SIAPA PEMENANG DI PENANTI

May 31, 2009

Masyarakat  Penanti   sedang   berpusu-pusu   kePusat  Membuang  Undi.    Masih  terlalu  awal   untuk  diramal   siapa  diantara  empat        ( 4 )  itu   yang   berjaya  dimahkotakan.   Sungguhpun  diatas  kertas     Calun  PKR  dijangka   dapat   memintas  kesemua  pencabar  mereka,    benda-benda   seperti    “last  minute  swing”    tidak  mustahil   boleh     berlaku.    Saya  sendiri  tidak   inginkan   perkara   sebegini   berlaku.    Tujuan   saya    menyebutnya   adalah    semata-mata    sebagai  peringatan   dan  daripada  itu   marilah   kita   para   pendokong   Pakatan  Rakyat   semua   Berdoa   kehadirat   Illahi   agar   dijauhkan  daripada   segala  mala  pertaka.

Sambil  kita  menunggu   keputusan   Resmi  yang  dijanka  akan  di-    ketahui  disekitar  jam  8.30 malam   elok   kiranya    kita  bincangkan   satu  topik  lain   dalam  kehidupan   seharian  kita.    Apa   kata   kita      nilai   trend  setiap  filem   yang  kita  tonton.   Sejauh  manakah   ianya  memberi  manafaat   kepada   kesejahteraan  yang  diharapkan.

Saya  mulakan   dengan   filem-filem  Hindi (Hindustan).  Mengapa  didalam   kebanyakan   ceritanya   mengambarkan   penindasan.  Yang  berkuasa    akan  sentiasa  dilindungi  dan  yang  miskin  akan  terus  ditindas?

Bagi  filem-filem   Country  “Cowboy”  pula   mengapa   semua  penjahat  tidak   akan  berpeluang  melepaskan  diri.   Reward  akan  terus  dikeluarkan  dan  dilabelkan   sebagai  dikehendaki  “dead  or  alive”  selagi  penjahat  ini   tidak  diberkas  atau  dibunuh?.

Dan  akhirnya  bagi  filem-filem  Melayu.   Mengapa  kebanyakan  filem    Melayu  diakhiri  dengan  perkahwinan  walaupun   dalam   prosesnya   berbagai  kemelut  berlaku  seperti   hina  menghina, memfitnah   dan   penggunaan  ilmu  hitam  untuk  mencapai  matlamat?

Marilah  kita  sama-sama  mencari  jawapan  kepada  soalan-        soalan   ini.   Saya   percaya     semuanya   akan  terjawab  sebaik   sahaja   keputusan  Penanti  kita  perolehi.

Selamat  mencuba.    Saya  tidak   ada    menyediakan  hadiah.


SUARA PENANTI

May 30, 2009

Berbicara  tentang  pilihanraya  sudah  semestinya   semua    perhatian  kini  tertumpu  diDewan  Undangan  Penanti.      Banyak   sekali    telah       diperkatakan  oleh  berbagai  pihak  mengenai  kawasan  ini.     Ada  yang   menuduh  Institusi  ini  diperguna  oleh  orang-orang  tertentu   untuk  kepentingan  peribadi  sehingga  mengambil  keputusan  memboikotnya.

Disatu  pihak  yang  lain  pula  sangat   percaya  jika   seseorang  itu   telah  tidak  berkemampuan   meneruskan  khidmat  kepada  rakyat  amat  wajarlah  melepaskan  jawatan.       Pihak   yang   ini    terus  membuat   peristiharan  mahu  menyertai  saigan  diPenanti   sebaik   sahaja  Fairus   secara  resmi  melepaskan  jawatan.    Walaupun    ada  ternampak    kesungguhan  pada  awalnya   seperti    liputan    meluas    disetiap   Media  Perdana,  pada  akhirnya  senario   yang   ditonjolkan  pihak  ini  hanyalah  semata-mata   mahu  menunjukkan  “parut   yang  masih   jelas  dilihat  pada  luka  lama”.

Saya  percaya   para  pengundi   yang   bijaksana  tidak   akan   memberi  simpati   kepada   perjuangan    jenis  ini.   Terlalu  banyak   kekecewaan   peribadi    yang   diminta   pengundi  pertimbangkan.   Secara  umumnya    para  pengundi    mahukan  nasib   mereka  terus   dibela.   Segala  keperluan  mereka  tidak  diabaikan.   Dan  pemimpin   yang   mereka  mahu  pilih  ialah    sesorang  yang   terbukti     duduk   pada  satu  platform  politik  yang  kuat.     Calun  Bebas  tidak  mungkin   dapat   menyelesaikan  masaalah  rakyat  yang  pelbagai.

