Dilemma Penggali Kubur

August 29, 2008

Berbekalkan sebatang cangkul aku sudah bersedia untuk memulakan kerja sebagai seorang Penggali Kubur professional.  Sebelum aku mengambil  keputusan yang drastic ini  untuk makluman semua aku bukanlah tidak berpelajaran. Sampai juga aku dioxford (bukan clifford) .  Perkara penting yang perlu  ada hanyalah maklumat. Dengan maklumat tepat kerja penggali kubur ini menjadi mudah dan pendapatan pasti lumayan.  Tidak perlu membuat survey kekatil-katil dalam wad.  Maklumat yang tepat yang dimaksudkan ialah berita-berita tentang orang-orang yang tenat dan nazak saja.

Tepat pada 24 Feb  aku terima message dikampong berhampiran laut cina selatan ada wabak.  Memang ada pihak yang sedang bertungkus lumus mahu merawat.  Tetapi sumber aku tetap mengatakan sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Aku disarankan menggali sebanyak 45 lubang kubur.  Dari resources yang aku ada 23 lubang sudah cukup menjanjikan pendapatan yang benar-benar lumayan.  Lagipun tukang-tukang gali yang ada dikampong tersebut nak cari makan juga.

Aku tidak bertangguh lagi kerana aku jangka pada 8 Mac semua lubang-lubang yang aku korek ini akan berpenghuni.  Kerana aku seorang professional kerja-kerja aku  ini siap sepenuhnya mengikut jadual.  Sambil berehat untuk menghilangkan penat sempat juga aku merenung sejenak bagaimana kah sepatutnya personaliti yang perlu aku tonjolkan selepas mendapat habuan lumayan nanti.  Dalam pada itu oleh sebab terlalu keletihan aku terlena disamping cangkulku yang sebatang itu.  Sebaik saja aku bangun dari tidur aku lihat orang-orang yang tadinya dikatakan tenat dan nazak sudah pulih seperti sediakala.

Aku terpaksa akur dengan kuasa Allah.  Jikalau bukan dengan izinNya tidak akan ada sesuatu boleh berlaku. Tapi aku seorang yang cekal semangat. Sekali aku mengambil keputusan untuk menjadi Penggali Kubur,  Penggali Kuburlah kerjayaku. Ta` apalah ini masa mereka.

Selang beberapa bulan aku diberikan tawaran. Quotationnya berbunyi:  Sebuah Lubang Kubur  sahaja. Sukatan tentang luasnya kubur itu bolehlah disemak” site” berkenaan iaitu dikampong permatang. Dalam tawaran itu juga ada disebut walaupun hanya satu lubang saja diperlukan, bayarannya sangat tinggi. Sekali aku berfikir macam ta` masuk akal.

Aku tidak mampu menolak tawaran ini.  Aku yakin berbekal pengalaman semasa dekat laut cina selatan dulu tu aku tidak akan tersilap lagi. Buat kata perpatah :”once beaten twice shy”. Kali ini aku all-out. Pinjam kata-kata kawan aku  ” I`ll bet until the last dollar”.

Malang lagi nasib ku ini.  Pada 26 Ogos ,  tarikh dimana pihak yang memberikan tawaran mendapatkan premium mereka dan seperti yang dijanjikan aku akan memperolehi imbuhan yang ta` terkira banyaknya tidak materialized.  Aku dapat rasakan yang aku akan menjadi orang gila dimana aku akan hanya ada 2 pilihan BAHAGIA atau PERMAI sahaja.  Pilihan lain ialah pusat serenti. Yang ni lecehlah, sebab aku bukan penagih dadah.

Aku benar-benar insaf sekarang. Aku sedar aku sudah memilih jalan yang salah. Jalan yang tidak akan ada  penghujungnya.  Jika aku teruskan juga kerjaya menghabiskan beras ini jangan katakan bini boleh lari, pak mertuapun boleh condemn aku.

Aku juga sedar yang aku dah ta` selamat disini.  Ada juga rakan-rakan cadangkan supaya aku menyeberang  saja. Aku sebenarnya dah malu sebab orang kampong semua dah tahu.

