KUASA : DIMANA ANDA SEKARANG?

May 1, 2013

Ramai  yang bertanya  dimanakah duduknya “Kuasa”   itu sekarang.  Akan  tetapi  tiada siapa yang mampu menjawabnya.   Yang pasti   Lima  Mei (05.05.2013)  baru  anda  akan  muncul.  Setelah mengikuti beberapa pilihanraya sebelum ini  saya dapati tidaklah susah sangat meramalkan siapa yang  bakal  memperoleh  Kuasa  pada  pilihanraya-pilihanraya  tersebut. PRU ke 13 ini  benar-benar meruncing  sampaikan  ada yang menyebutnya sebagai Ibu kepada segala Pilihanraya.  Hari  ini  cuti  umum  (sempena  hari  pekerja)  dan  tempoh  berkempen  hanya  ada  tiga  (  3  )  hari  saja  lagi. 

Sebagai  seorang  penganalis bebas  saya  cuba  memberikan  clue   diselekoh  mana  Kuasa  itu  sedang  berada.  Jumlah  pengundi berdaftar  ialah  13,268,002.  Daripada  jumlah tersebut lebih  1/2 Juta  merupakan  pengundi-pengundi  khas  iaitu 272,387 Pengundi Awal,  234,905 Petugas SPR  dan 2,954 Pengundi Pos.  Lazimnya  pengundi khas  ini  akan  mengikut arus. Kurang  lebih  setakat  ini  8%  adalah  pro-establishment. Sumber Angka: Berita Harian 21/04/2013.

Banyak diperkatakan yang pengundi  kaum Cina sudah   total  dibelakang Pakatan Rakyat.  Berdasarkan andaian ini Pakatan Rakyat akan dapat Alor Star dan Sungai Petani di Negeri Kedah.  Bagan,  Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong ,  Jelutong,  Bukit Glugor, Bayan Baru  di Pulau Pinang.  Di Negeri Perak  pula  ialah  Taiping,  Sungai Siput, Ipoh Timur, Ipoh Barat,  Batu Gajah,  Gopeng  dan Teluk Intan. Di Negeri Selangor kerusinya  ialah  Pandan, Serdang,  Puchong,  Kelana Jaya,  PJ Selaretan,  PJ Utara  dan   Klang.  Manakala  di  Negeri  Sembilan  Pakatan Rakyat akan memperolehi  Seremban,  Rasah  dan  Port   Dickson. Di Negeri Melaka  hanya  Kota Melaka.  Negeri  Johor pula terdiridaripada  Segamat,  Labis, Bakri,  Kluang,  Gelang Patah  dan   Kulai.

Di Wilayah Persekutuan, Kepong,  Segambut,  Bukit Bintang,  Seputeh dan  Cheras  memihak  PR.   Dari  Perlis  hingga ke Johor(130 Kerusi)  39 Kerusi  dikawasan majoriti pengundi Cina  ini dijangka pergi kepada Pakatan Rakyat.  Bagi  Negeri-Negeri  Pantai  Timur (Pahang, Terengganu  dan  Kelantan)  saya  menjangkakan  50-50.  Secara  kasar  18  Kerusi akan pergi kepada Pakatan Rakyat.  Dengan  yang  demikian  di Semenanjung  Pakatan Rakyat besar kemungkinan mendapat  57 Kerusi.  Jika  diandaikan  di Sabah dan Sarawak  PR  mendapat separuh  (daripada 56 Kerusi)   ini bererti  mereka kekurangan 27 Kerusi untuk membentuk Kerajaan secara simple majority. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk  diperolehi. Keinginan rakyat mahu melihat Negara ditadbir dengan lebih berkesan amatlah  ketara.

Didalam  sentiment  yang  mahukan  perubahan  setelah  lebih 55 tahun  Negara  kita  Merdeka,  tarikh  Lima Haribulan Lima (05.05) bakal mencatit sejarah.  Untuk  menjawab  dimanakah  Kuasa itu sedang  berada  saya hanya mampu melaungkan   “On you mark…….Get set………Go “

Advertisements

NAK GLAMOUR BOLEH SAJA … TAPI JANGAN SALAH TEMPAT

August 2, 2012

Saya  sedang  mengikuti  polimik  tentang  sambutan  memperingati  tarikh  Kemerdekaan  negara  kita  bagi  kali  yang  ke 55.  Dipihak  Pemerintah  mereka  merasakan  menamakan  apa  sahaja  tema  setiap  tahun  perayaan  hari  keramat  itu   adalah  hak  mutlak  mereka.    Saya  juga  tidak  membantah  mengenai   prerogative   yang  dimiliki  BN,  Parti   yang  sedang  memerintah.  Akan  tetapi  apapun  alasannya   memberikan   tema  ” Janji Ditepati ”   kepada  hari  kebesaran  negara itu   telah  terlalu  jauh  menyimpang  daripada  maksud  menghayati  erti  kemerdekaan  yang  sebenar.