Kepada   masyarakat   Penanti    dimana   kita  telah   sama-sama   membuat   perubahan   pada  PRU  ke  12   tempoh  hari.   Semasa   kita   membuat  keputusan  itu  kita  relakan  selama  50  tahun  kita  dibelenggu  kesusahan.  Kita   mahu  menuju  kepada  kemajuan   sebenar   melalui  Pakatan  Rakyat.    Kini  Kerajaan  kita  Pakatan   Rakyat   diPulau  Pinang    sedang    melakukan   yang  terbaik  untuk  kita  semua.

Tuan-tuan   dan    Puan-puan   diminta   mengundi    besok  31  Mei   untuk  memilih   Wakil  yang  akan   menyumbangkan  khidmat  bakti  kepada  Negeri  Pulau  Pinang  secara  berkesan.

Kepada  Warga  Penanti   saya  ucapkan  “Selamat  Mengundi”


SIAPA TERKAYA

May 29, 2009

Terpampang  didada  Akhbar  hari  ini  memperihalkan   senarai  Hartawan  Malaysia   seramai   40   orang   dan   diantaranya  ada terdapat   9   orang  Melayu  (bumiputra).    Walaupun    senarai    yang  dikeluarkan   tersebut   diolah   supaya   dilihat   kekayaan   hartawan   kita    itu  telah  mengalami  susut   yang  sangat  ketara   akibat  dari  kemelesetan   ekonomi  global   tetapi  mereka  masih  boleh  berbangga   dengan  kedudukan   tersebut.

Apabila  diajukan   soalan:   Siapa   tidak  ingin  kepada  kekayaan?   Mungkin  ada    beberapa  orang   yang  menjawab  mereka   tidak   mahu  jadi  Kaya.  Diantara  alasan-alasan  yang  mereka  berikan   termasuklah  tidak  boleh  tidur  malam,   takut   dicolek    dan  berbagai  lagi  risiko  seperti   disamun  dan  diperas  ugut.   Bagi  orang-orang  ini   berada  didalam   sihat   tubuh   badan,   bebas   bergerak   kemana   sahaja    adalah  kekayaan   sebenar  yang  tiada  tolok  bandingnya.

Bagi  kebanyakan   orang  mencapai   taraf   Orang  Kaya  adalah    satu-satu   yang  diidamkan   bagi  menyempurnakan  kehidupan.   Perpatah  Melayu   ada  menyebut   “Hina  besi  kerana  karatnya”.  Seperti   yang  dikisahkan  oleh   P. Ramlee  dalam   filem  3  Abdul    dimana   tanggapan   Sidiq   Sigaraga  berubah  sekelip  mata   apabila  dia   ditunjukkan  dokumen   yang   menunjukkan   pemilikan  harta  Abdul   Wahub  diluar  negara  yang   terbukti  jauh  lebih  kaya  dari  dirinya.

Kembali  kepada    senarai   Hartawan  tadi,  tidak   dapat  dinafikan   bahawa   Dasar-Dasar   Penswastaan   yang  Kerajaan   kita   ujudkan   itulah   yang   memungkinkan    sebilangan  orang-orang  Bumiputra   mampu   memiliki    “listed  Companies”  lantas   memperkembangkan   perusahaan   dan  perniagaan  mereka.

Hebahan   senarai  Orang  Terkaya  ini   membuat  saya  sangat  “release”  kerana   tidak  terdapat  nama-nama    ahli  keluarga   Tun   Abdullah   didalamnya.    Kita   semua  maklum    sebelum  ini  terlalu  banyak  spekulasi  yang  mengkaitkan    perolehan  kontrak-kontak  dan   sebagainya   oleh   ahli  keluarga  Pak  Lah.   Saya   bangga   kerana    sebelum  ini   saya   ada  menulis  tentang  Pak  Lah   dimana    saya  sifatkan   beliau    sebagai       Negarawan    Terbilang.   Jika  beliau   ada    mengambil  kesempatan  dari  kedudukannya  itu    sudah   tentulah  salah  seorang   dari   anaknya   atau  menantunya   ada   tersenarai.

