DUN KOTA SIPUTEH : MENGAPA SAMPAI TERPAKSA KENA MERAYU

November 26, 2009

Kerusi  DUN  N. 3  Kota  Siputeh  diistihar  oleh  Mahkamah  sebagai  Kosong  pada  16 November  2009.     ADUN  terakhir  ialah  Datuk  Abu  Hassan Sarif  dan  beliau  bukanlah  orang  baru  sebagai  ADUN.     Tidak  ada  alasan  untuk    beliau  tidak  tahu  adanya  Peruntukan Undang-Undang mengenai  kehadiran  Ahli  Dewan   yang  terkandung  dalam  Undang-Undang  Tubuh  Negeri  Kedah.  Beliau  adalah  seorang  Penggubal  Undang-Undang  diDewan  Undangan  Negeri   itu  sendiri.  Tambahan  pula  beliau  mewakili  sebuah  Parti  yang   sangat   ternama  dan established.

Sebagai  rakyat  biasapun  sekiranya  menghadapi  pendakwaan/pertuduhan  diMahkamah  kita    sama  sekali  tidak  boleh  memberikan    alasan  tidak  tahu Undang-Undang   terhadap  Kes  yang  didakwa.    Setiap   kita  wajib    mengambil  tahu   perkara  yang  bersangkut  paut  dengan  Undang-Undang.  Lagipun  tidak  ada  sesiapapun   Above The  Law.

Begitu  jugalah  dalam  Kes   ADUN  Kota  Siputeh  ini.    Beliau  sepatutnya   akur  kepada  keputusan  Mahkamah   dan  beri  peluang  kepada  orang  lain  yang   mampu   memberi   sepenuh   komitmen   terhadap  tanggungjawab  serta   sentiasa  bersedia  memberikan  perkhidmatan  terbaik   untuk   masyarakatnya.

Memang  betul  ada  avenue dimana  beliau  berhak  mengemukakan  rayuan  terhadap  keputusan  Mahkamah  tersebut.  Itu  adalah  hak  mutlak  peribadi  beliau.    Dimana  pula  keadilan  untuk     para  pengundi?     Mengapa   mereka  perlu  menunggu    satu  tempoh  yang  ta`  dapat  dijangka    untuk   Kerusi  tersebut  berpenghuni  kembali.   Jika  tidak  ada   sebarang  rayuan   sudah  pasti   selewat-lewatnya  dalam  tempoh  2  bulan   sahaja  penduduk  Kota  Siputeh  akan  menerima  Y.B.  baru.

Setiap  yang  merayu  mempunyai  alasan   tersendiri.    Ada  yang  mengatakan  Pilihanraya  Kecil  jika  diadakan   akan    merugikan  rakyat   juga     kerana    urusan   mengendalikan  satu-satu  Pilihanraya  itu   memerlukan   satu  perbelanjaan  yang  sangat   besar.      Tidak  dinafikan  kebenaran  kata-kata  itu.   Berbalik  kepada  peristiwa    bagaimana    boleh  berlakunya  kekosongan,    bukankah   ianya  akibat  dari   sikap  yang  tidak  bertanggungjawab  seseorang.    Apakah   perbuatan  ini    tidak  merugikan  rakyat?

Amalan  demokrasi  sangat  segar  dalam  negara  ini.   Setiap  orang  mempunyai  hak  dalam  Undang-Undang  dan  ini  termasuklah  kelebihan  untuk  membuat  rayuan   hingga  keperingkat  paling   Atas  (Mahkamah  Agong).  Jika  perkara-perkara  kecil  seperti  wajib  kehadiran ini   dipatuhi    masa-masa  yang  berharga  dapat  diselamatkan  daripada  ia  dihabiskan  semata-mata   untuk   naik   turun   Mahkamah.

