UMNO: Dimana salahnya J/K Disiplin?

January 30, 2009

Dengan  penuh  bangga  50  Pemuda UMNO  mewakili 2500 perwakilan memPROTES   tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  membenteras   rasuah politik.   Disamping  itu  mereka  juga  menghukum Lembaga Disiplin Parti  dengan  mengatakan  lembaga  tersebut  telah  nyanyuk.

Sebagai  pelapis  kepada UMNO,   apakah  yang  dikehendaki  oleh   orang-orang  muda   ini?    Adakah  mereka  sedar  dengan  menghalang  pihak  yang  berkuasa  menjalankan  tugas membenteras  rasuah  bererti  mereka  tidak  sanggup  kehilangan  budaya  tersebut.  Pada  hakikatnya  mereka-mereka  inilah  yang  akan  mengganti  pimpinan  mereka   yang  kebanyakannya  sudah  kekeringan  idea.  Bolehkah  kuasa  mentadbir  negara  diperturunkan  kepada  mereka  setelah  secara  terang-terangan  mereka  menunjuk  belang?

Sudah  tentulah  jawapannya  TIDAK BOLEH.    Dengan  jelas  mereka    tidak  akan   tunduk  kepada  peraturan.  Jadi   mahu  ta`  mahu  pemimpin  yang  ada  jugalah  terus  memikul   amanah   rakyat.

Disinilah  logiknya  cadangan  dari  Lembaga Disiplin.  Jika   bersetuju  memansuhkan  sayap  pemuda  maka  tidak  akan  ada  lagi  tunjuk  perasaan  yang   melampau  diadakan seperti  semalam   sebelum  mesyuarat MT  bermula.


Sekelip Mata Datuk Nasa menjadi CELEBRITY

January 29, 2009
Pada  mulanya  saya  hanya  mahu  menjadi  pembaca  dan  pendengar  saja  tentang   kemasukan  Datuk  Nasaruddin Hashim      kedalam  PKR.   Tidak  ada  satupun   peliknya   tindakan  Datuk Nasa  ini.   Dia  mewakili  rakyat  dikawasan  Bota  didalam  Dewan Undangan Negeri Perak   yang   diperintah  Pakatan Rakyat.  Oleh  kerana  PKR    adalah  anggota  komponen  dalam Kerajaan  Perak  maka  tindakan  beliau  ini  sebenarnya   mahu  menentukan   rakyat  dikawasan  Bota  dapat  menikmati  pembaharuan  yang  dibawa  oleh  Kerajaan  Pakatan  Rakyat  diNegeri  Perak  yang  diterajui  YAB  Dato`  Seri  Ir. Mohammad  Nizar  Jamaluddin.
Kecaman   yang  pelbagai  oleh   orang-orang UMNO   tidak  lebih  daripada   menzahirkan  rasa  kecewa    dan  ketakutan  yang amat  sangat     sekiranya   ada  lagi   yang  mahu  mengikut  jejak  Datuk Nasa.
Saya katakan  Datuk Nasa  overnight jadi celebrity  sebab  kecil  besar  orang-orang  UMNO bercakap.  Ada  yang  paginya  minta  dia  ubah  fikiran  dan  kembali  kepangkuan  dan  pada  petangnya  mendesak  dia  supaya  kosongkan  kerusi.  Alasannya  kerusi  tersebut  adalah  kerusi  pesaka  mereka.
Jadi  dalam  hal ni  memang  betullah  orang UMNO memang  mudah  lupa.  Mereka  lupa  masa  Datuk  Seri  Dr. Wan  Azizah  kosongkan  kerusi  Permatang  Pauh  untuk  memberi  laluan  kepada Perjuang Bangsa  mereka  katakan  parti PKR  mahu  membazirkan  wang  rakyat  kerana  untuk  SPR  mengadakan  satu-satu Pilihanraya Kecil  berjuta-juta  ringgit  wang  rakyat  akan  lesap. Dengan  yang  demikian  ungkapan “double standard”  hanya  mereka  saja  yang  layak  guna.
Ada  seorang  tu  ta`  mahu  kalah.  Dia  kata bila  UMNO  kuat  semula  orang  yang  melompat  ini  akan  meleleh  air  liur  nak   kembali kepangkuan UMNO.  Saya  percaya  dia  seorang  saja  yang  mungkin  begitu.   Bagi  pelompat-pelompat  lain  saya  pasti tidak  akan  menyeberang  balik  sebab  “Jambatan  telah lama  terbakar”.

TAHUN LEMBU : Apa yang terkumpul dalam setor

January 28, 2009

Bagi  memperjelas  tajuk  diatas  suka  saya  terjemahkan  dalam  bahasa Inggeris  iaitu  “Year of the ox :  what we have in store.

