ACID TEST BUAT PAKATAN RAKYAT

July 28, 2009

Sering  kali  Pakatan  Rakyat  dilabel  sebagai  Pakatan  Pilihanraya  oleh  Parti-Parti  yang  goyah  dalam  Barisan.    Asas  yang  membuat  mereka   berkata   demikian   adalah   kerana   Parti-Parti    dalam   Pakatan   tidak    didaftar  dibawah  satu  Parti  Induk  dan  memiliki  Lambang  yang  sama.         Walaupun   telah   dibuktikan   yang  Pakatan   tersebut  telah  lama  ujud           dan  kukuh  sehingga  hampir-hampir  dapat  menawan  Kerajaan  Federal,   puak-puak  tersebut  terus  menerus  memperlekehnya.

Perkara  yang  sama  juga   pernah  dipraktis  oleh  “Big Bro”   BN    dalam           Isu  Kerajaan  Perpaduan.   Mereka   meminta   PAS  membuat  keputusan    sendiri-sendiri   dalam  rencana  “berpadu”  dengan  mereka   dan   tidak     perlu    terlebih  dahulu   mendapatkan  “restu”   dari   rakan-rakan  dalam     Pakatan  Rakyat  dengan  alasan   hubungan  diantara  Parti-Parti   dalam    Pakatan  adalah  tidak  “formal”.

Sekali  lagi   Pakatan  Rakyat   terbukti  kukuh  apabila   PAS  telah   membawa   Isu   tersebut   kedalam   Mesyuarat   Majlis  Pimpinan   Pakatan  Rakyat dimana    keputusan    “Tidak  akan  ada  Kerajaan  Perpaduan”  telah  dicapai.   Dalam  respons  segera  UMNO  menyatakan   mereka  tidak   berasa  kecewa    kerana   cadangan  asalnyapun  adalah  dari  PAS  sendiri.

Daripada  kenyataan  tersebut   Parti  PAS  seharusnya  sedar  yang  mereka    sahaja   yang  inginkan   “perpaduan”    sedangkan  UMNO   tidak  sekali-kali   mahu  merendah  diri.    Sebagai  contoh  tidak  bersikap  proaktif  menyediakan    platform   untuk  menyegerakan  perbincangan.

Dengan  yang  demikian   para  pimpinan  beserta    pendokong   Pakatan   perlu   bertindak  segera   memperkuatkan   diri.       Fikirkan   harapan   tinggi   Rakyat   yang   mahu   melihat  Pakatan  Rakyat   memerintah  Negara.  Sebelum  ini  rakyat  juga  sedar  yang  mereka   tidak  memberikan  “push”    yang  100%.    Itulah  sebabnya    Pakatan  hanya  mampu   menafikan  BN     2/3  majoriti  diParlimen.     Rakyat   sudah  betul-betul  bersedia   melakukan  “total push”   dalam   PRU  ke  13  nanti.    Tetapi  soalannya    para  pemimpin  kita   dilihat   tidak    mencerminkan  kesungguhan.

Para  pemimpin  masih  lagi  berpolimik    dan    masih  melayan  setiap    apa   yang  dikatakan  oleh   pembesar-pembesar  BN .    Disinipun   telah  menunjukkan  tidak  betulnya  kita.    Kita  kata  kita  “boikot”   media  mereka   tetapi   tetap  respons  kepada  setiap  apa  yang  dilapur  oleh  Media Perdana.

Marilah  kita  benar-benar  “merasakan  diri  kita”   sebagai   ahli-ahli  Parti  dalam  Pakatan   dengan  memberikan   penuh  perhatian  kepada  “Inquest”  yang   akan  bermula  esok.   Inquest   ini  diujudkan   bagi  memastikan  apa  yang  telah   terjadi  kepada   Ahli  Kita  iaitu   Mendiang   Teoh Beng Hock.     Dengan     memberikan   sepenuh  perhatian  kepada  perkara  ini   dan   meminggirkan   “politiking”  berlebihan   kita  sebenarnya   sudah   dapat   banyak   belajar  dari  kesilapan  lalu.    Dan  percayalah   dengan  memulakan   aktiviti  ini  kita  tidak  akan   menoleh  kebelakang  lagi.


