Cara tulisan kali ini ada sedikit berbeza dari yang lepas-lepas. Saya ingin mulakan dengan menterjemah istilah. Perkataan “Lost and Found” adalah satu istilah. Ia biasanya digunapakai dalam Industri Perhotelan. Apa- apa Barangan yang pelanggan tertinggal akan disimpan oleh pihak Pengurusan Bilek dilengkapi dengan maklumat pemilik (pelanggan). Para pelanggan yang berkenaan boleh menuntut Barangan tersebut pada bila-bila masa sahaja.
Bagi istilah “Kutip dan Pungut” ianya jarang didengar. Kalau adapun sesiapa yang menyebutnya ia hanya boleh difahami oleh kumpulan- kumpulan yang terhad. Tidak silap saya perkataan “Kutip dan Pungut” ada diguna oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia dimana Kamera yang merakam aktiviti mereka setiap hari serta yang bertindak sebagai alat komunikasi digelar “Kutip dan Pungut”.
Istilah ini jugalah yang ingin saya terjemahkan dalam aspek orang- orang kita berpolitik. Tidak lama lagi akan berlangsung lagi satu Pilihanraya Kecil dibumi Malaysia. Kali ini diDewan Undangan Negeri Permatang Pasir ( N.11 ). Penyandang Kerusi ini telah kembali kerahmatullah. Allahyarham Datuk Hamdan yang mewakili Parti PAS telah menang selesa disitu semenjak PRU ke 10 lagi. Dengan yang demikian tidak ada Isu besar yang boleh menggugat Parti PAS untuk terus memberikan khidmat disitu. Bagi UMNO jelas dilihat sebagai satu “uphill battle” untuk mengurangkan majoriti Parti PAS jauh sekali untuk memenanginya.
Menyedari perkara tersebutlah UMNO telah awal-awal lagi merencanakan sesuatu untuk menafikan Parti PAS dari mempertahankan satu-satunya Kerusi yang mereka ada diDewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Oleh kerana DUN N.11 terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang merupakan salah satu Kubu PKR maka strategi yang paling berkesan ialah dengan menyerang peribadi Anwar. Ini jelas dapat kita lihat dari beberapa siri ” Demonstrasi Sah ” mengutuk Anwar yang diberi liputannya meluas oleh pihak Media Utama. UMNO cepat benar terlupa “aksi menikus” mereka semasa PRK Penanti baru-baru ini.
Perbalahan kecil-kecil yang berlaku dikalangan pimpinan diNegeri-Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dikutip dan dipungut. Perkara seperti penjualan arak diperbesar sedangkan semasa BN memerintah hal-hal tersebut tidak diambil kesah. Begitu jugalah perbezaan pendapat dikalangan pimpinan PKR/PAS/DAP dikutip sebagai Pakatan Retak Menunggu Belah, tidak pandai mentadbir dan sebagainya. Ada juga suara-suara meminta pengundi memberi “lesson” kepada Pakatan Rakyat diPulau Pinang dengan memberi kemenangan kepada BN diPermatang Pasir. Ada juga kedengaran suara yang mengesyorkan supaya PAS keluar Pakatan. Matlamatnya supaya senang diketuk.
Pada kesimpulannya para Pengundi diPermatang Pauh sudahpun berlaku adil dari segi “representation” iaitu UMNO diSeberang Jaya, PKR diPenanti dan PAS diPermatang Pasir. Jika ada pihak yang hendak mengubahnya maka kutip dan pungutlah satu lagi Istilah iaitu “Orang Tamak Selalu Rugi”.