BERITA PANAS: Penyokong BN Boikot Persidangan DR

October 14, 2008

Sebelum ada sesiapa yang hendak KECAM  Wakil-Wakil Rakyat BN kerana keluar masuk dewan dan mundar mandir dilobi dan releks dicafe berfikirlah sejenak dulu.

Saya lihat mereka nampaknya mempunyai banyak sebab dan alasan untuk berbuat begitu.    Betul,  ada dikalangan kita merasa sangat kecewa tentang sikap  yang tidak profesional yang mereka pertontonkan.  Mana tidaknya, mereka telah ketepikan aspirasi rakyat yang mereka wakili serta mensia-siakan resources  yang diperuntukan kepada mereka.

Diantara sebab-sebab disebalik tindakan mereka  ialah seperti berikut:

1,  Mereka nak hantar message kepada PM  yang cakap-cakap mengenai “crossover” adalah tidak benar.

2.  Sewaktu para pengundi memilih mereka tempoh hari tidak pula diletakkan syarat supaya jangan berganjak dari tempat duduk semasa Ketua Pembangkang  berucap.

3. Dimusim pemilihan parti ini faham-faham sajalah.  Lebih priority bincang dicafe tentang siapa patut turun  dan siapa nak dinaikkan.

4.  Out-going PM akan hanya ada sampai Mac 2009.  Kan lebih baik sama-sama duduk dicafe fikir apa yang  PM baru suka.

5. Akhir sekali MOOD hariraya masih segar.  Seperti dalam lirik lagu “Kita beraya selama sebulan”.

Menyedari pentingnya urusan-urusan yang melibatkan  kesejahteraan rakyat saya sangat-sangat berharap  agar  tidak ada yang   hanya mahu jadi Day-Member  seperti yang berlaku dikelab-kelab lumba kuda dimana kita boleh membeli tiket untuk hadir pada satu-satu hari Racing  yang kita suka saja.

Adakalanya baik juga dicontohi para pembangkang, semasa Pembentangan Bajet tempoh hari mereka benar-benar memberikan perhatian. Kalau nak diikutkan yang berucap tu bukan BOSS mereka.


Angkat TOPI kepada Datuk Shahrir Abd. Samad

October 11, 2008

Kepada Datuk Shahrir saya benar-benar angkat Topi.  Sebagai pengikut setia sejak Datuk menang atas tiket Bebas  dan dicelah-celah itu sebagai Tukang Dobi tidak keterlaluan dinyatakan disini bahawa Datuk adalah Idola saya.

Kepada orang-orang UMNO saya berharap tulisan saya ini tidak dianggap sebagai “tidak diundang”.  Saya anak watan negara ini,  apa yang Parti Pemerintah buat tidak dapat tidak saya kena terima seadanya.

Saranan Datu Shahrir (NST 10 Okt) supaya mereka-mereka yang berumur 55 kebawah sahaja yang patut menawar diri untuk mengisi jawatan-jawatan Prinsipal parti semasa pemilihan nanti adalah satu cetusan idea yang benar-benar bernas.  Apabila usia telah meningkat >55 iaitu umur mandatori bersara bolehkah  lagi mengendali projek-projek  berbagai koridor yang telah diluluskan itu?  Atau kuatkah lagi “will power” untuk terus bertungkus lumus menjayakan Negara Maju 2020?

Jawapannya sudah tentulah negara memerlukan generasi baru yang berjiwa besar dan berhati waja untuk kita mencapai segala impian.  Jadi saranan Datuk kita ni mesti diberi pertimbangan para perwakilan nanti.  Saya juga yakin dan percaya dizaman IT dan dunia tanpa sempadan ini orang-orang “45 something”  adalah orang-orang yang paling layak memacu kemajuan disamping semangat yang tinggi membina perpaduan.

Dengan melakukan “rebranding” sebegini barulah  layak bermotokan “Dulu, kini dan selamanya”.  Jika tidak lihat sajalah apa jadi kepada  cogankata:  Melayu Glokal yang dilaung-laungkan tidak beberapa lama dulu.  Sekiranyalah  ia diibaratkan sebagai sebuah kenderaan; Enjinnya pun tidak dihidupkan,  belum lagi kisah nak bertolak dan memulakan perjalanan. Yang ini bolehlah diklasifikasikan sebagai retorik.