BEGINI RUPA MENGHARGAI SUMBANGAN

July 26, 2009

Pelbagai  cara  boleh  dilakukan  untuk  mengzahirkan  penghargaan  seseorang.  Bermula   dari   zaman   Penjajah   lagi   setiap   rakyat  yang  berjasa  akan    ada  satu   kaedah   menghargai   jasa   seseorang   itu.           Cara  yang  paling  lumrah  ialah  dengan  memberikan  Pingat  atau  Bintang  Kebesaran   Negara.     Amalan   sebegini   telah  diteruskan  oleh    Kerajaan  kita.    Sehingga  kehari  ini   sudah    terlalu  ramai   orang   dikurniakan   Pingat-Pingat  dan  Bintang  Kebesaran.  Begitu  jelas  dapat  dilihat  betapa  ramainya   orang-orang    yang     bergelar  Datuk.    Ada  diantara   mereka  yang  berusia  terlalu  muda  dianugerahkan   gelaran  tersebut.

Saya  menyatakan  ini  bukan  kerana  irihati  atau  cemburu  tidak  tergolong  dikalangan  orang-orang  yang  bernasib  baik  itu.  Bagi  orang-   orang  seperti   Nicol  N. David  dan   Lee Chong Wei   mereka  memang  “deserved”   dan  layak  menerimanya.   Yang  menghairankan  ada  dikalangan  pemuda   (politik)  yang  berumur  diawal   Tiga Pulohanpun  menerima  anugerah  sebegini  tinggi.   Tidak  adapun  jasa-jasa  yang  jelas   mereka  sumbangkan  kepada  Negara.

Walau  bagaimanapun   bukan  perkara  ini  yang  hendak  saya   utarakan   dalam  tulisan  kali  ini.    Saya  sebenarnya    mahu   pihak    Kerajaan  tahu   yang  cara-cara   mencetak  gambar-gambar   yang menjijikan   diatas  kotak-   kotak   rokok   adalah     satu    perbuatan    menghina    pembayar    cukai   dikalangan  perokok.   Dan   gambar-gambar   tersebut  juga   mereka  terpaksa  membayarnya  kerana   kotak  rokok  itupun  adalah  sebahagian   dari  harga  jualan  yang  mereka   terpaksa  membayar.     Saya  katakan   menghina  kerana   kita  semua  maklum   berapa  banyak  cukai   yang  Kerajaan  perolehi   daripada  para  perokok  kita.

Saya  bersetuju   kepada   cara-cara   nasihat   yang  diamalkan  sebelum  ini   iaitu   dengan  memberi   Amaran   Merokok  Membahayakan  Kesihatan  dan  menyatakan  kandungan-kandungan  racun   yang  terdapat  pada  setiap   batang  rokok  tertulis  diatas  setiap  kotak  rokok.     Nasihat-nasihat   seperti   inilah  yang  telah  menyedarkan  saya    10  tahun  dahulu  dimana  secara   resminya  saya  berhenti  merokok  dalam  tahun   1999.    Sebelum  daripada   itu   saya  menghisap   20  hingga  30  batang   sehari  tanpa  cuti  kecuali   pada  siang  hari   dalam  Bulan  Ramadan.

Akhir  sekali   saya  percaya   para  perokok  kita   perlu  diberi  penghargaan  yang  setimpal  dengan  sumbangan   (cukai)  mereka  kepada  Negara.  Anugerah  yang  paling   sesuai  ialah  dengan   membuang  gambar-gambar   jijik  yang  terdapat   pada  kotak-kotak  rokok.


DIANTARA PELAWAAN IKHLAS Dengan KOMENTAR MELULU

July 23, 2009

Baru-baru  ini  Datuk  Zaid  Ibrahim  yang  merupakan  seorang  Ahli  Majlis  Pimpinan  Tertinggi  Parti  Keadilan  Rakyat   secara   jujur  dan  ikhlas  telah   mempelawa  Tengku  Razaleigh  Hamzah    menyertai  PKR.    Saya  sebagai       ahli  Parti  diperingkat   akar   umbi   sangat-sangat     bersetuju    dengan  tindakan  Datuk  Zaid  dan   bersama-sama  mengalu-alukannya.     Saya  juga    percaya    ramai    lagi   ahli   PKR    mengharapkan    perkara    ini    boleh menjadi   kenyataan.

