Mari Terjemah PENANTI

April 29, 2009

Menepati  ramalan  Parti  Keadilan   Rakyat   telah   bersedia  mengharungi  segala  kemungkinan.  Daripada   riak   yang  muncul  baru-baru  ini   Pilihanraya  Kecil  Penanti    akan  menyaksikan  pertandingan  sekurang-kurangnya   tiga  ( 3 )  penjuru,

PKR  sudahpun  pasti  mencalunkan   Sdra  Mansor  Othman.    Seorang   yang  bernama   Aminah  siang-siang  lagi    sudah  membayangkan  hasrat  untuk  menentang   siapa  saja   yang     mewakili   Parti  Keadilan  Rakyat.     Sementara  bagi  Barisan  Nasional   pula   kita  belum   tahu   secara  sah    Tan Sri   mana        atau   Datuk   mana  yang  akan  diletakkan.    Walau  apa   pun     semuanya  akan  terjawab   pada  23 Mei.

Seperti  juga  lain-lain  penempatan  yang  menggunakan  nama-   nama  pokok  seperti   Kulim, Changkat  Meranti  dan  Tanjong    Rambutan    Penanti   juga  adalah   berasal  dari  sepohon tumbuhan  iaitu  Pokok  Penanti.  Untuk     mendalami   asal  usulnya   bolehlah   ditinjau  dalam  buku-buku   encyclopaedia  yang   berkaitan  dengan   tumbuh-tumbuhan.     Ianya    tiada  kena  mengena  dengan  penantian  seperti  tajuk       lagu  “penantian   satu   penyiksaan”.

Jika  benarlah    BN    tidak   akan  turut  serta  dalam   PRK  ini         seperti  yang  pernah  dibayangkan  oleh  Pengerusinya  sekurang=   kurangnya  dapatlah  kita  kurangkan  sedikit  “tension”.  Tidak    secara  langsung   image  BN   bolehlah  bergerak  ke zon  pemulihan.   Biarkan    mereka-mereka  yang  berhasrat  menderma  kepada   SPR  sahaja  yang  berdepan  dengan  Parti  Keadilan  Rakyat.   Dan  lagi  menurut  Timbalan   Pengerusi  SPR  dalam  rancangan  Agenda     AWANI  malam  tadi,   pilihanraya    bukannya  pesta.

Kita  tidak  perlu  lagi  meminta   pengundi  N. 12  membuat   pilihan.   Kemenangan  tanpa  bertanding  kepada  PKR  bererti    petukaran     jurucakap  saja  bagi  masyarakat  diPenanti.   Kerajaan   Pakatan   Rakyat  di- Pulau  Pinang    sedang   bersungguh-sungguh    memajukan  negeri.     Kita    semua  faham   untuk  mengubah  sesuatu  bukannya  mudah  tambahan    pula   telah   terbiar   berkurun  lamanya.

Kurang  lebih   tiga  (  3  )  lagi   Rakyat  akan  diminta  membuat  pemilihan  lagi  jadi  memang  wajar   PKR    diberi   “smooth  passage”.  Maksud  “terjemah”  sebagai  tajuk  tulisan  ialah   meminta  Kerajaan  Pakatan  Rakyat  melipatgandakan    usaha  supaya  memajukan   Penanti   yang  telah  terabai   sekian  lama  dan  sekurang-kurangnya   dapat  menyaingi   Seberang  Jaya   yang  serba   serbi  sudah   lengkap.


Menyelesaikan Masaalah Tidak SEPANTAS Kehadirannya

April 27, 2009

Seluruh  dunia  sekarang  dalam  keadaan  panik  disebabkan   hadirnya  sejenis  penyakit  Selsema  yang  baru  yang  dikenali  sebagai  “swine  flu”.  Ia  mula  dikesan  diMexico  dimana  sehingga  kini  seramai   81  orang  telah  meninggal  dunia.  Di Amerika Syarikat (US)  seramai  kurang  lebih  1 dozen  telah  dikesan  mendapat  jangkitan  virus  tersebut.