Advertisements

DIANTARA KEHEBATAN MONSOON CUP DENGAN MENGHARUNG BANJIR

November 24, 2009

Water  water  everywhere dipetik  dari  baris-baris   Puisi  popular  yang  bila  diterjemah  keBahasa  Melayu  maknanya   hanya  satu  perkataan  iaitu  Banjir.     Apabila   datang  musim  tengkujuh  hujanpun  mencurah-curahlah  kebumi.  Oleh  sebab  kuantitinya  terlalu  banyak   apa  yang  ada  dimuka  bumi   akan  tenggelam.     Paling  bernasib  baik  hanya    sekiranya   bumbung-bumbung    rumah    masih  dapat  dilihat   dan  sekaligus  memberi  kelegaan  kepada   orang  yang  sedang  Bercinta.   Bagi  pasangan  kekasih  sering  kita  dengar  jika  dapat  tengok   Bumbung  Rumahpun sudah   cukup  untuk  mengubat  rindu.   Peristiwa   sebegini    barulah  boleh    dipanggil   bencana  alam  atau  satu  Ujian  dari  yang  Maha  Berkuasa.

Disambung  Puisi  tadi  kita  ambil Not a  drop to drink dan  ini  maknanya  semua  air  yang  terdapat  ditempat  berlakunya  banjir  akan  menjadi  tercemar  atau   contaminated dalam  bahasa  sainsnya.   Akibat  daripada  pencemaran  tersebut  berbagai  penyakit  berjangkit   melalui  air  “water-borne”   seperti   taun,   taipod   dan  cirit-birit  amat  mudah  menjadi  wabak.   Kesukaran  hidup  ini   terpaksa   dialami  oleh  rakyat  dibeberapa  negeri     antaranya  Utara  Perak,  Kedah,  Kelantan  dan  Trengganu  bila  sampai  musim  tengkujuh.

Bagi  kita  yang  tidak  mengalami  bencana  ini tidak  akan   tahu  betapa  rumitnya  orang-orang   yang  dilanda  musibah  tersebut  terpaksa  mengharung  berbagai  masaalah.  Berapa  banyakpun  jenis  bantuan  yang  akan  tiba   ia  tetap  tidak  dapat  memulihkan  keadaan.    Kesukaran  makan  minum,  terpaksa  bergelap  kerana  bekalan  letrik  terputus  dan  kemusnahan   banyak   peralatan-peralatan  penting  disebabkan  oleh  banjir  ini  sangat  menyayat  hati.

Satu  soalan  yang  masih  tidak   terdapat   sebarang    jawapan   bolehkah  Penganjuran  Monsoon  Cup  menyelesaikan  segala  kesukaran   yang  terpaksa  ditanggung.  Dengan  lain  perkataan   bolehkah   kegembiraan  dan  kegirangan  sewaktu  menyaksikan   berlangsungnya  acara-acara  Monsoon  Cup  dapat     melerai  segala  derita?     Saya  kira  idea  asal  untuk   menetapkan  kalendar    Monsoon  Cup   dimusim  tengkujuh   inipun  bertujuan  mengalihkan  persepsi  yang   bukan   pada  cuaca  baik  sahaja  kita  boleh   mendapatkan  hiburan.

Jika  pihak  yang  berkenaan  merasakan  ada  sedikit  kebenaran  daripada  tulisan  ini  adalah  diharapkan  projek  yang  menelan  perbelanjaan  berjuta-juta  ini  dapat  dikaji  semula.  Kita  akan  dipandang  lebih  mulia  jika  mengutamakan  kebajikan  rakyat  daripada  mengejar  nama.


MCA TIDAK LAGI BERPOLITIK

November 19, 2009

Sewaktu  pucuk  pimpinan  MCA  mengambil  keputusan  menyerahkan  kepada  Central  Delegates  menentukan  halatuju  Parti,  pemimpin-pemimpin  yang  bertelagah  memberi  pengakuan  yang  mereka  bersedia  patuh  dan  menuruti   kehendak  para  Perwakilan.

Keputusan  tersebut  telah   memberikan  keyakinan  baru  kepada  pengamal  politik  dalam   Parti  Politik   terbesar  bagi  orang-orang    Tionghua.   Telah  direncana   MCA  akan  pasti  kembali  kelandasan  asal   sebaik   sahaja  selesai   EGM  pada  10  haribulan  10.    Akan   dibuktikan  yang  semua  kritikan  yang  dilempar   terhadap  mereka  sebelum  ini  adalah  salah.