Penutup  cerita,  kekayaan  tidak  semestinya  memiliki  wang  berkoyan-koyan  atau   ladang   beribu  hektar.  Apabila    tidak   lagi   menanggung  perbelanjaan   membesarkan   anak   serta   membiayai  urusan    pelajarannya,   kita     sudah  boleh   dikategorikan   sebagai   Orang  Kaya.


APA MISI MAK MINAH II

May 28, 2009

Hari  mengundi  diPenanti   hanya  tinggal   tiga ( 3 )  hari  sahaja.   Parti  Barisan  Nasional  telah  kalah  awal-awal   lagi.   Setelah  50  tahun  lebih   tidak  henti-henti   menyertai  setiap  Pilihanraya  tidak  kira  besar   ataupun  kecil,   baru   sekarang   mereka   faham   bahawa  ada    satu-satu  penyertaaan  mereka  itu  hanya  membuang  duit  sahaja.

Sememangnya   Pilihanraya   adalah  medan  rakyat.   Bagi  yang  merasakan   mereka    mampu   berkhidmat  tidak  salah  jika  menawarkan  diri  untuk  dipilih  sebagai  Wakil   Rakyat.  Bagi   rakyat  setempat  pula  secara  majoritinya  mereka   perlu  memilih  orang    yang   terbukti  layak  memperjuangkan  nasib  mereka.  Dan  yang   paling  penting   orang  yang  akan  kita  pilih  itu   mempunyai   hubungan  baik  dengan   pentadbir  ditempat  itu.

Tegasnya   DUN  Pena nti  adalah  dibawah  pentadbiran  Kerajaan   Pakatan  Rakyat (Negeri  Pulau  Pinang).   Dengan  memilih  Calun    yang  ditawarkan  oleh  Pakatan  Rakyat  segala  urusan  serta  sebarang  masaalah  yang  dihadapi  oleh  penduduk  setempat  dapat   diselesaikan   dengan  mudah  dan  berkesan.   Dalam  apa  keadaanpun   mereka  yang  Bebas  akan   melakukan  kerja  secara  bebas  juga. Mereka  tidak  mempunyai  platform  untuk  mengerakkan   segala  aktiviti  untuk  masyarakat.

Bagi  Mak  Minah  yang  pada  pandangan  saya  tidak  memberikan    sepenuh  tumpuan   untuk   mendekati  pengundi,  besar  kemungkinan   selepas  PRK  Penanti  ini    beliau  terus  mencebur  diri  dalam  kerja-kerja   “watchdog”  bagi   memastikan  pemimpin-   pemimpin   PR  terutama  PKR  yang  dipilih  oleh  rakyat  menjalankan  tanggungjawab  dengan  berkesan.  Dan  beliau  juga   mahu  melihat  Wakil-Wakil  Rakyat  Pakatan  Rakyat   bersih  dari  rasuah  dan  penyalahgunaan  kuasa.

Berpandu  kepada   segala  apa  yang  telah  Mak  Minah  lakukan  seperti  merakam  perbualan,  membuat  laporan  polis   dan   melaporkan   kesalahan-kesalahan   pilihanraya  kepada  SPR,   Negeri   Pulau  Pinang  akan   menjadi   negeri  pertama  dalam  negara  ini  yang  benar-benar   memandang  jijik  kepada  rasuah   dan  tidak   akan  memberi  ruang  kepada   sebarang  kegiatan  menyalahguna  kuasa.   Adalah  dijangkakan   lebih  ramai  rakyat  Pulau  Pinang  akan  mengikut   jejak  Mak  Minah.     Untuk  mencurah  bakti  tidak  semestinya  kita  seorang  Wakil  Rakyat.


APA MISI MAK MINAH?