Wabak  selsema  babi   “swine flu”   ini   jika  tidak  dapat  dicegah  segera  ia  akan  merebak  menjadi  “pandemic”  dimana  kuman-kuman  itu  akan  berada  diseluruh  dunia.    Dan  umum  mengetahui  penyakit  yang  paling  mudah  berjangkit  dan  merebak   sepantas  kilat   ialah  penyakit   “selsema”.      Dengan  itu   marilah  kita  berdoa  semoga  Allah  selamatkan  negara  kita  Malaysia   daripada  bala   yang  amat  ditakuti  ini.

Tajuk  diatas   segaja   saya   buat  sebagai  bukti  menunjukkan  yang  dikatakan  manusia  ini  banyak  kelemahan.  Apabila  diamanahkan  menyempurnakan  sesuatu,  perkara   yang   dilakukan   hanyalah   benda-benda   yang  mengikut  “standard  procedure”   yang  mereka  tetapkan   sahaja.

Saya  sangat  sedih   apabila  mendapat  tahu   ramai  orang-orang  miskin   tidak   layak  mendapat    bantuan   dari  pihak  Kebajikan  Masyarakat  disebabkan   dirumah  mereka  ada  Aerial  TV  Astro  dan  juga    ada  memiliki  kereta.  Tidak  termasuk  lagi  unsur-unsur  menyokong  pembangkang.    Dengan  meletakan  syarat-syarat  ini  saya   cukup  yakin  diMalaysia  sudah  tidak  ada  orang  miskin.

Jika  sesebuah  rumah  memiliki  peti  TV  dan  sebuah  kereta    ia  sebenarnya   adalah  perkara  asas.  Maklumat   tidak   akan  datang  melalui   ”  burung  merpati”     dan  apabila   berlaku  sebarang  kecemasan  tidak  akan  ada   “kenderaan  rakyat”  datang  secepat  kilat  datang  membantu.

Jadi  setelah   meneliti   perihal     “orang miskin”    dan  ta`rifnya  saya  dapati  mereka-mereka  yang  tersidai  dikaki-kaki  lima  kompleks  belibelah,   bermain  muzik  dibawah  tangga  jejantas,   membawa  tempurung  kehulu  kehilir  dipasar-pasar  dan  kedai-kedai  sahajalah  yang  boleh   dikelasifikasikan  sebagai  miskin.  Tetapi  mereka-mereka  inipun  tidak  juga  mendapat  pembelaan.

Akhir  kata ,  saya  suka  melihat  peruntukan  bagi  orang-orang   miskin  didalam  “Bajet 2010”  nanti  dikurangkan  seminima  yang  mungkin.  Jika  tidak  dikurangkan  saya  risau  ianya  pergi  kepada  orang-orang  yang  berada.


TIADA KATA SECANTIK BAHASA

April 25, 2009

Sudah  sekian  lama  saya  menunggu  lahirnya   seorang   insan   yang  dapat  dijadikan  contoh  atau  Idola dikalangan    pemimpin   dalam   Parti   KeADILan  Rakyat.  Penantian   ini  bermula   sebaik  sahaja  Parti  dalam  Pakatan  dapat  memerintah   lima  buah  negeri   bersempena   Pilihanraya Umum Ke 12.

Hari  ini  laungan  saya  terjawab.  Maka  lahirlah  seorang  insan   yang  bernama   Mohammad   Fairus   Khairuddin   rakyat   Tanjong    yang   hebat  lagi  budiman.  Saya  katakan  sedemikian    kerana  terbukti  beliau    seorang  yang  berpandangan  jauh.   Mengutama     kepentingan   Parti   dari   keselesaan   diri.  Umum  mengetahui  terlalu  ramai  yang  cemburu kepada  keistimewaan  yang  beliau  dapat.  Kesanggupan  beliau   berkorban  melepaskan  kedudukan   yang   sangat   tinggi  demi   masa   depan   perjuangan  kerabatnya  sangat  besar  ertinya.

