  musuh  telah  berjaya  menghidu  kelemahan   yang   terdapat    dalam PKR .  Walau  bagaimanapun  saya  yakin   Parti  Keadilan  Rakyat  yang  ditubuhkan  oleh  para  Reformis  ini  masih  boleh  diselamatkan  dengan  beberapa  syarat.

Syarat  yang  pertama  bagi    yang   mengaku   mereka    adalah  Ahli-Ahli  Majlis  Pimpinan  Pusat  segera  turun  keakar  umbi.   Tidak  keterlaluan  saya  katakan  ramai  ahli  tidak   mengenal  Timbalan  Presiden   dan  sebilangan  Ahli  MPP  secara  dekat.   Kebanyakan  Pemimpin  Tertinggi  tersebut  hanya  tunjuk  muka  apabila   ada  penganjuran  ceramah  dan  Majlis-Majlis  Bertemu  Pemimpin.   Saya  maksudkan  yang  tidak  kenal  Ahli  MPP  adalah  mereka-mereka  yang  bergiat  diRanting-Ranting.   Bagi  para  Pemimpin  diperingkat  Cabang  mereka  memang  kerap  berjumpa  kerana  kehadiran  diKonvensyen  dan  diKongres  Tahunan.

Yang  kedua  apabila   Pimpinan  yang   lebih   tinggi  dimaklumkan  tentang  berlakunya  tindas menindas diperingkat  Cabang  ( contoh )  mereka   hendaklah  segera  melakukan  siasatan  kerana    saya  pasti  mesti  ada   kebenarannya  pada  setiap  Aduan  tersebut.   Dalam  hal  ini  suka  saya  merujuk  Sidang  Akhbar   Pimpinan  PKR  Negeri  Perak   yang  dilapurkan  oleh   Sinar  Harian  pada   23  Februari  2010.   Dalam  Sidang  Akhbar  tersebut  ada  dinyatakan  yang  pihak  Pimpinan  Negeri  Perak  sedar   ada  dakwaaan  segelintir  ahli  yang  merasakan  dirinya  terpinggir  dan  pihaknya  sedang  meneliti dari  setiap  Cabang  untuk  memastikan  kebenaran  dakwaan  tersebut.   Saya  percaya  usaha  mereka  hanya  berakhir  diperingkat  meneliti sahaja  dan  terus  sahaja  mengambil  kesimpulan  yang  semua  dakwaan  tersebut  tidak  berasas.   Ketua  Cabang  tetap   didapati  betul   kerana  lazimnya  Pemimpin  Tinggi   ini   adalah   terdiri  dari  Ketua-Ketua   Cabang  juga.  Takkan  nak  cari  pasal  pulak.

Yang  ketiga,  selama  10  tahun  lebih  ahli-ahli  berjuang ,  berkorban  masa  dan  juga  harta  apa  bentuk  penghargaan  yang   ada  dalam   fikiran   Pemimpin   Parti.    Jika  benarlah    setiap  ahli  kena  akur  kepada    falsafah   Apa yang kita boleh beri kepada  Parti  bukan  apa  yang   kita boleh  dapat mengapa  pula  ada  segelintir  ahli   mendapat   pengecualian?

Saya  ada  satu  falsafah  untuk  dikongsikan.  Ia  berbunyi  seperti  berikut:  Peristiwa  ahli  keluar  seorang  demi  seorang  sama  sekali  tidak  mencemaskan.  Yang  mungkin  menjadi  cemas  hanyalah   apabila  tidak  cukup  ahli  untuk   memenuhi   kuota   calun   semasa  Pilihanraya. Walau  macam  manapun  PAS  dan  DAP  sentiasa  bersedia  membantu  melengkapkan  kuota  tersebut.  Yang  penting  bagi  Pakatan  Rakyat  ialah   satu lawan  satu.