Saya ingin mulakan coretan kali ini dengan menyingkap satu Rancangan TV Realiti (Maharaja Lawak) yang dianjur Stesen TV Berbayar Astro.
Sebaik sahaja Amir (peserta cilik) selesai membuat persembahan, Juri yang diminta memberikan Komen sangat-sangat tidak berpuashati dengan persembahan Amir. Secara tegas beliau nyatakan yang Amir telah tersasar jauh kelaut. Dalam ertikata lain persembahan sedemikian tidak sepatutnya ada didalam sebuah rancangan Hiburan (Maharaja Lawak) yang begitu berprestij.
Demikian jugalah yang dapat dilihat tentang gagasan 1Malaysia. Lagi bertambah tidak faham ialah tentang tagline Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak rakyat diberi maklum yang harga minyak tersebut masih rendah lagi berbanding dengan negara jiran Singapura. Begitu juga bila berlaku kenaikan harga runcit gula. Negara jiran Thailand terpaksa membayar beberapa sen lebih mahal. Perkara-perkara sebegini kah yang dimaksudkan rakyat didahulukan?
Tulisan ini tidak ingin mempertikai kehebatan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri. Cuma pengisiannya langsung tidak jelas. Apa yang dapat dilihat promosi serta penghasilannya hanya pada peringkat pencetus ilham tersebut sahaja.
Dimana 1Malaysia nya apabila ada pihak tidak boleh menerima satu parti lain yang sama kepentingan menyertai BN (Berita: Presiden MIC membantah penyertaan parti masyarakat India lain bagi menjadi Komponen Barisan Nasional. Seperkara lagi dimana 1Malaysia nya apabila Ketua Wanita MCA Pulau Pinang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kononnya meminggir kaum bukan bumi.
Jadi kesimpulannya 1Malaysia tidak akan kemana jika sesuatu pihak itu hanya mahu bersuara apabila ada perkara yang menjejas kelompok masing-masing.