May 26, 2009

Kempen  Pilihanraya  Kecil  Penanti  telah  bermula.   Calun-calun   yang  menawarkan  diri   sedang  bersungguh-sungguh   menawan  hati  pengundi.   Dengan   ketiadaan  Barisan  Nasional   menyertai   saingan  kali  ini    suasana   kemeriahan   sebenar    Pilihanraya   langsung  tidak  dirasakan.    Boleh  dikatakan   tidak   ada   Isu   yang   hendak   diperkatakan   oleh   mereka-mereka   yang  bertanding.   Setiap  calun  nampaknya    tidak   mahu  membuang   masa   dan  jika  berkesempatan  setiap  pengundi  akan  dijejaki.  Mengikut   laporan    calun  PKR  Sdra   Mansor   Othman   tidak  ketinggalan   menghadiri  ceramah-ceramah  yang  diatur  oleh  Parti,  disamping  itu    beliau  juga   pergi   berjumpa  dengan  para  pengundi  dari  rumah  kerumah.  Dikalangan  calun- calun  Bebas  hanya   Nai  Khan Ari  yang    berlambangkan     “Wau  Bulan”   yang  dilaporkan  ada  kesungguhan  dalam  berkempen.

Bagi  Mak  Minah  walaupun  beliau   merupakan   orang  yang  pertama  membuat  pengumuman   untuk   bertanding    diPenanti  tetapi    apa  yang  diperlihatkan  sama  sekali  berlawanan  dengan   hasrat  asal  beliau.   Siang-siang  lagi  beliau  telah   meminta  supaya   Barisan  Nasional   memberi  laluan  kepada  beliau  berhadapan   dengan  PKR  kerana   kononnya   rakyat  Penanti  lebih  yakin  dengan  kepimpinan  beliau  dari  Parti  Keadilan  Rakyat.    Semenjak  hari  penamaan  calun   aktiviti   khusus   Mak  Minah   hanyalah    membuat  laporan  polis,   memanggil  sidang  media   dan    bercadang  mengedarkan   CD  kepada   setiap  pengundi.   Beliau  dilihat  lebih  berminat  membantu    Suruhanjaya  Pilihanraya  mengenalpasti  orang-orang  yang  melakukan  kesalahan-kesalahan  pilihanraya  dan  membantu  SPRM  dalam  menjejaki  individu-individu  perasuah.

Didalam  setiap   Pilihanraya   ketentuan  orang-orang  yang     bertanding  hanya    disahkan   sebaik  sahaja  Pegawai  Pengurus   Pilihanraya   disatu-satu  kawasan  itu  mengumumkan  calun   secara   resmi.   Bagi   PRK  Penanti  ianya  bermula  pada  23  Mei  sahaja.   Jadi  inilah  kali  pertama   yang  saya  dengar   Parti  sehebat   PKR  terlalu  takut  berdepan  dengan  seseorang  individu.  Pendek  kata   Barisan  Nasionalpun  PKR  ta`  takut.  Jadi   BN  tidak  jadi  bertanding itupun  saya  fikir  mungkin  takut  kalah  pada  Mak  Minah.

Proses  pilihanraya  bermula  pada  menamakan  calun.   Seseorang  itu  hanya  akan  diistiharkan  sebagai  calun  setelah  semua  peraturan-peraturan  dipatuhi  dan  disahkan layak.   Jadi  dengan   memukul  gendang  beberapa  minggu  sebelum  hari  penamaan  calun  sepatutnya  dikelasifikasikan  sebagai  “syok  sendiri”  sahaja.

Dilihat  pada  praktikalnya  calun-calun  Bebas  yang  lain   lebih  menonjol   walaupun  mereka  tidak  pandai  sangat   mengolah  “mood”  pengundi.  Mereka  berada  diPenanti  untuk  mencuba   nasib.  Mereka  tidak  ada  masa   untuk  membantu  SPR  menjejaki  orang-orang  yang  melakukan  kesalahan  pilihanraya  atau  membantu   SPRM  mengenalpasti  perasuah  diPenanti  ini. Mereka   juga  tidak  menghalang  jika  ada  orang  lain  yang  suka  membuat   kerja-kerja  tersebut.

Apa  misi  Mak  Minah  diPenanti  hanya  Mak  Minah   sahaja   yang  boleh  menjawabnya.


KRISIS POLITIK : KINI KEDALAM RUMAH BARISAN

May 25, 2009

Semuanya  bermula   kerana   tidak  mendengar  nasihat  orang-orang   tua  dan  tamak  haloba   tanpa  had.   Bila  kena  pada  orang  lain  diminta  bersikap  “gentleman”  dan  terima  keputusan  dengan  hati   yang  terbuka  tetapi  bila  terkena  pada  diri  sendiri   berbagai  usaha  dibuat  bagi   mencapai  matlamat.

