NAPOLEAN KECIL RUPANYA ADA DIMANA-MANA

June 26, 2010

Kebanyakan  orang-orang  PKR  tidak    memberi  perhatian  kepada  kenyataan  Fauzi  Muda  mengenai  ujudnya  Napolean  Kecil dalam   Parti  Keadilan  Rakyat  diNegeri  Perak.  Saya   juga pada  mulanya   menganggap  ia   sebagai  satu  keluhan  orang-orang  yang  kecewa sahaja.

Melihat  kepada  perkembangan  terbaharu  dalam  PKR  Negeri  Perak  sememangnya   apa  yang  dikatakan  oleh  Bekas  Ketua  Cabang  Ipoh  Barat  itu   ada  logiknya.   Baru-baru  ini  pihak  tertentu  dalam  PKR  Negeri   ada  menganjurkan   satu  bengkil  kepada  bakal-bakal  calun  yang  akan  diletakkan  bertanding  atas  tiket  PKR  dalam  Pilihanraya  Umum  akan  datang.

Cara  mana  mereka-mereka   yang  dikatakan  sebagai  calun  ini  dipilih  sebagai  Calun  Parti dan  sekaligus  dikehendaki  menyertai  Bengkil   tersebut   tidak  juga  diketahui.    Yang  jelas  mereka    membayar  RM150  setiap  seorang  untuk  menyertai  bengkil/kursus  tersebut.     Ini  nampaknya   merupakan  satu   set keperluan  bagi  seseorang  untuk  diangkat  sebagai  calun.    Sebaik  sahaja  selesai  menghadiri  bengkil  ini  kesemua  mereka   bolehlah  beranggan-anggan  menjadi  YB.  Oleh  sebab  mereka  telah  memulakan  satu  pelaburan  maka  tempat-tempat  yang  telah  dijanjikan  kepada  mereka  tidak  akan  tergugat  lagi.

Sebelum  ini  ada  juga  saya  terdengar  yang   bakal  calun  hendaklah  yang  telah  menghadiri  Kursus  Kepimpinan  diAkademi  Keadilan  yang  dikendalikan  oleh   Pengarah  Pilihanraya  Pusat.   Jika  ketetapan    seperti  ini   sudah  diketepikan    maka  Parti  Keadilan  Rakyat  sebenarnya  sudah  tidak  konsisten lagi.   Jika  diperingkat  tertinggi  ada  satu  dasar  menentukan  calun   dan  diNegeri  juga  ada  dasar  mereka  sendiri  bagaimana   kita  hendak  menyakinkan  rakyat   diketika  mereka  membuang  undi  nanti?

Saya  tidak  nampak   satu  bengkil  semudah  itu  boleh  mengubah  seseorang  yang  jahil  politik    bertukar  menjadi  genius sekelip  mata   dan  sekaligus  layak  menjadi  calun  yang  berwibawa.    Walau  bagaimanapun  pihak  yang  mengajurkan  bengkil/kursus   tersebut  bolehlah  berbangga  dengan  projek  tersebut.   Perkara  pro-aktif  seperti  ini  sepatutnya  dicontohi  juga  oleh  PAS  dan  DAP.


PROJEK MENYUSU KERA DIHUTAN

June 14, 2010

Dua  hari  berturut-turut  Sinar Harian  memberikan  liputan  Muka  Hadapan  tentang  hasrat  tiga  ADUN  Barisan  Nasional  mahu  menyeberang  kepada  PKR.   Siaran   pertama   adalah  Jemputan  kepada  pihak-pihak  Media  supaya  hadir  keSidang  Akhbar  Ketua  Penerangan  PKR  pada  13  Jun  2010 bagi   perjelas   desas  desus   tindakan  tersebut.  Keduanya  menyiarkan  gambar  Sidang  Akhbar  Ketua  Penerangan  PKR  ditemani  beberapa  pemimpin  lain  memberikan  Kenyataan  tiga  ADUN  BN  dari  UMNO  besedia  menyertai  PKR  kerana  tidak  berpuashati  terhadap   layanan  ketua  mereka.

Seperti  yang  dilapurkan  Ketua  Penerangan  PKR  tampil  memperjuangkan  nasib  tiga  ADUN  Barisan  Nasional  (nama-nama  tidak  disebut)  yang  dipinggir  oleh  Pimpinan  mereka  diNegeri  Perak.   Kisahnya   berkisar  mengenai   Pemimpin  UMNO  Negeri     hanya  memberikan  perhatian  dan  layanan  kepada  ADUN-ADUN  yang  melompat  kepada  BN  sahaja   manakala   ketiga-tiga   ADUN   yang  telah  sentiasa  setia  berkhidmat  dianaktirikan.

Saya  terpanggil  untuk  mengucapkan   tahniah   kepada   Ketua  Penerangan  tersebut    kerana  bersikap  pro-aktif  membela  nasib  ADUN-ADUN  Barisan  Nasional   yang  dipinggir.  Jarang  kita  jumpa   pemimpin  Pembangkang  yang  bertungkus  lumus  memperjuangkan  nasib  ADUN  dari  Parti  musuh.

Oleh  yang  demikian  saya  fikir  tidak  logik  langsung   pihak   Pemimpin  tertinggi  BN  diNegeri  Perak  menyangkal   kenyataan-kenyataan  akhbar  dari  Parti  lawan  itu.    Didalam   Sidang  Akhbar  tersebut   perkara  yang  diutarakan    semata-mata   menegur  pimpinan  BN  yang  tidak  adil  kepada  ahli-ahlinya    dan  meminta  supaya     diberi  perhatian   yang   sewajarnya  kepada   ADUN-ADUN  dari Parti  sendiri.

Kepada  pemimpin  PKR  yang  terang-terangan   memperjuangkan  nasib  ADUN-ADUN  BN  ini  adalah  disyorkan  untuk  memikirkan   kedudukan  anda  dalam  PKR.   Jangan  nantinya  anda  dilihat  seperti  mengharapkan   win-win  situation dalam  kerjaya  politik.    Sidang  Akhbar   seperti  itu   hanya   bertujuan   mencari  political  mileage tanpa  disedari  yang  ianya  secara  tidak  langsung  menjadi   dilemma kepada  Parti.   Mengapa  terlalu  cepat   lupa   kepada  kisah  Penyeberangan  ADUN  Bota?