Tengku  Razaleigh  yang  begitu  berpengaruh  dan  berpengalaman  luas  sama  ada  didalam  negara  mahupun  diperingkat  Antarabangsa  akan   benar-benar  menguntungkan  rakyat  jika  sekiranya  beliau  menyambut   pelawaan  tersebut.    Beliau  memiliki   “vision”    yang  mampu   merealisasi   harapan  setiap  rakyat    agar  Negara  Malaysia   segera  mencapai  taraf   Negara  Maju.

Rakyat  telah  dengan  jelasnya   memberikan   Petunjuk    “indicator”   melalui  Peti  Undi  dalam  PRU  ke 12  bahawa   mereka   cukup  yakin   Pakatan   Rakyat   mampu   mentadbir  negara  ini  dengan  lebih  cemerlang  lagi.   Sebagai   permulaan   rakyat   telah    memberikan    Negeri-Negeri   diUtara   untuk  diperintah  oleh   Pakatan  Rakyat.    Kejayaan    mentadbir  dengan  berkesan   akan  memungkinkan   rakyat   tidak  ragu-ragu  lagi    memberikan   mandat   sepenuhnya   kepada  Pakatan  Rakyat   memerintah  Negara  Malaysia.           Dengan  yang  demikian   ketokohan  Tengku  Razaleigh  akan  menjadi   benar-benar  bermakna    demi  kesejahteraan   rakyat.   Buat  masa   sekarang  ini  tidak  ada  sesiapapun  yang  mahu  memecahkan  Ruyong  tersebut  untuk  mendapatkan  Sagu  kerana   ia   tidak  berada  ditempat   yang  betul.

Terpulanglah  kepada  Tengku  Razaleigh  sendiri  sama  ada   mahu  menerima  ataupun  tidak   kepada  pelawaan  tersebut.    Adalah  sangat   tidak  wajar   ada  pihak-pihak   yang  memperlekeh   orang  yang  membuat   pelawaan  dengan  menganggap   beliau  sebagai   kacang  lupakan  kulit  dan   tidak  perlu  juga  diungkit-ungkit  segala  keistimewaan  yang  pernah  seseorang  itu  perolehi.

Mengikut  pengalaman,   ramai  orang  sebenarnya   yang   keluar  masuk  Parti.    Ada   yang  keluar  Parti  sebab  mengikut  pemimpin  tertentu   dan  masuk   kembali  apabila  keadaan  sudah  tenang   ataupun   peristiwa  pahit  telah  dilupakan.     Namun    begitu   perbuatan  tersebut     bukanlah   “tidak mengenang  budi”    namanya.


MENANG-MENANG PULA JADINYA

July 15, 2009

Dalam   kes   kekosongan  kerusi  diManik  Urai   pihak   SPR   telah  bertindak     proaktif  dengan  mengumumkan  tarikh  mesyuarat  Suruhanjaya    tersebut  untuk  menetapkan  tarikh  Penamaan  Calun  dan  Hari  Mengundi  walaupun    secara    resminya   belum     menerima     maklumat    dari     Speaker    Dewan  Undangan  Negeri  Kelantan  Darul  Naim.         Buat   kata   orang    Perak   “ta`  nyempat-nyempat”.    Langkah  serupa   juga   diikuti  oleh   UMNO/BN   iaitu   segera   mengambil   inisiatif   untuk   menabur   bakti.     Berbagai  persiapan  telah  diatur   agar   segala  kepincangan  dan  kekurangan  yang   terdapat  disitu   bisa  diatasi.

Sebaik  sahaja  selesai  urusan  Penamaan  Calun  UMNO  bergerak  keFasa   seterusnya   iaitu  kerja-kerja  menabur  (janji).   Pening  lalat  masyarakat    Manik  Urai  jadinya.           Daripada     sekecil-kecil    projek      seperti       jalan-jalan    kampong     hinggalah    Jejambat     untuk  melintasi  landasan   Keretapi   dan   Jambatan  Hebat   menghubungi   kedua-dua   Manik  Urai  Lama  dan  Baru  ditawarkan  sekiranya     para  pengundi   bersedia   berubah   dengan  memberikan   kemenangan  kepada  UMNO/Barisan  Nasional.