Adapun  perkataan  yang  bersangkut  dengan  Janji   adalah  merupakan  satu  hutang.  Sebagai  contoh  semasa  mula  memasuki  gerbang   perkahwinan  sepasang  kekasih  itu  akan  bertukar-tukar  janji  untuk  memberikan  keyakinan  yang  setiap  mereka  akan  melakukan  yang  terbaik  terhadap  pasangan.  Begitu  juga  halnya  dengan  urusan  pinjam  meminjam.   Si Peminjam  berjanji  memulangkan  barang  yang  dipinjam  tepat  pada  masanya  dan  berbagai janji-janji  lain  yang  ditabur.

Dalam  hal  tema  hebat  BN  ini  saya  tetap  mengatakan  ia  tidak  kena  pada  tempatnya.  Jika  hendak  dihayati erti  Janji  Ditepati  itu  kita (rakyat)  kena  tahu  apa  yang  dijanji  dan  setakat  mana  janji  tersebut  telah  ditepati. Jadi  bukankah  pihak  (rakyat)  yang  menagih  janji  yang  berhak  mengatakan  Janji  Telah  Ditepati  sekiranya  benar  janji-janji  tersebut  telah ditepati.

Apa  yang  sedang  berlaku  ini  nampaknya sama  seperti  kata kiasan  “Masuk  Bakul  Angkat  Sendiri”.  Kemudian  ambil  kesempatan  disaat  negara  mahu  merayakan/memperingati  detik-detik  Kemerdekaan.    Bagi  saya  jika  temanya  ” 55 Tahun  Bukan  Sekadar  Angka ” pun  ia  sudah  cukup  canteeek.

Jika  saya  ditanya  apa  akan  saya  lakukan  setelah  saya berjaya  melunaskan  sesuatu  janji,  saya  lebih  suka  tidak  diketahui  umum  atau  dalam  bahasa  berseninya  “tangan  kiri  tak  nampakpun  apa  yang  tangan kanan bagi”.

Sekian,  selamat  berpuasa,  selamat  berbuka  dan  kurang  lebih  2  minggu  lagi  selamat  berraya.


RAMAI CEMBURU KERANA KEHEBATAN AMBIGA

May 15, 2012

Dizaman  persekolahan  dulu  saya  pernah  berpeluang  mendengar  hujah-hujah  dari  Lawyer  David  Marshall  pada  suatu  perbicaraan  diKuala  Kangsar.  Saya  sangat  kagum  dengan  cara  David  Marshall  melawan  kes  yang  beliau  bela  sehinggakan  saya  menanam  cita-cita  untuk  menjadi  seorang  Peguam  suatu  hari  nanti.  Cita-cita  itu  masih  subur  dalam  jiwa  saya  dan   tidak  mustahil  suatu  hari  nanti  saya  merupakan  seorang  yang  paling  tua                             “called  to  the   Bar”  kerana  sekarangpun  saya  sudah  65.

Zaman  sudah  berubah  dan  saya  lihat  sudah  ada  Peguam  lain   yang  lebih   hebat.   Beliau        yang    saya  maksudkan  ialah  Dato`  Ambiga  Sreenevasan.   Beliau  pernah  mengetuai     Majlis  Peguam  dan  yang  terakhir  beliau  begitu  sinonim  dengan  perkataan  Bersih.  Tidak     kira   Bersih  2.0   atau   Bersih  3.0   bila  disebut   saja   siapapun    akan       terbayangkan  Ambiga.

Beliau  kini  sudah  lebih  popular  daripada  Artis.  Dengan  yang  demikian  ramailah  yang       hendak  tumpang  popularity  dan  mencari  keuntungan  daripadanya.   Ada  yang  percaya              berniaga  Burger    dihadapan  rumah  Ambiga  akan  dapat  untong  besar.   Begitu  juga              jika  ponggong  kita  mahu  ditonton  oleh  ramai  orang,  pergilah  pamerkan  dihadapan            rumah  Ambiga.

