ISU ROYALTY DARI KACAMATA PENGGEMAR TEH TARIK

February 25, 2010

Isu  Royalty  minyak   yang   masih   hangat   diperdebat    sememangnya  satu  Isu  besar.    Sehinggakan    bagi  menangkis  gesaan    GEGAR  ( Gerakan   Bertindak   Kembalikan  Royalti  Rakyat)  pihak  Kerajaan  Pusat   terpaksa  memberi  penjelasan  melalui  Iklan  diAkhbar.    Tidak  dapat  dinafikan  Kerajaan  Negeri  Kelantan  dibawah  pimpinan  Parti  PAS  berhak   memperjuangkan    sesuatu  yang  due bagi  rakyatnya.

Perkara  ini  besar  kemungkinan  akan  berlarutan  hingga  kepertimbangan  Mahkamah.   Dalam  apa  keadaanpun  Tengku  Razaleigh  telah  melunaskan   tanggungjawab  beliau    dengan  begitu  berkesan  sekali.    Sebagai  mantan  Pengerusi  PETRONAS  beliau  telah  huraikan  segala  kebenarannya  dan  dilihat   akan  terus  mempertahankannya.

Setakat  ini  tidak   ada   sebarang   petunjuk   yang    Isu  ini      akan   dapat    diselesaikan.  Apa  yang  membingungkan   rakyat  biasa  seperti  penggemar  Teh  Tarik mengapa   apabila  terkena  kepada  Negeri  yang  diperintah   selain   dari  BN  perkara  sebegini   terjadi.    Lihat   saja   apa   yang  berlaku  diTrengganu  sebelum  ini.    Royalti  Minyak   yang  popular  itu  telah  diberhentikan  kerana   rakyat  menolak  BN  pada  PRU  ke  10.   Apabila  BN  kembali  berkuasa  diTrengganu   Royaltipun  muncul  semula.    Inilah  topic yang   sering  dibincang   dikedai-kedai  kopi.

Kita  kerap  mendengar  pemimpin-pemimpin   Pusat  berkata  yang  Negeri  Kelantan  adalah  yang  termundur  dari  segi   pendapatan  per kapita rakyatnya,  terkebelakang  dari  aspek  pembangunan   sehinggakan    ramai   yang   terpaksa   tinggalkan  Kelantan   supaya   tenaga   yang  kuat   yang  dimiliki  tidak   membazir  begitu  saja.   Saya  menumpang  bangga  sikap  yang  positif   yang  ditunjukkan.    Sekurang-kurangnya  mereka  tidak  terikat  lagi  dengan  Perumpamaan   Walaupun hanya   Hujan  Batu  DiNegeri  Sendiri –  Baiklah  diNegeri  sendiri.     Kenyataan  yang  terbaharu  pula    Negeri  Kelantan  dikenalpasti  sebagai  Negeri    yang  paling  kotor.      Jika   wang  royalty  (Anggarannya  RM200 Juta  setahun)  tersebut   berjaya   diperolehi  maka  secara  praktikalnya  segala  masaalah   yang  ditonjolkan   itu  tidak  mungkin  ujud.     Secara  lojiknya  juga  wang  sebanyak  itu   pasti   dapat  membahagiakan  setiap   orang.

Ternyata  sukar  bagi  Wang  Ehsan mengambil  alih  tanggungjawab  Wang  Royalty. Fungsinya  tidak  sama   manakala    perlaksanaannya  pula   ketara   berbeza.     Bagi    pengunjung-pengunjung  Warong  dan  Kedai  Kopi   hidangan   Teh  Tarik yang  sedap    lagi    menepati  citarasa,   itu     merupakan    satu  Ehsan.

Advertisements

SIDANG AKHBAR PEMIMPIN PKR PERAK BERJAYA HASILKAN SKRIP FILEM COWBOY

February 24, 2010

Sebuah  filem  epic  Italy  keluaran  tahun  1966  berjodol  The Good,  The Bad  and  The  Ugly telah  mendapat  sambutan  luarbiasa  diseluruh  dunia.    Kisah  tiga   watak  yang  dilakonkan  oleh  Clint  Eastwood,  Lee Van  Cleef  dan  Eli  Wallach  ini  telah  menjadi  ikutan  anak  muda  dizaman  itu.