Melihat  kepada   perkembangan  tersebut  maka   ramailah  yang  meramal   Parti  PAS    akan   kecundang    dikerusi   tradisi   mereka     ini.        Lanskap   Politik   Kelantan   akan   berubah   wajah   menuju   PRU   ke  13    kata   sesetengah  pihak.      Memang   jelas    satu   “upset”   boleh   berlaku.

Keputusan   pada  14  Julai   menunjukkan   betapa   matangnya   para  pengundi   menyempurnakan  tanggungjawab  mereka.   Mereka  memastikan   Parti  PAS  terus  diberikan  mandat.      Soal   majoriti    walaupun  mencapai   sehingga  2000  sekalipun  Kerusi  yang  ada  hanya  satu.

Setelah  sekian  kalinya   berlaku   Pilihanraya  Kecil  diSemenanjung    inilah  satu-satunya  kemenangan  yang  ditunggu-tunggu  oleh  UMNO/BN     iaitu   kemenangan  moral  kerana   berjaya   kurangkan   majoriti.     Dengan   kemenangan  ini  adalah  diharapkan  UMNO/BN  segera  menunaikan janji  yang  dilafaskan  semasa   mereka   berkempen.


MENGAPA DIPERBESAR PILIHANRAYA KECIL

July 12, 2009

Didalam  tulisan  mengenai  Manik  Urai   sebelum   ini   saya   telah   menyebut  bahawa   Pilihanraya  ini  terpaksa  diadakan   oleh   sebab   berlaku    kematian  terhadap  penyandangnya.       Ia    diadakan    semata-mata     untuk     mengisi  kekosongan  dan  sama  sekali  tidak  boleh  mengubah  Kerajaan.

Masa   menjual  Jenama  telah  sampai  kepenghujung.   Kurang   lebih   30  jam   dari  sekarang    para   pengundi   sudah   tidak   boleh  diganggu  lagi.         Mereka    sudah   mendengar   beberapa   penjelasan  yang   tidak  menepati   persoalan  yang  mereka   ajukan.     Mereka  juga   sudah  mengambil  catitan  segala  janji-janji  yang  bertaburan   dimuka  laman.   Mereka  dilihat  kecewa   kepada  janji-janji  yang  bersyarat.     Mereka  juga  kecewa  dengan  tulisan-  tulisan    bagi   pihak   mereka    yang   mengambarkan    mereka     dibiar  menderita   sedangkan   mereka   tidak   perlu   mengubah   apa-apa    untuk     menghindarkannya.    Untuk  melaksanakan  projek-projek  pembangunan   dikampong-kampong  bukankah  sudah  ada  tersedia  JKKP  sebagai  agensi  Kerajaan  Pusat?

Mengikut   sesuatu  perkiraan  keputusan  Pilihanraya  Kecil  ini   besar  kemungkinan   akan  ditentukan  oleh   para  pengundi  muda  (saluran 4  dan 5).    Golongan   ini    sudah   tentu   mahu   memberikan   pertimbangan   berdasarkan   perkara-perkara  yang  melibatkan  masa  depan  mereka.   Mereka  tidak  berkecil   hati  apabila  adik-adik  mereka  menerima  (peralatan  penting)    durian  runtuh  kerana  mereka  tahu  itu  projek   “pukul  anak  sindir  menantu”     iaitu   saikologi  terhadap  Saluran  1  dan  2.

Yang  membingungkan  golongan  muda  ini adalah  perkara-perkara  seperti  PPSMI.     Persoalan  yang  membelenggu   benak  mereka  mengapa    semasa   hendak  dipertahankan   Dasar  itu  terlalu  banyak   bukti  kejayaan  ditonjolkan?  Dan   apabila  hendak   dimansuhkan  pula   mengapa   alasan   “poor  english”     pula   dijadikan  sebab?    Satu  soalan  lagi   yang  ingin    mereka  ajukan  mengapa  semasa  hendak  dimulakan  dulu  tidak    terlebih  dulu  bersedia  dengan  Guru-Guru  yang  terlatih  dalam  Bahasa  Inggeris?   Dan  untuk  diberhentikan  pula  mengapa  perlu  masa  sehingga   24  bulan   lebih?    Bukankah  tempoh   tersebut  akan  terus  merugikan  rakyat  berbillion  juga?

