BARISAN NASIONAL SUDAH MULA TIDAK YAKIN

March 6, 2011

Secara  luar  biasa  Mingguan  Malaysia  diruangan  Fokus Khas terhadap  Pilihanraya  Kecil  yang   berlangsung  hari  ini  melontarkan  tajuk   MERLIMAU, KERDAU MILIK SIAPA? Ia  menjadi   luar  biasa  kerana  sebelum  ini  tajuk-tajuk  berita  yang  keluar  pada  pagi  hari  mengundi  adalah  seperti  Barisan   Pasti  Kekal  Kerusi,   Kali  Ini  Majoriti   Akan Lebih  Besar,  Pengundi  Atas  Pagar  Sudah  Mula  Buka  Mata dan  sebagainya.

lebih  mengejutkan  kenyataan  tersebut  keluar setelah  calun  BN   dikedua-dua   DUN    tersebut  turun   hingga  keKebun-Kebun  Getah  menagih  undi.  Disamping  itu   mengikut  beberapa  maklumat   special  appearance  oleh   Umi Hafilda   juga   telah   dapat  mengurangkan   jumlah  kehadiran  Ceramah-ceramah  Pakatan  Rakyat.

Sesungguhnya  rakyat  sudah  mula sedar  akan  hak  mereka   sebagai   rakyat  yang  menentukan  kerajaan.     Apa-apa perkhidmatan  daripada  jabatan-jabatan  kerajaan       didalam  tempoh  berkempen    tidak   memberi   apa-apa  kelebihan  kepada  mereka.                    Ia   lebih  merupakan   kerja-kerja   tertangguh   yang   telah   diabaikan  sekian  lama.              Cuma  ia  dijadikan  keutamaan  kerana  berlakunya  kekosongan  kerusi  ditempat  itu.               Jika  tidak  ada  Pilihanraya  Kecil  jangan  mimpi  mendapat   priority.

Segala  macam  maklumat  telah  disampaikan.  Segala  bantuan  juga  sudah  dihulurkan.  Dan     segala  janji-janji  juga  telah  disenaraikan.  Terpulanglah  kepada  kebijaksanaan  masyarakat  diMerlimau, Melaka  dan  diKerdau, Pahang  membuat  keputusan.

Bagi  Pakatan  Rakyat  kedua-dua  Pilihanraya  Kecil  ini  bolehlah  dianggap  sebagai  medan  latihan   bagi  mengetatkan  skru-skru  yang  longgar  dan   wake-up  call   sebelum   bertandang   keSerawak.

Kepada  petugas-petugas  SPR  diucapkan  selamat  bertugas  dan  terima  kasih.   Kepada   para  pengundi  yang  mempunyai  kuasa  hari  ini  diucapkan  selamat  mengundi.


APAKAH SATU ANDAIAN BOLEH DIKIRA RASUAH?

November 1, 2010

Walaupun  kelmarin  merupakan  hari  Ahad –  hari  untuk  berlibur  tetapi  ramai  yang  terpaksa  berada  indoor sebab  cuaca  mendung  dan   sekejap – sekejap  hujan.  Dah tak  tahu  macam  mana  nak  sorok  muka  kecut  dan  muram  ini.

Mujurlah  ada  satu  berita  disaluran    TV   yang  memecah  kesunyian  dan  merangsang  untuk  ketawa.     Ia   bersangkut   dengan    amaran    SPR   tentang   hal   ehwal  kesalahan  pilihanraya  dimana  pemberian  saguhati  kepada  pengundi   boleh   membatalkan  kemenangan.  Tambah   maklumat  itu  lagi  sesiapa  yang  mengetahui  tentang  berlakunya  perkara  tersebut  boleh  lapurkan  kepada  SPRM  kerana  ianya   berupa    rasuah  besar.   Sebenarnya  kita  semua  dah  cukup faham,   lagipun  ini  bukan  pertama  kali  rakyat  berdepan  dengan  Pilihanraya.