Bagi  orang-orang  yang    hak  mereka  telah  dinafikan   dengan  cara  licik  itu  diharap   terus  bersabar.  Anggap  ini  semua   hanya  dugaan    Allah  semata-mata.   Sesuatu  kemenangan  yang mutlak  itu   hanya  boleh  dicapai  melalui  sebanyak-banyak   pengorbanan  dan  kesabaran.    Pintu  kemenangan  walaupun  masih    berada   jauh   dihadapan  tetapi  ianya  sudah   dapat  dilihat  begitu  jelas   sekali.

Bagi   Barisan  Nasional   penyakit    “retak  mencari  belah”      yang    sangat-sangat  mereka  takuti  sudah  bermula.   Hari  ini  sebuah   Parti  Gabungan  mereka  iaitu   PPP   telah  melakukan   satu    tindakan  yang  benar-benar  memalukan  gagasan  tersebut.  Jika   sekiranya   mereka  bertanding  diPenanti   dimana  hendak  disorok  muka.      Parti    PPP    yang  berasal   dari  Negeri  Perak  ini   dilihat   begitu  cepat   belajar  dari  rakan-rakan  mereka    dalam   kemelut   Kerajaan  Negeri.

Walaupun    sedang  dikejutkan  oleh  peristiwa   ini    UMNO  dilihat   tidak   mengambil  serious  malah    semenjak  mereka  mendapat  maklumat   yang   ADUN  Manek  Urai  meninggal  dunia  mereka   hanya   bercakap   tentang   peluang-peluang  yang  terbuka  untuk   mereka  memenangi  kerusi  tersebut.   Pak-Pak  Menteripun  sudah   mula  turun  padang.   Walaupun   SPR  masih  belum  menerima   secara  resmi  tentang  kekosongan  tersebut  dari  Sepeaker  DUN   Kelantan   mereka  sudah  mula  bersedia.   SPR  juga  dalam   hal    kekosongan  diManek  Urai  ini   bertindak   sangat  proaktif.  Walaupun  masih  belum  menerima   persiaran  dari  Speaker   DUN   Kelantan  mereka   awal-awal  lagi   telahpun  mengumumkan   tarikh  mesyuarat   untuk  membincangkan   persiapan  Pilihanraya  Kecil  tersebut.

Berikutan  dengan    krisis   PPP   yang  tidak  secara  langsung  menggugat   BN,   message  Perpaduan  yang  macam  mana   pula  hendak  diterangkan   kepada  rakyat  diManek  Urai?   Memang               ada  logiknya    jika  BN  tidak  bertanding   diManek  Urai.  Memandangkan    pengisian  kerusi  tersebut  tidak   mengubah  apa-apa.   Kerajaan  Pakatan (PAS)   masih  “solid”  diKelantan  dan  BN  boleh  menumpukan   penuh  perhatian   menyelesaikan   masaalah  yang  sedang  menimpa  rakan  komponen

Kita  tidak  tahu  apakah  kayu  ukur  yang    BN  guna  yang   mereka   sangat  yakin  dapat  merampas  kerusi  Manek  Urai  tersebut  tetapi    jika  ditanya  sentimen  rakyat  tidak  kira  dimana    mereka  berada   tetap   tidak   bersetuju  dengan  apa  yang  BN  lakukan  diPerak.


PILIHANRAYA ADALAH MEDAN PILIH PEMIMPIN BUKAN PESTA

May 23, 2009

Bertolak  dari  Tajuk  diatas  inilah  satu-satunya   kenyataan  SPR  yang   saya  sangat  setuju.    Kita   harus  menghormati   sesiapa  sahaja   yang  berhasrat   untuk  menghambakan  diri  kepada    rakyat  disatu-satu    tempat  itu.  Malah  kita  perlu  juga  berterima  kasih  kepada  mereka.   Kini   Resmilah  sudah  empat ( 4 )  orang   rakyat   Malaysia  menawarkan  diri   untuk  diberi   pertimbangan    oleh    pengundi.    Orang-orang  yang  berani   ini    berhasrat  mengisi   ruang   yang  ditinggalkan  oleh  Fairus  yang  gentleman.  Maksud  gentleman  disini  jika  kita   sendiri  rasa  kita   sudah  tidak  mampu   memberikan  khidmat  yang  memuaskan   adalah  lebih  baik  kita  menarik   diri  dan   serahkan  kepada   orang    lain.    Saya    tidak   nampak  ada  unsur-unsur   mengalakkan  pembaziran  disitu.