Kita  sering  mendengar   haiwan  –  haiwan   yang   setia  ialah  Anjing  dan  Kuda.    Anjing  terkenal  begitu  taat  menjaga   hakmilek   tuannya.   Manakala  Kuda  pula   bersedia   membawa  tuannya  pergi  sejauh-jauh  perjalanan  bertujuan  menyelamat  daripada  mara-bahaya.

Lembu  mengatasi   haiwan-haiwan  lain.   Untuk  membantu   tuannya   berjimat  dengan  pengunaan  bahan  bakar  disamping   menghindar  pencemaran  alam sekitar Lembulah  satu-satunya  haiwan  yang  bersedia  menjadi  kereta (kereta lembu) .  Satu  lagi  khidmat masyarakat  yang  lembu  lakukan   ialah  komitmennya  menjadi  “Haiwan Korban”  semasa  umat  Islam  menyambut  Aidil Azhar.

Sungguh  hebat  peranan  lembu   dalam   kehidupan  manusia.   Tetapi  mengapa  apabila   manusia  mengalami  masaalah   lembu  pula yang  menjadi  mangsa  dan sasaran.    Jikalau  manusia  itu  bodoh   dan  ta`  mampu  berfikir  dan  tidak  berdaya  membuat  keputusan  dengan  baik  dia  akan  dikatakan  “Bodoh  macam  lembu  atau  otak  lembu”.  Dan  sekiranya  pula   ada  manusia   yang    telah  diperdaya  dia  akan  dikenali  sebagai  orang  yang  telah  diperlembu.

Saya  percaya   pada  suatu  hari  nanti  lembu-lembu   akan  sedar  juga  akan    gejala  yang  menimpa  mereka  ini.    Ketika  itu  sekiranya   lembu-lembu   kita  ini  sudah  pandai   berpolitik  janganlah  kita  hairan dan  terkejut  yang  mereka  boleh  bersepakat  dan  bersetia    membantu   mana-mana  pakatan   menjelmakan  satu  perubahan  besar  dalam  negara  kita.  InshaAllah.


Jabatan Persekutuan diPerak via Intenet?

January 22, 2009

Sebagai  seorang  rakyat Negeri Perak (dilahirkan diBukit Chandan,Kuala Kangsar)   saya  amat  tersinggung   tentang  arahan-arahan   kepada  pegawai-pegawai persekutuan diNegeri Perak  supaya jangan  melayan  sebarang  jemputan Kerajaan Negeri Perak.

Disini  saya  ingin  syorkan  kepada  semua  anak  negeri  supaya  jangan  ambil  kisah  sangat  tentang  arahan-arahan  menteri tersebut.  Yang beliau  arahkan  itu adalah  pegawai-pegawai dibawah  takluknya  begitu juga  jkkkP  (P:  Percubaan tanpa had,  tidak  seperti  JPJ  hanya  untuk 2 tahun sahaja).  Hanya  yang  diharapkan   perkara  ini  biarlah  dua-hala.   Apabila  orang  tidak  sudi  kita pula ta`  usahlah  membazir.

Untuk  mencapai  ketahap  “win-win situation”  saya  ajukan  cadangan   bernas  seperti  berikut:

i. Pembayaran  gaji/elaun/insentif  hendaklah  dipastikan  BUKAN    pendapatan  yang  diperolehi  dari  pembayar  cukai  pendapatan  dari  syarikat-syarikat  yang  berniaga  diNegeri Perak

ii.  Segala urusan yang dimaksudkan untuk  Negeri Pakatan Rakyat ini  dipancar dari  mana-mana saja asalkan bukan  stesennya diPerak.  Salurkan semua bentuk urusan  melalui  khidmat  jalurlebar   i.e.  secara Maya (internet).   Dengan  berbuat  begini  pihak  Kerajaan Pakatan Rakyat  tidak  perlu lagi  menyediakan  bangunan-banguinan  pejabat  serta  tempat-tempat tinggal orang-orang federal

iii.  Rakyat Negeri Perak   boleh  berbangga   kerana  cara  yang dicadangkan  ini  benar-benar  consumer friendly.   Tidak  perlu  pergi   kemana-mana pejabat  untuk  berurusan  dengan  jabatan persekutuan  yang  dimaksudkan.   Buat  saja  permohonan  melalui  intenet  dan   barang /khidmat  yang  dipohon  akan  sampai  dihadapan  pintu

iv.  5  buah  negeri  boleh  memulakan nya.   Saya  percaya  dalam  tempoh  yang  terdekat  kesemua  negeri-negeri  lain  akan  mengiktiraf “brainchild” ini.

Akhir sekali,  semua  ini adalah  merupakan  pandangan  saja  akibat  dari  penerimaan  tamparan  yang sangat  sakit.