Sekarang  terpulanglah    kepada   pucuk  pimpinan   bagi     melakar   yang  terbaik  untuk    rakyat  dikawasan  Penanti.   Jika  tersalah  percaturan  banyaklah  implikasi   yang   akan  timbul.     Perkara     paling  penting   yang  perlu  disegerakan    diperingkat  ini   ialah       tindakan  tegas    kepada    sipengkhianat    yang   secara   terang-terangan   berusaha   untuk   melumpuhkan  Parti    disamping  mahu  melihat    kerjaya  politik   bekas Timbalan  Ketua  Menteri  I   Pulau  Pinang  itu  berkubur.   Jika  musang  berbulu  ayam  masih  dibiar  berlegar  disekitar  kita,   tunggulah   saat  dan  ketikanya  yang  bakal tinggal  hanyalah   sebuah  reban.

Kepada  Sdra  Fairus  terimalah  ucapan  syabas,  tahniah  dan  terima  kasih  dari   saya.    Semoga  sdra   akan mendapat  ketenangan   dalam  meneruskan   perjuangan  ini.   Dan  akhir  sekali  lagu  peninggalan  Tan  Sri  P.Ramlee  yang   memberikan  liriknya  seperti  berikut  adalah  khas  untuk  sdra:

Tiada  kata  secantik  bahasa…..                                                                    Tiada  gambar  secantik  lukisan……


ILMU EKONOMI BARU : Jual Kereta Terpakai Dengan Harga Lebih Tinggi Dari Yang Baru

April 24, 2009

Hari  ini   terlalu  banyak  berita  yang  keluar.   Dari  pengumuman  terkini  Fairus,  Permohonan  Ir. Nizar  supaya  jumlah Panel  Hakim  semasa  hendak  mendengar  permohonan  Zambry  ditambah Korum  kepada  9 Orang  Hakim,   Saiful  Bukhari   saman  Blogger RM 2 Juta, Y.B.  Karpal  Singh  jatuh  dari  kerusi  roda  sewaktu  hendak   naik    ke Mahkamah  tetapi  tiada By-Election  dan   kemudian,   tidak  lama  lagi  berita  tentang  jawatan-jawatan   MT  UMNO   pula.

Dalam banyak-banyak  berita  itu   saya  tertarik   nak  bincangkan  hal  penjualan  kereta Toyota  Camry  yang  akan  dilakukan  oleh  Zambry  dan  rakan-rakan.  Alasan  yang  diberi,  Harga  buka  16  buah  kereta  tersebut  ialah RM148,000   setiap  satu  dan   mereka   menjangka  tentu  ada  pembida  yang  sanggup  menawarkan  harga  yang  lebih   tinggi  lagi  dari   harga  asal  kenderaan  tersebut.

Saya  percaya  memang  ada  orang  yang  sanggup  membeli  dengan  harga  jauh  lebih  mahal  dari  harga  asalnya  tetapi  tunggulah  gunong  mana  pula  yang  hendak  runtuh.  Masaalah  obligasi  sudah  menjadi  perkara  biasa  pada  orang  tertentu.   Kalau   ada  “genuine  buyer”  yang  membeli  dengan  harga   jauh  lebih  tinggi  dari  harga   asal,   orang  itu  bolehlah  dikategorikan  sebagai  “teramat  tengin”.   Kereta  macam  itu  melambak  dikedai  dan  boleh  dapat  macam=  macam  tawaran  sampingan  tetapi  gagah  juga   nak   menolong.    Jika  benar-benar  hendak  menolong   pergilah  kerumah-rumah  kebajikan  daripada  diperbodoh  beli  kereta  second-hand  harga  “Koyak   Kertas”.

Bunyinya   lepas  ini  nak  beli  Kereta  Nasional  sebagai  tanda  patriotik  konon.  Yang  sebenarnya   ta`  hendak  pakai  bekas-bekas   orang   (MB & EXCO  P.R.).  Mana  ada  kelas  beb!     Puak-puak  UMNO  pun  jika  membaca  sorotan  ini  bersetuju  apa  yang  hendak  dilakukan  pemimpin mereka  ini  adalah  membazir  tetapi  bila    sampai  masa  mengundi  besok  senyap-senyap  balik  masuk  barisan.  Jadi  kesimpulannya   jika  kita  ber-duit  pergilah  shopping  “Camry panas”  dikawasan  letak  kereta  SUK Perak.