Saya  teringatkan  kisah  filem  ini  sebaik  saja  saya  terjengah   satu  berita   dalam  Sinar  Harian keluaran  kelmarin  bertajuk Gerakan sulit untuk jatuhkan PKR Perak seolah-olah  ada  persamaan.     Akhbar  tersebut  telah  memetik   (quote)  beberapa  kenyataan  daripada    Sdra  Madzi  Hassan selaku  Naib  Pengerusi  Negeri   dan   dari    Sdra  Md  Nasib  Abdul  Rahim ,  Ketua  Biro  Strategi  PKR  Negeri  yang  menganjurkan  Sidang  Akhbar  diPejabat   Parti  Keadilan  Negeri  diIpoh.

Walaupun  tulisan  tersebut  telah  saya  baca   beberapa  kali  tetapi  saya    masih  tidak  faham  apakah  tujuannya   Sidang  Akhbar  ini  diadakan.   Jika    benar  ada  pihak  yang  telah  berjaya  membeli  ahli-ahli  PKR  dengan  mengumpan  habuan  yang  lumayan  seperti  yang  didakwa,   mengapa   pula   tidak   dinyatakan  secara  tepat  jumlah  ahli  yang  telah  berpaling  tadah?   Apa  reaksi   mereka  sekarang  setelah  bergelar  orang   kaya?  Setidak-tidaknya  nyatakan    dari  Media   mana   berita   tentang  hal   ahli keluar  Parti tersebut  diperolehi.    Jika  sekiranya  perkara  tersebut  belumpun  berlaku  dan  ia  hanya  dijangka  boleh  berlaku  janganlah  terlalu  mudah   untuk  Jump the Gun.

Sebagai   seorang   ahli  parti    saya  kecewa  perkara  ini  boleh  berlaku.  Bagi  saya  tidak  salah  para  pimpinan   mahu   mengadakan  Sidang  Akhbar  dan  malah   jika  hendak dibuat   setiap  haripun  teruskanlah.    Pokoknya   Sidang  Akhbar  yang  diadakan  ini  lebih    kepada  mahu  mempromosi  sesuatu  atau  mahu  melakukan  kelainan  daripada  Parti-Parti  politik  lain.

Saya  suka  merumuskan  disini  yang   Sidang  Akhbar  tersebut  telah   dapat  menghasilkan  sesuatu  yang  baru   bagi   era  politik  dizaman  ini.  Berkisar  kepada  persamaan  dengan  watak  filem  tadi  suka  saya  huraikan  seperti  berikut:

Penerbitan  Akhbar  tentulah   boleh   meningkatkan  jualan  kerana  memberi  ruang  kepada  Sidang  Akhbar  tersebut  dan  bolehlah  diletak  sebagai  The Good.      Bekas-Bekas  ahli  yang  dikenalpasti  bertindak  sebagai  Agent  Pengumpan tentulah  telah  mendapat  publicity  yang  meluas  terhadap  kerja-kerja  mereka  dan  tidak  salah  diletakkan  sebagai  The Bad. Dan  akhir  sekali  tidak  adakah  sesiapa  yang   merasa  pelik     satu  Biro  yang  penuh sarat  dengan  hal-hal  kerahsiaan  perang  saraf  serta  strategy  parti  meminta  bantuan  media  rakyat  membereskan  kerja.  Pada  kebiasaannya  Biro  seperti  ini  diletak  sebagai  Strictly  Confidential dimana pihak   musuh  politik  tidak  sepatutnya  kenal  pemegang  jawatan  tersebut.   Tidakkah  perkara  seperti  ini  boleh  dianggap  Ugly?


AGENDA AWANI MELALUI “In Frame”

February 19, 2010

Rancangan  In frame yang  keudara  pada  setiap  hari  jumaat  11.30  malam  kebelangan  ini  dilihat  cuba  memperlekeh  Pakatan  Rakyat.    Selama  dua  minggu  berturut-turut   masaalah  yang  berlaku  diantara   Parti-Parti  dalam  Pakatan  Rakyat   telah  mendapat  perhatian  istimewa  dari   Astro   AWANI.   Hari  ini  tajuk  bualbicaranya  ialah     Pakatan  Rakyat:  A  Failed  Marriage dan  rancangan  yang  keudara  sebelum  ini    diberi  tajuk     Crisis  in  Pakatan   Rakyat.

