MERAKAMKAN PENGHARGAAN

April 7, 2009

Terlebih  duhulu   maafkan  saya  kerana   hari  ini  sehari  suntuk  saya  tidak  sentuh   Komputer  (Blog)   sebab  saya    dari  semasa  ke  semasa  meninjau   sentimen   pengundi  diPusat-Pusat  Mengundi  di-  Bukit   Gantang

Sebaik  sahaja   pusat-pusat  membuang  undi  ditutup  saya  terus   berlari  keBilek  Media   BloggersNetwork@Perak.     Semuanya    sangat  sibuk.  Mereka-mereka  yang  saya  ketemui  antara  lainnya  Matsamankati, ciberboron,perisik rakyat,sy-reformis,ummi  anni,dugong  darat   dan  dango   mamamat.  Pada   jam  19.45  lagi   mereka  telah   berjaya  kumpul   keputusan  P.059   dan   ketika  itu  mereka  telah  memberitahu  saya ( maklumat  tidak  resmi)   Ir. Nizar  MENANG  dengan  majoriti   30000  lebih.

Dalam  kesempatan  ini  saya  ingin  mengucapkan  berbanyak  terima  kasih   kepada   semua   pengunjong   Blog   saya  dimana  ketiga=tiga  Post  saya  yang   paling  akhir   i.e.  Dalam Kecemasan,  Tun Abdullah  Negarawan  Terbilang  dan   Kenyataan  Hishammuddin  berkait  tuntutan  MCA.    Jumlah    readership   bagi   ketiga-tiga   post  ini  sangat   luar  biasa.

Keputusan  Pilihanraya  diBukit  Gantang  ini  adalah  satu  message   dari  rakyat untuk  difahami  oleh  UMNO/BN  bahawa    majoriti  rakyat   condemn  rampasan   diPerak .

Akhir  sekali  sedikit  kata-kata  seruan:  Wahai  PRU 13,  walaupun  engkau  masih  jauh  untuk  kembali  –  Kami  sebenarnya  sekarangpun  sudah  bersedia.


DALAM KECEMASAN : Pertolongan Diperlukan Dari Kawan Mahupun Lawan

April 6, 2009

Saya  sangat  kagum  dengan  Dr. M.     Didalam   usia  yang  begitu  lanjut  masih  penuh  bersemangat   turun  padang.   Mana  tidaknya  disebelah   pagi  dan  tengahari  beliau  berkempen  diParlimen  Bukit  Gantang  manakala   disebelah  petangnya  pula  diDewan  Undangan  Negeri   Bukit  Selambau.  Saya  lihat  ada   beberapa   faktor  yang  memungkinkan  beliau  melakukan  ini  semua.   Pertama   kerana   beliau   seorang  doktor  perubatan  dan    beliau    arif   dengan  tahap  kesihatannya.   Kedua   sebagai  seorang  “seasoned  politician”  berpuloh   kali   ganda   daripada   inipun   beliau   pernah   lalui.     Ketiganya   beliau   dapat  rasakan  amat  sukar  bagi   UMNO/BN  untuk  merampas  kembali  kerusi-kerusi   yang  Pakatan  kuasai.

Saya   sebenarnya   seorang  tua  yang  hebat  juga.   Setakat  kayuh  basikal   10km  sehari  tu  perkara  biasa  saja.  Tetapi  saya   tetap tidak   dapat   mengatasi   kehebatan  Politician   yang  jauh  lebih    tua  ini.    Baru  sahaja   menyerahkan   Borang  permohonan  menjadi   ahli  UMNO  pada  hari  Sabtu    pada  hari  Isnin  sudah  turun  padang secara  sukarela   berkempen  untuk  Parti  itu.    Hebat,   hebat    dan  memang  hebat.   Adalah  diharapkan   segala  pengorbanan  beliau  ini  berbaloi.

Diselekoh  akhir  kempen  ini   saya   sangat-sangat    berharap    para     pengundi  muda   segeralah  kembali  kekampong-kampong  anda  sama  ada  diBukit  Gantang  atau  diBukit  Selambau.   Kita  telah  pilih dan   yakin  dengan  Pakatan  Rakyat  dikedua-dua   tempat  ini  pada  PRU  12  dan    sekarang  marilah  kita  sekali  lagi  mengesahkannya.  Kita  sudah  begitu  lama  dibawah   rejim  itu.   Kita   perlu  menyedia  bekalan   sebaik-baiknya  untuk  generasi  baru.   Kita  Mampu  Mengubahnya.


Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi Negarawan Terbilang

April 6, 2009

Setiap  pemimpin  besar  apabila  sudah  tidak  diperlukan  lagi  sudah  tentulah  mengambil   sedikit  masa  untuk  sesuaikan  keadaan.  Banyak  perubahan   menanti  dipraktikkan  diluar  sana.

Setiap  bekas  Perdana  Menteri   ada   memiliki  ” legacy ”  masing-masing.    Pergerakan  mereka  sentiasa  diperhati  dan  diikuti  oleh  rakyat  terbanyak   bermula   dari   ” day one ”    mereka   melepaskan    jawatan.    Mereka  adalah  “Statesman”   dan  bukan  lagi  “Public Figure”.    Rakyat  tetap  mahu  mengambil  tahu  kenegara   manakah    negarawan  kita  pergi   untuk  bercuti  dan  apa  istimewanya  tempat  itu.        Jenis-jenis  sukan  yang   diceburi  juga  diambil  perhatian.    Memang  ada  rakyat  yang  mengambil  tahu  semua  ini  kerana  bagi   mereka   negarawan  adalah  juga  selebriti.

Jika   saya  ditanya   Negarawan  mana  yang  membuat  hati  saya    tersentuh  jawapannya   ialah  Tun  Abdullah  Haji  Ahmad  Badawi.   Bagi  saya  beliau  telah  banyak  melakukan  perubahan  positif  dalam   pentadbirannya.   Perubahan  yang  paling  ketara  ialah  Struktur   Gaji  kakitangan  awam.  Beliau  telah   lakukan  supaya  jurang  diantara   yang  berjawatan  tinggi  dengan   yang  rendah  tidak  terlalu  ketara.  Yang  paling   istimewa  dalam  aspek  ini  ialah   beliau  telah   menetapkan  bayaran   pecen  minimum  ialah RM720.   Beliau  juga  telah  membuka  seluas-luasnya  ruang  untuk  rakyat  bersuara.  Asalkan   teguran  kita   itu   bertanggungjawab   beliau  tetap  menerimanya   dengan  hati  terbuka.

Memang  benar  ada  lagi   bekas-bekas  pemimpin  yang  hebat  seperti   mengubah  paradigma   masa   dan    merencana  wawasan  negara  kelandasan  negara  maju.  Pada  surface  nya   memang  hebat  dan  tidak  pada  pengisiannya.     Nak    maju   macam   mana,     soal   pengunaan  bahasapun  masih  menjadi  isu  besar.

Berbalik  kepada  Tun  Abdullah,   kita  masih   mengharapkan  buah  fikiran  bernas  beliau .  Sementara  beliau  masih  lagi  seorang  Ahli  Parlimen beliau  diharap  dapat    terus  menyampaikan  suara  rakyat.  Dan   bersaralah  sebenar-benarnya  sebaik  sahaja  tidak   lagi menjadi  wakil  rakyat.

Tun Abdullah,  kau  negarawan  terbilang.


HISHAMMUDDIN: TPM II Untuk MCA Tiada Dalam Sejarah

April 5, 2009

Terpanggil  saya  untuk  menyatakan  rasa  simpati  yang  amat  sangat   kepada   Parti  M.C.A.     Permohonan  Parti  tersebut  supaya  diberi  Jawatan Timbalan  Perdana  Menteri  kepada  Presiden  M.C.A.  tidak  mendapat  layanan.   Malah   hari  ini   seperti  yang  dilapurkan  dalam  Berita Minggu  Datuk  Seri  Hisammuddin  Tun  Hussein  iaitu  seorang  dari  Naib  Presiden  UMNO  yang  baru  dengan  tegas  mengatakan  bahawa   perkara  tersebut  tidak  pernah  ujud  dalam  sejarah.  Dan  lagi  katanya  ianya  tidak  pernah  di-  bangkitkan  oleh  pemimpin  tertinggi  mereka  sama  ada   dalam Kabinet,  mesyuarat  pengurusan  BN  ataupun  didalam  mesyuarat  dewan  tertinggi  BN.

Kenyataan  beliau  ini  turut  mendapat  respond  dari   seorang    lagi  pemimpin  UMNO  dengan  menambah  tuntutan   tersebut  tidak  kena  pada  masa  dan  ketikanya, tambahan pula  keadaan  MCA  yang  lemah.

