Berbanding dengan kawasan-kawasan lain keputusan Pilihanraya Kecil yang terletak didalam lingkungan Bandar Tentera Darat ini sudah pasti bakal ditentukan oleh pengundi-pengundi pos. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan dua hari iaitu pada 8hb. dan 9hb. Oktober, 2009 bagi masyarakat tentera dan mereka-mereka (pengundi) yang bertugas mengendali pilihanraya kecil Bagan Pinang membuang undi.
Kita semua faham sebilangan besar pengundi pos tidak berpeluang menilai calun PAS kerana kempen-kempen dalam pilihanraya ini tidak dibenar (kawasan larangan) didalam Kem Tentera. Bagi Menteri-Menteri lainlah, walaupun mereka hadir dalam acara-acara resmi didalam kawasan tentera atas kapasiti jawatan kabinet mereka juga adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Calun merekapun berpeluang juga menunjuk muka semasa mengiringi Pak-Pak Menteri tersebut.
Satu-satunya ruang yang ada untuk Pakatan Rakyat berinteraksi hanyalah melalui Internet seperti Blog dan SMS sahaja. Itupun bukan semua pengundi pos ada “access”. Walapun tidak berpeluang mendengar ceramah, tidak dibekal “hand-bill” dan risalah serta tidak juga dirayu dari rumah kerumah kita percaya Pengundi dizaman serba canggih ini sudah dapat menilai apa yang terbaik untuk rakyat.
Penulis mengucapkan selamat MENGUNDI DULU kepada Pengundi-Pengundi Pos diDUN Bagan Pinang. Jangan sia-siakan kuasa yang ada ditangan tuan-tuan dan puan-puan itu.
Akhir sekali oleh kerana Pilihanraya ini berlaku diNegeri Sembilan saya tidak mahu ketinggalan dalam berpantun:
BANDAR TENTERA DARAT TERLETAK DIPORT DICKSON
TENTERA LAUT PULA BERADA DI LUMUT
PARA PENGUNDI POS JANGANLAH RUNGSING
BUAT PILIHAN TEPAT JANGAN ADA RASA TAKUT
Tahun 2004 saya menjadi KTM ketua tempat mengundi…saya tolak untuk undi pos…pada hari mengundi pukul 12 tengah hari saya keluar sekejap ke pusat lain untuk mengundi…sampai di pusat itu…saya hulur KP…kerani itu periksa daftar mengundi…kerani itu kata TUAN SUDAH MENGUNDI…saya jawab SAYA KTM…dari pagi 5.30 pagi saya bertugas ambil TONG dan alatan mengundi…bawa anggota polis bersama…masa bila pulak SAYA DAH mengundi…sehingga sekarang saya tak dapat jawapan RASMI..tapi saya boleh agak mereka guna pengundi hantu…gunakan kad kuasa lain BUKAN KP yang palsu…menggunakan nama saya TAPI gambarnya pengundi hantu itu…SEBAB itulah dakwat jari… SPR terkentut tercirit… TAKUT nak gunakan.
JOM SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KITA KE BAGAN PINANG !!!