Tegasnya  disini  laungan  SPR  telah  disahut   oleh  orang-orang  ini.   Kepada   yang   tidak  sanggup  menawarkan  diri   kita   juga  harus   menghormati  mereka.   Benarlah   kita  semua  setuju  bahawa  mereka  itulah   yang   sepatutnya  awal-awal  lagi    menawarkan  diri  sebab  mereka  mempunyai  banyak  resources  dan  lagi  mereka  sudah  established.   Tetapi,     itu  semua   yang   kita   nampak.   Bagaimana  pula  dengan   benda-benda  yang  kita  tidak  nampak.    Masaalah-masaalah  dalaman   seperti  sukar  membuat   pilihan    kerana   terlalu   ramai   calun  yang  layak  juga  boleh  jadi   satu  daripada  sebab   mereka  mengambil  keputusan  tersebut.

Kini  rakyat  Penanti   sudah  boleh  mula  menilai    orang-orang   yang   berempat  ini   untuk  diputuskan  pada  31  Mei  nanti.  Bagi   Pakatan  Rakyat   walaupun  dilihat   mempunyai  banyak  kelebihan  gunakanlah  kesempatan   ini  untuk  menjelaskan  kepada   masyarakat  Penanti  tentang  komitmen   yang  sedang  dilakukan  oleh  Kerajaan  Negeri  pimpinan  mereka  serta   huraikan  apa  lagi   yang  boleh  mereka  laksanakan  untuk  memakmurkan  Pulau  Pinang.

Kepada   pendokong  Pakatan  Rakyat  anggaplah   kerja-kerja  diPenanti  ini  sebagai   “Pemanas  Badan”   untuk    Manek  Urai  yang  UMNO  telah  terlepas  peluang.

Harapan  saya  para  pembaca  tidak   jemu-jemu   menyingkap  Blog  ini  dari  semasa  ke  semasa   berkaitan   Pilihanraya  Kecil    DUN     Penanti.


PERAK PENTINGKAN REKOD (MENJADI YANG PERTAMA)

May 21, 2009

Sebutkan  apa   lagi   yang  Negeri  Perak  tidak  dapat  tempat  Pertama.   Mengikut  rekod   belum  ada  negeri-negeri  lain  yang   setanding  Perak.       Bermula  daripada  Landasan  dan   Stesen  Keretapi  ( Taiping ke  Port  Weld)  yang  Pertama.  Percaturan  yang  mengorbankan  Tuan  Residen   juga   boleh  dikira  sebagai  yang  Pertama.   Didalam  bidang  sukan    bolasepak  pula   Negeri  Perak   adalah  negeri  yang  buat  kali  pertamanya  menjulang     Piala  Malaya  yang  kemudiannya  ditukar    nama  kepada  Piala  Malaysia.   Begitu  juga     apabila  diperkenalkan  Piala  FA  Baru  dalam  tahun  Sembilan  Pulohan  (90`s)  Negeri   Perak   menjadi   penjulang  Pertama  Piala  tersebut.

Itu  dia  serba  sedikit   tentang  hebatnya  Negeri  Perak  dalam   mencipta  nama  ditempat  Pertama.   Selepas  daripada  itu  lihat    sajalah  dalam  bolasepak  sebagai  contoh.    Didalam  carta  liga  kedudukan   Perak  hanyalah  cukup  makan  sahaja. Memang  benar   pasukan  Perak   tidak  akan  turun  Division  buat  beberapa   musim   lagi.  Semua  ini  berlaku  kerana   matlamat   Perak  hanya  mahu  menjadi  yang   Pertama  didalam  semua  hal.

Baru-baru  ini   Perak  mencipta  satu  lagi  tempat  pertama.  Tiga  orang  Ahli   Dewan  Undangan  Negeri  mengambil  tindakan  nekad   keluar  Pakatan  lalu   ambilalih  Kerajaan  Negeri  yang  sebelumnya  diberi  mandat   kepada  Pakatan  Rakyat  iaitu  rakan-rakan  mereka  sendiri.  Ketiga-tiga   mereka  mengistihar  diri  sebagai  Bebas    dan   mendapat  kerjasama  dari   ADUN-ADUN    UMNO/BN   membentuk   Kerajaan  Baru.   Inilah  satu-satunya  REKOD  yang  dicipta  oleh   Negeri  Perak  bukan  setakat   diMalaysia   malah  ia  belum  pernah  berlaku   dimana-mana   kerajaan  dalam  dunia  ini.  Saya  amat  percaya  rekod   ini   tidak  akan  dapat  dipecahkan   oleh  sesiapapun.