Kedua-dua    Tetamu   In frame hari  ini    iaitu   Y.B.  Wee  Choo  Keong   dan   Datuk  A. Kadir  Jasin  tidak  bersetuju  sepenuhnya   yang  gabungan  tiga  Parti  dalam  Pakatan  Rakyat   sebagai  sesuatu  perkahwinan  yang  gagal.    Ia  lebih  merupakan   peringatan-peringatan    keras  daripada    para  pendokong   komponen   supaya   Pimpinan diberbagai  peringkat    bertindak   mengikut    landasan   yang  betul.      Hasrat   ahli  seramai  diperingkat  Kerajaan  Negeri   berbagai   aktiviti  hendaklah  diagihkan  sama  rata  dikalangan  ketiga-tiga  komponen.  Seterusnya  perkara  yang  sama  perlu  juga  dilakukan  didalam  Kerajaan  Tempatan.

Dalam  konteks  Penubuhan   Kerajaan   diNegeri  Selangor,   Negeri  Kedah,  Pulau  Pinang  dan  Kelantan   formula :   majority  rule telah  digunapakai.    Parti  PAS  yang   berjaya   menawan  lebih  Kerusi  diNegeri  Kedah  dan  Negeri  Kelantan   diberi  amanah  menjadi    C.E.O.   Kerajaan  Negeri-Negeri  tersebut.  Manakala  diPulau  Pinang  Parti  DAP  berjaya  mendominasi.     Peraturan-peraturan  yang  dilaksanakan  ini  telah  berjalan  dengan  jayanya  dan  terus  mendapat  kepercayaan  rakyat.   Banyak  perkara  baik  yang  dilakukan  oleh  Kerajaan  Pakatan  yang  baru  diberi  kuasa  diSelangor  dan  Pulau  Pinang.  Tidak  perlulah  ianya    dihuraikan  satu  persatu.

Kalaupun  ada  sedikit  kegagalan  hanyalah  diNegeri  Perak  dimana   Parti  yang  mendapat  Kerusi  yang  tersedikit  dilantik  C.E.O.  sehingga  ianya   dapat  dirampas   oleh   tiga   orang  ADUN  mereka  sendiri   melalui   bantuan  Barisan  Nasional.    Oleh  sebab  Pakatan  Rakyat  hanya   ada  28  Kerusi  maka  terpaksalah  menyerah  kepada  kumpulan  28 + 3.   Dengan   lain   perkataan  BN  tidak  mungkin  dapat  mentadbir  Negeri  Perak  tanpa  pengorbanan  Jamaluddin,  Osman  dan  Yee.   Sampai  kehari  ini pun   orang  masih  bertanya   apakah  sebab  utamanya   Jamaluddin  dan  Osman  sanggup  melepaskan  jawatan  EXCO  Kerajaan  Negeri.  Tajuk  program   ” In frame ”   ini  sepatutnya  ditukar  kepada  kegagalan  melihat  satu  broken marriage.

Sebagai  seorang  peminat  setia   ASTRO   AWANI   saya  merasa   hairan  mengapa   In frame tiba-tiba  muncul   ditengah-tengah   Program   AGENDA  AWANI ,    SUDUT  PANDANG  dan  ANALISIS  AWANI    yang  sedang  mendapat  viewership yang   cukup   luarbiasa.    Jika  tujuannya  adalah  untuk  menghidu   kelemahan   disekitar  Parti-Parti   Politik  dalam  negara  ini  maka  ianya  hendaklah  juga   meliputi  Parti-Parti  dalam  Barisan  Nasional  kerana  mereka  juga    tidak    sunyi   dengan  masaalah yang  sama. Sebagai  contoh  masaalah-masaalah  yang    melanda  MCA  dan  PPP   sebenarnya  masih  berterusan.    Jika  keburukan  yang  terdapat  didalam  Pakatan  Rakyat  sahaja  yang  ditonjolkan  didalam  Media  tertentu  maka  susahlah  rakyat  hendak  membuat  perbandingan.     Kerana  tidak  semestinya  yang  tidak    diberitakan itu  baik  segala-galanya.


LOCENG KECEMASAN ROSAK

February 14, 2010

Secara  jelas  ia  bermula  dengan  pengumuman  mengejut  Datuk  Setiausaha  Agung  letak  segala  jawatan  dan  meninggalkan  parti.   Kemudian ia  beredar  kePahang  dimana  Y.B.   Azan  Ismail melepaskan  jawatan  dalam  Pimpinan  Negeri  Pahang.  Tidak  beberapa  lama  selepas  itu  Bendahari  dari   sebuah  Cabang  dalam  Negeri  Selangor   bertindak   lebih   terkedepan iaitu  keluar  parti  dan  terus  masuk  UMNO.

