HULU SELANGOR : PELUANG BLOGGER MENGISI KEKOSONGAN

April 5, 2010

Secara  resminya  Suruhanjaya  Pilihanraya  sudahpun  menetapkan   17hb.  April  sebagai  tarikh  Penamaan  Calun  bagi  mengisi  kekosongan  Kerusi  Parlimen  Hulu  Selangor  dan   jika  ada  pertandingan  Hari   Mengundi  ialah  pada  25hb.  April,  2010.

Mengikut  perkhabarannya  Barisan  Nasional  akan  hanya  mengumumkan  Nama  Calun   mereka  pada  15hb.  iaitu  dua  hari  sebelum  tarikh  penamaan.    Dalam  erti  kata  lain    Calun  tersebut  sebenarnya  sudahpun    dikenalpasti.    Dengan  cara  begini   Parti-Parti  komponen  lain  yang  mengharapkan  calun  mereka  dipilih  tidak  mampu  melakukan  apa-apa  lagi  kerana  kesuntukan  masa.  Berdasar  kepada     Status quo , calun   Barisan  Nasional  tentunya   dari  Parti  MIC  dan  ini  merupakan  satu  risiko  yang  terpaksa   BN  hadapi.

Parti  Keadilan  Rakyat  juga  tidak  memiliki  banyak  pilihan.     Jika    calun   dari   kaum  India  dipilih   untuk  mengimbangi  BN   besar  kemungkinan   pengundi-pengundi  melayu  yang  menyokong  memenangkan  Dato  Zainal  Abidin  dulu  akan  tawar  hati.    Dan  lagi  seperti  yang  dilapurkan  dalam  Akhbar    Parti  MIC  sangat  yakin  12,000   Pengundi  dari  kaum  India  akan  mengundi  calun  mereka.    Mahu  tidak  mahu  seorang  calun  Melayu  jugalah  yang  akan  mewakili  Pakatan  Rakyat   dalam  pertarungan  yang  dijangka  sengit  ini.

Pucuk  pimpinan  PKR   dilihat   dalam  dilemma untuk  memilih     “winnanble  candidate”. Jika  seperti  lazimnya  orang-orang  yang  pernah  bersama  Anwar  dalam  UMNO  dulu  atau  rakan-rakan  semasa  di MCKK   dipilih   tidak  mungkinkah  mereka  ini  juga  akan  mengikut  jejak  rakan-rakan  yang  telah  membebaskan  diri itu?    Walau  bagaimanapun  masih  ada  orang  yang   baik  dalam  Pimpinan  PKR.       Untuk  memileh  seorang  yang  berpendidikan,  berintegriti  dan   mempunyai  latarbelakang   ugama  tidak  keterlaluan  saya  katakan   Calun  tersebut  ialah  Sdra  Mustafa  Kamil  Ayob.  Selain  dari  memiliki  ciri-ciri  yang  disebutkan  beliau  juga  merupakan  salah  seorang  Naib  Presiden  Parti.   Dikalangan  ketiga-tiga  Naib  Presiden  PKR  beliau   sahaja  yang  tidak    bergelar   YB.      Lain-lain  alternatif  seperti  meletakkan  ahli  Parti  PAS  sebagai  calun  akan  lebih  merumitkan  keadaan.

Melihat  kepada  senario  ini,  saorang  calun  dari  pihak  ketiga   ” 3rd  choice  “ boleh  melakukan  kejutan  dan    memintas  kedua-dua  calun  diatas.   Dan  peluang  ini  terbuka  luas  kepada    para  Blogger.  Kepada  Blogger  yang  laman  blog  mereka  mencapai hit beribu-ribu  sehari   perkara    menyertai   saingan   di  Hulu  Selangor   ini   adalah   ibarat          ” orang  mengantuk  disorong  bantal “. Memandangkan   usaha  ini  merupakan  satu Trend  Setter sudah  tentulah   para  blogger   akan  bersatu   dalam    menjayakan  kempen  sama  ada   lawatan  rumah  kerumah  mahupun  dialam  maya.    Sebelum  ini  ramai  yang  mendakwa  kejayaan  Pakatan Rakyat  didalam    beberapa    Pilihanraya  Kecil    adalah  dari   bantuan   para  Blogger.  Sudah  sampai  masanya  para  Blogger  sendiri  mewakili   rakyat  diParlimen.   Kalau  rata-rata  orang  berkata   Malaysia  Boleh maka  tidak  mustahil    Blogger  juga  Boleh.


SiBengkok Yang Mana Satu Hendak Ditegakkan?

April 18, 2009

Kita  semua  maklum   Kerajaan  Malaysia   sekarang   ialah  Kerajaan  Barisan  Nasional  yang  telah   memenangi  Pilihanraya  Umum  Ke 12.   Walaupun  baru-baru  ini  ada  perubahan  pucuk  pimpinan,  ia  dilakukan  melalui  persefahaman  diantara   orang  nombor  satu  dengan  orang   nombor  dua  bukan  melalui  endorsement  rakyat.

Tujuan    perkara  ini  dibangkitkan   bukan  bermaksud  memperkecil-kecilkan   kedudukan  Perdana  Menteri  yang  baru  beserta  dengan     Anggota   Kabinetnya  tidak  sama  sekali.  Perdana  Menteri  baru  adalah  Presiden  UMNO  Parti  Induk  Barisan  Nasional.

Teguran  yang  dimaksudkan  disini  hanya  tertumpu  kepada   Projek  Jambatan  Benkok  diSelat  Johor  dimana  kos   pembinaannya  mencecah  RM600 Juta.  Projek  ini  pada  asalnya   dirancang  dalam  Era   Perdana  Menteri  Keempat.   Perdana  Menteri  Kelima  setelah   mengkaji  secara  mendalam   mengambil   keputusan  untuk  membatalkannya.

Persoalannya   kini  ia  seolah-olah  mahu  diteruskan.  Baru-baru  ini   beberapa  pihak  termasuk  ahli  perniagaan  dan  ahli  politik  Johor  meminta  pihak  Kerajaan   meneruskan  pembinaan  Projek  tersebut.    Alasan  khusus  yang  mereka  beri  ialah  untuk  menyediakan   peluang   ekonomi  penduduk  setempat  dan  juga   memacu  pertumbuhannya.   Perkara  ini  telah  mendapat  respons   segera  dari  Timbalan  Perdana  Menteri  yang   menyatakan  belum   ada  keputusan  untuk  projek  tersebut  diteruskan.

Mengapa  timbul  pula   “belum  ada  keputusan”  sedangkan  sebelum  ini  sudah  ada  keputusan  “dibatalkan”.    Didalam  keadaan    sejumlah   besar  rakyat   kita   yang  diberhentikan  kerja  diRepublik  itu  ekonomi  bentuk  apa  pula  yang  hendak  dipacu?.

Saya  harap   kita  lupakan  saja   Projek  ini.   Dalam  pada    terlalu  banyak  pihak   yang   merasa  cemas   terhadap   perbelanjaan  yang   begitu  besar  setiap  kali  Pilihanraya  Kecil  diadakan  mengapa  pula  tidak   ada  yang    merasa  gusar   jika  Projek  Jambatan  Bengkok  di-   teruskan?

Satu soalan  untuk  dijawab  oleh  semua  rakyat Malaysia.  Terima  Kasih.


DAILOG DALAM FILEM : Get Down To Business BUKAN Mulalah Berniaga

April 14, 2009

Tentu  ramai  yang  terbahak-bahak  disebabkan  terlebih  ketawa  apabila   membaca   tajuk  posting    kali  ini.   Ta`  kisah  itu  semua,      kalau  nak  ketawa,   silakan  dan  kalau  nak  perlecehpun   tidak  di-     halang.

Sekadar  hendak  berkongsi  pengalaman   sewaktu   saya  menonton  sebuah   filem  Inggeris   disekitar  tahun   tujuh pulohan.   Ia  berkisar  dari  satu Scene  dimana    sepasang  pengantin  baru   sudahpun  sah   sebagai  suami isteri  selama  tiga  bulan  tetapi  masih  ta`  ada  apapun  yang  berlaku.  Siisteri  sudah  tidak  boleh  bersabar  lagi  lantas  mengadu  ia  kepada  ibu  mertuanya  yang  suaminya  masuk  bilek   terus  berdengkor  saja.

Si Ibu  Mertua   yang  prihatin  dengan   masaalah  tersebut   segera  melontarkan  satu  idea   kepada  suaminya (bapa mertua  perempuan  itu)  supaya   memberikan  tunjukajar  yang  sesuai  kepada  anak  mereka.  Pada  suatu  malam   Sibapa   yang  melihat  anaknya  terlalu  asyik  menonton  TV  lantas   menarik  tangan  anaknya  dan  megheret  hingga   kemuka  pintu  bilek   tidur  anaknya.   Sambil            dia   menolak  itu  dia  berkata  sesuatu  kepada  anaknya.  Dailognya  adalah  seperti  berikut:   “Get  Down  To  Business”   dan    perkataan-  perkataan   yang   keluar   sebagai    sarikata  (subtitle)    ialah           “Mulalah  Berniaga”.