Lanjutan  daripada    peristiwa  ini   berbagai  rekod  lagi  dicipta    seperti  Speaker  dijulang  keluar  Dewan  dan   Raja   Pemerintah terpaksa  menunggu   sekerat  hari  sebelum  boleh   menyampaikan  Titah  Ucapan.   Ini  semua  tidak  termasuk   yang  “in the  making”  diKamar-Kamar  Mahkamah.

Kemuncak  kepada   peristiwa-peristiwa  ini  ialah   satu  REKOD  ditempat  Pertama  dimana    rakyat   Perak  yang    terdiri   dari  berbagai   bangsa, etnik  dan  ugama   tidak   akan   begitu  mudah memaafkan   orang-orang  yang  telah  mereka  amanahkan  sebagai  wakil  mereka  diDewan  Undangan  Negeri  pada   PRU  12  begitu  sahaja.    Dalam  tempoh  setahun  lebih  ini  wakil-wakil  yang  rakyat  pilih  ini   hanya  berjaya  memperjuangkan  kepentingan  diri  masing-masing  sahaja.  Apakah  mereka  mahu  menghabiskan  tempoh  dengan  mencipta   rekod-rekod  Pertama  sahaja?   Carilah  jawapan  yang  sesuai  untuk  soalan  ini  dan  saya  pasti  ianya  ada   dicelah-celah  imbuhan  yang  kita  terima.


STRATEGI REBRANDING UMNO

May 20, 2009

ITS  OFFICIAL!     UMNO   tidak   bertanding  diPenanti.     Alasan  diberi    kerana  tidak  mahu  mengikut  rentak   Parti  Keadilan  Rakyat.   Parti     segagah  UMNO   tidak  mungkin   mengambil   keputusan    berdasarkan    “rentak  Tari”.  Jika  benar    PKR   sengaja    memaksa    ahlinya    meletak   jawatan   untuk   memberi  laluan   kepada   calun  pilihan  maka   disitu    UMNO  mempunyai   “kes”   yang   kuat   untuk   merampas    kembali   Penanti.   Ditambah  pula  dengan  desakan   PAS  Permatang  Pauh  yang  mahukan  calun  PAS   mewakili  Pakatan  peluang   UMNO  dilihat   begitu  cerah.

Ada  kebenarannya   setiap   kali  diadakan  Pilihanraya  terlalu   banyak   “resources”    digunakan    seperti  meletakkan   sejumlah   besar  anggota  keselamatan.  Perkara   ini  sudah  disedari  oleh  rakyat.  Jadi  dengan  tidak    adanya  calun  dari  BN  maka    komitmen    kerajaan   terhadap   PRK  ini    adalah  “minimal”     sahaja.

Saya  melihat   Barisan  Nasional   mahu   mencari    kemenangan-kemenangan  bentuk  lain.     Penanti   mahu  dijadikan  “pioneer”   projek  rebranding   mereka.    Didalam    Pilihanraya  Penanti  ini   sudah  tentu   para  penyokong  UMNO   juga   akan   turun  mengundi  kerana  semua  faham    mengundi  adalah  hak  seseorang   memilih  wakil    untuk  membawa  suara  rakyat   diDewan.

Banyak  perkara  dapat  dibaca    sebaik  sahaja  keputusan  resmi    Pilihanraya  Penanti  diperolehi.   Dalam  hal  ini   PKR  lah  yang   sedang  tertekan.   PKR    perlu    mengekalkan   majoriti  kemenangan   atau  setidak-tidaknya    mesti  mendapatkan    jumlah   undi   yang    sama   seperti    dalam  PRK  Pmtg   Pauh   tempoh   hari.    Kali  ini   PKR  hanya  berdepan  dengan  calun-calun  Bebas  sahaja.

Seterusnya  jika   calun-calun   Bebas  berjaya  mendapatkan  “deposit”  balik    ini  bererti   populariti   PKR  sudah  merosot  walaupun  dikubu  kuat  mereka.