Berpolitik Sambil Belajar

January 20, 2009

Semuanya sudah berakhir. Pengundi-Pengundi telah kembali melakukan kerja-kerja harian seperti kelaut dan kesawah. Petugas-petugas kolar putih juga sudah kembali berkerja.

Pendokong-pendokong parti-parti yang bertanding juga telah meninggalkan lokasi kempen. Ada yang balik naik MPV, kereta Sedan, Bas dan naik belon kepada mereka yang terpaksa merentas laut luas. Pada hari Ahad 18hb terlalu ramai yang menyanyikan lagu “Aud Lang Syne”

Dalam PRK KT keputusannya jelas telah ditentukan oleh orang-orang muda yang matang dan ramai diantara mereka masih belajar dipusat-pusat pengajian tinggi. Memang benar ramai juga yang tidak balik mengundi tetapi yang tidak balikpun memainkan peranan juga. Mereka pastikan yang ibubapa mereka dikampong tidak lagi menjadi pak-pak turut. Mereka memberikan kata-kata perangsang seperti “stand up! And be counted” kepada sanak saudara mereka.

Tugas dan tanggungjawab sdra/sdri sudah selesai dan tugas saya memberikan tip-tip penting sepanjang PRK itu juga sudah terlaksana. Sebagai masyarakat pelajar  (saya pelajar tua)  marilah kita tumpukan kepada Assignment dan Final pula.

Sekian.


DRAMA KHAS diRADIO

January 16, 2009

Skrip:

i. Sepasang suami isteri  dibilek tidur

ii. Siisteri tidak dapat melelapkan mata (fikiran berceramok)

iii.Sisuami mengantuk gile  tapi  ta` boleh  lena sebab lampu terang

Dailog:

SUAMI:   Tidurlah  Teh  (Puteh Mariam)  ooi..  dah  3  pagi ni, besok kita nak mengundi

ISTERI:  Ta` mahu lena Bang  Cik (Awang  Kecik) ooi..  susah hati memikirknn perkara-perkara mendatang ni

SUAMI:  Sudah!  tutup lampu tu….  tidur!     Tentang  benda-benda yang nak datang  kita  fikir lain masa.    Besok MENGUNDI  itu yang paling penting

ISTERI: Yang saya peningkan ni  bersangkutpaut dengan Undilah Bang Cik ooi…

SUAMI:  Sementelah Abangpun ta` dapat nak tidur,  Teh ceritakan kat abang ni  apa dia yang berat sangat tu

ISTERI:  Banyak perkara sebenarnya

SUAMI:  Ta` kisah  Teh,   huraikan  satu persatu

ISTERI:  Baik,  yang pertama  Laptop Percuma – anak kita  ta` akan dapat kerana dia sekolah menengah.  Mahu ta` mahu kita kena beli untuk dia supaya tidak ketinggalan zaman

ISTERI:  Yang kedua  berbillion-billion turun ketempat kita ni  abang ta` takut  ke  rumah kita dipecah penjenayah  kerana  mereka ingat kitapun dapat berjuta juga?  Dan selepas p/raya ni  selesai  macamana keselamatan kita tanpa 6000 tu.  Mereka  tentu dah rindu dengan anak isteri.

SUAMI:  Teh…Teh…   Percayalah kat abang ni.  Perkara-perkara itu semua  ta`  akan ada.  Itukan janji-janji politik.    Kalau kerajaan ta`  mampu nak umum itu semua nanti  penyokong-penyokong kita  perlekeh pulak.    Semua tu  ta` ada  Teh  ooi . Buat kata orang Penang “gempaq saja”.    Teh tengok saja  janji-janji semasa diPermatang Pauh – JANJI TINGGAL JANJI.

ISTERI:   Kalau macamtu  O.K. lah  barulah Teh faham.  Tapi!!!  Ada satu lagi yang Teh  ta` berapa nak faham.

SUAMI:  Pulak dah,  ta` boleh tidur lagi lah ni.  Apa dia???

ISTERI:  Ni lah Bang Cik ooi…. pasal  struktur cukai.  Tiap-tiap tahun dalam perbentangan bajet – Cukai Rokok mesti naik.  Alasannya  supaya  rakyat berhenti tabiat buruk tu.    Kerajaan ta` tahu ke  yang hisap rokok ni  adalah  para nelayan  dan pengubah lagu macam Abang.    Sedangkan  rokok  masih dijual.    Kemudian  ada  ketetapan pulak  tidak boleh beli sebatang  sebatang.   Kena beli  sekotak besar  sebab  kotak  untuk 6 batang  telah tidak dibenarkan.

