REBUT JAWATAN – JANGAN UNTUNGKAN MUSUH

April 19, 2014

Dasar yang Parti KEADILAN amalkan ialah ” satu ahli satu undi “. Bertolak dari situ sesiapa saja boleh menawarkan diri mengisi begitu banyak jawatan untuk mentadbir Parti bagi tempoh 2014 – 2017.
Namun demikian hanya ahli-ahli yang berkedudukan sahaja boleh menonjolkan diri untuk merebut jawatan-jawatan besar. Memerhati senarai nama yang bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK Pusat, rata-rata adalah dikalangan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri-Negeri. Disini saja sudah menunjukan “habuan yang menunggu”cukup lumayan. Dalam lain perkataan ahli biasa yang terpaksa membanting tulang untuk mendapatkan rezeki bolehlah dianggap tidak layak menawarkan diri kejawatan-jawatan besar tersebut.

Secara peribadi saya tidak setuju ujudnya kumpulan atau “team” jika seseorang itu menawar diri kejawatan besar seperti Presiden dan Timbalan Presiden. Tidak ada masaalah jika pertandingan melebar sehingga 6 penjuru sekalipun kerana akhirnya hanya seorang sahaja yang akan diambil kejawatan tersebut. Pemenang jawatan akan bertanggungjawab menjayakan Parti diarena politik tanahair. Jika menggunakan pendekatan kartel atau kumpulan untuk memegang jawatan maka khidmat presiden atau timbalan baru ini ialah untuk memakmurkan ahli-ahli kartelnya sahaja.

Seperkara yang ingin saya ingatkan kepada pihak yang bertanding janganlah menyerang peribadi. Sebagai contoh malam tadi di Ipoh dalam majlis yang diberi nama Refomasi 2.0 ada pihak yang mengedar risalah memburuk-burukkan Azmin. Ini maknanya tumbuk bawah tali pinggang (dalam tinju). Sungguhpun tidak ada seorangpun penceramah berkempen jawatan dalam Parti perbuatan mengedarkan risalah sedemikian adalah suatu perbuatan yang sangat jijik.

Saya sendiri bertanding diperingkat Cabang dan berikrar tidak akan menyerang lawan secara peribadi. Dalam kempen, saya ketengahkan pengalaman semata-mata untuk memikul tanggungjawab jika diamanahkan. Kepada ahli-ahli PKR (pengundi) pilihlah orang-orang yang kita yakin mampu membawa kejayaan kepada Parti kita bukan memileh mengikut senarai yang dihidang seperti yang kerap berlaku dalam pemilehan koperasi. Paling malang bila melihat Parti lawan bertepuk tangan mempersendakan kita.

Advertisements

POLITIK TIDAK KENAL SIAPA

April 10, 2014

Ada yang berkata “politik adalah darah dagingnnya”. Ada yang berkata “politik itu kotor” dan tidak kurang juga yang berkata “politik memecah belah masyarakat, yang diperjuangkan sebenarnya adalah kepentingan sendiri. Kita kira kenyataan diatas adalah tepat. Kata Nikita Krushchev (Bekas Perdana Menteri Soviet Union) “Politik sama saja dimana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan walaupun ditempat itu tidak ada sungai”.

Parti KEADILAN akan memileh pemegang jawatan dari Presiden hingga ke Pemeriksa Kira-Kira pada bulan Mei nanti.Terlalu ramai yang menawarkan diri untuk dipileh. Dan didalam apa keadaanpun satu perkara yang tidak dapat mereka elak ialah dari memburuk-buruk rakan yang bersaing dalam merebut sesuatu jawatan itu. Untuk mencerahkan peluang ada yang bentuk pasukan atau “team”. Bunyinya macam nak membela tetapi sebenarnya mahukan kuasa.

Ahli Parti perlu bijak membaca percaturan orang-orang sedemikian. Mereka sebagai pemimpin sudah banyak menikmati laba dari perjuangan kita selama ini sedangkan kita masih ditakuk lama. Saya juga seperti sdra-sdra sekelian akan menunaikan tanggungjawab dihari mengundi nanti. Semoga ALLAH selamatkan Parti (KEADILAN) kami.


PKR MENUJU KE FASA AKHIR

April 9, 2014

PKR diambang pemilihan lagi…

Ahmadzawawi's Weblog

Umum  mengetahui  PKR  bermula  dengan  satu  NGO  berbentuk  persatuan  kebajikan  iaitu  ADIL.    Apabila  terlalu  ramai  mahu  memperjuangkan  nasib  malang  yang  menimpa   Anwar  Ibrahim   sebuah  Parti  Politik  ditubuhkan.   Sebuah  Parti  Politik  yang  berdaftar  diPantai  Timur  yang  tidak  begitu  aktif  diberi  nafas  oleh  rakan-rakan  Anwar.  Kebanyakan  mereka  ini  adalah  ahli-ahli  ABIM  dimana  Anwar  pernah  menjadi  ketua  mereka.

Fasa  kedua  Parti  bekas-bekas  ahli  UMNO (yang  kecewa  sebab  Anwar  dipecat  dan  beberapa  yang  kena  buang)   mula  menunjukkan  belang.  Sewaktu  Pemilihan  diKemaman  orang-orang  ABIM  (mereka  yang  mula-mula  menghidupkan parti)  dipinggir  oleh  force bekas  UMNO.    Mereka  terus  berkuasa  hingga  kini.  Berikutan  daripada  itu  ramai  ahli  ABIM  terutama  wanita  meninggalkan  parti.

Fasa  ketiga  adalah  sewaktu  berdepan  dengan  PRU  ke  12.  Calun-calun  parti  dipilih   dikalangan  orang-orang  yang  rapat  dengan  pimpinan  dan  mereka-mereka  yang  ada  duit. Pemimpin  akarumbi  yang  faham  kehendak  rakyat  tetapi  tidak  berwang tidak  dipandang  langsung.    Jadi  janganlah  hairan  apabila  ramai  yang  jadi …

View original post 198 more words