Jadi  moral  cerita  ini  sebenarnya  ada  kaitan  dengan  hasrat   Datuk  Seri  Najib  supaya    semua  orang  dalam  pasukannya   jangan  berlengah  lagi,  turun  padang    meninjau   keperluan  rakyat.  Sebaliknya   ada  yang   tidak  faham  message  Perdana  Menteri.    Lihat   saja    telatah  terbahru  MIC  tentang   pengagihan  Kerusi  Kabinet.  Mereka  tidak  puashati  kerana   tidak  diberi  Jawatan  Kanan dalam  Kabinet  seperti   Kementerian  Kerjaraya    dan   tidak  ada  pertambahan   jawatan.   Mereka  juga  mempertikaikan  mengapa   Parti  Gerakan  mendapat  tambahan  jawatan  Menteri.  Ada  ura-ura   MIC  hendak    keluar  kerajaan.  Semua  ini  bergantung  kepada  keputusan  majlis  CWC  yang  akan  bermesyuarat  pada  hari  Khamis.

Pemimpin   MIC   secara    terang-terang    mahu  bertemu  Perdana  Menteri  dahulu  untuk  menyelesaikan   masaalah  jawatan  sebelum  betul-betul    bersedia   untuk  melaksanakan     Agenda    “Rakyat  Didahulukan”.   Sedangkan   umum  mengetahui  yang  P.M.  telah    melantik  kesemua  nama-nama  yang   ketua  mereka   hantarkan.

Kesimpulan  kepada  senario  ini  ialah   masih   ada    Anggota   Kerajaan  yang  tidak  faham  hasrat  pucuk  pimpinan.  Dan   jelas  sekali  yang  mereka   “masih  belum  mula  berniaga”.


CONTOH TERBILANG: Bubar Parti Bila Ada Pilihanraya

March 31, 2009

Saya  yakin  percaya  ramai  pendokong  Parti  Keadilan  Rakyat   yang  sangat  marah  kepada  tindakan   B. Kalai  Vanar  beserta  pengikut-pengikutnya   keluar   parti   beramai-ramai    dan    sekaligus   istihar   pembubaran   Bahagian  Jerai.      Tindakan   ini    diikuti    pula  oleh  S.  Poobalan  dan  S. Vasudevan  yang  meletak  jawatan sebagai  Ahli  Majlis  Perbandaran  Sungai  Petani.

Kita   sedia  maklum    tindakan   tidak  matang  ini  hanya  boleh  berlaku   ketika  menjelangnya  Pilihanraya  saja.  Acara  yang  mereka  lalui  ini  sebenarnya   hanya    menunggu  masa    untuk  dimasukkan  kedalam  ”  kalendar  permainan  rakyat “.   Jika  PAS  dan  DAP  juga  turut  meletakkan  calun  supaya  angkanya  menjadi  17   saya  pasti  akan  ada  Bahagian-Bahagian  Parti  DAP  dan  PAS   Kawasan  dibubarkan  juga.

Dalam  kenyataan    Media   berikutnya  mereka  menyatakan  mereka  tidak  akan  menyertai  mana-mana  parti  politik   Mereka  akan  menjadi   Badan Pendesak  kepada Kerajaan  dan   mahu  membantu  calun yang  benar-benar   ikhlas    dan   seterusnya    mereka  tidak  sanggup  lagi  diperdaya  oleh  pelakon  handalan  PKR.

Dari   apa  yang  mereka  katakan  diatas,   saya  ingin  kemukakan  beberapa  soalan.  Pertama   apakah   bentuk  desakan  yang  hendak  ditujukan   kepada  Kerajaan?     Kedua   dari  sejumlah  15  orang  yang  bertanding  diBukit  Selambau  itu  calun   yang  mana   telah  dikenalpasti  keikhlasannya?

Kepada    Pengurusan  Parti  Keadilan  Rakyat   saya  ucapkan    tahniah  kerana   kerja-kerja  saringan   taraf  ahli  telah    mereka  permudahkan.  Hanya   apabila   Bahagian  Jerai   yang  baru  hendak  ditubuh  selepas  ini   perlulah  memastikan    mereka-mereka  yang  keluar  ini  tidak  dipertimbangkan  untuk  menjadi  ahli  semula    walaupun   mereka  mengguling-guling    merayu.

Akhirnya  jika  saya  ditanya  dimana   bakat-bakat  baru  untuk  dijadikan  pelakon-pelakon  handalan  boleh  diperolehi?  Jawapan   saya  hanya  satu  dan  saya  sangat  yakin  dengan  jawapan  saya  ini  iaitu  diBukit  Selambau.