POLEMIK PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

December 20, 2023

Terlalu banyak diperkatakan tentang pro dan kon perihal pentadbiran Majlis-Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah dalam negara Malaysia ini. Ada pihak yang merasakan sudah sampai masanya Pilihanraya bagi memileh Wakil-Wakil dalam satu-satu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ini diadakan semula. Ada juga suara-suara yang bimbang ianya nanti akan dikuasai oleh satu kaum sahaja diBandar-Bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh.

Malaysia sudah ujud lebih 60 tahun. Jika cara yang diamalkan sekarang dengan membenarkan parti politik tertentu menentukan sendiri dikalangan mereka sahaja menjadi Wakil dalam Kerajaan Tempatan sampai bilapun tidak akan ada sebarang perubahan kearah mempertingkat kualiti pimpinan dalam menentukan kawasan-kawasan Bandar kita bergerak seiringi dengan Bandar-Bandar moden didunia. Pemilihan perwakilan dari kalangan ahli-ahli politik pada kebiasaannya tidak mengira latarbelakang kelayakan akademik. Yang dipentingkan orang itu adalah penyokong kuat dan bersedia berkhidmt mengikut kehendak Partinya.

Bandar-Bandar besar dalam negara ini perlu maju seiring Bandar-Bandar lain dalam negara-negra jiran dan negara-negara lain yang terbukti boleh maju dan berjaya jika ditadbir oleh orang-orang yang mempunyai kelayakan tertentu bagi memajukan Majlis-Majlis yang mereka wakili. Sampai bila amalan “spoon feeding” hendak diwarisi. Fikir-fikirkan lah.

Jika pemilihan Wakil dalam Kerajaan Tempatan ini dapat dilakukan seberapa segera yang mungkin, besar kemungkinan negara Malaysia akan dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam membangunkan infrastruktur dan menyediakan kemudahan-kemudahan kepada rakyat atau lebih tepat pembayar cukai. Percayalah tidak akan ada lagi sisih-menyisih dikalangan “stake holder” jika amalan demokrasi sebenar yang kita amalkan.Sekian.