Sesungguhnya manusia dicipta dengan banyak kelebihan. Boleh berfikir, boleh melakukan berbagai inovasi dan diantaranya lebih berkuasa. Bagi Lembu (sejenis mammal juga) ia berasmara, melahirkan dan makan minum untuk menyambung nyawa seperti human beings juga. Mereka memileki otak tetapi tidak berkemampuan untuk berfikir. Setiap apa yang diperlakukan oleh manusia terhadap mereka – masyarakat lembu hanya mampu menzahirkan body language biasa iaitu membantah jika mahu dibawa pergi, mengalirkan airmata memohon simpati dan mengamuk bertujuan memberi ingatan kepada rakan-rakan disekelilingnya.
Bagi orang-orang politik mereka tidak punya masa memikirkan perkara tersebut. Mereka hanya memikirkan tentang survival sahaja sekalipun mereka terpaksa memperlembukan lembu.
Saya mempunyai asas berkata begitu. Suka saya imbas kembali bagaimana musuh politik Pakatan Rakyat mempolitikkan “Lembu Korban” bagi menjatuhkan Kerajaan pimpinan PKR diNegeri selangor. Walaupun telah diperjelaskan sejelas-jelasnya oleh pihak Menteri Besar Selangor pihak Pemuda UMNO selangor tetap mendesak Tan Sri Khalid bercuti untuk tidak menganggu siasatan.
Seterusnya masyarakat Lembu diaibkan lagi. Kepala lembu diarak dan ditinggalkan dihadapan Pejabat Menteri Besar diiringi dengan message-message yang membantah Penempatan Kuil Hindu keSeksyen 33 Shah Alam.
Sang Lembu adalah makhluk (created being) juga. Dengan cara tersendiri mereka juga boleh menyatakan dendam yang membara terhadap manusia kepada Maha Pencipta. Dan dari pengamatan saya dendam mereka akan terlerai sedikit masa lagi. Projek National Feedlot Corporation bernilai RM250 Juta yang diperuntukan kepada Kroni inilah yang akan menjadi penyebab Barisan Nasional menyembah bumi pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Disini suka saya sarankan kepada pihak yang mendesak Tan Sri Khalid bercuti tempoh hari untuk melakukan perkara yang sama kepada pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dengan projek tersebut supaya menyenangkan pihak berwajib melakukan siasatan.
Tujuan saya menulis ini sebenarnya mahu memberi ingatan kepada mereka yang mempersenda lembu seperti mengheret kepala lembu kesuatu tempat bagi memenuhi politik sempit. Kita juga patut sedar bagi penganut Ugama Hindu lembu itu suci dan disebut sebagai Sacred Cow.
Akhir sekali, meminjam tagline siri sukaramai di TV suatu ketika dulu ” It takes a cow to catch a thief “.