Seperkara lagi tidak perlulah terikut-ikut dengan cara PKR.   Mereka meletakkan segala-gala diatas bahu Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan pemimpin-pemimpin bahagian  hanya mahu “enjoy the stay”.  Kebanyakan mereka ini adalah dulunya orang-orang UMNO dan telahpun beberapa kali pencen tetapi tidak bersedia membimbing ahli-ahli lain supaya suatu hari nanti telah cukup tersedia golongan pelapis yang berilmu dan berintegriti. Nampaknya mereka sajalah yang berhak dan layak.   Dan ini semua Dato Seri Anwar mana nampak.  Apabila melawat Negeri atau Bahagian maklumat dari Ketua-Ketua Bahagian sajalah yang legitimate.

Dalam apa keadaanpun dimasa-masa kehadapan ini saya tidak nampak PKR dapat menyaingi PAS dan DAP.  Selagi  set kepimpinan dibanyak Bahagian tidak berubah PKR hanya boleh berbangga sebagai  “Penumpang Terhurmat” saja.


ANDA DIPENJURU MANA?

October 6, 2008

Saya bukanlah Pakar Bahasa tetapi saya mampu membuat telahan.  Mulai 10 haribulan nanti semua kita, mahu ta` mahu terpaksa bercakap mengenai PENJURU.   Berpandu kepada cara Haji Hasbullah Awang menyorot  satu-satu peristiwa, kita juga boleh  sendiri-sendiri mendeklimasinya seperti   teks   berikut:

“Nombor Satu Dua PENJURU  dari penjuru Gua dan penjuru Pekan. Nombor Dua pula Lima PENJURU keseluruhannya dari Selatan mungkin ada Satu  dari Utara.  Kedua-dua slot ini  kenyataan yang tepat ialah “make or break”.  Nombor Tiga  pula besar kemungkinan lebih 10 PENJURU kerana untuk Slot ini  ungkapannya ialah “nothing to loose”.

Bagi Slot yang berikutnya  jumlah PENJURU  tidak diambil kira sebab ianya   telah menjadi  “anybody`s  race”

Bagi menjawab soalan pada Tajuk Rencana:

Hamparkan Permaidani dari baldu berwarna Biru. Boleh dihuni beribu-ribu dan tidak mampu dikongkong PENJURU.


THE MEANING OF HARIRAYA

October 5, 2008

As usual I celebrate Hariraya at my Mother In-law`s Bunglow in Lenggong. A total of 50 persons, young and old, big and small gathered from the 1st day until the 3rd day.

After Prayers,  Mak Lang Jah nasi minyak is served.  It is a must that everybody will get their share at one go.   After this all of us will be hand-in-hand to entertain our guests.    Only after Zohor my wife and her sisters will move to visit their Mak Long, Mak Teh , Pak Cik Yee and Mak Su. I normally could join them halfway only because I`m a “small eater”.

Coming the 3rd day I became very restless.  Its already three straight days    I missed the Blog, Newspaper and last but not  the least is Nasmer Teh Tarik.

At about 6.00 pm as my wife and I were about to pack things to go back to Ipoh, My wife`s cousin Fauziah and her husband Anas came for Hariraya. My wife Asiah and Fauziah were very close. My wife told me that between them there`s no secret.

While Asiah and Fauziah sit at one corner refreshing their memories, I have Anas acompany.  We have something in common i.e. retired public servant. In politics Anas is a PAS member while I`m with PKR.   We talk about the political climate.  We  both agree that UMNO is not relevant anymore. They`re smart in spending the rakyat money only.   Anas specifically mentioned  what has happened to MRR2.  Tones of money being dumped there and still we don`t know what going to happen days ahead.

Although Pakatan has already secured five (5) state  Anas  still not vary happy. He noticed PKR people are not like PAS and DAP.  He said PKR members were mostly former UMNO members. They are in a new Party but they still very much in love with UMNO culture.  Whatever they do they have to think about their die-hard supporters first.  Now they have the power and they will do anything to safeguard the power.  Lastly Anas hope that in the near future PAS will rule the Nation, then only he will be satisfied.

We have to stop our talk because its already Magrib and Anas going to break his fast.  Anas is on Puasa Enam.     After some time Anas and Fauziah left and we are ready also to leave for Ipoh.

Giving a thought to what Anas has said  Am I in the wrong camp?   Because to be frank I wasn`t from UMNO before joining PKR.  I was not involved in  partisan politics before that but  I read alot of books and articles on Politics.

The moral of this story is that I never knew before this Hariraya that Anas was so sharp in relating what he saw on the other side of our so called politician.   Anas stays in BANGI and we both hope we could continue this subject in the next Aidilfitri.