Apa macam?  Bolehkah script ini diadaptasikan menjadi sebuah filem.  Kalau ada producer yang minat, sila ambil –  Aiman ta` kisah.

Advertisements

TUNJUK PELANGI TANGAN JADI KUDONG

August 25, 2008

Keadaan diluar rumah hujan sedang mencurah-curah. Tidak pasti bila ia akan berhenti. Sebagai salah seorang penganalisis politik yang ta` bertauliah seperti yang disahkan oleh Abang Zek (Kolumis WATAN)  dan pada kelapangan ini teringin jugalah membicarakan isu-isu semasa yang sedikit sebanyak melibatkan kehidupan sejagat.

Analisis saya kali ini berkisar tentang budak pembancuh kopi.  Saya sangat tertarik dengan profile dia ni.  Mengikut ceritanya dia seorang drop-out. Dalam pada itu ada saja pihak-pihak tertentu yang mahu memastikan beliau diberi Biasiswa.  Dari hari demi hari budak ni bertambah popular dan tidak mustahil sedikit masa lagi akan diistiharkan sebagai selebriti pula.  Apa tidaknya, beliaulah orangnya yang memulakan upacara bersumpah dan selepas itu seorang demi seorang follow suit.  Dengan teguran dari Dr.M baru-baru ni adalah diharapkan perkara sebegini dapat dihentikan.

Sewaktu saya kecil opah saya selalu mengingatkan saya jangan sekali-kali  menunjuk kearah Pelangi. Betul juga cakap opah saya itu, jika tangan dah kudong ta` ada apa lagi yang dapat dicapai dalam hidup ini. Seperkara lagi pesannya jangan sekali-kali kacauganggu Sesumpah. Katanya kalau Sesumpah naik keatas kepala kita akan mengalami Sial yang berterusan. Apakah kita bersetuju anak cucu kita menyumpah kita ta` henti-henti diatas perbuatan kita itu .  Apakah kita sudah lupa selepas beberapa keturunan baru Langkawi dapat dimajukan.

Melintas seketika kePermatang Pauh dimana saya terkejut besar. Mana tidaknya terlalu ramai ahli-ahli PKR keluar parti. Berita TV semalam menyebut 200 orang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan serta AJK keluar beramai-ramai. Tapi ta` tahulah dimana mereka dapat angka tersebut sedangkan apa yang saya nampak lebih 2000 orang yang menunjukkan muka diTV tu untuk dikenali. Secara jujur saya katakan  ta` seorangpun yang terpampang diTV tu yang saya kenal sebagai ahli parti.  Yang memberikan sidang akhbar tu memang sah  dah keluar PKR.  Kononnya mereka keluar sebab ta` puas hati sebab Anwar ta` hendak bersumpah.  Saya rasa ada sebab lain ni, special offer mungkin.  Ni suasana na` raya, banyak Supermarket buat offer dan pihak-pihak lainpun teruja sama.

Sebelum saya mengundurkan diri sekalung TAHNIAH buat rakyat Pulau Pinang kerana besok Boss Negeri sdra dah umum Public Holiday.  Yang ini baru betul kalau P.  Ramlee masih hidup diapun tumpang gembira.


JAMES BOND IS BACK

August 21, 2008

Haven`t James Bond reminded us on how to take care in our life.  What we suppose to do and not to do in our daily avtivities.  Films such as The Man with The Golden Gun, Octoppusy, Gold finger and Diamonds Are Forever taught us alot on the game of power which involved money and women.

Its very difficult to avoid booby traps unless you don`t go near or to be very safe don`t ever passed that way.     Its okey that we have to pass very rough journey as long as we can reach safely. I suppose its timely that we remind each other for the sake of our cause and our survival.

I am leaving for Permatang Pauh to lend support for our hero Anwar Ibrahim.


