PERKATAAN POPULAR MINGGU INI DIBAGAN PINANG

Melihat  kepada   Format  rancangan  hiburan   TV    “Lagu  Popular  Minggu  Ini”  atau  mudah  disebut    “LPMI”   sahaja,     terpanggil    saya    untuk menerbitkan  satu  Rancangan  Khas  yang  dinamakan  “Perkataan  Popular  Minggu  Ini”   bila  disingkatkan  ia   disebut  “PPMI”.      Satu  Rancangan    yang  pada  mulanya  hanya   untuk   “personal collection”    saja   tetapi  memandangkan  ianya   ada  nilai  komersial   maka   pelayar   Blog    ini   bolehlah  menikmatinya  bersama.

Rakaman  rancangan  “PPMI”  yang  dimaksudkan   berlaku  diBagan  Pinang  dan   berjalan  selama  seminggu.    Survey  dan  “Poll”  dibuat  dimerata-rata  tempat,  tidak  kira  dilobi-lobi  Hotel  tepi  pantai,   gerai-gerai  tepi  laut  dan   ditapak-tapak  orang  berkumpul  mendengar  ceramah.

Banyak  sekali  perkataan-perkataan  yang  terpacul  dari   mulut  orang  politik  sewaktu   “survey”   dijalankan.   Diantara  perkataan-perkataan   yang  sering  didengar  termasuklah   Dulu,  Kini  dan  Selamanya; Sokong  Islam Anda  Selamat; Politik Wang   Bukan  Rasuah; Baru Setahun Bina  Mengapa Runtuh; dan  berbagai  lagi.    Keputusan  “Poll”  tetap  memilih  perkataan  “AKAN”.

Perkataan  “AKAN” menjadi  sangat  popular  kerana  ia    penyambung  kepada  janji-janji  yang  dilemparkan  oleh  orang-orang  yang   memiliki  “kuasa  memberi”.    Para  pekerja  ladang  Sime  Darby  (contohnya)  yang  menunggu  pengumuman  Menteri   berkaitan  dengan  tuntutan  kenaikan  gaji  tentu  sudah  berpuashati  kerana  berita  yang  baru  diterima  mengatakan   pihak   Pengurusan  Ladang akan memberikan  pertimbangan.     Lain-lain  kemudahan  ditempat  tinggal  juga akan diperbaiki.

Bagi  masyarakat  pelajar,  ini  berita  baik   –   Untuk   menampung   kesesakan  yang  sedang   dialami   beberapa  bilek   darjah   tambahan akan dibina.  Projek    menaik taraf   sebuah   Tokong   juga   akan dilaksanakan.   Seperti  semua  sudah  sedia  maklum  bukankah  UMNO/BN  tidak  kalah diBagan  Pinang  semasa  PRU 12  tempoh  hari.   Mengapa  sampai  kehari  inipun  perkara-perkara  yang  disebut  diatas  masih  bertaraf  “AKAN“?

Perkataan akan ini  sentiasa  mendahului  Carta.    Baik  diKuala  Trengganu,  Bukit  Gantang,  Bukit  Selambau, Manik  Urai  mahupun  diPermatang  Pasir.     Kepada   para   pengundi   diBagan  Pinang   berjanjilah  yang  sdra/sdri   akan turun  padang   menunaikan  tanggungjawab    pada  hari  Ahad  ini.

2 Responses to PERKATAAN POPULAR MINGGU INI DIBAGAN PINANG

  1. ANJA says:

    Akan , jika di terjemah dalam bahasa Inggeris – ‘Will’ atau “would’.
    Would bermaksud ..akan yang lebih sungguh sugguh dari will ..tul tak?..Bhs Inggeris saya mmg teruk.

    Tetapi dalm bhs Melayu , will atau would tetap disebut akan ..jadi kita ornag Melayu tak tahu ‘akan’ itu sungguh sungguh atau tak.

    • ahmadzawawi says:

      ANJA,

      Nampaknya sudah berbakat jadi Guru Bahasa Inggeris pulak. Ramailah Tuition Teacher ta` boleh cari duit lebih.

      Jangan marah – gurauan ringan saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: