KESUNGGUHAN KEPUTRAJAYA BILA?

October 29, 2010

Memenangi  Batu  Sapi  bukan  sekadar  memenangi  Pilihanraya  Kecil.   Inilah  message jelas  dari  pendokong   Pakatan  Rakyat   diseluruh   negara.       Ungkapan     Menuju  Putrajaya sudah   menjadi  kata  kunci    bagi  orang-orang  dalam  Pakatan  Rakyat.   Ianya  tercetus  sebaik  sahaja    selesai  Pilihanraya  Ke 12  pada  Mac  2008.   Para  pimpinan  melontar  perkataan  Menuju  Putrajaya  disetiap  perhimpunan  parti  masing-masing  dan  keseluruhan  ahli  menyambutnya   dengan  semangat  yang  berkobar-kobar.

Sebaik  sahaja  sampai  diPutrajaya   Kerajaan  Pakatan  Rakyat  akan  diketuai  oleh   sdra   Anwar  Ibrahim    dan  ini   telah   dipersetujui   sebulat  suara   oleh   pimpinan   Pakatan.   Walaupun   projek  16  Sept  tidak  kesampaian   hasrat  ke Putrajaya masih  terpahat.          Setiap   Komponen  dalam  Pakatan  diwajibkan  berusaha  bersungguh-sungguh  untuk   mencapainya.

Parti  PAS telah  memulakan  ball rolling  ( tag:  Menuju Putrajaya )   dengan   merampas  Parlimen  Kuala  Trengganu     dari  UMNO/BN,   Parti  DAP  pula   berjaya  merampasnya     diSibu.   Dan  kini  hanya  tinggal  Parti  PKR untuk  membuktikan  kesungguhan  hasrat       kePutrajaya  itu   dengan  memenangi  Parlimen  Batu  Sapi  dari  cengkaman  PBS/BN.

Sesungguhnya  ini  merupakan  tugas  berat  bagi  PKR  tetapi  kita  semua  sedar  setiap   perjuangan  perlu  kepada  bukti.      Tidak  ada  yang  mustahilnya  untuk  memenangi           Kerusi  Batu  Sapi  jika  setiap  anggota  yang  terlibat  benar-benar  komited  kepada       perjuangan.   Terlalu  banyak  elemen  yang  memihak  kepada   Pakatan  Rakyat/PKR.               Dari   segi  calun  sahaja,    PKR    mengemukakan   calun    yang   mewakili     kaum    yang   terbesar   dikawasan  tersebut   sedangkan  BN    dilihat  seperti  mahu  membalas  jasa   Datuk  Edmund  Chong.   Dari  segi  memberikan  pembangunan  pula  trumpet yang  sama  juga    diguna  bagi  mencanang  beratus  ribu  disini  dan  berjuta   pula  disana.

Sesungguhnya   ini  merupakan  peluang  kedua  bagi  PKR.   Mereka     telah    kecewakan     Pakatan  diHulu  Selangor.     Ayuh,  mari   kita  terjemahkan   ” Batu  Sapi kePutrajaya” pada  4  Nobember  2010.

Advertisements

HAYATI PESANAN “ABBA”

October 23, 2010

Seperti  biasa  setiap  kali  berlansungnya  Pilihanraya  Kecil  saya  mesti  mengambil  bahagian  dalam  memberikan  pandangan  siapa  yang  sepatutnya  dipilih  bagi  mewakili  rakyat  didalam  Dewan  Yang  Mulia.  Oleh  sebab  GALAS  belum  lagi   menamakan  calun,   saya  kira  eloklah  dijenguk  seketika  kepemilihan  Majlis  Pimpinan  Pusat  PKR.

Hari  Mengundi  bagi  Cabang  Lenggong  dimana  saya  akan  pulang  mengundi  ialah  pada  30.10.2010.  Saya  kekal  menyokong  Azmin.    Masih  ada  masa  sekiranya  pihak  disana  mahu  mengubah  pendirian.   Saya  tahu  ada  yang  tidak  senang  dengan  saranan  saya  ini.  Mereka  mempunyai  alasan dan  sebab-sebab  sendiri  untuk  menaikkan  seseorang.

Itulah  intipati  demokrasi yang  mereka  faham.   Tetapi  bagaimana  jika  sebaliknya.   Kemana  hendak  diarah   halatuju  apabila    calun  yang  ditonjol   tidak  berjaya  didalam  saingan?.   Apakah  tidak  ada  kemungkinan  para  penyokong  akan  ditinggal  kesunyian?

Saya  juga  tidak  ada  sebarang  jawapan  untuknya.     Jika  pesanan  Kumpulan  ABBA melalui  tajuk   S.O.S boleh  dijadikan  panduan  –   hayatilah  lagu  tersebut.    Berikut            diturunkan  sebahagian  dari  liriknya  itu :

“Where  are  those  happy  days,  they  seem  so  hard  to  find”

“I  tried  to  reach  for  you  but  you  have  closed  your  mind”

“It  used  to  be  so  nice,  It  used  to  be  so  good”

“When  you`re  gone,  How  can  I  even  try  to  go  on?”

“When  you`re  gone,  though  I  try  how  can  I  carry  on?”


AZMIN DAH LAMA JADI PRESIDEN JIKA DIA MAHU

October 17, 2010

Ahli-Ahli  Parti  Keadilan  Rakyat  jangan  lupa  apa  yang  telah  berlaku  pada  Kongres  Pemilihan  sebelum  PRU  ke  12   yang  berlangsung  diSeremban.   Abdul  Rahman  (Bekas  Timbalan  parti)  mencabar  Wan  Azizah  dan  ada  satu  kumpulan  mendesak  Anwar  supaya  bertanding.  Tujuan  kumpulan  tersebut  sebenarnya  nak  melingkupkan  parti  kerana  semua  orang  tahu   tempoh  sekatan  terhadap  Anwar   untuk   memegang   jawatan  dalam  pertubuhan masih  belum  tamat.

Dalam  apa  keadaanpun  diketika  itu  Sdra  Azmin  sahaja  yang  layak  menggantikan  Wan  Azizah  jika  parti  sudah  bersedia  kearah  itu.   Saya  katakan  hanya  Azmin  yang  layak  kerana  kerja  kerasnya  didalam  partilah  yang  telah  memungkinkan  parti  PKR  menang  besar  diPRU  ke  12  dan  dihormati  oleh  rakan-rakan  dalam  Pakatan  Rakyat.    SISMEP  yang  beliau  perkenalkan  benar-benar  telah  membantu  parti  mengenal   jenis-jenis pengundi.   Dia  juga  merupakan  Pengarah  Pilihanraya  Pusat.  Kebetulan  pada  PRU  ke 11  nama  saya  naik  untuk  dicalunkan  diParlimen  Padang  Rengas  tetapi  ada  pihak  yang  lebih  cekap  senyap-senyap  pergi  berjumpa  Azmin  dan  akhirnya  mereka  berjaya.  Saya   sebutkan  perkara  ini  hendak  menerangkan  yang  Azmin    ini  mudah  didekati.

Kini  setelah  sekian  lama  menghambakan  diri  dalam  parti  Sdra  Azmin  menawarkan  diri  untuk  mengisi  kekosongan  yang  ditinggalkan  oleh  Y.B. Senator  Syed  Husin.  Sebilangan  besar  ahli  merestui  hasrat  beliau  itu  dan  menjangkakan  yang  beliau  tidak  akan  ditentang.   Cukup  jelas  tidak  ada  siapa  yang  dapat  menidakkan  populariti  Sdra  Azmin  ini.    Saya  sangat  yakin  Sdra  Azmin  akan  mencapai  kemenangan  besar  pada  pemilihan  itu  nanti.

