Menepati ramalan Parti Keadilan Rakyat telah bersedia mengharungi segala kemungkinan. Daripada riak yang muncul baru-baru ini Pilihanraya Kecil Penanti akan menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) penjuru,
PKR sudahpun pasti mencalunkan Sdra Mansor Othman. Seorang yang bernama Aminah siang-siang lagi sudah membayangkan hasrat untuk menentang siapa saja yang mewakili Parti Keadilan Rakyat. Sementara bagi Barisan Nasional pula kita belum tahu secara sah Tan Sri mana atau Datuk mana yang akan diletakkan. Walau apa pun semuanya akan terjawab pada 23 Mei.
Seperti juga lain-lain penempatan yang menggunakan nama- nama pokok seperti Kulim, Changkat Meranti dan Tanjong Rambutan Penanti juga adalah berasal dari sepohon tumbuhan iaitu Pokok Penanti. Untuk mendalami asal usulnya bolehlah ditinjau dalam buku-buku encyclopaedia yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. Ianya tiada kena mengena dengan penantian seperti tajuk lagu “penantian satu penyiksaan”.
Jika benarlah BN tidak akan turut serta dalam PRK ini seperti yang pernah dibayangkan oleh Pengerusinya sekurang= kurangnya dapatlah kita kurangkan sedikit “tension”. Tidak secara langsung image BN bolehlah bergerak ke zon pemulihan. Biarkan mereka-mereka yang berhasrat menderma kepada SPR sahaja yang berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat. Dan lagi menurut Timbalan Pengerusi SPR dalam rancangan Agenda AWANI malam tadi, pilihanraya bukannya pesta.
Kita tidak perlu lagi meminta pengundi N. 12 membuat pilihan. Kemenangan tanpa bertanding kepada PKR bererti petukaran jurucakap saja bagi masyarakat diPenanti. Kerajaan Pakatan Rakyat di- Pulau Pinang sedang bersungguh-sungguh memajukan negeri. Kita semua faham untuk mengubah sesuatu bukannya mudah tambahan pula telah terbiar berkurun lamanya.
Kurang lebih tiga ( 3 ) lagi Rakyat akan diminta membuat pemilihan lagi jadi memang wajar PKR diberi “smooth passage”. Maksud “terjemah” sebagai tajuk tulisan ialah meminta Kerajaan Pakatan Rakyat melipatgandakan usaha supaya memajukan Penanti yang telah terabai sekian lama dan sekurang-kurangnya dapat menyaingi Seberang Jaya yang serba serbi sudah lengkap.