PRK SUNGAI BESAR : NAK PILIH WAKIL ATAU WAKIL RAKYAT KE PARLIMEN ?

June 6, 2016

Blog ini merasakan terpanggil untuk menyedarkan para pengundi di Sungai Besar dalam PRK pada 18 Jun nanti. Sebaik sahaja tamat proses penamaan calun, tiga orang telah disahkan bertanding. Hanya Parti Amanah (Pakatan Harapan) telah mengemukakan calun dikalangan rakyat biasa. Sedangkan Parti BN dan Parti PAS telah menghantar mereka-mereka yang sebenarnya sudahpun bergelar Wakil Rakyat. Dengan berbuat sedemikian BN dan PAS tidak bersedia memberikan perkhidmatan sepenoh masa kepada para pengundi di Parlimen Sungai Besar. Secara logiknya jika calun BN atau calun PAS dipilih terpaksalah mereka membahagi-bahagikan tanggungjawab. Separuh dikawasan Dewan Undangan Negeri dan separuh lagi untuk rakyat di kawasan Parlimen pula.

Mungkin pertimbangan mereka hayat Parlimen Penggal ke 13 ini hanya berbaki dua (2) tahun. Akan tetapi masaalah rakyat mesti disempurnakan sepenuhnya walaupun untuk tempoh yang lebih singkat daripada itu. Berbeza sama sekali gelagatnya apabila dewan-dewan hendak dibubarkan – Jika rakyat minta bulan dan bintang sekalipun akan mereka lunaskan sepenuhnya bukan separuh-separuh asalkan mereka dipilih semula.

Pengundi Sungai Besar tidak akan rugi memileh calun yang dikemukakan oleh Parti Amanah kerana Parti ini ada peranan dalam Kerajaan Negeri Selangor. Calun dari Parti Amanah ini pasti dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan kerana beliau mampu memusatkan seluruh tenaganya berkhidmat untuk pengundi Sungai Besar. Catatan ini hanya suatu analisa. Yang berhak hanya perlu tepuk dada….