Kepada  Warga  Pengundi  diManik  Urai  saya  ucapkan   selamat  mengundi.   Saya  faham  undi  itu  RAHSIA  dan  ianya  hak  mutlak  saudara.


AWANI PENYELAMAT?

July 10, 2009

Didalam  hidup  ini  jika  kita  terus  menerus  disogok     (dipaksa tonton)  perkara-perkara  yang  tidak   menepati  citarasa  sudah  pasti   didatangi   pula   gejala    jemu   serta  bosan.      Inilah   yang   berlaku  kepada   kami  (saya  dan seorang rakan)  setiap  hari  pada   jam   8.00  malam   iaitu  masa   perdana    di  TV.    Sudah    sekian    lama   kami   tidak   mempunyai  pilihan  selain  dari  menonton  TV1  atau  TV3    sahaja.

Oleh  sebab  sudah  tersangat  bosan  dengan  berita-berita   yang  memuji-   muji  Kerajaan  dan  memuja-muja   UMNO,     kami   telah  bertekad  dan    mengambil  keputusan  untuk  “skip”  masa  perdana  ini.   Selesai  sahaja  mengerjakan    solat  magrib  kami  akan   bersantai  diRestoran  Naina.    Tepat  jam  9.00   malam  kami  masing-masing  bertolak  balik  kerumah.

Aktiviti  ini  berterusan  buat  beberapa  ketika  sehingga   kami  dimaklumkan  yang  Astro  Awani    ada     menyiarkan  Rancangan   Bualbicara     “Sudut    Pandang”   pada  waktu  “prime time”  itu  juga.     Sebenarnya  saya  dan  rakan  yang  saya  sebutkan  tadi  bukan  suka  sangat  membuang  masa  dikedai kopi.   Oleh  kerana  sudah  ada  rancangan  yang  menepati  citarasa  kami  diTV  Astro  Awani   maka  kami  kembalilah  menghabiskan  masa perdana   ini  dengan  ahli  keluarga.    Kami  menjadi  bertambah  gembira   apabila  Rancangan  AGENDA  Awani  pula  muncul.    Ianya  disiarkan   didalam  lengkongan  masa  perdana  juga.    Ungkapan  yang  paling  tepat  untuk   menyampaikan     “compliment”   ialah    AWANI   adalah    penyelamat.

Alangkah  sedihnya    apabila    “Ku  sangka  panas  sampai  kepetang  rupa-rupanya  hujan  ditengah hari”.       Sedang  rancak  saban  hari   kami  menimba  ilmu   melalui  AGENDA   Awani  dan  Sudut  Pandang   masa  tayangannya  pula   telah    diubah,       manakala    “airtime”      bagi   slot    AGENDA   Awani     telah  dipendekkan.

Mungkin  perkara    ini     berkaitan   dengan   strategy   pihak    ASTRO  sendiri  atau  mungkin  juga   tidak  mahu   bersaing  dengan  Stesen-Stesen  TV  yang  lain.   Atau   ada   unsur-unsur   obligasi.    Saya  juga  dapat  rasakan     ada   Stesen  TV   sedang      mengalami    “rating”    yang  merosot.    Dalam  hal  ini  pula  AWANI  mungkin  dilihat   sebagai   penyelamat  juga.

Setelah   berlaku  perubahan  mendadak  ini,  secara  jujur  saya   katakan     yang    saya    sudah    tidak   boleh   lagi  menjadi  peminat  setianya.   Sebagai  Stesen TV  berbayar  wajarkah   perkara  begini    berlaku?

Kepada  pihak-pihak   yang  berwajib  di ASTRO  fikirkanlah  semasak-masaknya   keluhan  ini.   Mengapa  perlu  dicantas  pohon  yang  sedang   rimbun  dan  yang  tidak  secara  lansung  dapat   dijadikan  tempat    berteduh?


KEMPEN BERSIH BARISAN NASIONAL : Bermula Bila?