KUALA KUBU (Revisited)

August 20, 2008

Sekarang kita dalam bulan Ogos. Tidak beberapa hari lagi genap 51 tahun Negara mengecapi kemerdekaan. Terima kasih kepada pejuang-pejuang bangsa terhadap sumbangan yang ta` ternilai harganya.Dalam pada itu teringat saya pada Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Dikenali Sebagai “the singing lawyer” , penghibur nombor satu ini tidak merasa janggal ber-Bajukan bendera sewaktu menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dan Lagu Warisan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Terlebih dulu saya mohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham Sekiranya tulisan saya ini menyingung perasaan mereka. Sebenarnya saya sangat meminati Sudir dan cita-cita saya yang masih belum tercapai ialah hendak menjadi Lawyer sepertinya.

Melintas seketika keUtara dimana satu peristiwa besar sedang progress menuju Selasa 26 Ogos. Dan sebenarnya kita tidak perlu pun berada disana untuk mengikuti perkembangan. Berita-berita didada akhbar dan muka-muka TV sudah cukup untuk kita sekiranya kita hanya perlu dengar cerita-cerita sebelah pihak saja sedangkan yang bertanding 3 orang.

Apabila meneliti berita-berita tersebut maka terlintaslah dikepala saya sebaris lirik lagu yang cukup santai……

KALAU PERGI KUALA KUBU… TULIS NAMA ATAS BATU…

Apa yang saya faham dari lirik ini jikalau ada benda-benda yang terbuku didalam hati luahkan segera semasa perkara tersebut masih panas, sekiranya betullah. Bila disimpan terlalu lama mungkin banyak fakta yang kita terlupa dan membawanya kesuatu tempat sejauh Permatang takut-takut pula ada bahan yang tercicir. Itulah sebabnya disarankan setakat Kuala Kubu saja sebab dekat dengan K.L.

Lagi seperkara sekiranyapun kita berdendam dgn Sitanggang sudah-sudahlah. Dah terlalu lama peristiwa tu. Saya percaya dalam tempoh yang begini lama Batu tersebut dah jadi pasir haluspun. Kalau kita cuba berada dekat dengannya pun takut-takut pasir boleh masuk mata.


JANGAN LUPA LIRIK

August 17, 2008

Hari ini hari minggu.   Biasanya sebelum kepasar saya dan isteri pergi sarapan diRestoran Pak Wan dulu.  Nampaknya kenalah ubah jadual sebab  Sang isteri sekarang berada diPermatang Pauh.  Saya akan pergi sehari dua lagi setelah beberapa urusan penting siap.  Kerja-kerja parti ni  berkonsepkan tolong menolong. Buat kata P.Ramlee “hari ini saya tolong sdri, esok-esok sdri tolong saya pula”.

Pendekkan cerita ,saya pergilah kepasar  dan bersarapan diWarong Pak Din.  Semua meja penuh kecuali satu meja hanya dihuni seorang yang cacat penglihatan. Saya menyapa “sdra sorang ke?” dia jawab “saya tak nampak, macamana nak jawab soalan tu” katanya.   Saya pun dengan rasa kesal memohon maaf kepadanya dan menyatakan yang saya ta` perasanpun tentang kecacatannya itu.

Dihadapannya saya lihat sudah ada segelas teh tarik. Saya tanya dia lagi ta` makan apa ke? Dia kata tunggu roti canai.  Sambil menunggu teh panas sampai saya bertanya lagi:  “Pakai smart ni ada beg sandang pula nak kemana?”  Dia jawab selamba “nak kerja – tunggu transport katanya.  Teh panas saya dah habis separuh, kueh tiga  ketul siap, roti canai dia saya tengok ta` sampai-sampai. Dia saya lihat tetap tenang menunggu.

Ta` semena-mena dia pula bertanya .Dia tanya  : Ada ke baca tentang budak ITM tunjuk perasaan membantah cadangan MB Selangor ?.   Saya jawab adalah sikit-sikit.   Sambil menggeleng-gelengkan kepala dia kata “budak-budak kita tu bukan ke yang mendapat keputusan SPM atau STPM  yang terbaik baru diterima masuk Universiti.  Dia menambah lagi sebelum ni mereka ta` dengar cerita ke yang Kabinet ada memberi kelulusan kepada pihak Universiti untuk bagi 10% bukan-bumi menyertai kursus persediaan. Tujuannya untuk persefaman dan harmoni diantara kaum dikalangan mahasiswa-mahasiswi.Mengapa masa tu mereka ta` protes? Keras sungguh nadanya.

