SIAPA PATUT SURRENDER

April 30, 2015

Perkataan “surrender” telah menjadi trending akhir-akhir ini. Ia dimulakan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau disenyapkan di Penjara Sg. Buloh. Kemudian ditumpang sekaki oleh Dato Najib setelah beliau di asak kiri kanan, atas dan bawah. Dan akhirnya Dr. M pula berkata yang dia tidak akan “surrender” daripada niat murninya membenteras penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berleluasa di dalam negara.

Soalannya sekarang siapa yang sepatutnya “surrender”?. Yang jelas rakyatlah yang kena terima (surrender) apa sahaja yang dianjurkan kepada mereka. Jika mereka dikehendaki membayar cukai pada setiap barangan yang mereka beli, bayar sahajalah. Apa sahaja tambahan cas yang tertera diatas bil-bil tu “surrender” sajalah wang kita terhadapnya. Setelah dijelaskan seperti diatas, apakah kita masih boleh berduduk diam?

Menyingkap maksud yang lebih terbuka “surrender” boleh diertikan sebagai menamatkan sokongan kepada BN. Dengan sendirinya perbelanjaan yang boros itu dapat dihentikan dan wang rakyat juga boleh diselamatkan apabila tiada lagi sebarang bentuk pelaburan yang meragu dan yang merugikan. Percubaan “test” kearah
ini boleh dilakukan sewaktu PRK Parlimen Rompin pada 5hb. dan Parlimen Pmtg Pauh pada 7hb. dengan
memberikan “upset” di Rompin dan menggandakan majoriti Parti KeADILan Rakyat kepada yang lebih besar. Jika ini dapat berlaku adalah diyakini perubahan besar terhadap pentadbiran negara akan dapat dilihat. Kepada pengundi yang berada diluar kawasan, kembalilah menyempurnakan tanggungjawab – yang jelas kita semua sayangkan MALAYSIA.

Advertisements

POLITIK TIDAK KENAL SIAPA

April 8, 2015

Ahmadzawawi's Weblog

Ada yang berkata “politik adalah darah dagingnnya”. Ada yang berkata “politik itu kotor” dan tidak kurang juga yang berkata “politik memecah belah masyarakat, yang diperjuangkan sebenarnya adalah kepentingan sendiri. Kita kira kenyataan diatas adalah tepat. Kata Nikita Krushchev (Bekas Perdana Menteri Soviet Union) “Politik sama saja dimana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan walaupun ditempat itu tidak ada sungai”.

Parti KEADILAN akan memileh pemegang jawatan dari Presiden hingga ke Pemeriksa Kira-Kira pada bulan Mei nanti.Terlalu ramai yang menawarkan diri untuk dipileh. Dan didalam apa keadaanpun satu perkara yang tidak dapat mereka elak ialah dari memburuk-buruk rakan yang bersaing dalam merebut sesuatu jawatan itu. Untuk mencerahkan peluang ada yang bentuk pasukan atau “team”. Bunyinya macam nak membela tetapi sebenarnya mahukan kuasa.

Ahli Parti perlu bijak membaca percaturan orang-orang sedemikian. Mereka sebagai pemimpin sudah banyak menikmati laba dari perjuangan kita selama ini sedangkan kita masih ditakuk lama. Saya juga seperti sdra-sdra sekelian akan…

View original post 11 more words


KEPUTUSAN BERTANDING DI PENGKALAN KUBOR ADALAH TANDA-TANDA KEJATUHAN PAS

April 5, 2015

Ahmadzawawi's Weblog

Parti PAS adalah sama dengan Parti UMNO. Sudah terlalu tua dan beransur hilang upaya. Itu adalah satu kenyataan. Walau bagaimanpun pada PRK Pengkalan Kubor 25hb Sept. nanti Parti UMNO dilihat begitu cerah dapat mempertahankan kerusi tersebut menurut suatu analisis mudah. Pengkalan Kubor adalah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Tumpat. Tiga lagi DUN iaitu Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu dimenangi oleh PAS pada PRU 13 yang baru berlalu. Disamping itu Parlimen Tumpat (P19) juga dimenangi oleh PAS.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor pada PRU 13 ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat tetapi tewas kepada BN. Persoalannya dimana letaknya PAKATAN apabila PAS tidak percaya kepada rakannya PKR bertanding disitu? PAS boleh membantu PKR lebih berkesan untuk memenangi kerusi P. Kubor dalam PRK ini. Malangnya PAS mengambil pendekatan yang hanya Partinya sahaja yang boleh merampas kerusi tersebut daripada UMNO. Jawapan yang tepat kepada tindakan PAS tersebut tidak lain daripada perasaan tamak yang…

View original post 65 more words


BEGINI RUPA MENGHARGAI SUMBANGAN

April 2, 2015

Ahmadzawawi's Weblog

Pelbagai  cara  boleh  dilakukan  untuk  mengzahirkan  penghargaan  seseorang.  Bermula   dari   zaman   Penjajah   lagi   setiap   rakyat  yang  berjasa  akan    ada  satu   kaedah   menghargai   jasa   seseorang   itu.           Cara  yang  paling  lumrah  ialah  dengan  memberikan  Pingat  atau  Bintang  Kebesaran   Negara.     Amalan   sebegini   telah  diteruskan  oleh    Kerajaan  kita.    Sehingga  kehari  ini   sudah    terlalu  ramai   orang   dikurniakan   Pingat-Pingat  dan  Bintang  Kebesaran.  Begitu  jelas  dapat  dilihat  betapa  ramainya   orang-orang    yang     bergelar  Datuk.    Ada  diantara   mereka  yang  berusia  terlalu  muda  dianugerahkan   gelaran  tersebut.

Saya  menyatakan  ini  bukan  kerana  irihati  atau  cemburu  tidak  tergolong  dikalangan  orang-orang  yang  bernasib  baik  itu.  Bagi  orang-   orang  seperti   Nicol  N. David  dan   Lee Chong Wei   mereka  memang  “deserved”   dan  layak  menerimanya.   Yang  menghairankan  ada  dikalangan  pemuda   (politik)  yang  berumur  diawal   Tiga Pulohanpun  menerima  anugerah  sebegini  tinggi.   Tidak  adapun  jasa-jasa  yang  jelas   mereka  sumbangkan …

View original post 177 more words