Persoalannya  ramai  kurang   arif   apa  itu  politik.   Tidak  akan  mungkin  Parti  PAS yang  telah  memerintah  diKelantan  selama  20  tahun  lebih  tidak  tahu   yang   perkara  itu    satu  kesalahan.     Sebenarnya  saya     melihat  apa  yang  dikatakan  kesediaan  PAS memberi  saguhati  kepada  pengundi  luar  adalah  merupakan  satu  strategi  kempen  pilihanraya  semata-mata.     Dalam   politik   cara    begitu   disebut  sebagai   reverse   psychology .   Antara  lain  maksudnya  ialah   supaya  pihak  lawan   tidak      melakukannya   dan  jika  parti PAS berjaya  mendapatkan  bukti  yang  perkara   tersebut  ada   berlaku   maka   urusan  mendedahkan  kepada  SPRM   akan   menjadi   cukup  mudah.

Penutup  bicara   kita  percaya  Pengundi  Galas  sudah     tersedia  maklum  –  ta`  kan  lah  projek  berjuta-juta  yang  disebut  dalam  kempen  boleh  tercetus   dalam  waktu   yang  singkat   ini   dan  boleh pula  disiapkan   sebelum  hari  mengundi.     Pekerjaan  yang  paling  mudah  ialah    menjual  janji.   Jika  tidak,  suasana   pilihanraya   dilihat  seperti  tidak  bermaya.   Yang   pasti  setiap  orang  diDUN  Galas  ini   tetap   berharap   kepada    peningkatan   taraf   hidup   yang  disebut-sebut.    Kepada  Yang  Berkenaan,  jangan  biarkan   mereka   hanya   menanti   seperti   yang  diungkap  Jamal  Abdillah    “Malam  menanti   Siang,   Siang  Menanti  Malam” dalam  lagu  yang  sangat  popular  bertajuk  Kekasih  Awal  dan  Akhir.


MANA KEMENANGAN BESARNYA?

October 12, 2009

Pilihanraya   Kecil   Bagan  Pinang  sudah  berlalu.    Pilihanraya  yang  paling  pintar  lagi   terkedepan   “advanced” dalam  sirinya  semenjak  post-PRU  12.    Walaupun  tarikh   (hari)   mengundi  sebenar   telah  ditetapkan  pada  11hb  Oktober  sejumlah  besar    pengundi   sudah    MENGUNDI  DULU  pada  8hb  &  9hb  Oktober.    Hasil   dari  Undi  Cara  Pos   iaitu  sebanyak  30.00  %  daripada  keseluruhan  undi  telah  dibolot  oleh  UMNO/BN.   Jadi  pada   hari  mengundi  sebenar  (proper)  UMNO/BN  hanya  memerlukan  21.10  %  sahaja  lagi  dari baki  70 %   keseluruhan  pengundi  berdaftar  untuk  mencapai  kemenangan  mudah.

Para  pengundi  Atas  Pagar    memahami   cara   formula  diatas   dimana  tanpa  undi  dari  merekapun   UMNO/BN    boleh   mencapai  kemenangan  juga.   Mereka  mengambil  keputusan  untuk  sama-sama    menyokong   pemenang   buat  kali  ini.  Sesungguhnya  apabila  UMNO/BN  mencapai  kemenangan  begini  besar  mereka   tidak  akan  mengambil  kira  lagi  untuk  mengkaji  sokongan  terhadap  mereka.  Mereka  akan  terus  menerus  “celebrate”  kejayaan  tersebut .   Sebagai  contoh  media  massa  mereka  Radio/TV  masih  lagi  memperkatakan   perihal  kemenangan  tersebut  macam  orang  yang  ta`  pernah  menang.  Berdasarkan  pandangan  diatas  dimana  duduknya  perkataan  “Menang  Besar” itu?

Kepada  penyokong  Pakatan  Rakyat  khususnya  Parti  PAS  janganlah  merasa  gusar.  DiPRK  Bagan  Pinang  ini  Parti  PAS  tidak  kalah  cuma  tidak  berjaya  merampasnya  saja.    Kejayaan  UMNO/BN    adalah  ibarat  “salin  tikar”  saja.    Kita  misti  optimis  pada  PRU  ke  13  nanti   keseluruhan   kerusi  DUN  dalam  Parlimen  Telok  Kemang   akan  jatuh   kepada  Pakatan  Rakyat.  Untuk  makluman  pada  masa  sekarang  inipun   Pakatan  sudah   memiliki  3/5    Kerusi  Dewan  Undangan  Negeri    dalam   Parlimen   Telok   Kemang.

Kepada  para  petugas  yang  telah  kembali  ketempat  masing – masing  ucapan  terima  kasih    dari  Blog  ini  diatas  kesungguhan  yang  diberi  semasa  diPort  Dickson.


