DALAM KECEMASAN : Pertolongan Diperlukan Dari Kawan Mahupun Lawan

April 6, 2009

Saya  sangat  kagum  dengan  Dr. M.     Didalam   usia  yang  begitu  lanjut  masih  penuh  bersemangat   turun  padang.   Mana  tidaknya  disebelah   pagi  dan  tengahari  beliau  berkempen  diParlimen  Bukit  Gantang  manakala   disebelah  petangnya  pula  diDewan  Undangan  Negeri   Bukit  Selambau.  Saya  lihat  ada   beberapa   faktor  yang  memungkinkan  beliau  melakukan  ini  semua.   Pertama   kerana   beliau   seorang  doktor  perubatan  dan    beliau    arif   dengan  tahap  kesihatannya.   Kedua   sebagai  seorang  “seasoned  politician”  berpuloh   kali   ganda   daripada   inipun   beliau   pernah   lalui.     Ketiganya   beliau   dapat  rasakan  amat  sukar  bagi   UMNO/BN  untuk  merampas  kembali  kerusi-kerusi   yang  Pakatan  kuasai.

Saya   sebenarnya   seorang  tua  yang  hebat  juga.   Setakat  kayuh  basikal   10km  sehari  tu  perkara  biasa  saja.  Tetapi  saya   tetap tidak   dapat   mengatasi   kehebatan  Politician   yang  jauh  lebih    tua  ini.    Baru  sahaja   menyerahkan   Borang  permohonan  menjadi   ahli  UMNO  pada  hari  Sabtu    pada  hari  Isnin  sudah  turun  padang secara  sukarela   berkempen  untuk  Parti  itu.    Hebat,   hebat    dan  memang  hebat.   Adalah  diharapkan   segala  pengorbanan  beliau  ini  berbaloi.

Diselekoh  akhir  kempen  ini   saya   sangat-sangat    berharap    para     pengundi  muda   segeralah  kembali  kekampong-kampong  anda  sama  ada  diBukit  Gantang  atau  diBukit  Selambau.   Kita  telah  pilih dan   yakin  dengan  Pakatan  Rakyat  dikedua-dua   tempat  ini  pada  PRU  12  dan    sekarang  marilah  kita  sekali  lagi  mengesahkannya.  Kita  sudah  begitu  lama  dibawah   rejim  itu.   Kita   perlu  menyedia  bekalan   sebaik-baiknya  untuk  generasi  baru.   Kita  Mampu  Mengubahnya.


Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi Negarawan Terbilang

April 6, 2009

Setiap  pemimpin  besar  apabila  sudah  tidak  diperlukan  lagi  sudah  tentulah  mengambil   sedikit  masa  untuk  sesuaikan  keadaan.  Banyak  perubahan   menanti  dipraktikkan  diluar  sana.

Setiap  bekas  Perdana  Menteri   ada   memiliki  ” legacy ”  masing-masing.    Pergerakan  mereka  sentiasa  diperhati  dan  diikuti  oleh  rakyat  terbanyak   bermula   dari   ” day one ”    mereka   melepaskan    jawatan.    Mereka  adalah  “Statesman”   dan  bukan  lagi  “Public Figure”.    Rakyat  tetap  mahu  mengambil  tahu  kenegara   manakah    negarawan  kita  pergi   untuk  bercuti  dan  apa  istimewanya  tempat  itu.        Jenis-jenis  sukan  yang   diceburi  juga  diambil  perhatian.    Memang  ada  rakyat  yang  mengambil  tahu  semua  ini  kerana  bagi   mereka   negarawan  adalah  juga  selebriti.

Jika   saya  ditanya   Negarawan  mana  yang  membuat  hati  saya    tersentuh  jawapannya   ialah  Tun  Abdullah  Haji  Ahmad  Badawi.   Bagi  saya  beliau  telah  banyak  melakukan  perubahan  positif  dalam   pentadbirannya.   Perubahan  yang  paling  ketara  ialah  Struktur   Gaji  kakitangan  awam.  Beliau  telah   lakukan  supaya  jurang  diantara   yang  berjawatan  tinggi  dengan   yang  rendah  tidak  terlalu  ketara.  Yang  paling   istimewa  dalam  aspek  ini  ialah   beliau  telah   menetapkan  bayaran   pecen  minimum  ialah RM720.   Beliau  juga  telah  membuka  seluas-luasnya  ruang  untuk  rakyat  bersuara.  Asalkan   teguran  kita   itu   bertanggungjawab   beliau  tetap  menerimanya   dengan  hati  terbuka.

Memang  benar  ada  lagi   bekas-bekas  pemimpin  yang  hebat  seperti   mengubah  paradigma   masa   dan    merencana  wawasan  negara  kelandasan  negara  maju.  Pada  surface  nya   memang  hebat  dan  tidak  pada  pengisiannya.     Nak    maju   macam   mana,     soal   pengunaan  bahasapun  masih  menjadi  isu  besar.

Berbalik  kepada  Tun  Abdullah,   kita  masih   mengharapkan  buah  fikiran  bernas  beliau .  Sementara  beliau  masih  lagi  seorang  Ahli  Parlimen beliau  diharap  dapat    terus  menyampaikan  suara  rakyat.  Dan   bersaralah  sebenar-benarnya  sebaik  sahaja  tidak   lagi menjadi  wakil  rakyat.

Tun Abdullah,  kau  negarawan  terbilang.