PAS Permatang Pauh Diresapi?

April 23, 2009

Apa  sekalipun   alasan  yang  hendak  dilemparkan  oleh  PAS  Permatang  Pauh  ia  sudah  terkeluar  garisan.   Sebodoh-bodoh  ahli  PKR  pun  tidak  pernah  terfikir  perkara  sebegini  boleh   direncana  oleh   ahli-ahli  PAS  diPermatang  Pauh.  Kesimpulannya  siapapun  tidak   percaya   ada  satu  bentuk  tindakan  serupa  ini.   Memang  benar   tidak  adapun  perjanjian  secara  resmi  yang  sesuatu  kawasan  Pilihanraya  itu  ditandingi  oleh  PAS, PKR  atau  DAP.  Tetapi  bukankan  persefahaman   yang  telah  diputuskan  dalam  PRU  12  itu  yang  telah  membawa   sedikit  sebanyak  kejayaan?

Jika   sekiranyalah    PAS  Permatang  Pauh  mengatakan  pembahagian  kerusi  di-kawasan  ini  tidak  adil  dimana  PAS  hanya  diperuntukkan  satu (1)  kerusi  DUN  sahaja  sedangkan  PKR  mendapat  satu (1) Parlimen   dan  dua (2)  DUN.    Bagaiman  pula  di  Lenggong  dimana  PAS  selain  mendapat  kerusi  Parlimen  juga  mendapat  kerusi  DUN (Kenering)?  Sedangkan  PKR  hanya   mendapat   DUN  Kota  Tampan  sahaja.  Disini  jelas  para  pimpinan  diperingkat  atasan  sangat  praktikal dalam  keputusan  mereka.

Pada  hemat  saya   ini  adalah  agenda   orang-orang  tertentu  yang   mempunyai  kepentingan  diPenanti.  Untuk  memastikan  rancangannya   memperoleh  kejayaan  sesuatu  usaha  untuk  dapat   meresap  kedalam  PAS  Permatang  Pauh  perlu  dilakukan.  Saya  tidak  percaya  pada  satu  pendapat  yang  kaitkan  dengan  pemilihan kepimpanan  PAS

Ini  Agenda  tempatan  semata.  Mungkin  ada  imbuhan  tertentu  dijanjikan.  Walau  bagaimanapun  Kepimpanan  PAS   mesti  memandang  serious  gejala  ini.  Kita  kena  faham   memang  ada  yang  mahu  melihat  kapal  kita  pecah.  Para  Ikan  Yu   yang  sedang   kebuloran   sedang  mengelilingi  kita.    Saya  juga  tidak  suka   membangkitkan   hal-hal  kesefahaman  dimana    ada  ketikanya  kita  terpaksa  akur  dan  memberi  laluan  atas    kehendak  pimpanan  demi  menjaga  keharmonian.

Jika  ahli-ahli  PAS  boleh  sendiri-sendiri   menentukan  kehendak mereka  saya  percaya  ianya  akan  dicontohi   oleh  ahli-ahli  parti  lain  dalam  Pakatan.  Dimasa  itu   siapa   yang  bertepuk  tangan  paling  kuat?


BAGAIMANA MENGURUS RINDU

April 23, 2009

Sekali  lagi  para  pembaca  akan  tertanya-tanya  apa  yang  hendak  saya  “highlight”   kan   melalui    tajuk  seperti  diatas.  Jawapan  bagi  soalan  tersebut  ia  adalah  satu bentuk  saranan  caramana   kita  hendak  membina  kekuatan  mental.