Penutup  Episod  ini  ialah  perletakan    semua   jawatan   dalam  parti  dan  sekaligus   istihar  diri  keluar  PKR  oleh  Yang  Berhurmat  Datuk  Seri  Zahrain  Hashim.     Dalam  pada  itu  dipihak  pimpinan  puncak  tidak  nampak  ianya  begitu  serious   sehingga       parti  boleh  dibubar.   Ada  yang  mengzahirkan  rasa  bangga  kerana  Y.B.  Zahrain  cepat  mengambil  keputusan   untuk  menjadi  Bebas.

Satu  perkara  yang  Pemimpin  diatas  tidak  berjaya  menghidu  ialah   diperingkat    akarumbi  lebih  ramai  ahli  yang  kecewa.   Ada  yang  kecewa   disebabkan  yang  menjadi  Ketua  diperingkat  Negeri  sepuloh  kali  lebih  percayakan  Ketua  Cabang  daripada  memberi  pertimbangan  kepada  keluhan  pemimpin  kecil  yang  tertindas.   Tidak  kurang  juga  ramainya  ahli  dibawah  sana  yang  sudah  memencilkan  diri  kerana  meluat  melihat  telatah  beberapa  watak  yang  membina  kedudukan   diri   dalam  parti.

Disebalik  semua  yang  berlaku  ini  pihak  yang  sepatutnya  berasa  panik  tidak  juga  mahu  bertindak  sesuatu.   Berpandukan   kepada  beberapa  spekulasi  dan  lapuran  diAkhbar   ada  beberapa  Y.B.  lagi  akan  meninggalkan  PKR.     Malangnya    tidak  ternampakpun   riak  cemas  dari  pimpinan  pusat.    Adakah  sesiapa   yang   dapat  menjelaskan  situasinya  kini?     Atau  bolehkah   kita  anggap   yang   loceng  kecemasan   telah   rosak.


BUDAYA MENCABAR ALA AKADEMI FANTASIA

February 10, 2010

Seperti  semua  sedia  maklum  Rancangan  Hiburan  Akademi  Fantasia   terbitan  ASTRO  RIA  akan  datang  lagi  menemui  peminat-peminat  setia.     Musim   ke 8    yang      bakal  dipimpin    oleh Ketua  Eksekutif  KRU   Sdra  Norman  Abdul  Halim    akan    menemui   peminat  tidak  berapa  lama   lagi.   Sekian  ramai  yang  terpilih  menyertai   Konsert   setiap  minggu  secara  live terpaksa  berentap  supaya  tidak  terkeluar  awal.    Hampir  kesemua  peserta   merasakan  merekalah  yang  akan  tersingkir  pada  pesembahan  dihujung  minggu  tersebut  dan  debarannya  tidak  pernah  reda.

Dalam   Arena  Politik   pula   perkara  yang  seakan  sama  turut  berlaku.  Ianya   tercipta   dalam  bentuk    Mencabar. Saya  senaraikan   Pencabar seperti  berikut  dan  lambat  laun  kita  akan  tahu  siapa  yang  akan  menjadi  mangsa:

1.  Negeri  Kelantan  mesti  dibayar  5%  Royalti  Minyak  seperti  yang  terkandung         dalam  Perjanjian  Petroleum  Developement  Act  1974  bukannya  Wang  Ehsan.  Satu  Cabaran kepada  PETRONAS.

2.  Zulkifli  Noordin  Ahli  Parlimen  Kulim/Bandar  Bahru   melalui    sebuah  Program  terbitan    TV 3  secara  live  berkata  DAP  tidak  diperlukan  dalam  Pakatan  Rakyat.  Menurut  beliau  lagi  DAP  telah  menjadi  punca  kepada  semua  masaalah  yang  melanda  pembangkang. (Lapuran  oleh  Akhbar  Utusan Malaysia).    Satu  Cabaran kepada  DAP  untuk  keluar  Pakatan.

3.  Kerajaan  Perak  hari  ini  berpaksikan  tiga  ( 3 )  DUN   diwakili  oleh  BEBAS.  Satu Cabaran kepada  ADUN  Jelapang,  Changkat  Jering  dan  Behrang  untuk  mengosongkan  kerusi  kerana  rakyat  tidak  setuju  dengan  peraturan   BN Friendly.