Adalah  dipercayai   bahawa  kenyataan  pemimpin-pemimpin   UMNO  ini  adalah   semata-mata  mahu  mendapatkan   sokongan   pengundi   melayu  dalam  Pilihanraya  Kecil  ini  saja  dan  sekiranya  pihak  MCA  pun  akur  dengan  kenyataan  tersebut  maka   UMNO  telah  berjaya  mencederakan  dua  ekor  burung  dengan  seketul  batu  sahaja.

Dalam  apa-apa    keadaanpun  tepat  sekali   yang  melayu  memang   mudah  lupa.   Sepanjang   yang   saya   ingat   pihak   MCA    ada   mengemukakan  tuntutan  jawatan  TPM II  dan  Timbalan  Pengerusi  BN    beserta  dengan  lain-lain  tuntutan   pada   setiap  kali  menjelang  pilihanraya  umum.   Bagi   yang  menuduh   MCA  sahaja  yang  lemah  amatlah  tidak  patut.  Kalau  menangpun  kita  boleh  istihar   sebagai    kemenangan   bersama   mengapa  bila  tidak  berjaya  mengekalkan    2/3   komponen-komponen  lain   saja  yang  disalahkan.

Bagi  mereka-mereka  yang  masih  tercari-cari  apa  itu  politik.  ”  This is  politics “


ISTIMEWANYA ANGKA 13

April 4, 2009

Saya  sangat-sangat  berharap  pembaca   posting  ini  tidak   berasa    takut  untuk  terus  membaca.    Walaupun   saya   memberikan  tajuk  berkaitan  dengan  Angka  13   ianya   bukanlah    mengenai  peristiwa       13 Mei.

Banyak  orang  percaya  Nombor  13   adalah  “bad omen”.   Saya  maksudkan   Istimewa  disini  ialah   mengenai  dua ( 2 )  peristiwa  yang  berkenaan  dengan  perkataan  BEBAS.

Peristiwa   Pertama:  13  orang  calun  BEBAS  bertanding  diDewan  Undangan  Negeri  Bukit  Selambau.

Peristiwa   Kedua:   Perdana  Menteri  umum  13 orang  tahanan  ISA  diKamunting  BEBAS  sertamerta.

Jadi,  apa  yang  dapat  saya  lihat  disini  angka  13  ini  tidak  akan  lagi  menghantui  kita.  Ia  telah  kembali   kepada  kegunaan  asalnya  iaitu  diguna  untuk  mengira,  menambah  dan  menjumlah.   Calun-calun  Bebas  diBukit  Selambau  boleh  teruskan  Visi  mereka.   Dan  lagi   sekiranya  hendak  menarik  diripun    bukan  boleh  dapat  “refund”  wang  deposit.

Bercakap  tentang  perkara  bebas  ini  juga,   terkenang  saya  kepada   Calun  BEBAS  diBukit  Gantang.    Tidak  ada  sebarang  liputan  yang   saya  dengar   untuk  calun  ini.  Melihat  kepada  gambarnya   dihari   penamaan  calun  itu  orangnya  tidak  kurang  juga  “handsome” nya.   Saya  percaya   ramai  puteri-puteri  kita  boleh  tertawan  dan  kalau  kena  gayanya  undipun  boleh  dapat.   Saya  ucap  Good Luck  kepada  Sdra  Kamarul  Ramizu Idris.


KEMPEN : Seperti Dalam “Injury Time”

April 3, 2009

Hari mengundi masih jauh iaitu lagi empat ( 4 ) hari sebelum 7 April. Tetapi dari tinjauan beberapa teman saya dilapangan, para petugas nampak kendur (relax) sedikit. Semalam (2hb April) rata-rata dilihat terpegun dengan SMS yang kononnya berita baik untuk Kem Pakatan. Ada beberapa orang bertanya kepada saya tentang berita tersebut. Saya jawab dengan tegas apa yang saya tahu surat-surat jemputan keupacara Angkat Sumpah P.M. Najib telah seminggu diedarkan jadi saya pasti ianya tetap berlaku.