Tidak  ada  sesiapapun  dapat  bayangkan   betapa  sukarnya  bagi  pasangan  kekasih  membendung   perasaan  merindu  apabila  berjauhan.   Dan  ia   akan   menjadi   lebih  mendalam  jika  ia  satu  tragedi yang   berlaku  melalui  rampasan   kejam.  Apa  yang  telah  menimpa   Pakatan  Rakyat   diNegeri  Perak    baru-baru  ini   mirip  peristiwa  perbandingan  diatas  dimana  kita    dikejutkan   oleh   peristiwa  hitam  yang  dasyat.    Sedang   kita    mengurus   dengan   belaian   mesra   sebuah  Kerajaan    hasil   pemberian   rakyat,    kita   dikejutkan   dengan   rampasan   yang  tidak  berperi kemanusiaan  oleh  mereka-mereka  yang  rendah  pekerti  dan  tidak  memiliki  sedikitpun    maruah.  Kerja-kerja   jahat  tersebut  mereka  lakukan   melalui  bantuan  orang-orang   kita   sendiri    yang  selama  ini   memakai  topeng.

Hari  ini   diberitakan   Ketua-Ketua  Kampong  kita  beserta  dengan    Ahli  JKKK  seluroh   Perak   dipecat  walaupun  mengikut  suratcara   lantikan  ianya  masih   mempunyai  tempoh   yang  panjang  untuk   ditamatkan  perkhidmatannya.  Inilah  kerja-kerja  orang   yang   mendapat  kuasa  melalui  pintu  rahsia.

Disinilah   timbulnya   perasaan  rindu.     Jika   kuasa  tersebut   masih  berada  didalam  tangan  kita    tidaklah  mungkin  Ketua-Ketua   Kampong  kita   itu   diperlakukan  sedemikian.    Pemerintah   mereka    dengan  senang  hati  menyatakan   mereka    hanya  mengiktiraf   JKKKP   yang   diujudkan  oleh  Federal.   Kita   tahu  tujuan    pemecatan  tersebut   hanya  satu  iaitu   hendak   mengalihkan   elaun  RM200  sebulan  tersebut  kepada   penyokong-penyokong  mereka.

Mulai  sekarang  kita  perlu  ada  tekat  yang  jelas.  Kita  sudah   tidak  berdaya    menanggung  rindu   lagi.   Ayuh dan   marilah   kita  bersama-sama      tidak   kira   apa   kedudukan   kita   dalam  Pakatan  Rakyat    melipatgandakan  usaha  dan  membina  iltizam  yang  tinggi  untuk   mengambil    kembali  hak  kita   melalui  saluran   yang  dihalalkan.  Matlamat  kita    mendapatkan  kuasa   yang  lebih  gitu  didalam  Pilihanraya  Umum ke 13.     Buat   masa   kini    biarkanlah     mereka   menikmati  keseronokan  yang  mereka   ambil  secara  tipu  helah  itu    sebanyak  yang  mereka  inginkan.  Biarkan  mereka  berkhayal sehingga    lupa   diri.   Mereka  pasti  berdepan  dengan  hari  penentuan  oleh  rakyat.

Percayalah   peristiwa  hitam  tersebut   telah   memberi  petujuk  baru   dimana  lebih  ramai   orang  menyertai   perjuagan   kita.    Tugas  kita   dari  sekarang  hingga   tarikh  penentuan  PRU 13  itu  amatlah  mencabar.  Kita   tidak  boleh  lagi  mengharapkan  sokongan  simpati  semata-mata.   Kita  sajalah  yang   boleh  mengubah  nasib  kaum  kita.  Cita-cita  kita  untuk  memerintah  negara  mesti  diikuti  dengan  usaha  yang  berkesan.  Jangan  ulangi  lagi  sikap   tidak  serious  dan  hanya   bertungkus  lumus   diketika  pilihanraya  sudah  berada  didepan  hidung.

Apabila  semua   pekerjaan  dibuat  mengikut  perancangan  yang   rapi  lagi    berkesan,   sudah  pasti  kita  tidak   akan   lagi   dilanda  penyakit  RINDU.    Bagi  puak-puak  itu   yang   sedang  berseronok, harap-harap   janganlah  sampai  dihinggap   penyakit   pungguk  rindukan  bulan (dimana  hospitalnya  masih  belum  ada).