Kemudian, seorang muda tampaknya jauh lebih smart daripada orang istimewa tu datang menjemputnya pergi.  Sebelum dia melangkah pergi dia minta saya tolong siarkan lirik lagu   “To Sir With Love” nyanyian Lulu.  Buat macam lagu permintaan katanya ditujukan kepada budak-budak U.  Ayat yang akhir keluar dari mulutnya sebelum dia beredar dia kata dia pernah mendapat bayaran paling lumayan sepanjang karier seniman jalanannya semasa mendendangkan lagu tersebut.  Dengan tidak menghampakan inilah dia lirik lagu “To Sir With Love”:

Those schoolgirl days, of telling tales and biting nails are gone,
But in my mind,
I know they will still live on and on,
But how do you thank someone, who has taken you from crayons to perfume?
It isn’t easy, but I’ll try,

If you wanted the sky I would write across the sky in letters,
That would soar a thousand feet high,
To Sir, with Love

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave,
I know that I am leaving my best friend,
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong,
That’s a lot to learn,
What, what can I give you in return?

If you wanted the moon I would try to make a start,
But I, would rather you let me give my heart,
To Sir, with Love


KILLING TWO BIRDS WITH ONE STONE

August 15, 2008

Killing me softly with her song sung by Andy Williams reminds me the historic moments I have had before.  I have to accept that those were only memories.    What I am going to write today is not about the song. It is all about Permatang Pauh by-election and about killing the two birds.

What a pity for UMNO. They simply can`t find the most suitable candidate to be fielded there. They have to rely on the serving Yang Berhormat to enter the battle.  I am using the word pity because they have three million-odd members. I doubted you can`t get good and credible members from the huge figures. From remarks that I read in the Dailies this chosen man  has no problem on his loyalty besides he is dedicated and hardworking. Thats it. What a burden Y.B.Ariff Shah has to shoulder.

From the situation at hand it is clear that the BN is going for two things.  First ly, they aspect the voters in DUN Seberang Jaya who have given their mandate during the PRU12 to do the same and a bunch or so would sympathized.  From this strategy they could reduce the majority. As some pople did say by reducing the majority it is already a moral victory.  Secondly it can be used as a precedent for the coming General Elections where popular personalities can be asked to stand in Parliamentary seat as well as in State seat to ensure  success.


DEMONSTRASI/PROTES BUKAN MATA PELAJARAN

August 12, 2008

Sebuah berita mengenai sejumlah 5,000 pelajar UiTM membantah dan berdemonstrasi dengan mempamerkan sepanduk dihadapan Bangunan SAAS sangat mengecewakan saya.    Sebagai  anak bangsa  yang bertuah terpilih menuntut ilmu diMenara Gading saya syorkan saudara-saudari gunakan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Apabila keluar nanti dapatlah dimanafaatkan kepada masyarakat.  Bukankah ini niat asal sdra-sdri masuk Universiti. Perbuatan sdra-sdri dalam aktiviti kurang sihat ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsentrasi terhadap pelajaran.

Tidakkah sdra-sdri terfikir apa perasaan anak bangsa yang tidak berpeluang seperti yang sdra-sdri nikmati ini.  Mereka mengharapkan sdra-sdri untuk membela nasib masyarakat kita. Apa yang sdra-sdri  lakukan ini seperti berarak sejak jam 7.00 pagi lagi dan berasa cukup puas apabila dapat  sampaikan Nota Bantahan.

Serahkan urusan membantah cadangan tersebut kepada parti-parti politik menanganinya. Tugas sdra-sdri adalah belajar. Fikirkan nasihat saya ini. Siapa pula yang akan tolong “tunjuk perasaan” bagi pihak sdra-sdri apabila gagal dalam pengajian nanti.

Belajar ni sangat susah, kita jangan buang masa melayan perasaan.  Saya berani berkata begini kerana saya juga seorang pelajar. Kalau nak diikutkan keadaan saya lagi susah kerana segala yuran dan bayaran pengajian saya tanggung sendiri.