Saya katakan kempen berada diFasa Injury Time kerana kedua-dua pihak sedang melayan benda-benda yang tidak berkaitan. Pihak Barisan seperti yang tersiar dalam BHarian hari ini terpampang gambar Zambry. Muhyiddin dan Zahid menunjukkan Poster  memburuk-burukkan Najib  yang  mereka  cukup  percaya  ianya  dilakukan  oleh  Pakatan Rakyat.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya ditangkis oleh petugas-petugas Pakatan  daripada  melayan  SMS  yang ta` pasti  dari mana puncanya. Apa  (poster)  yang  pemimpin  UMNO   tunjukkan  itu mungkin  angkara  dari  puak-puak   mereka  sendiri.   Jadi  pada  tempoh  yang masih  panjang  ini  marilah    kita  sama-sama  turun  padang  hingga ke “pocket area”  menjelaskan kepada pengundi dan sampaikan kepada mereka   “first hand news”  bukan  berita  yang  telah   diEdit.

Saya  terpaksa  memberikan  sekalung  “Bunga”  kepada  Wanita  KeADILan  Negeri  Perak  yang  dipimpin Puan  Fatmawaty  kerana  kesungguhan  mereka  menjejaki  pengundi.  Kepada  Datuk  Sri  Wan  Azizah (Presiden  PKR)   saya  suka  syorkan  pada  PRU 13  nanti  sebanyak   30%  calun   khasnya  diNegeri  Perak  diangkat    dari   sayap  Wanita.


NYANYIKAN: Sepanjang Jalan KePulau Pinang Sambil Berkempen

April 2, 2009

Coretan   ini  ingin  saya  tujukan  kepada  semua   Warga  Pakatan  Rakyat   terutama  kepada    Perayu-Perayu,  Penyemak-Penyemak  Daftar Pengundi  (kalau nasib baik dapat berkenalan dengan Hantu  yang  mana  kesukaannya  Mengundi Curi), Penggempur Wanita KeADILan  Negeri  Perak (dibawah pimpinan Puan Fatmawaty)  dan  Para  BloggersNetwork@Perak  yang  sedang   berperang  sakan  di-   Parlimen  Bukit  Gantang.

Saya  sedar  betapa  susah  dan  peritnya    laluan    yang  terpaksa saudara/saudari  lalui.  Walau  macam  manapun   keadaan  saya  juga  terhad  untuk   menyumbang  bakti  kepada  saudara  saudari  sedangkan   masih  banyak  rintangan  perlu  kita  harungi.

Disini  juga  saya  suka  memohon  kepada  pemimpin PKR  dari  luar  supaya   proaktif   pergi   dari  rumah  kerumah  merayu  UNDI.   Saya  terpaksa   menyeru  sedemikian     berpandukan  pengalaman  lampau.  Sewaktu  PRK  Permatang  Pauh   tempoh  hari  kebanyakan pemimpin  PKR  yang  datang  dari  luar  hanya  bersidai   dikeliling   Bilek  Gerakan Sembilang  sedangkan   para  wanitanya    sampai  nak  patah-patah  kaki.

Supaya  kita  terus  menerus  bersemangat   pergi  kesegenap  ceruk  rantau  suka  saya  memberikan  satu  tip (rangsangan)  iaitu  sambil   tuan-tuan   berjalan  menjejaki  pengundi    tuan-tuan  nyanyikan  lagu    SEPANJANG JALAN KEPULAU PINANG   yang  dipopularkan  oleh  Kumpulan  Harmoni.  Iramanya  sungguh  merdu  dan  liriknya  pula   cukup  menghayalkan.   Lirik  lagu  ini  boleh  didapati  dari Internet.   Percayalah  jika  tuan-tuan   amalkan   panduan  yang  dianjurkan  ini  tuan-tuan  akan  merasakan   tempoh  berkempen  yang  diberikan  ini  sebenarnya  tidak  cukup.  Kalau   SPR  ambil  keputusan  melanjutkan  tempoh  berkempen  saya  pasti  tuan-tuan  lagi  suka.  Kerana  sebaik  sahaja  Pilihanraya  selesai  kita  semua  sudah  bersedia  masuk  bilek  rakaman  kerana  latihan  vokal  yang  kita  lakukan  sewaktu  berkempen  telah  memungkinkan  kita  menjadi  seorang  penyanyi.  Selepas  ini,  susah  pula lah Datuk  M. Daud  Kilau  nak  cari  makan.