Hasrat Tidak Bertanding Dilihat Sebagai Memulakan Kempen

April 19, 2009

Terdapat  beberapa  sebab  untuk  seseorang    terpaksa    melepaskan  jawatan.   Sama  ada  menerima desakan   yang  kuat    oleh   pihak-pihak  tertentu  ataupun   oleh   penyandang  itu   sendiri   kerana  dia  merasakan    sudah   tidak  lagi   berkemampuan    memikul   tanggungjawab  yang  diamanahkan.

Jika   Barisan  Nasional   benar-benar  bersifat    prihatin   dengan    nasib   rakyat  dan  sentiasa  “alert”    tentang   kebajikan   mereka   seperti  yang   dihebah-hebahkan,  keputusan   Fairus  Khairuddin  melepaskan  jawatan  ADUN  hendaklah  diterima  secara  positif.  Beliau  telah  menyatakan  secara  jujur  mahu  memberikan  penuh  tumpuan  kepada   keluarganya  disamping  mahu  melanjutkan  pelajaran.  Tentu  sekali  kita  tidak   setuju  dia  terus  menikmati  segala  kemudahan  dari  wang  titik  peluh  rakyat  setiap  bulan  sehingga  Dewan  dibubarkan   kurang  lebih  tiga (3)  tahun  dari  sekarang  tanpa   sebarang  komitmen.

Saya  cukup  yakin  Barisan  Nasional   tetap  meletakkan  calun  diPenanti   sekiranya   SPR  mengesahkan  kerusi  tersebut  telah  kosong.  Cakap-cakap   yang  mengatakan   Pilihanraya  Kecil  itu  nanti  membebankan  rakyat   dimana  ia    menelan  perbelanjaan  yang  besar  dan  merencatkan  produktiviti   rakyat  sebenarnya    adalah  satu  propaganda  supaya  rakyat  membenci   parti-parti  politik  dalam  negara  ini  kecuali  parti-parti  dalam  BN.

Melalui  pemberitaan yang  meluas   dalam  Media   Arus  Perdana   kita  terdengar   perletakan  jawatan  ini  adalah  semata-mata  helah  PKR.  Segaja  mahu  menyusahkan  rakyat.  Tahniahlah  sekurang-kurangnya   BN   dahpun  dapat  “mileage” sikit.    Akan  tetapi  tidak   pula  sama  kaedahnya   didalam  kes  Elizabeth   Wong   yang  mana  pihak  pembangkang  diDewan  Undangan  Negeri  Selangor   (BN Pembangkang  diDUN Selangor)  mendesak  supaya  beliau  segera  meletakkan  jawatan?  Sedangkan  umum  mengetahui   apa  yang   berlaku  adalah  pencabulan   terhadap   privacy  beliau.  Apakah    perletakan  jawatan  ADUN  Bukit  Lanjan   ini  tidak  akan  merugikan   rakyat?  Apakah  tidak  akan  ada   sebarang  perbelanjaan  yang  akan  digunakan  untuk  mengendalikan  pilihanraya  kecil  itu  nanti?

Kepada  rakyat  yang  bijaksana  lihatlah  sendiri  siapa  yang   berpolitik.    Melalui  perbincangan-perbincangan  umum   seperti  dalam  rancangan   AGENDA  AWANI  malam  tadi  ramai  para  bijak  pandai  yang  bersetuju  dengan langkah-langkah  yang  diambil  pemimpin  Barisan  Nasional   iaitu  mengecam  tindakan   orang  yang  menawar  diri   meletak  jawatan.  Jika  ada   satu  rancangan  bualbicara  khas   untuk  mendesak  Eli  Wong  mengosongkan  kerusi  kerana telah   ” ditimpa  kemalangan”    tersebut  sudah  pasti  kita   akan  dapat  menghayati  idea-idea  bernas  wajarnya  kerusi  DUN   Bukit  Lanjan  mengalami  Pilihanraya  Kecil.

Transformasi  yang  diharap-harapkan    segera  akan  dicapai.  Mana tidaknya    para  cendekiawan  pun   memperlihatkan   minat  yang  mendalam  apabila  berbicara  hal  politik.   Semoga   ketakutan    rakyat   akan  kehilangan  kuasa  politik  akan  terlerai.