MANISNYA BERCINTA

February 5, 2015

Manisnya bercinta adalah satu ungkapan yang membayangkan betapa hebatnya nikmat dapat dirasa oleh manusia. Tulisan ini bukan hendak menyingkap moment indah seperti itu. Ia hanya sekadar perbandingan sahaja. Di USM ketika ini terlalu sunyi. Bilek-bilek di Asrama Bakti Permai kecuali bilek ini sudah gelap gelita. Sebelum ini sampai
ke siang lampu menyala.

Rakan-rakan sudah pulang bersatu kembali dengan ahli keluarga. Saya mengambil keputusan untuk tinggal beberapa
hari lagi untuk menyiapkan Tugasan. Apabila Tugasan ini dapat dihantar sebelum pulang ke Ipoh barulah timbul
perasaan puas dan lega. Disinilah timbul unkapan manisnya bercinta itu. Kepada sesiapa yang mahu mengalami
perasaan yang dimaksudkan ini segeralah berdaftar dengan USM. Percayalah tempoh 4 tahun akan dipenuhi dengan
rasa manisnya bercinta.