4.  Tengku  Razaleigh  bersuara  lagi.  Beliau  dipetik  sebagai  berkata  Ir.  Nizar  Jamaluddin  masih  Menteri  Besar  Negeri  Perak  kerana  beliau  tidak  meletak  jawatan.         Satu Cabaran kepada  Zambry  Abd  Kadir  untuk  segera  membubarkan  DUN.

Cabaran-cabaran  yang  disenaraikan  diatas  tidak  memerlukan  Undi  SMS.    Ia   akan  gugur  dengan  sendirinya  jika  tidak   ada   sesiapapun  yang  sanggup  mengambilnya  sebagai  sesuatu  yang  serious.   Walau  bagaimanapun  sedikit  sebanyak  semua  cabaran  tersebut  dapat  menyedarkan  rakyat  tentang  langkah  yang  perlu  mereka  ambil  pada  PRU  ke  13  nanti.


SLIP OF THE TONGUE : MENGAPA MUDAH SANGAT TERJADI

February 5, 2010

Mengikut  maklumat  yang  terdapat  didalam  Carian  diInternet   SLIP  OF THE TONGUE bermaksud   kata-kata  yang  tidak  sengaja  terkeluar  dari  mulut  seseorang   sewaktu  berucap  kepada  umum  atau  ringkasnya  “silap  cakap”.

Definasi  yang  diperolehi  ini  sangat  umum  bentuknya.   Bagaimana    pula  sekiranya  sipendengar  mengambil   faham   yang    “tersilap  ucap ”    tersebut   sebagai  Menghina atau  Memperlekeh terhadapnya?    Apabila  perkara-perkara  sebegini  berlaku  maka  ianya  sudah  menjadi  begitu  complex.   Artikel  ini  juga  tidak  bermaksud  membincangkan  perihal  yang  berlaku  keatas  Datuk  Nasir  Safar  Pegawai  Khas  Perdana  Menteri.

Bagi  saya  bukan  tersilap  cakap  sahaja  yang   boleh  mendatangkan  bala  kepada  kita.   Tersilap  dengar  oleh  orang  lain   juga  boleh  mengakibatkan  kita  sendiri  yang  terpaksa   menanggung  kerugian.    Ada  satu  kisah  yang  hendak  saya  kongsikan  disini  akibat  dari  Tersilap Dengar.

Peristiwa  ini  berlaku  disekitar  tahun  Lapan Pulohan   yang  berlaku  kepada  kawan  baik  saya.     Saya  menunggu  kedatangan  seorang  rakan  lama    diPekan  Sitiawan.    Dia  datang  bermotosikal   dari  Klang.    Sewaktu  dia  sampai  saya  lihat  mukanya  masam  macam  cuka  saja.      Saya  cuba  menyejukkan  hatinya  dengan  memperlawa  pergi  minum  Teh Tarik  dulu.    Dia  tidak   memberi  apa-apa  respons.   Perkataan  yang  terkeluar   dari   mulutnya  hanyalah    geram,  geram  dan  geram saja.    Saya  faham  benar  perangai  kawan  saya   yang  satu  ni,  kalau  dia  tengah  marah  jangan  cari  pasal.   Lantas  saya    mengambil  keputusan  menunggu  saja   hingga  dia  benar-benar  sejuk  dan  biarlah  dia  sendiri  yang  memulakan  perbualan.

Hanya  setelah  selesai  Dinner diRest  House  Lumut  sambil  memerhatikan     ombak  memukul  pantai  barulah  kawan  saya  ini  bersedia   meluahkan  apa  yang  terpendam.  Menurut  beliau  masa  separuh  perjalanan  tadi  dia  berasa  haus  dan  berhenti  disebuah  Restoran  disekitar  Telok  Anson.   DiRestoran  inilah  dia   dipaksa  membayar  satu  Bil yang  jumlahnya  tidak  masuk  akal.   Perkara  ini  berlaku  akibat  dari  gara-gara  Pelayan  Restoran  tersilap  mengambil  pesanan.

Dia  sebenarnya  membuat  Pesanan   sebotol   Oren  Tujoh sahaja.  Oren  Tujoh  mengikut  bahasa  kawan  saya  ini  ialah  Seven Up. Ditengah-tengah  kepanasan  tersebut    dia  mengeluh  dengan  berkata    Bersembur  Peloh tetapi  siPelayan   yang   masih   berada   disitu  membuat  catitan  seolah-olah  kawan  saya  membuat  Pesanan  Pasembor  Sepuloh.

