Setiap pemimpin besar apabila sudah tidak diperlukan lagi sudah tentulah mengambil sedikit masa untuk sesuaikan keadaan. Banyak perubahan menanti dipraktikkan diluar sana.
Setiap bekas Perdana Menteri ada memiliki ” legacy ” masing-masing. Pergerakan mereka sentiasa diperhati dan diikuti oleh rakyat terbanyak bermula dari ” day one ” mereka melepaskan jawatan. Mereka adalah “Statesman” dan bukan lagi “Public Figure”. Rakyat tetap mahu mengambil tahu kenegara manakah negarawan kita pergi untuk bercuti dan apa istimewanya tempat itu. Jenis-jenis sukan yang diceburi juga diambil perhatian. Memang ada rakyat yang mengambil tahu semua ini kerana bagi mereka negarawan adalah juga selebriti.
Jika saya ditanya Negarawan mana yang membuat hati saya tersentuh jawapannya ialah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bagi saya beliau telah banyak melakukan perubahan positif dalam pentadbirannya. Perubahan yang paling ketara ialah Struktur Gaji kakitangan awam. Beliau telah lakukan supaya jurang diantara yang berjawatan tinggi dengan yang rendah tidak terlalu ketara. Yang paling istimewa dalam aspek ini ialah beliau telah menetapkan bayaran pecen minimum ialah RM720. Beliau juga telah membuka seluas-luasnya ruang untuk rakyat bersuara. Asalkan teguran kita itu bertanggungjawab beliau tetap menerimanya dengan hati terbuka.
Memang benar ada lagi bekas-bekas pemimpin yang hebat seperti mengubah paradigma masa dan merencana wawasan negara kelandasan negara maju. Pada surface nya memang hebat dan tidak pada pengisiannya. Nak maju macam mana, soal pengunaan bahasapun masih menjadi isu besar.
Berbalik kepada Tun Abdullah, kita masih mengharapkan buah fikiran bernas beliau . Sementara beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen beliau diharap dapat terus menyampaikan suara rakyat. Dan bersaralah sebenar-benarnya sebaik sahaja tidak lagi menjadi wakil rakyat.
Tun Abdullah, kau negarawan terbilang.