Berikut  adalah  satu  satu  daripada  rangkap  lagu  tersebut:

AKU  ANTARA  INSAN BERIBU

AIRMATAKU  ANTARA  LAUT  LEPAS

LAGUKU  HILANG  DIANGIN  MENDERU

PECAH  DIPANTAI  TERHEMPAS

SEPANJANG  JALAN  KE  PULAU  PINANG

HATIKU  TERJUN  KEAIR

MENCARI  TEMPAT-TEMPAT  BAGIKU

AKU  SEORANG  PELARIAN


Parti PAS Konsisten Disetiap Masa

April 1, 2009

PILIHANRAYA   KECIL  P.059  BUKIT  GANTANG

Penduduk  kawasan Parlimen  Bukit  Gantang   sekali  lagi  diuji    Allah  yang  Maha  Berkuasa.     Memang  benar  Allah  telahpun   menerima   Doa  dan  Permohonan    kita  dengan   memberikan   kemenangan  pada   Pilahanraya Umum ke 12   dan   sekaligus   merestukan   Parti-Parti  yang  bersepakat  (PAS,DAP & PKR)  menubuhkan   sebuah  kerajaan    yang  menjanjikan   kesejahteraan  dan   kemakmuran  diNegeri  Perak.

Kerajaan  Pakatan  Rakyat   tidak  menunggu  lama   mengubah   lanskap   politik  dari   kerajaan  yang  setiap  urusannya   bertemakan  “UMNO First”  kepada   memberikan  tumpuan  kepada   golongan   masyarakat  yang  sekian  lama  tertindas.   Siapa  saja  rakyat  Negeri  Perak   boleh  datang  kepejabat  Menteri  Besar  mengemukakan   sebarang   permohonan  tanpa   bertanya   orang  itu   dari  Parti  mana.   Memang  terbayang  keceriaan  rakyat  yang  datang  berurusan  dengan  pemimpin  Pakatan  Rakyat.  Mereka  tidak  perlu  lagi  terlebih  dahulu  pergi  melalaui  Ketua  Cawangan, Ketua  Bahagian  atau   melalui  orang-orang  Wakil  Rakyat.

Hasrat  Kerajaan  Pakatan  Rakyat   terus  mencurah  bakti  kepada  kesejahteraan  rakyat  dan  memakmurkan  negeri  disekat  melalui  satu  rampasan  yang  cukup  licik.  Perkara  tersebut  boleh  berlaku   kerana   ada  manusia  tamak  dikalangan  kita  yang  sanggup  korbankan  kepentingan  rakyat  demi   mengejar  kemewahan  diri.

Bagi  saya  kekosongan  kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang   disebabkan  kembalinya  Ustaz  Roslan Shahrom  kerahmatullah  adalah   sesuatu  yang  Allah   rancangkan

Kita  tidak  perlu  berpatah  balik  kezaman  yang  menjanjikan  kegelapan.    Kawasan  Bukit  Gantang  perlu  dikekal  oleh  Parti  PAS,  tambahan  kali  ini   PAS  telah   menawarkan  seorang   Tokoh   yang    Berhemah  dan  terbukti   bersedia  mengharungi   perit  getir  bersama-sama  dengan  rakyat.

Apabila  kita   memilih  untuk  terus  kekal   dengan  perubahan  yang  telah  Allah  kurniakan  bermulanya  PRU  12  tempoh  hari  maka  percayalah   Allah  akan  permudahkan  kerja-kerja  kita  yang  lain.  Ini  bererti   tidak  ada  susah   atau  halangan  bagi  Allah   untuk  mengembalikan   kuasa  memerintah  Negeri  Perak  kepada  Pakatan  Rakyat.

Pandangan  ini  saya  tujukan  kepada   para  pengundi  muda.  Sebagai   orang Islam,  kita   bersaudara  dan  telah  menjadi   tanggungjawab  saya  membimbing  generasi   yang  akan  menjadi  pewaris.   Kepada  yang  berada  diperantauan,   peluang  keemasan  ini  hanya  datang  sekali.


Kampong Akan Dimajukan: Janji Paling Selamat

March 29, 2009

Calun  BN  diBukit  Gantang  telah  memulakan  ikrar  membawa   perubahan   dikampong-kampong  dalam  kawasan  Parlimen  ini.   Beliau  menyatakannya  melalui   perhubungan  telefon  didalam   rancangan    AGENDA  AWANI    sebentar  tadi.       Sebagai   anak          tempatan   beliau  cukup   sedar  yang    kawasan    Parlimen     ini         jauh   ketinggalan   berbanding   dengan   kawasan   disempadan      seperti  Parlimen  Taiping.