Saya  berharap  Dato`  Ambiga  dapat     terima   semua  itu   sebagai   satu  compliment         terhadap  kehebatannya.   Seperkara  lagi,  saya  ni  tidaklah  sebijak  Merdeka  Centre                   atau  lain-lain  Penganalisa  Politik  tetapi  saya  yakin  dan  percaya   didalam  PRU  ke  13  nanti      Dato`  Ambiga  akan  menang  Kerusi  Parlimen  tidak  kira  dimana  beliau  bertanding.

Akhir  kata,  saya  mahu  melihat  Dato`  Ambiga  terus  dengan  Agenda  Bersih     selagi    perjalanan  Pilihanraya  masih  belum  telus  dan  adil.   Perasaan  cemburu  terhadap  kehebatan     seseorang  itu  bermaksud     Kagum   dan  Bangga.


SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

May 10, 2012

Baru-baru  ini  Majlis  Fatwa  Kebangsaan  telah  meluluskan   satu  FATWA  baru  untuk  dipatuhi  oleh  umat  Islam  dinegara  ini.  Fatwa  tersebut  berbunyi:  Haram  bagi  umat  Islam  menyertai    tunjuk  perasaan.   Jika  dilakukan  juga  itu  bererti  mereka  telah  melakukan  suatu  Dosa  Besar     terhadap  agama  Islam.    Saya  sangat  kagum  dengan  keputusan  yang  telah  diambil  oleh  Majlis    Fatwa  tersebut  malah  kepantasan  mereka  bertindak  juga  telah   dapat  menyelamatkan  umat    Islam.

Yang  anehnya   banyak  lagi  perkara  buruk  dan  hina  yang  dilakukan  oleh  orang  Islam  tidak  pula  ada  sebarang  usaha  mencegahnya.   Satu  dari  perkara  hina   yang  dimaksudkan   ialah tentang    orang  Islam   yang  mengusahakan  video-video  lucah,    mengedar  dan  menayangkan  kepada  media,  tidakkah  perbuatan  tersebut  juga  Haram  dan  berdosa.   Memang benar  ada    tindakan  Mahkamah  terhadap  siperlaku  terlibat  akan  tetapi  bukankah  ianya  lebih  berdosa  dan  haram  berbanding  dengan   penyertaan  dalam  Tunjuk  Perasaan?  Sekurang-kurangnya   ada  satu  bentuk     Amaran  dari  Majlis  Fatwa   supaya   menjadi  pengajaran  kepada  umat  betapa  perbuatan  sebegitu  adalah  salah,  tidak  bermoral  dan  dilarang  keras  oleh  Islam.    Oleh  kerana  tidak  ada  sebarang  larangan  seperti  yang  dimaksudkan  diatas,  maka  masyarakat  merasakan  ianya  menjadi  hak  atau  kebebasan  umum.  Jadi  kita  sendiri  dapat   lihat  sekarang  ini  perkara  video  lucah  ini  sudah  menular  secara  meluas.   Saban  hari  ada  saja  orang  menjadi  mangsa  kepada  pihak  yang  berkepentingan.

Begitu  juga  perbuatan  terang-terangan  pihak  tertentu  menghina  seseorang  dengan  mengheret  kepala  lembu.   Satu  lagi  perkara  hina  yang  dilakukan  oleh  orang  Islam  ialah  dengan  menghadiahkan  kek  harijadi  berbentuk  najis  manusia  kepada  Lim  Guan  Eng.   Lim  Guan  Eng  adalah   seorang Ketua  Kerajaan  Negeri  diperlaku  sedemikian  hina  oleh  orang  Islam.   Cukup  serious  rosaknya  akidah  disitu  tetapi  tidak  ada  sebarang  tindakan untuk   menyedarkan  masyarakaat  secara  umum  dilakukan.

Yang  terkini pula  adalah  tentang  perkara  ” funeral  rite ”  yang  lakukan  oleh  sekumpulan  ahli  Perkasa        dihadapan  pagar  rumah   Lim  Guan  Eng  Ketua  Menteri  Pulau  Pinang.   Apakah  perbuatan  ini    dibenarkan  oleh  agama  Islam?    Bukankah  perbuatan  jahat  seperti   “mendoakan    kematian”   bagi  seseorang  itu  Berdosa,  tambahan  lagi  orang  yang  didoakan  supaya  mati  itu  berlainan  agama?

Kejadian-kejadian   menghina   orang    seperti   ini  jelas  sudah  tidak   terkawal.    Tidak   nampak  ada  pihak  yang  anggap   perkara  tersebut  sudah  ditahap  cukup  serious.   Diharap  Majlis  Fatwa  jika  benar-benar   mahu  memelihara  kesucian  agama,  ayuh  do  something.