Perkara  yang  paling  utama  yang  telah  diputuskan  oleh  para  Perwakilan  pada  EGM  tersebut ialah   hilangnya    kepercayaan   terhadap  Presiden.   Dengan  lain  perkataan  mereka  mahukan  Presiden  Ong  berundur  secara  terhormat.   Bagi  memberi  keadilan  kepada  Presiden,  mereka  juga  tidak  bersedia  memberikan  kembali  jawatan  Timbalan  Presiden  kepada Dr. Chua.  Para  Perwakilan  bersetuju   mengembalikan  hak  Dr.  Chua  sebagai  ahli  yang  sebelumnya  telah    dipecat   oleh  Majlis Presiden.

Tuan  Presiden  yang  sama  sekali  tidak   menyangka    akan   menerima  hukuman   seperti  itu  lalu  merujuk  Perlembagaan  untuk  terus  berkuasa.     Terdapat  satu  Fasal   dalam   Perlembagaan  Parti    yang  menyatakan   Tuan  Presiden  tadi  tidak  secara  otomatis  telucut  jawatannya     memandangkan  usul    hilang  kepercayaan tersebut  tidak  mendapat  majoriti  yang   diperlukan   seperti   yang  terkandung   dalam  Perlembagaan.     Kaedah  yang  sama  juga  terpakai  bagi  orang    Nombor  2   dalam  Parti.   Akhirnya  Dr.  Chua    kembali  berkongsi  kuasa.

MCA  terus  bergolak.   Hari  demi  hari  berbagai  pemecatan  mengambil  tempat.   Ada  pihak-pihak  yang  merasakan  mereka  boleh  menyelamatkan  Parti  dengan  menganjurkan  satu  lagi  EGM.    EGM  yang  dimaksudkan  ini  boleh  membuat  ketetapan  supaya  barisan  kepimpinan   tertinggi    dipilih  semula.     Walau  bagaimanapun  usaha-usaha  pihak  berkenaan  gagal  mendapatkan   restu   walaupun   kuota  memangil  EGM mencukupi.    Kini   pemikiran  seluruh  anggota  MCA   tertumpu  kepada    Agenda   28/11    sama  ada  ianya   boleh/akan     berlaku.   Sekiranya    akan  ada  satu  lagi  EGM    mampukah  ia  melakar  satu  keputusan  yang  lebih  mutlak  dari  apa  yang  terungkai   dalam  EGM  10/10.

Kita  tidak  tahu  apakah  masaalah  sebenar  yang  dihadapi  oleh  MCA  dan  sejauh  mana  ia  menjejaskan  BN.     Mereka  mengambil  masa  begitu  panjang   untuk  membaikpulih  rumahtangga.    Nampaknya   orang-orang  yang  memimpin  MCA  sudah  berhenti  berpolitik.   Sudah  tidak  kedengaran  lagi   suara-suara  pemimpin  yang  sanggup  menjadi  penyelesai  masaalah.    Ruang  Arena  yang  begini  luas   hanya  diguna   untuk  bercakaran  sesama  pemimpin.   Setiap  hari  cakap-cakap  yang  kita  dengar  hanyalah  berkisar  kepada  pemilikan  kuasa.    Agenda    kuasa  ini  sajalah  yang  sedang  berkumandang.    Memang  benar  kuasa  itu  penting.     Tetapi   apa   gunanya   kuasa    jika   pertubuhan   semakin   lemah.     Lebih  menyedihkan  apa  gunanya    kuasa  jika  sudah  tidak  ada  yang  percaya  kepada  perjuangan.

Masih  bolehkah  diharapkan  kepada  MCA  untuk  menggalas  harapan   sebilangan  besar masyarakat?   Kehidupan  mesti  diteruskan.   Kepada  yang  merasakan   mereka  hanya  membuang  masa  sebenarnya  masih  belum  terlambat  untuk   bersama-sama  Chua  Jui  Meng  dalam  PKR   atau  DAP  yang  sentiasa  membuka  pintu  seluas-luasnya  .    Walau  bagaimanapun  MCA  belum  lagi  layak  menjadi  bahan  sejarah.    Tetapi  jika  para  pemimpinnya  terus  mendesak    dan  mengalih  segala   kepentingan,    apa  lagi  pilihan  yang  ada?


DATUK ABU HASSAN DALAM DILEMMA

November 16, 2009

Datuk  Abu  Hassan  jelas  dalam  Dilemma.  Timbalan  Presiden  Partinya  membuat  arahan  yang  beliau  mesti  hadir  keDewan  Undangan  Negeri Kedah  yang  dijadualkan   akan   bersidang   besok (17.11.09)  manakala  yang  terbaru  berita  dari  Mahkamah  Tinggi  Kuala  Lumpur  memutuskan  yang  kerusi  Kota  Siputeh  kosong  dan  sekaligus  mengarahkan  SPR  mengadakan  Pilihanraya  Kecil.

 

Sebagai  Ahli  UMNO  Datuk  Abu  Hassan  boleh  dikenakan  tindakan  tatatertib  jika  ingkar  kepada  arahan  Pucuk  Pimpinan  Partinya.  Sebagai    seorang   rakyat  pula   beliau  terbukti   Menghina  Mahkamah jika  beliau  berdegil  juga   lantas   hadir  sebagai  Ahli  Dewan.

Menyingkap  berita  secara  online sebentar  tadi  Barisan  Nasional  akan  mengemukakan  Rayuan  terhadap  keputusan  Mahkamah  Tinggi  tersebut.    Kita  terpaksa  menunggu  dengan  penuh  sabar  akan  perkembangan  selanjutnya.    Walau  bagaimanapun  perhatian  sudah  pasti  berpusat   diDewan  Undangan  Negeri  Kedah  pada  besok.

Sebagai  orang  biasa  kita  mungkin   akan   dapat  melihat  satu  lagi  sejarah  tercipta.  Berbagai  kemungkinan  boleh  berlaku.   Sedang  semua  pemikiran   tertumpu   diKota  Siputeh   mana  tahu  tiba-tiba  tiga  territory katak  diPerak  juga  diistihar  kosong.    Anggota  Parti  dalam  Pakatan  perlu  juga  bersiap  siaga  kepada  kemungkinan   tersebut.  Jentera   kita  sudah  boleh  dikemaskini  walaupun  BN  sedang  sibuk  mahu  membuat  Rayuan.


….JADI SEMUA SERBA SALAH

November 12, 2009

Tajuk  yang   tertera  diatas  merupakan  kata-kata   pelengkap  sebuah  ungkapan.   Sepenuhnya  ia  berbunyi  seperti  berikut :   CAKAP  SALAH   TA`  CAKAP  SALAH..JADI SEMUA SERBA  SALAH.    Sebagai  seorang  Ahli   PKR  saya  sering  berdepan  dengan  dilemma  seperti  ungkapan  ini.     Sudah  terlalu  ramai  ahli  yang  tidak  sayang  kepada  Parti.  Masing-masing  mahu  mengejar  publisiti.

Sekecil-kecil  insiden  dibawa  kepentas  umum.  Setelah  mendapat  liputan  Akhbar   boleh  pula  mereka  berdamai  dan  mengumumkan   yang  segala  pertelingkah  yang  dihebah  sebelumnya  sudah   berjaya  diselesaikan.     Gejala  mencari  publisiti  murahan  ini  mestilah  dihentikan.     Jika  tidak   Partilah  yang    akan  menerima  padahnya.   Saya  orang  kecil  saja  dalam  Parti  tetapi  saya  sangat  sayangkan  perjuangan   atau   loves the Party  more.     Jika  kita  rajin  membuat  penyelidikan  memang  terdapat  dalam  Parti  orang-orang   yang   bertalam  dua  muka.  Jika  mereka   diberi  tempat,   pemimpin  akan  dipuji  melangit  jika  sebaliknya    akan  kedengaranlah  kutukan-kutukan  keras  terhadap  Kepimpanan.

Perkara-perkara internal tidak  patut dibawa  kepada  umum.     Pihak-pihak  Akhbar  Perdana  yang  menagguk  diair  keroh memanglah  bersedia   memberikan   liputan  demi  survival persuratkhabaran  dan  sekaligus   berjaya  meningkatkan  jualan.  Dan  apa  yang  dapat  dilihat   ahli-ahli  Parti  kitalah   yang  berlumba-lumba  mendapatkan   Akhbar  berkenaan   dan  membiarkan   Lidah   Resmi  Parti  Suara  Keadilan bertimbun  dan  bersawang  diatas  Rak-Rak  Outlet.    Selagi  kita  tidak  sedar  akan  gejala  ini  selagi  itulah  pihak-pihak  yang  berkepentingan  memperoleh  laba  politik.

Pihak  pimpinan  perlu  segera  meletakkan  full stop kepada  perkara-perkara  antik  yang  ahli-ahli  lakukan  ini.    Tidak  kira   apa   kedudukannya   (walaupun  YB) , mereka  tidak  sepatutnya  dibiar  mengamalkan  Double Standard.  Didalam  ceramah-ceramah,  mereka  sering  menganjurkan  perkara  yang  baik-baik  tetapi  lain  pula  yang  mereka   sendiri    amalkan.   Janganlah   dimusim-musim  Pemilihan  baru  hendak  jaga  sopan  santun  dan       tidak  berhenti  senyum.

Jadi  kesimpulannya  kita  kembali  kepada  tajuk.  Dan  saya    sudah    bersedia  berada  didalam  keadaan  tersebut.     Jika  tulisan  saya  ini  mendapat  reaksi  negatif  saya  akan  sentiasa  ada  pilihan  dan  jalan  keluar.        Yang   mesti  diberi   Keutamaan  hanyalah    Parti    dan  perjuangannya.


SEBELAS BULAN YANG PANJANG

November 8, 2009

Sejauh  manapun  sesuatu  perjalanan  itu  ia  tetap   bermula   dengan   langkah   yang   pertama.   Tanggal  8  Mac  2008  adalah  tarikh  keramat.   Pakatan  yang  masih  belum  terurus  dipaksa  oleh  rakyat  mentadbir  Negeri  Perak.

Pada  dasarnya  Pakatan  Rakyat  mahu   mentadbir  negeri   berjiwa  rakyat.   Sehingga  untuk  melantik  Ketua-Ketua  Kampong  beserta  dengan  Ahli  JKKK  pun  diserah   mengikut  kehendak  rakyat.   Ahli-Ahli  Majlispun   dianjurkan  terpaksa  melalui  berbagai  saringan.   Proses  melantik  Ketua-Ketua  Kampong  dan  Ahli-Ahli  Majlis  dimulakan  dengan  memberi  penerangan  kepada  ahli  Parti  diikuti  dengan  mengundi  untuk  memileh  Ketua-Ketua  Kampong  dan  beberapa  Temuduga  bagi  melantik  Ahli-Ahli Majlis  Kerajaan  Tempatan.  Walaupun  telah  melalui  peraturan  yang  memakan  masa  yang  begitu  panjang  keputusan  muktamatnya  tetap  tidak  demokratik.  Jika  dalam  Bolasepak ia  disebut  “sudah diatur”.

Oleh  sebab  tiadanya  orang-orang  cerdik  dikalangan  ahli-ahli  maka  Ketua-Ketua  Bahagian  yang  kalah  Pilihanraya   terpaksa   dipilih   bagi   mengisi  kerusi  Ahli  Majlis  Kerajaan  Tempatan  dan   selebihnya  pula  ia  diisi  oleh  orang-orang  kepercayaan  Ketua-Ketua  Bahagian.   Dan  ini  tidak  termasuk  agihan-agihan  bagi    mengetuai  GLCs.    Melihat  kepada  realiti  sebegitu  sepatutnya  tidak  perlu  langsung   diujudkan    berbagai  saringan  dan  proses.   Dari  awal-awal  lagi  sepatutnya  ditegaskan  kepada  ahli   yang   segala  keputusan  yang  dibuat  oleh  Pimpinan  adalah  muktamat.   Ahli-Ahlipun  tidak lah  terbuang  masa  hadir  temuduga  dan  saringan.   Tidak  kah  para  pemimpin  sekelian  sedar  yang  mereka  telah  terlalu  banyak  membuang  masa?     Sikap  mementing  diri  dikalangan  pemimpinlah  yang   menyebabkan   Pakatan  Rakyat   tewas  diseparuh  jalan.

Kini,  semua  ahli  diminta   berkerja  keras  bagi  menjamin  kemenangan  sekiranya  Pilihanraya   akan    berlaku  didalam  masa  yang  terdekat.      Lain  pula  yang  dilakukan  oleh  para  pemimpin.   Mereka  nampaknya  lebih    sibuk  mengadakan   Poll Status  Calun  didalam  Blog  bagi  meninjau  populariti   sambil  mengumpul   peratusan  yang  tertinggi  supaya  tidak  ada  orang  lain  yang  mampu  bersaing.    Bila   kita   kata    mereka  datang  keParti  ini  membawa  budaya  UMNO  bukan  main  marah  lagi  sampai  ta`  nampak  telinga.

Tentu  ramai  yang  ta`  senang  dengan  tulisan  ini  tetapi  untuk  berlaku  Adil cakap-cakap  mereka  saja kah  yang   betul  dan  perlu  diikut?      Saya  akan  berasa  amat  bangga  sekiranya  Datuk  Seri  Presiden  PKR  sendiri   dapat  mengambil   sedikit   perhatian.


SUNGAI BAYOR : Bila Rindu Ku Sebut Namamu

November 2, 2009

Sebuah  lagu  ciptaan  Datuk  Ahmad  Nawab  bertajuk   Bila  Rindu  Ku Sebut  Namamu telah  menjadi  Juara  Lagu  dalam  pertandingan  anjuran  TV3.    Lagu  tersebut  dinyanyikan  oleh  Siti Fairus.  Sebuah  adunan  muzik  yang  begitu   mendayu   dan  disempurnakan    (perfect)   lagi  dengan  susunan  lirik  yang  hebat  oleh   Juwie.

Diantara  liriknya :    Tanpa   kusedar….Aku  tersebut  namamu

Mengapakah   dengan  tiba-tiba….Akupun  menjadi  rindu

2.      Lagu  ini  tiada  kaitan  langsung  dengan  Sungai  Bayor.    Saya  mahu  membayangkan  kepada  para  pembaca  betapa   sayunya   saya  dihari   ini  apabila  terkenangkan   tempat  tersebut.   Saya  berkhidmat  disini     selama   tujoh  tahun  (1971-1978)   sebelum  diarah  berpindah   keSitiawan  bagi  melaksanakan   bidang  tugas  yang  lebih  mencabar.

3.      Saya  mula  kenal  persahabatan  diSungai  Bayor.   Dalam  usia   yang  masih  mentah   saya  diberi  kepercayaan  memimpin  golongan  Belia  dan   Belia-Belia  diSungai  Bayorlah  yang  mengangkat  saya  sehingga  saya  dipilih  sebagai  Ahli  Jawatankuasa  diPeringkat  Negeri. Disini  jugalah  saya  mula  berjinak  dengan  kegiatan  politik.    Saya  tidak  mungkin  mendapat  keistimewaan   sebegini    jika  saya  tidak   sanggup   tinggalkan  kampong  halaman.

4.      Saya  percaya   ramai  rakan-rakan  seangkatan   masih  berada  diSelama  khasnya  diSg.  Bayor  seperti  Cikgu  Zakaria , Cikgu  Shamsuddin,  Cikgu  Ibrahim  Sazali    (kesemuanya  telahpun  bersara) dan  Sdra  Mohamad Ibrahim.

5.      Saya  sangat  berharap  untuk  kembali  melihat  keadaan  Sungai Bayor   yang  saya  dengar  sudah  banyak  berubah.    Kepada   khalayak  Sungai  Bayor  yang  berkesempatan    membaca  tulisan  ini  saya   ucapkan  berbanyak-banyak  terima  kasih.