Bagai hendak runtuh langit reaksi yang ditunjuk oleh orang-orang UMNO terhadap kiasan dan teguran dari Nik Aziz. Tidak disangka begitu ramai yang membuat bantahan dan menyanggah kenyataan Nik Aziz.
Ketua Penerangan meminta Nik Aziz segera meminta maaf kepada UMNO. Diikuti pula oleh Timbalan Presiden UMNO yang menasihatkan Nik Aziz supaya memohon ampun kepada tuhan. Pemimpin UMNO di Negeri Perak pula mahu para pendokong Parti PAS sedar yang pemimpin mereka juga boleh membuat silap. Dan ramai lagi yang membuat bantahan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.
Setelah saya menghayati kenyataan Tengku Razaleigh kepada Pemberita disatu majlis diSekolah Kebangsaan Manik Urai barulah saya faham mengapa orang UMNO marah sangat kepada kenyataan Nik Aziz itu. Menurut ceritanya Nik Aziz pernah bertanding diatas tiket Barisan Nasional dalam satu pilihanraya diKelantan (1967) dan sekali lagi diletak sebagai calun Barisan Nasional diBachok dalam tahun (1974). Dengan yang demikian memang berasaslah untuk UMNO berasa nak marah. Ia seperti kes tidak mengenang budi.
Yang membuat saya berasa kecewa mengapa didalam hal-hal orang memperkata tentang masyarakat melayu sajalah yang menghuni Pusat-Pusat Serenti tidak ada pula yang terasa Terhina dan mengzahirkan Kemarahan? Mengenai insiden Stadium Canggeh diTrengganu yang baru setahun dibina ” Runtuh dan Ranap ” mengapa orang-orang UMNO senyap sepi sahaja?
Bercakap mengenai menjaga adap dan baik berbicara pula mengapa para pemimpin UMNO tidak mahu menegur para bloggers pro-UMNO yang melemparkan kata-kata kesat dan menghina orang-orang Islam diluar kelompok mereka?
Yang jelas UMNO tidak ada sebarang Isu lagi untuk menidakkan keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat diKelantan sempena Pilihanraya Kecil Manik Urai ini. Makanya kenyataan Nik Aziz itu sajalah yang ada untuk dijadikan modal kempen.