Negara  sudah  Merdeka  50  tahun  lebih.   Pernahkah  kita  terfikir   yang  perkara  hina  seperti     diatas  akan  dilakukan  oleh  orang-orang  kita   yang   rata-ratanya  golongan  terpelajar?    Jelas  sekali    ianya  sudah  tidak  mampu  dikawal   dan  sudah  sampai  masanya   rakyat   memikirkan  untuk  melakukan  satu   perubahan besar  dalam  pemerintahan  negara.    Oleh  kerana  tempoh   Penggal  Parlimen  sekarang  sudah  hampir  kepenghujungnya  maka  berubahlah  kita  semasa   Pilihanraya  Umum  ke  13  ini.    Kita  bukan  sahaja  mahu  merasakan  diri  sudah  merdeka  malah   perlu  juga  dilihat  Merdeka.


TARIKH PILIHANRAYA UMUM BUKAN LAGI RAHSIA

February 15, 2012

Penggal  Parlimen  ke Dua  Belas  akan  tamat  pada  April 2013.   Pilihanraya Umum  berikutnya  boleh  diadakan  selepas  ia  berusia  tiga  tahun  ataupun  sampai  cukup  tempoh  lima  tahun untuk   bubar  Parlimen.  Dalam  perkiraan  politik  jika  Parti  yang  memerintah  menunggu  sehingga  cukup  tempoh  baru  hendak  dibubar  Parlimen  itu  bermakna  ia   didalam  keadaan  cukup  lemah  untuk  berdepan  semula  dengan  rakyat.

Walau  bagaimanapun  suasana  semasa  belum  memberi  izin  untuk  diadakan  pada  waktu  terdekat.   Bantuan  RM500  kepada  rakyat  yang  layak  yang  sepatutnya  telah  selesai  pada  pertengahan  Februari,  2012   masih  belum  beres  dan  ini  tidak  termasuk  Rayuan  dari  pihak-pihak  yang  permohonan  ditolak.

Petunjuk  yang  jelas  juga  perlu  dinilai  daripada  Debat   antara  Setia Usaha  Agong (DAP)  dengan  Presiden (MCA)  yang  bakal  dizahirkan  oleh  pihak mereka  pada  hujung  bulan  ini.  Jika  reaksi  daripada  rakyat  menyatakan  bersetuju  kepada  sistem   ” Dua- Parti ”  diujudkan  diMalaysia,  persediaan  menghadapi  PRU  ke  13   tentunya  lebih  sophisticated.  Setidak-tidaknya  janji-janji  nak  bagi  bulan  dan  nak  bagi  bintang  perlu  dikeluarkan  daripada  Agenda  Kempen nanti.   Masa untuk  melakukan  persediaan  kepada  trend  baru  ini  sekurang-kurangnya  tiga  bulan.  Ini  bererti    ia  akan  dapat  dibereskan pada  pertengahan  Mei.

Bagaimana  pula  dengan  demand    Bersih 2.0  tentang  penambahbaikan  sistem  mengundi.  Apakah  Jawatankuasa  yang  dibentuk  berjaya  dalam  misinya  pada  pertengahan  Mei  juga?  Jika  pun  benar  begitu  keputusan  untuk  menerima  cadangan-cadangan  Jawatankuasa  tersebut  perlu  juga  diperhalusi  dahulu  sebelum  boleh  dijadikan  peraturan.  Proses  tersebut  pula  perlu  tempoh  tiga  bulan  lagi.

Bagaimana  pula  dengan  Isu  besar  NFC  RM250 Juta?  Jika  benarlah  cara  memulangkan  balik  wang  Peruntukan  tersebut  tidak  menjadi  satu   kesalahan,   sudah  tentu  pihak  yang  berkenaan  memerlukan  satu  tempoh  yang  bersesuaian  untuk  melangsaikannya.  Dan  proses  ini mungkin  boleh  selesai  sebelum  akhir  tahun.  Tambahan  lagi  jika  ada   ramalan  banjir  pada  Nobember  dan  Disember  nampaknya  PRU  ke  13  akan  hanya  diadakan  setelah  Penggalnya  betul-betul  matang.  Dengan  yang  demikian  tarikh  Pilihanraya  Umum  ke  13  bukan  rahsia  lagi. Nampak  gayanya  Siti  Nurhaliza  sahajalah  yang  boleh  berkata Biarlah Rahsia”.


1Malaysia akan kelaut juga ke?

August 2, 2011

Saya  ingin  mulakan  coretan  kali  ini  dengan  menyingkap  satu  Rancangan  TV  Realiti   (Maharaja  Lawak)  yang  dianjur  Stesen  TV  Berbayar  Astro.