Kita  tidak  faham   mengapa  perkara  pembangunan   ini    boleh   terlepas   pandang.    Pada  PRU  Ke 11  Calun  Gerakan  diletak  bertanding  dikawasan  Parlimen  Bukit  Gantang  walaupun   banyak  pihak   tidak   bersetuju  dengan  keputusan  tersebut.   Ramai  ahli-ahli  UMNO  memprotes  dan  tidak  berpuashati. Tetapi  setelah diadakan  beberapa   perbincangan,  keputusan  Bukit  Gantang  diwakili  Gerakan   diteruskan  juga.   Janji   pihak   atasan  ketika  itu  walaupun   calunnya  dari  parti  Gerakan   kawasan  ini  akan  tetap  dibangunkan.  Berbalik  kepada  ikrar  calun  BN  sebentar  tadi,  apa  lagi  yang  hendak  dibangunkan?

Jadi,   sekiranya   hendak  disalahkan  AP  Gerakan  itupun  ta`  boleh  juga  sebab  dia   tidak  sempat   hendak   berbuat   apa-apa    kerana   baru  saja  hendak  berjinak-jinak  disini  beliau  telah     dipindahkan  ke Gerik  pula.

Kesimpulannya   rakyat  dikawasan Parlimen  Bukit  Gantang   hendaklah  bersabar  sedikit.  Esok-esok   datanglah  janji-janji tu.   Melihat  kepada  senario  ini  teringat  saya  kepada  satu  Scene  dalam   filem  Seniman  Bujang  Lapok   sewaktu    penduduk  beratur   hendak  menggunakan  tandas.  Ada  seorang   tu   cukup  lama  duduk  dalam  tandas.   Apabila  dijerit  supaya  dia  cepat  keluar   sebab   ramai  lagi  orang  hendak  menggunakannya.  Lantas  dia  menjawab    “Dia  semalam  makan  julap”  ta`  mampu   nak  cepat.   Dia  seterusnya    dengan  tegas  berkata   “Besokpun Boleh Berak”    kepada  orang-orang  yang  menunggu.


LOCENG KECEMASAN : Guru Kumpulan ” A ” Kembalilah Berpolitik

March 29, 2009

Sewaktu  UMNO  mula-mula   ditubuhkan,  para  gurulah   yang  menjadi  tulang  belakang  parti.  Sehingga  menjadikannya  sangat  sinonim.  Diketika  itu  para  gurulah  menjadi  pengerak  dikampong-kampong.  Dikawasan-kawasan  pendalaman   para  gurulah   bertanggungjawab  menyedarkan   rakyat  setempat  betapa  pentingnya  dipelihara  kuasa  politik  dinegara  ini.  Berkat  usaha  berterusan  para  pendidik   masyarakat  umumnya  telah  berjaya  disedarkan  betapa  hak-hak  mereka  boleh  tergugat  sekiranya   orang-orang  melayu  hilang  kuasa  politik.

Apabila  parti  UMNO  telah  berkembang  maju  dan   jumlah  keahliannya  mencecah  beberapa  juta  sedikit  demi  sedikit  peranan  guru   mula  dipinggirkan  sehingga   satu  surat  pekeliling  dikeluarkan    bagi  menghalang  Guru-Guru  Dalam  Kumpulan  “A”  bergerak  cergas  dalam  parti  politik.  Dengan  lain-lain  perkataan  tidak  dibenar  memegang  jawatan  dalam  parti   samada  diPeringkat  Nasional,  Bahagian   mahupun  diperingkat  Cawangan.

Apa  yang  mengejutkan,  diakhir  persidangan  UMNO  kelmarin,  salah  seorang  dari  Naib  Presiden  UMNO  telah   mensarankan  supaya   para  guru  dalam  Kumpulan “A”  ini  dibenarkan    semula  memegang  jawatan  dalam  parti.

Kepada  para   pendidik   semua   saya  percaya  tuan-tuan  dan  puan-puan  cukup  faham   kepada  saranan  tersebut.  Itu  maknanya  UMNO   sudah  ketandusan  orang-orang   yang  jujur  dan  ikhlas  seperti  cikgu-cikgu.   Saya  tidak  akan  melarang  para  pendidik   kita   mahu    kembali   menyertai  mereka    tetapi   bersedialah  dengan  kekuatan  mental  apabila  khidmat  kita  itu  diluputkan   seperti   apa  yang  pernah  berlaku (Pegawai Kumpulan  A  dilarang  memegang  jawatan  politik)  dulu.

Akhir  sekali   tidak  semua  bunyi  loceng  itu   bermaksud  kecemasan.  Adakalanya   ia  digunakan  oleh  para  penjual  ubat  kuat  yang  mahu  memperdaya  para  pengguna.