Senario  yang  dapat  saya  lihat  kini   hanyalah  peranan  tukang-tukang  ramal  yang  bersungguh-sunguh  memberi  keyakinan  kepada  tokoh-tokoh  tertentu  yang   mengatakan  Sdra  Azmin  boleh  dikalahkan.  Keyakinan  tersebut  sudah  tentulah  datang  dengan  harganya. Tahniahlah  kepada  mereka  yang  terlalu  taksub  kepada   Penyokong  Membawa  Rebah tersebut.

Jika  adalah   tokoh  yang  datang  berjumpa  saya  bertanyakan   peluang   untuk  menang,  percayalah  saya  mampu  memberikan  buah  fikiran  yang  jauh  lebih  hebat  daripada  tukang-tukang  ramal  tersebut.  Saya  akan  nasihatkan  supaya  kita  sama-sama  membantu  Azmin  memperkuatkan  parti  supaya  cita-cita  anak  cucu  kita  yang  mengharapkan  perubahan  akan  terlaksana.  Dan  khidmat  nasihat  ini   TIDAK  akan  saya  kenakan  sebarang  bayaran pun.   Akhir  sekali    kepada   ahli-ahli  PKR   (yang  tidak  berapa  lama  lagi  akan  mengundi)  hayatilah  kata-kata  berikut:    Kalau  ta`  ada  apa-apa  ta`  kan  tempua  bersarang  rendah.


DUN GALAS : PADANG PERMAINAN BIARLAH RATA

October 11, 2010

Istilah ” Padang  Permainan  Yang  Tidak  Rata” bermaksud  dua   pihak   yang  sedang bertanding   tetapi   hanya  sebelah  pihak   dibenar  tidak  mengikut   syarat   dan  peraturan.     Didalam  pertandingan Tinju umpamanya  jika   pertandingan  diperingkat    lightweight pesertanya  hendaklah  yang   berada  dalam  Kelas  tersebut   kerana  apabila  bertarung  kedua-dua  peserta  itu   akan  memiliki  peluang  yang  sama  untuk  menang.    Kaedah  serupa  juga   patut  diamalkan  dalam  politik.

Apabila  nama  Tengku  Razaleigh  dicanang  oleh   berbagai  pihak  dalam  UMNO  sebagai       calun    yang  paling    ideal   bertanding   diDUN    Galas,   nampak   sangat      UMNO  cukup  desperate mahu  memenangi  Pilihanraya  Kecil  tersebut.    Melihatkan  begitu  ramainya   pemimpin  UMNO  berbagai  peringkat   diAirport  menyambut  kepulangan   Tengku  Razaleigh  dari  London  ianya  menjadi  sudah  terang  lagi  bersuluh.   Inilah  dilemmanya bila   ahli  tersangat  ramai (3  juta  lebih).

Teori  sebegini  juga   sudah   terbukti   berjaya   iaitu   diBagan  Pinang.   Walaupun  BN  boleh  menang  hands  down kerana   undi  pos    yang  melambak-lambak,    mereka     lebih  yakin  kepada  calun   heavyweight.    Yang  sedihnya    orang-orang    lain   tertutup      peluang    nak  jadi  YB.    Dalam   apa  calculation  pun   saya  tidak  percaya    Ketua   UMNO   Bahagian   Gua  Musang    tersebut  bersedia  terjun    sampai  kedasar   untuk  menyelamatkan   parti.  Peranan   beliau  sebagai  Ahli  Parlimenpun  sudah   lebih  daripada  cukup  bagi  mewakili   masyarakat  disitu.

Dengan  andaian  yang  disebutkan  ini  Parti  PAS  dilihat  dengan  mudah  boleh  kekal   diDUN  Galas  tambahan  pula  ada  ura-ura  hendak  meletakan  calun  dari  kalangan  Orang  Asli.    Walau  apapun  perkembangan  yang  akan  berlaku  diGua  Musang  dalam  waktu        terdekat  ini,  mata  kita  tidak  akan  dapat  mengelak  daripada  melihat  terlalu  ramainya  orang  menGALAS  beg.     Mereka   yang   dimaksudkan   terdiri   daripada  para   Wartawan,  Penganalisis  Politik     dan    kaum  Bloggers.