HISHAMMUDDIN: TPM II Untuk MCA Tiada Dalam Sejarah

April 5, 2009

Terpanggil  saya  untuk  menyatakan  rasa  simpati  yang  amat  sangat   kepada   Parti  M.C.A.     Permohonan  Parti  tersebut  supaya  diberi  Jawatan Timbalan  Perdana  Menteri  kepada  Presiden  M.C.A.  tidak  mendapat  layanan.   Malah   hari  ini   seperti  yang  dilapurkan  dalam  Berita Minggu  Datuk  Seri  Hisammuddin  Tun  Hussein  iaitu  seorang  dari  Naib  Presiden  UMNO  yang  baru  dengan  tegas  mengatakan  bahawa   perkara  tersebut  tidak  pernah  ujud  dalam  sejarah.  Dan  lagi  katanya  ianya  tidak  pernah  di-  bangkitkan  oleh  pemimpin  tertinggi  mereka  sama  ada   dalam Kabinet,  mesyuarat  pengurusan  BN  ataupun  didalam  mesyuarat  dewan  tertinggi  BN.

Kenyataan  beliau  ini  turut  mendapat  respond  dari   seorang    lagi  pemimpin  UMNO  dengan  menambah  tuntutan   tersebut  tidak  kena  pada  masa  dan  ketikanya, tambahan pula  keadaan  MCA  yang  lemah.

Adalah  dipercayai   bahawa  kenyataan  pemimpin-pemimpin   UMNO  ini  adalah   semata-mata  mahu  mendapatkan   sokongan   pengundi   melayu  dalam  Pilihanraya  Kecil  ini  saja  dan  sekiranya  pihak  MCA  pun  akur  dengan  kenyataan  tersebut  maka   UMNO  telah  berjaya  mencederakan  dua  ekor  burung  dengan  seketul  batu  sahaja.

Dalam  apa-apa    keadaanpun  tepat  sekali   yang  melayu  memang   mudah  lupa.   Sepanjang   yang   saya   ingat   pihak   MCA    ada   mengemukakan  tuntutan  jawatan  TPM II  dan  Timbalan  Pengerusi  BN    beserta  dengan  lain-lain  tuntutan   pada   setiap  kali  menjelang  pilihanraya  umum.   Bagi   yang  menuduh   MCA  sahaja  yang  lemah  amatlah  tidak  patut.  Kalau  menangpun  kita  boleh  istihar   sebagai    kemenangan   bersama   mengapa  bila  tidak  berjaya  mengekalkan    2/3   komponen-komponen  lain   saja  yang  disalahkan.

Bagi  mereka-mereka  yang  masih  tercari-cari  apa  itu  politik.  ”  This is  politics “


Membela Nasib Blogger diBatang Ai

April 4, 2009

Asyik  menulis  tentang   perkara-perkara   diSemenanjung  sahaja,  hampir  saya  terlupa  bahawa   di Sarawak  juga   berlaku  Pilihanraya  Kecil   yang  mana  tarikhnya  ditetapkan    serentak  bagi  ketiga-tiga   tempat  iaitu  Kerusi  DUN  N.29  Batang  Ai  diSarawak,  Kerusi  DUN  N.25  Bukit  Selambau diKedah  dan  Kerusi  Parlimen P.059  Bukit  Gantang  diPerak.

Saya  tidak  bersedia  menyentuh   suasana  politik  diBatang  Ai  kerana   saya  difahamkan  Isu-Isu   yang  menyelubungi   masyarakat  Iban  ialah   berkaitan  dengan   manipulasi   tanah   adat   dan   hasil  bumi.   Kesediaan  Parti  Keadilan  Rakyat   mahu  membela    nasib     penduduk  diBatang  Ai  haruslah  diterima  dengan  hati  terbuka.  Memang  benar  Parti  Keadilan  Rakyat  berpusat  diKuala  Lumpur  tetapi  tidak  kurang  juga   ahli-ahlinya  yang  professional  berasal   dari  Sarawak  dan  ramai yang  sedang    memberi  khidmat  kepada   masyarakat  sendiri  disini.

Dalam  konteks  Pilihanraya  ini   saya  amat  terkejut    apabila  pihak  pemerintah   hari  ini  melalui   Timbalan  Menteri   Tenaga,  Air  dan  Komunikasi  Datuk  Joseph  Salang   mengumumkan bahawa  Suruhanjaya  Komunikasi  dan  Multimedia    (MCMC)    akan    membina    3    buah   lagi     Menara   Komunikasi  diLubok  Antu.    Menara-menara  tersebut  akan  didirikan  diSemanju,  Batang  Ai   Resettlement Scheme  Phase 2  dan  diEngkili.  Pembinaan  menara  ini   melengkapkan   7  buah   kesemuanya  dikawasan Lubok Antu.

Oleh  sebab   projek  ini  yang  dijadikan  priority  maka  yang    akan  merasa  amat  gembira  ta`  lain  ta`  bukan     ialah  para  bloggers.   Dengan  membawa   kemajuan  teknologi  yang  terkini  serupa  yang  terdapat  diSemenanjung   jelaslah  Batang  Ai   akan  melahirkan   sejumlah  Bloggers  yang  hebat   dalam  masa  yang  terdekat.   Sekiranya  projek-projek  yang  mereka  canangkan  ini  benar-benar  hendak  dibina  adalah  diharapkan    penduduk  Batang  Ai    tidak    menolaknya,    projek  ini    boleh  membawa  banyak  manafaat.   Yang  pasti   ini  bukan   projek   “mee  segera”  seperti  diSemenanjung.  Ianya  boleh  jadi  juga   seperti  “Indah  Khabar dari Rupa”.

Untuk  memperjuangkan  Isu-Isu  yang  tertunggak  orang  yang  paling  tepat  dipilih  ialah  Jawah  Gerang.

.