Sebaik  sahaja  Amir (peserta cilik)  selesai  membuat  persembahan,  Juri  yang  diminta  memberikan  Komen   sangat-sangat  tidak  berpuashati  dengan  persembahan  Amir.   Secara  tegas  beliau  nyatakan  yang   Amir   telah  tersasar  jauh  kelaut.   Dalam  ertikata  lain   persembahan  sedemikian  tidak  sepatutnya  ada  didalam  sebuah  rancangan  Hiburan   (Maharaja  Lawak)   yang  begitu  berprestij.

Demikian  jugalah  yang  dapat  dilihat  tentang  gagasan  1Malaysia.   Lagi bertambah   tidak  faham  ialah  tentang  tagline   Rakyat  didahulukan,  Pencapaian  diutamakan.   Setiap  kali  berlakunya kenaikan  harga  minyak  rakyat  diberi  maklum  yang  harga  minyak  tersebut  masih  rendah  lagi  berbanding  dengan  negara  jiran  Singapura.   Begitu  juga  bila  berlaku  kenaikan  harga  runcit  gula.   Negara  jiran  Thailand  terpaksa  membayar   beberapa  sen  lebih  mahal.   Perkara-perkara  sebegini  kah  yang  dimaksudkan  rakyat  didahulukan?

Tulisan  ini  tidak  ingin  mempertikai  kehebatan  gagasan 1Malaysia  yang  diilhamkan  Perdana  Menteri.   Cuma  pengisiannya  langsung  tidak  jelas.   Apa  yang  dapat  dilihat  promosi  serta penghasilannya  hanya   pada peringkat  pencetus  ilham  tersebut  sahaja.

Dimana  1Malaysia nya   apabila   ada  pihak  tidak  boleh  menerima   satu  parti  lain yang  sama  kepentingan  menyertai  BN  (Berita:   Presiden  MIC   membantah  penyertaan  parti  masyarakat  India  lain  bagi  menjadi  Komponen  Barisan  Nasional.    Seperkara  lagi  dimana  1Malaysia nya  apabila  Ketua  Wanita  MCA  Pulau  Pinang  mengecam  Ketua  Menteri  Pulau  Pinang  kerana  kononnya  meminggir  kaum  bukan  bumi.

Jadi  kesimpulannya   1Malaysia  tidak  akan  kemana  jika   sesuatu  pihak  itu  hanya  mahu  bersuara  apabila   ada   perkara   yang   menjejas    kelompok  masing-masing.


PRU 13 : TERLALU AWAL MEMIKIRKANNYA

May 9, 2011

Pada  perkiraan  saya  tempoh  PRU  12  baru  separuh  perjalanan.   Akan  tetapi  banyak  pihak  sudah  merancang  akan  kedatangan   Pilihanraya  Umum  ke  13.   Dalam  kata  lain  orang-orang  politik  hanya  bijak  berbicara  tentang  hal-hal  mengundi  sahaja.

Masaalah  kehidupan  seperti  kenaikan  harga  barang  pengguna,   bencana  alam  seperti  banjir  yang  merosakan tanaman  tidak  diberi  perhatian  yang  sepatutnya.   Pemimpin  Parti   sama  ada  ianya  daripada  BN  mahupun  PR  banyak  menhabiskan  masa  diwarong-warong  kopi.

Saya  menulis  perkara  ini  dengan harapan  pemimpin  berserta  dengan  aktivis  parti   dalam  Pakatan  Rakyat  segera  turun  padang  mengambil  berat  tentang  keperluan  semasa  rakyat.     Tidak  perlu  diberi  terlalu  banyak  tumpuan  tentang  siapa  yang  akan  dipilih  sebagai  calun.   Yang  penting  Parti  kena  menang  baru  boleh  menubuhkan  Kerajaan.

Dalam  apa  keadaanpun  BN  jauh  kehadapan  didalam  menawan  hati  rakyat.  Mereka  berkuasa  dan  terlalu  banyak  resources  dibawah  jagaan.  Mereka  mampu  mengubah  persepsi  rakyat  sekelip  mata  sahaja.   Sebagai  contoh  pemilek  kenderaan  tua (10  tahun  keatas)  sudah  boleh  menikmati  premium  murah  mulai  tahun  ini.  Sekaligus  orang  akan  terlupa  betapa  sukarnya  sebelum  ini  terpaksa  membayar  sehingga  300%  premium  Insuran  sebelum Cukai  Jalan  boleh  diperbaharui.

Sekian  buat  seketika.