July 8, 2009

Pengerusi  Barisan  Nasional  dilihat  benar-benar   berada  diatas  landasan.    Lanjutan  dari   aspirasi  1Malaysia  yang   sedang  giat    beliau   usahakan   beliau   mahu    Kempen-Kempen   diManik   Urai    dijalankan  dengan   cara   bersih.   Ianya  juga  dilihat  sebagai  satu  lontaran  “Idea”  yang  sangat  bernas.     Dalam   lain-lain  perkataan   tidak   akan   ada     lagi       serangan    terhadap  peribadi   calun   serta  memperlekeh   pihak  lawan  seperti  yang    diamalkan  sebelum  ini.

Saya   bersetuju   sepenuhnya   hasrat    serta    saranan   Pengerusi   Barisan  yang  juga  Presiden  UMNO     itu.      Pada   era   dunia   tanpa    sempadan    ini      majoriti    rakyat     telah   memahami   apa  erti   Urustadbir  yang  cekap,     ketelusan   serta   berintegriti.      Dengan  yang  demikian  amat  wajarlah  bagi   Parti-Parti  yang  bertanding  memperjelaskan    kepada    rakyat   setempat     tentang    perkara-perkara    yang     akan    mereka      tunaikan   sebaik  sahaja  diberi  mandat.

Dalam  konteks  Manik  Urai   ianya    adalah    pertembungan  dua  (2)  kerajaan  yang    masing-masing   meletakkan  calun  hebat.         Kerajaan    Barisan    Nasional         memerintah  diperingkat  Federal   dan  Kerajaan  PAS  (Pakatan  Rakyat)   pula   kukuh  memerintah  Negeri  Kelantan.     Saya  yakin   percaya    saranan  mengamalkan    “Kempen  Bersih”   boleh   dipraktikkan   dengan   berkesan  disini  sekiranya    para   penceramah  dan  juga   petugas  mahu  menghayati  saranan   yang  murni  ini.

Dengan  mengamalkan   pendekatan  “kempen  Bersih  dan  Berhemah”  para  pengundi  juga   boleh   berfikir  dengan  waras  siapa   yang  paling  layak   mewakili  mereka  diDewan  Undangan  Negeri  yang  kosong  ini.     Sudah  semestinya  mereka  tidak  terbawa-bawa  oleh   sentimen  yang  dicetus    oleh   para  penceramah  yang  berfikiran  sempit.

Apa  yang  mendukacitakan  mengapa  masih  ada  pemimpin  BN   yang   tidak   mahu   akur  kepada  kehendak  pucuk  pimpinan.   Saya   berkata  begini  kerana  ada  dilapurkan   dalam   Media Cetak  (The Star)  hari  ini   yang  menyebut  Datuk  Md  Alwi  iaitu  Setiausaha   BN   Negeri  menuduh    “PAS  Kelantan  khayal    didalam    dunia    sendiri    dan     buta    terhadap    pembangunan  politik  yang  berlaku  diNegeri -Negeri  lain”.     Beliau     selanjutnya  mempersenda  pemimpin  PAS  Kelantan  yang  tewas  di-   Muktamar  baru-baru  ini.    Kalau  terus  meneruslah  sebegini  telatahnya  pemimpin  UMNO  tempatan,  datanglah  secanggih   manapun  Idea  kepada   mereka  ianya  tidak  ubah  seperti  mencurah  air  kedaun  keladi  sahaja.

Seperkara  lagi  mengenai  Peruntukan-Peruntukan  Pembangunan  yang   disalurkan  keNegeri  Kelantan  bagi  Rancangan Malaysia ke9.   Datuk  Mustapa  Mohamad  selaku   Menteri  Kabinet  menyatakan    bagi    Hal   Pelajaran  sahaja  Kerajaan  Pusat  telah  menyalurkan  peruntukan  sejumlah  RM4 bil  dibawah  RM Ke9.   Yang  mengecewakan   kita    mengapa   baru    sekarang   disedari  yang   pelajar-pelajar  sekolah  diManik  Urai  memerlukan  bantuan   Pakaian  Seragam  dan  Beg Sekolah?    Setelah   separuh  tahun  2009   berlalu  baru  ada  pihak-pihak  yang  terfikir  untuk  membelanjakan  Peruntukan  RM4 bil  itu.