Inilah  kemenangan-kemenangan  yang  dicari  UMNO.    Para   petugas  Pakatan  Rakyat    mesti  mampu    menidakkan   usaha-     usaha  tersebut.  Dengan  lain  perkataan   maklumat  tepat   perlu    sampai   diakar  umbi.   Lagipun  Pakatan  Rakyat  sedang  memerintah  Pulau  Pinang  dengan  jayanya.  Walaupun  dalam    keadaan   ekonomi  yang  tidak  menentu  para  pelabur  masih   berminat  untuk  datang  kePenang.


JANGAN YANG DIKENDONG BERCICIRAN

May 18, 2009

Rata-rata  para  pemimpin  dan  para  pendokong  terlalu  ghairah  membicarakan   pembubaran   Dewan  Undangan  Negeri  Perak.             Dirancakkan  lagi  oleh   ramai   para   Bloggers   yang    dikenali   sebagai  Bloggers  Pakatan Rakyat.

Perbualan,  cakap-cakap  dan   berbagai  bentuk  tulisan  hanya  tertumpu  di  Dewan  Undangan  Negeri  Perak.     Beberapa  mechanisma    dikenalpasti  boleh   menyelesaikan   kemelut          yang  telahpun    berada  ditahap  kronik.   Ia   hanya    dipekakkan  telinga  oleh  pihak  yang  lagi  satu.    Mereka  cukup   sedar   tentang  mala   petaka  yang   akan  terjadi  jika  terus   mengikut  rentak  Pakatan.   Berpandu  kepada   sentimen  rakyat    Parti  Barisan  Nasional    hanya  mampu  mempertahankan    beberapa  Wakil  sahaja   di  DUN   Negeri  Perak   pada    Pilihanraya  ke  13  nanti.   Dengan  lain  perkataan  mereka   tidak  ada  pilihan  selain  daripada    mempertahankan   “status quo”  mereka  sehingga   tempoh    sebenar  PRU  12  berakhir.

Dalam  Kem  Pakatan  terutama   PKR    kerja-kerja  melobi   untuk    dipilih   sebagai  Calun  sedang   berjalan.   Kepada  yang  dulunya    tidak  rapat  dengan  pucuk  pimpinan  negeri  malah  ada  yang   “condemn”  pemimpin  tersebut  secara  terbukapun  sudah  mula   sedar betapa  besarnya  pengaruh  pemimpin  tersebut   apabila   tiba  hendak  menentukan  siapa  calun  yang  layak  mewakili parti.

Krisis  Politik  Negeri  Perak  sudah   dibawa  keMahkamah.  Beberapa   rayuan  sedang  dalam  proses   perbicaraan.  Dalam  pada  itu  ada       lagi Saman  menyaman  difailkan.   Tidak  ada  siapa  berani  meramalkan   bilakah   kemelut  ini  boleh  berakhir.  Bagi  saya  mudah  saja  iaitu  “get   everything  in  order  and  get  ready for  the  13th  GE”.

Mulai  dari  sekarang  mari  kita  tumpukan  sepenuh  hati  diPilihanraya  Kecil  Penanti.   Kita  jangan  sekali-kali  memandang   ringan   ancaman  dari  BN  itu.  Dikhalayak  ramai   mereka  mencanangkan   yang  mereka  mungkin  tidak  meletakkan  calun  tetapi  dibelakang  secara  diam-diam   mereka  membuat  perancangan  rapi.

Pada  persepsi  umum  jika   Pakatan   boleh   menawan  semula   kerusi  ini   ia  hanyalah   kembali  kepada  yang  berhak   dimana  Penanti   adalah  milik  Pakatan  secara  tradisinya.  Bagaimana  jika   BN  dapat  merampasnya  pula?  Tidakkah   mungkin  ada  persepsi  yang  mengatakan   rakyat  sudah  sedar  permainan  pembangkang  dan  rakyat  juga   sudah  kembali  yakin  dengan   BN?

Jika   para  pemimpin  berserta  ahli-ahli  dalam  Pakatan   memandang   enteng   sahaja   masaalah  diPenanti  tidak  mustahil  perkara  yang  ditakuti  tersebut  boleh  terjadi.

Mari  beri  penuh  tumpuan  diPenanti.  Jagan  sampai  terjadi..       Yang dikejar  tidak  dapat……Yang  dikendong berciciran.