Menurut  kawan  saya  lagi  memang  dia  berasa  aneh  mengapa  lambat  sangat  pesanan  dia  nak  sampai.  Rupa-rupa  pihak  Restoran  telah  menyediakan  untuknya    10    pinggan   Pasembor  dan  Minuman  Oren   sebanyak  7  botol.   Jadi  bayangkan  berapa  banyak  duit  dia  habis  disebabkan  kesilapan  tersebut.

Demikianlah   dilemma yang  telah  menimpa  kawan  baik  saya  itu.  Jika  dia  tidak  jelaskan  Bill tersebut  dia  mungkin  diheret  keMahkamah.    Jadi  pengajaran  dari  peristiwa  ini  ialah  apabila  kita  membuat  pesanan  makanan  diRestoran,    minta  siPelayan  yang  mencatit  order  kita  itu  ulang  semula  setiap  barang  yang  dipesan    supaya  dapat  dikesan   jika  ada  berlaku  Slip  of  the  tongue.


JUAL KEAHLIAN JIKA KENA HARGANYA

February 1, 2010

Ketua  Penerangan  UMNO  dilihat  suka  buat  kerja  yang  senang-senang    sahaja.    Yang  terbaru   bagipihak  UMNO  dan  Barisan  Nasional  beliau  membuka   seluas-luasnya   pintu   parti   kepada  pemimpin  dan  anggota  dari  Pakatan  Rakyat.     Adakah  pengumuman  seperti  ini  merupakan  salah  satu  aspek  dalam  program  Umno   Juara  Rakyat yang  sedang  digembar  gemburkan  itu?

Pendekatan  seperti  ini    memperlihatkan    tidak   ada   kesungguhan yang  jelas.   Saya  masih  ingat  saranan  Ahmad  Maslan  melalui  Wartawan  Sarihan  Mohd  Ali (Berita Harian)   dalam  bulan  September 2009  yang  meminta  Melayu  dalam  DAP  yang  beliau  anggap  sebagai  sesat  kembali  kepangkal  jalan  iaitu  kembali  kepada  Umno.  Ternyata  saranan  tersebut  lebih  Ummp! dan  “kow” dari  yang  terbaru  ini.

Saya  katakan  pelawaan  terbaru  ini    sebagai  tidak  bersungguh   kerana   jika  ianya  dituju  kepada  ahli-ahli  Parti  PAS  sudah  tentulah  sukar  mendapat  layanan.  Ura-ura  Unity Government pun   mereka  tolak  mentah-mentah.      Jika  ditujukan  kepada   Parti   DAP  pula  nampak  sangatlah      macam  cukup  terdesak    kepada  sokongan.   Jadi  yang  ada  terlihat   sedikit   bermasaalah    hanyalah  PKR.   Sungguhpun  demikian  majoriti  ahlinya  adalah  para  Reformis.    Sebagai  Reformis   perjuangan  mereka  adalah   solid mahu menukar  kerajaan  secara  demokratik   iaitu    melalui  Pilihanraya  Umum    dan  Agendanya     pula  adalah  memberi  Harapan  Baru.

Jadi  kesimpulannya  ahli-ahli  dalam  Pakatan  Rakyat  tidak  akan  mudah  terperdaya  dengan  kata-kata  manis.    Keikhlasan    mereka   terhadap   Parti   bukan  seperti   membership dalam  kelab-kelab  Exclusive yang  boleh  dijual  jika  kena  dengan  harganya.

Saya  tidak  juga    mahu   memperkecil-kecilkan  usaha    pihak  tersebut.   Sememangnya  didalam  Pakatan  Rakyatpun  ada  bad  apples.     Bagi  mereka-mereka  yang  dulunya  datang  dari  sana,  tidak  mustahil  untuk   melakukan     about-turn memandangkan  tidak  ada  pun  sesuatu   habuan   yang  jelas  yang   boleh  diperolehi  didalam  Pakatan  Rakyat   dalam   masa  terdekat.    Untuk  kesejahteraan  Pakatan  Rakyat   lagi  cepat  mereka  berhijrah  lagilah  bagus.   Apabila  yang  tinggal  hanya  mereka-mereka  yang  komited  maka  lebih  pantaslah  kenderaan  Pakatan sampai  diPutrajaya.