Bagi  para  pengundi  diManik  Urai   yang  telah   sangat  dewasa  dalam   hal   menilai   sesuatu,   fikirkanlah  penomena  yang  diutarakan  ini.   Bolehkah   hujan  sehari   melenyapkan  kemarau  yang  telah  ujud  berpuluhan  tahun?


HEBAH-HEBAH CARI MAKAN

July 4, 2009

Perkara-perkara  yang  berlaku  dalam  Pakatan  seperti   ADUN   membuat protes  terhadap   tindakan  Kerajaan  Negeri,   Ahli  Majlis  pulaukan  Sidang, Tok-Tok  Guru  yang  berselisih  pendapat  dan    sebagainya   sentiasa   akan  menjadi  Tajuk  Utama  Akhbar-Akhbar  Arus  Perdana.    Lihat   sahaja  apa    yang  berlaku  diKedah  baru-bari  ini.    Kenyataan  Ahli  Dewan  Undangan      Negeri  Kedah    tunggal  dari  Parti  DAP   telah   mendapat   liputan   meluas    didada     Akhbar-Akhbar   Arus   Perdana.       Liputan    meluas    yang   dimaksudkan    termasuklah   ulasan-ulasan   pemimpin-pemimpin  komponen   Barisan  Nasional  yang  secara  angkuh  mengatakan   Pakatan   rapuh  yang  menunggu  hari   untuk  hancur,   Pakatan  yang  memiliki   mimpi   yang  berlainan  walaupun  tidur  berkongsi  bantal  dan  sebagainya.  Tidak  keterlaluan  saya  katakan   insiden  yang  berlaku  dalam  Pakatan  Rakyat  ini  telah  melenyapkan   cerita   “Gempak”    mengenai   pulangnya  kerahmatullah  Allahyarham  Jacko.

Saya   “highlight”    perkara  ini  bukan    mahu  membela  Pakatan  Rakyat.    saya  sebenarnya    ada  rasa  kasihan  dan  simpati  kepada   pengusaha-      pengusaha  persuratkhabaran.   Dengan  menghebahkan   cerita-cerita    sensasi   yang  berlaku  dalam  Pakatan   sahajalah  boleh   mendapat   “demand”   jualan  yang   luarbiasa.    Saya  katakan   mereka  hanya   bersedia   hebahkan  berita-berita  sensasi   saja   ada   kebenarannya.  Apabila  ADUN  dari DAP   yang  berkenaan  membuat  pengumuman  menjadi  Ahli  Bebas  dalam  Dewan  tidak  pula  dia  mendapat   liputan  seperti  sebelumnya.  Disini  umum  faham  apabila  seseorang  itu   meletakkan  dirinya  sebagai  Bebas  maka  dia  sudah  tidak  berhak  bercakap  bagipihak  mana-mana Parti.  Jadi  jelaslah  kisah  ADUN  ini  menjadi  Bebas   sudah  tidak  menjadi  “news”  lagi.

Mungkin  ada  yang  tidak  berpuashati  mengapa  saya  tidak   menegur  rakan-rakan  Blogger  yang  dalam  keadaan  sama  mengambil  kesempatan   juga   menghebahkan   berita-berita  sensasi  itu.    Jawapannya   “obvious”  berita-berita  yang  disumbang  oleh  para  Bloggers    “is not for sale”   dan    tidak  ada  sebarang  pendapatan  daripadanya.


KATA DULANG PAKU SERPIH

July 2, 2009

Diawal  pagi  diantara   pukul  2.00 hingga  4.00 pagi   tidak  banyak  program   yang  menarik  diTV  untuk  ditonton.   Hanya   siaran   ulangan   yang   ditayang   pada  sebelah  siang  tadinya    diulang  semula.     Bagi  Astro  Awani  dan  juga   BERNAMA TV  inilah  masanya  diulang  siar  bualbicara  yang  dirakam  “live”   beberapa  jam  sebelumnya.

