BUANG BAYI vs TABUNG DNA

August 23, 2010

Perbuatan  membuang  janin  dan  juga  membuang  bayi  tidak  akan  berlaku  jika  pasangan  berhati-hati  dan   melakukan  pencegahan  sepatutnya  supaya  siperempuan  tidak  mengandung.  Walau  bagaimanapun  pandangan  penulis  bukanlah  berupakan  satu  cadangan.  Ia  merupakan  pandangan  terbuka.

Pergaulan   berlainan  seks   sekarang  ini  sudah  menjadi  lumrah.    Tanpa    ikatan    suami  isteri   pasangan  bercumbu  dikhalayak  diterima  sebagai  biasa.   Jika  adapun   seseorang  insan  yang  merasakan  bertanggungjawab  terhadap  ugama  lalu  menegur  mereka  yang  terlibat,  silap-silap  haribulan  muka  terima  tapak  kasut.

Sudah  sampai  masanya  setiap  kita  terutama  yang  bijak  pandai  melakukan brainstorming melalui   seminar,  konvensyen  mahupun  bengkil-bengkil  bagaimana  gejala  ini  boleh  dicegah  sepenuhnya.

Cadangan-cadangan  seperti  Sekolah  Khas  bagi  murid-murid  mengandung,  hospital  khas  pula  sebagai  tempat  mereka  bersalin  dan  satu  cadangan  terbaharu  iaitu  mengujudkan  Tabung  DNA  tidak   akan  dapat  menyelesaikan  masaalah  tersebut  sebenarnya.  Kerana  selepas  bersalin  ibu-ibu  muda  ini  terpaksa  pula  berdepan  dengan  berbagai  lagi  masaalah  hidup.    Untuk  menempatkan  bayi-bayi   special ini  pula  kerajaan  terpaksa  memikirkan  sebuah  kompleks  kebajikan  buat  mereka.  Bayangkan  berapa  banyak  duit  rakyat  terkorban  untuk  menyelenggara  projek-projek   khas   seperti  yang  dicadangkan itu.

Walau  apapun   cadangan  yang  kita  fikir  bagi  menyelesaikan  masaalah  Buang  Bayi ini,  ia  tetap  tidak  boleh  diselesaikan  dengan  cara   ad-hoc  atau  seperti  memberi  bantuan    kecemasan  sewaktu  kebakaran  atau  banjir  ataupun   potong  kaki  pesakit  kencing  manis  supaya  tidak  melarat  keperut.   Dalam  banyak-banyak  Tabung  saya  percaya  TABUNG  DARAHlah  yang  sangat-sangat  memerlukan  sumbangan.  Kempen  derma  darah  perlu  dipertingkatkan.

Advertisements