IKUT KATA NAFSU

May 7, 2009

Membicara   suasana     politik  diNegeri  Perak  ketika  ini  adalah   sangat  rumit  dan  bercelaru .    Kesulitan   yang  timbul  sebenarnya  adalah   kerana  tidak  akur  kepada    keutamaan.  Keutamaan  yang   sepatutnya  dilakukan  ialah  dengan  patuh  kepada  kehendak  Undang  Tubuh  Negeri.    Dimana   banyak  pihak   mentakrifkan didalamnya  diperjelaskan    seseorang  Menteri  Besar  terlucut  jawatannya    apabila  satu  Sidang  Khas  diadakan   meluluskan  Undi  Tidak  Percaya    terhadap  beliau.      Persoalannya  mengapa  proses-  proses  tersebut  tidak  dibuat.

Ramai  yang  bercakap   berpandukan   “simple  arithmetic” iaitu      28  +  3  =   Bentuk  Kerajaan.   Lantik  Exco  dan  lantik  beberapa  lagi  yang  bertaraf  Exco.    Disini  “turning  point”  yang   rakyat   seramai  tidak  faham  iaitu      helah   menerima   yang    +3    itu.            Sudahkah  difikir  masak-masak  apa  pengundi-pengundi  dikawasan  mereka  akan  kata  kerana  sebelum  menjadi   +3   rakyat   mengundi  mereka  kerana   Parti   yang   mereka   wakili.

Menjenguk   kepada   Persidangan  Dewan   Perundangan  Negeri  Perak  hari  ini  sangat  ketara   Ahli-Ahli   dari   Barisan   Nasional  tidak    mengikut  peradaban  dan  terburu-buru   apabila  sendiri-sendiri  melantik   seorang   lain   sebagai   “Speaker”  mereka sedangkan   Speaker   atau   Yang  DiPertua  Dewan  yang  sah  masih  tertonggok   dikerusinya.   Tambahan   pula    Raja   Pemerintah  belum   lagi    merasmikan    persidangan  tersebut.   Apa  yang  jelas  nafsulah  yang   sedang  memainkan  peranan.

Sebagai  seorang  rakyat   dilahirkan  diNegeri  ini  dan  berdaftar   sebagai  Pengundi  bersama-sama  dengan   ramai  lagi  rakyat  telah  “berbuih mulut”   minta   dikembalikan    hak   kami  untuk   kami  sendiri  menentukan   siapa   yang  kami   yakin  dan  percaya   mentadbir  Negeri  kami  ini.    Sampai   kami  minta  adalah  sedikit  rasa  malu  kepada  diri   mereka  sendiripun  tidak  diendahkan  juga.   Jadinya  “ikhtior”   cara   biasa   untuk   memujuk  sudah   tiada  lagi.

Jika  idea  “kecemasan”  ini  boleh  diguna  pakai,   saya   sarankan  kita  minta   jasabaik  Misha  Omar   menyanyikan   “sound  track”   dari  filem   Pontianak Harum Sundal Malam   ketelinga-telinga  mereka  iaitu  sebuah  lagu  berjudul  “PULANGKAN”.


Apakah Aku Puncanya

February 6, 2009

Apakah  aku,  setelah  diamanahkan  hanya mahu  melayan  puak-puakku saja.

Apakah  aku,  setelah  ditunjuk  sebagai  pemudahcara  bagi  pemerintah hanya  membenarkan  orang-orang   yang  aku  suka  saja  boleh  bertemu  pemerintah.

Apakah  aku,  setelah  dilantik  mentadbir  Kawasan  hanya  memileh  koncu-koncuku  sebagai  jemaah  pentadbiran.

Apakah  aku,   demi  menjaga  kepentingan  masa  depanku  akan  hanya  membuat  agihan  dikalangan  orang-orang  yang  mahu  menyokong  muslihatku.

Saudaraku,    Jawablah  soalan-soalan  diatas  dengan  penuh  keikhlasan.  Insaf  dan  kembalikan  hak-hak    orang-orang  yang  berhak  yang  saudara  telah  terambil.

Ingatlah  perjuangan  ini  akan  kita  wariskan  kepada  anak  cucu  kita.  Untuk  diri  kita  apa  yang  masih  kita  terkilan.

Kemana  hendak  dipandu  selepas  ini  –  kuncinya  ditangan  saudara.