Kepada  para  pengundi  Dewan  Undangan  Negeri  Galas…….Bukakan  Tirai  dan  mulakan  Pesta  kerana    anda   akan   diminta  memperbaharui   mandat.


SIAPA PULA SELEPAS RAHIMI?

October 7, 2010

Ahli-ahli   Parti  Keadilan  Rakyat  tersangat  sibuk  dewasa   ini.   Yang  anehnya  mereka  tidakpun  sibuk  melayan   kehendak  pengundi-pengundi  mereka   atau   merencanakan        sesuatu kebajikan  untuk  masyarakat  setempat.  Iaitu  perkara  wajib  yang  sepatutnya       mereka  jalankan.

Kesibukan  yang  sangat   ketara   didalam   PKR   ialah   melayan   kerenah   orang-orang         yang   mempunyai  kepentingan  diri.        Semenjak  PKR  mendapat  mandat  rakyat  di-           Negeri  Selangor     dan       dibeberapa      kawasan    Parlimen   dan    kawasan     Dewan-Dewan   Undangan  Negeri  dalam   PRU  ke  12  ahli-ahli   PKR   tidak   henti-henti     dihidangkan   dengan    masaalah     yang   tiada   penghujungnya.

Bermula   daripada   Ezam    yang   tidak   berpuashati   dengan   pimpinan    sehinggalah      kerenah   yang   dicetuskan   oleh      Ahli-Ahli     Parlimen    dan     ADUN-ADUN     yang    merasakan   PKR   ini   akan  menjadi  beban  kepada   kesejahteraan   mereka.      Belum         lagi  diambilkira  gejala  menikam  dari  belakang  oleh  bekas-bekas  pembantu  Anwar.

Jika  disorot  pula  mengapa    Kerajaan   Pakatan   diPerak    jatuh    tersungkur    kurang       satu  tahun    memerintah?   Jawapannya    tetap  sama     iaitu  Amalan   Mementingkan        diri  terlalu   menebal   diperingkat   ADUN-ADUNnya    dan  juga    diperingkat   Ketua-      Ketua  Bahagian.  Jawatan-Jawatan  didalam  Kerajaan  Tempatan   diisi    oleh   Ketua   Bahagian  sendiri  dan  juga  orang-orang  kepercayaan  mereka.    Begitu    juga    cara       mereka  mengendalikan  Pusat  Khidmat  DUN,    ahli-ahli    jawatankuasanya    dipilih    dikalangan  mereka   yang  disukai  Penyelia  DUN  walaupun   orang-orang   tersebut        hanya  masuk  parti  kerana  baru  menang.

Didalam   pemilihan   yang    baru    berlalu    memang    ada   terdapat     Ketua   Cabang        yang  tidak  mempertahankan  jawatan.   Walau   apapun   alasan   yang   mereka   beri,       mereka    tetap   bertanggungjawab    kepada   ketidakadilan    yang    mereka     lakukan       semasa  mereka  berkuasa  dulu.

Pertandingan  sebenar  dalam  PKR   akan  berlaku  tidak  berapa  lama  lagi.     Terdapat        berbagai  persepsi  tentang  halatuju  parti.   Ada  yang  benar-benar  faham  mengapa         parti  ini  ditubuhkan  iaitu  sebagai  pengganti   kepada   Kerajaan   yang  telah  terlalu        uzur  dan  ada  juga  yang  mengatakan  ini  adalah  parti  Anwar.

Yang  jelas  mampukah  Parti  ini  terus  bertahan  kepada  pelbagai  kerenah  tersebut?        Dan   siapa  pula  yang  akan  muncul  selepas  Rohimi  ini  yang  mungkin  berbekalkan  dengan        sesuatu  yang  lebih  canggih  lagi?

Kepada  pemimpin-pemimpin   PKR:    Jawatan  tu  jawatanlah  juga  tetapi  sebenarnya     perjuangan  ini  hendak  dibawa  kemana?