USM SERIOUS MEMERTABAT PENGAJIAN KESUSASTERAAN

January 23, 2014

Maklumat yang diperolehi semasa menghadiri Seminar Kesusasteraan Kali Ke 6 sebentar tadi ialah Kurikulum bagi Pengajian Kesusasteraan PPJJ USM mulai 2014/2015 dinaikan ke 120 unit (credit hour). Tambahan 20 unit itu adalah bagi kursus “Penulisan Kreatif”. Dalam kata lain disamping memperolehi segulung Ijazah, para graduan bidang Kesusasteraan juga berkebolehan menjadi Penulis terkenal  yang mampu menghasilkan puisi, cerpen, novel dan sebagainya.  Secara tidak langsung pengajian  bidang kesusasteraan di USM akan menjadi pilihan utama.

Bercakap tentang pengisian Seminar, para pelajar bidang Kesusasteraan yang  hadir dapat mempelajari suatu perkara baru hari ini. Kertas Kerja bertajuk Pengarang dan Kepengarangan yang disampaikan Prof. Madya  Dr. Mawar Shafei didapati cukup bertenaga, mudah difahami dan mampu menjadi panduan serta merta. Kepakaran Dr. Mawar mengolah juga mendapat sambutan luar biasa daripada  mahasiswa PPJJ yang hadir.

Bidang pengajian  kesusasteraan di Institusi Pengajian Tinggi akan lebih berkembang maju sekiranya lebih ramai Dr. Mawar dilahirkan. Sebagai penulis blog saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr. Mawar Shafei. Kredit  yang sama juga ditujukan kepada Dr. Membunga @ Siti Mariam selaku Pengerusi Rancangan Pengajian Kesusasteraan PPJJ  yang saban tahun telah berjaya menganjurkan Seminar yang sangat bermenafaat kepada  mahasiswa PPJJ USM Pulau Pinang.