PKR bukan Parti Biasa-Biasa

May 31, 2021

Paling akhir saya update Blog ini ialah pada 15 Nobember 2019. Ketika itu saya membuat ulasan/ramalan tentang PRK Tanjong Piai. Hari ini saya terpanggil untuk menulis kerana terkejut dengan kenyataan Fahmi Fadzil tentang Iswardy Morni dalam Sinar Harian. Ketika ini sdra Iswardy Morni sudahpun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Untuk pengetahuan umum saya tidak kenal Iswardy secara personal. Saya ada mengikuti rakaman siaran ceramah-ceramahnya diFacebook.

Saya tidak berhajat membincangkan kes yang dihadapi Iswardy. Hanya pihak berwajib yang berhak mengendalikannya. Apa yang saya kesalkan ialah kenyataan Fahmi Fadzil selaku Pengarah Komunikasi PKR yang mengesahkan bahawa Iswardy Morni adalah AHLI BIASA berdaftar di Cabang Petra Jaya, Sarawak dan TIDAK memegang apa-apa jawatan dalam hierarki pimpinan PKR Sarawak mahupun Pusat. Saya tidak faham mengapa Pengarah Komunikasi kita ini perlu secara official mengesahkan taraf seseorang ahli dalam pertubuhan yang diceburi?

Untuk makluman Fahmi Fadzil saya (penulis blog ini) adalah seorang AHLI BIASA Parti Keadilan Rakyat, No. Anggota A020000384 berdaftar di Cabang Lenggong. Menjadi Ahli semenjak Parti ditubuhkan. Jawatan-Jawatan yang pernah disandang i)AJK Bahagian Tasek Chenderoh (ii) Setia Usaha Bahagian Tasek Chenderoh (ii) Timbalan Ketua Cabang Padang Rengas (iii) Naib Ketua Cabang Lenggong (iv) Timbalan Ketua Cabang Lenggong dan akhirnya MEMANGKU jawatan Ketua Cabang (Ketua Cabang Dgantung keahlian). Pada Pemilihan 2018 saya bertanding jawatan Ketua Cabang tetapi tewas kepada calun kartel. Saya sangat terkesan terhadap rendah tarafnya sebagai ahli biasa parti.

Saya ingin menyedarkan ahli-ahli biasa dalam parti yang kita bukan siapa-siapa dalam parti elit ini. Saya juga TIDAK menganjurkan supaya kita beramai-ramai keluar parti. Satu sahaja yang saya faham daripada episod ini yang penyokong-penyokong kartel masih berakar umbi dalam parti.