Rancangan  AGENDA  Awani  telah  saya  tonton  pada  siaran  sebenarnya   dan    tidak  ada  yang  menarik  untuk  diulang  tonton.    Tepat   jam  3.30 pagi  tadi   saya  cuba  tinjau  Saluran  502    dimana    Helo   Malaysia    sedang  diulang  siar.    Tajuknya   ialah    Wanita  dan   Cabaran  Semasa   dikendalikan   oleh    Penyampai  terkenal  Sherkawi  Jirim.      Manakala  Ahli-Ahli  Panel     di   ”  monopoly  ”   oleh    Pemimpin  Wanita  UMNO.

Soalan-soalan   yang  dikemukakan  tidaklah  begitu  berat.    Panel  pertama    Dato   Jamelah  Abu   Bakar   berbekal   pengalaman   luas   dalam    bidang    kewartawanan  disamping     aktif   sebagai   Blogger   dilihat     mudah   “deliver”    setiap    persoalan     yang  diajukan  kepadanya.

Slot    ini   menjadi   sedikit    pudar  apabila    Nahar  Ahmad  selaku  panel  kedua    diawal-awal  bicara   sudah   menempelak   Pakatan  Rakyat  dengan   berkata   Wanita  UMNO   tidak   seperti   Pembangkang   (Pakatan  Rakyat)  “beri  gula  sekilo  terus  buat  publisiti”.           Saya      tidak   ada     pilihan    selain   memberi  “respect”   kepada   kenyataan   Ketua  Wanita  Bahagian  Kota  Raja  itu.    Ianya  bersesuaian  dengan    nasihat   orang-orang  tua   “tangan  kanan  yang  memberi  tangan  kiri  tidak akan   tahu”.       Walaupun    secara   jujur  saya   kurang    senang  dengan    kenyataan  Penal   tersebut  tetapi   saya   tetap  mahu   mengikuti    kesudahan  bualbicara  tersebut.

Sedang  perbincangan  “progress”  dengan  lancar  beberapa   panggilan  dari   penonton   tampil     bertanyakan     beberapa   persoalan   kepada   ahli-ahli  panel.     Didalam  memberikan  respons   kepada  soalan-soalan    penonton     inilah    “belang”    sebenar   mereka   terserlah.      Menjawab  kepada  soalan   mengapa   setelah  kalah  diPRU ke 12  keadaan  Wanita  UMNO  seperti  telah  terhakis,  Nahar  Ahmad  dengan  tegas   menyatakan   TIDAK   BENAR     mereka   (wanita umno)    berdiam  diri  kecewa.     Mereka   terus  mencurahkan  bakti   seperti  biasa.    Menurut  beliau  lagi  sebagai  contoh  dirinya  kini  berulang   alik  keManik  Urai   menyelesaikan  masaalah  rakyat  disitu  yang  terlalu   daif.   Beliau  lantas  mengatakan   penduduk  Manik  Urai  bukan  berkehendakkan   pembangunan.   Masaalah  mereka   ialah  kehidupan  sehari-hari.    Telah   sekian   lama  dibiar   dalam    keadaan  kemiskinan   beliau  menambah.      Beliau   sendiri  ada    menghantar   seseorang  yang   dalam   keadaan    terlalu  uzur   untuk    mendapat    rawatan.

Apabila  saya  mendengar  kenyataan  diatas,   saya  berpendapat   ianya   lebih  teruk  dari  menjaja  “sekilo  gula”  yang  beliau  lemparkan  kepada  Pakatan  Rakyat.   Disinilah   relevannya   perumpamaan   “Kata  Dulang  Paku   Serpih”.     Bagi  Kerajaan  yang  memerintah   Malaysia    bukankah    Kementerian-Kementerian  yang  khusus  membantu  orang-orang  miskin terletak  dibawah   tanggungjawab  Barisan  Nasional?      Mengapa   orang   diManik  Urai  kena  beri  kemenangan  kepada  BN  dulu  sebelum  diberi  bantuan?

Berbalik  kepada  Helo  Malaysia  itu  tadi  dimana  diakhir-akhir  rancangan  Sherkawi   ada  menyatakan  selepas  ini  akan  menjemput  wanita  dari  parti-  parti  lain  pula  membicarakan  hal  yang  sama.       Sekiranya    benar   ada  hasrat  sedemikian    saya    ucapkan    Syabas     “in advance”.