NAPOLEON KECIL DATANG DARI MANA?

May 23, 2010

Jika  ditanya  kepada  setiap  ahli   PKR  siapa  yang  dimaksudkan  Napoleon  Kecil saya  percaya  ramai  yang  tidak  tahu.    Parti  yang  ditubuhkan  semata-mata   mahu    memberikan  harapan  baru  kepada  rakyat   setiap  anggotanya   dipercayai   memiliki  iltizam  yang  sama.

Apabila  perkara  Napoleon  Kecil ini  ditonjolkan  disamping   mendapat  liputan  media  yang  cukup  meluas  ramai  ahli-ahli  diakar  umbi   mula  bertanya  soalan-soalan  yang  berkaitan     seperti   siapa   orangnya  yang  dimaksudkan  sebagai  Napoleon  Kecil itu.

Saya  menyertai  keADILan  semenjak  dari  Day  One.    Dikala  itu  ramai  aktivis  NGO  dari  ABIM,  JIM dan  orang-orang  yang  tidak  berParti  berpusu-pusu  masuk  Parti  KeADILan  Nasional.   Peristiwa  inilah  yang  mempengaruh  saya  untuk    sama-sama  turut  serta.   Parti  ini  menjadi  Elit apabila   ianya  mula   dikuasai  oleh  mereka-mereka  yang   datangnya  dari  UMNO.  Tidak  kiralah  samada  mereka  secara  sendiri-sendiri  keluar  UMNO  ataupun  mereka-mereka  yang  dipecat  dari  Parti  itu.

Riak  Napolean-Napolean  Kecil ini  telah  mula    dilihat  sewaktu  Perhimpunan  Agung  Tahunan  yang  diadakan  diKemaman   lagi  dimana  tokoh-tokoh  hebat  yang  datang  dari  ABIM  dan  JIM    telah  dipinggirkan  didalam  pemilehan  Ahli  Majlis  Tertinggi.     Perkara  ini  turut  merebak  diBahagian-Bahagian  dimana  orang-orang  dari  UMNO  sahaja  yang  layak  menjadi  Ketua  Bahagian  dan  dipilih  sebagai  calun  pilihanraya.

Negara  menuju  PRU  ke  13  dan   kita  masih  belum  terlambat  untuk  membersihkan  Parti  (keramat ) PKR   ini.    Jika   usaha-usaha  pembersihan  ini  tidak  dilakukan  segera  besar  kemungkinan  Parti  ini  akan  bertukar  menjadi  Napoleon  Kingdom  dan  sedikit  demi  sedikit  mereka  yang   dulunya   bukan  dari  keturunan  itu  akan  mengucapkan  Goodbye.

Melalui   penjelasan   diatas  adalah  diharapkan  soalan:    Napoleon  Kecil  datang  dari  mana? telah  terjawab.   Kepada  para  Perwakilan  yang  akan  berada  diKelantan  minggu  hadapan  tidak  kira    samada   yang   Napoleon  ataupun    yang   bukan  saya    ucapkan  selamat  berKongres.

Advertisements

BERITA KITAR SEMULA

May 5, 2010

Berita  Harian  keluaran     Selasa  04  Mei membawakan  berita  dengan  tajuk    ”  Umno bincang nasib  Melayu  Pulau  Pinang  “. Lama  juga  saya  berfikir  sama  ada  cerita  ini  satu  cerita    yang  fresh atau  kitar  semula.    Diperihalkan   satu  Konvensyen  Ekonomi  Melayu  Pulau  Pinang  akan  diadakan  pada  8  dan  9  Mei   diPoliteknik   Seberang  Perai.   Perasmiannya  pada  hari  Sabtu  8hb  Mei  akan  disempurnakan  oleh Perdana  Menteri   Malaysia   Datuk  Seri  Najib  Tun  Abdul  Razak.

Kenyataan-kenyataan   untuk  membela  nasib  melayu  Pulau  Pinang  sering  berkumandang  pada  setiap kali   Pilihanraya  tidak  kiralah    sama  ada  ia  Pilihanraya  Umum   atau  Pilihanraya  Kecil.      Negara   sudah  bebas  daripada  penjajahan    dan  mencapai  Kemerdekaan  pada  tahun  1957   namum  kita  tidak   mengerti  apa  bendanya   yang  menghalang   orang-orang melayu  Pulau  Pinang   daripada  mendapat   kemajuan   seperti  yang  dinikmati  oleh  rakyat  Malaysia    dilain-lain  Negeri.   Ia  dilihat  sangat   pelik   kerana  sebelum   DAP  dapat  mengetuai  Kerajaan  Pulau  Pinang    bermula   Mac  2008,   Barisan  Nasional  memerintah  Negeri  tersebut   berpuloh-puloh  tahun  lamanya.    Mengapa  dalam  tempoh  sepanjang  itu  masaalah   Ekonomi  Melayu   tidak  diberi  keutamaan?     Ditambah  pula  Perdana  Menteri  sebelum  ini  adalah  anak  watan  Pulau  Pinang.

Orang-orang  politik  diPenang  ketika  ini  hanya  berminat   mencari  kelemahan  DAP  dengan  mengatakan  Kerajaan  Pakatan  Rakyat  meminggir  masyarakat  melayu  dan  sebagainya.   Segala  kebaikan  yang  dilakukan  oleh  Pakatan  Rakyat   tetap  mendapat  tentangan  dan  ada  sahaja  yang  tidak  kena.

Melalui  tulisan  ini  adalah  diharapkan  selesai  sahaja   berkonvensyen  janganlah  bertangguh  lagi.   Setiap   perancangan  hendaklah  dilaksanakan  secepat  mungkin.  Dengan  berbuat  sedemikian  sekurang-kurangnya  segala  pengabaian  selama  ini  dapat  dimaafkan.  Jika  Konvensyen   ini    diadakan   bertujuan  untuk   menagih   kembali  sokongan   semata-mata,   besar  kemungkinan  hasrat  tersebut  tidak  akan   tercapai.    Rakyat  Pulau  Pinang  sudah   mula  selesa  dengan  cara  Pakatan  Rakyat  khususnya  DAP.  Yang  pasti  mulai   Mac  2008   Label  Pi  Mai  Pi  Mai  Tang  Tu sudah  tidak  sepopular  dulu.  Jika   ianya  ibarat  sebuah  lagu  ternyata  ia   sudah   terkeluar   carta.