SUAMI:  Betul lah  cakap isteri abang ni.   Abangpun baru sedar, dulu semasa abang mula-mula hisap rokok peter harganya  ta` sampai RM3.   Sekarang  RM9.    Banyak betul  bajet rumahtangga pergi kesitu.   Sempena  dengan kesedaran ini  abang nak buat satu  ketetapan.   Walaupun Undi itu rahsia abang nak beritahu Teh  kali ini  abang akan berubah.  Abang nak ikut pandangan  “blogger” yang mengatakan  orang-orang dibandaraya lain seperti KL  dan Ipoh sudahpun berubah.

ISTERI:  Teh bersetuju benar dengan pendirian Abang ni.  Besok pagi diPusat Mengundi kita mulakan perubahan yang hakiki.

SELESAI

Nota:  watak dalam drama adalah rekaan semata – tidak ada kena mengena dengan yang telah tiada dan yang masih hidup.


As I told you….

January 15, 2009

Its  21.36  and I just had my dinner.    Before dinner I was infront of my  TV  tuned to 501 and had a good Sudut Pandang programme.  What a waste ,  a 30 min.  slot  have not been used at the optimum by both panelist.

The one who represent BN   regard this by-election as   petty matters. He said  a win or loose will not  change anything. The BN government is still solid strong at Parliament.   That statement alone shows that they have forgotten their former MP.  The other panelist (PR)  has also failed  to finish off the half-court  ball.

I then went through online newsBreak.     And what a news titled ” 111 Pas supporters join Umno”.   As I told  in  my earlier post I did aspect  from time to time  there will be updates on  figures of crossovers.  In this case they are only SUPPORTERS not the real MEMBERS  and  we have to thank them for showing their true colours and let them get what they really want.


Senarai Semak (Checklist) Sebelum MENGUNDI

January 15, 2009

Perkara pesan-memesan ini  adalah satu amalan yang baik. Apa-apa yang sdra-sdri terlupa  saya tolong ingatkan  dan  begitulah  sebaliknya  Apa-apa yang saya terlupa  saya berharap  benar sdra-sdri tolong ingatkan.  Contohnya  jika ada perkara-perkara  yang sdra-sdri hendak  saya  hebahkan  janganlah  keberatan e-mailkan saja.

CHECKLIST SEBELUM MEMBUANG UNDI

1.  PERKARA YANG AKAN LENYAP SELEPAS  JAN. 17

1.1. Puji-pujian melangit terhadap Allahyarham Datuk Razali. Tentang  Aspirasinya, tentang berpandangan jauhnya, tentang merealisasikan perancangannya serta tentang cerita yang jika beliau tidak masuk politik beliau akan jadi KPP

1.2. Lapuran-lapuran bernas  dari TV3

1.3. Pendekatan “mesra angka”

1.4. Kesakitan penjual rojak (dihempap bendera) yang mendapat pehatian khas calun Bn

2.  PENGENALAN DIRI DIPUSAT MENGUNDI

2.1.  Bawa Kad Pengenalan/mykad anda  (jangan tersilap bawa kad  orang lain)


BANYAK PETUNJUK MEMIHAK PAKATAN

January 14, 2009

Bahang   panas  diselekoh  akhir  Pilihanraya P.036  semakin  terasa.   Dari  sumber saya  yang  sekarang  berada  ditengah-tengah   medan     itu  terlalu  banyak  petunjuk  yang  menyatakan  Pakatan Rakyat   akan sekali  lagi  mengekalkan  rekod  memenangi  setiap pilihanraya  kecil  yang  diadakan  selepas  PRU 12.

Label ” pakatan rapuh ”  yang diberi oleh  BN  nyata  meleset.   Lihat  saja diSidang Khas Parlimen  mereka  solid  menentang  kekejaman rejim zionis.

Pendekatan  “mesra  angka”  yang   BN  lakukan  sekarang  pada  akhirnya  memakan diri.     Dari  sebelum  penamaan calunpun   BN sudah  mula    main angka  iaitu  Tambahan 400J  dan  25000  bahan bimbit  murid  tahun V.   Angka  yang terakhir ini  ialah  rakyat  Terengganu   akan  memperolehi 3  billion   sekiranya  harga  minyak  terus  naik.       Rakyat dinegeri-negeri  yang  ta`  dapat  royalti “biak pi la  kat  depa”.

Menyedari   yang  BN   telah  meminggirkan  golongan  muda,  B erita Harian  hari  ini  telah  mengambilalih  peranan  dengan  cara  pro-aktif  membekalkan  Satu Sisipan  yang  mengandungi  nama-nama  pelajar(Terengganu)  yang  lulus  cemerlang  dalam  PMR  baru-baru  ini.     Disini  saya  rasa  pelik  sikit  kerana  para  pelajar  lepasan PMR belum  boleh  mengundi.  Dalam  hal ini  saya  mengaku  kalah  kerana ta`  dapat  nak  figure out  apa motifnya.

Menurut satu kajian,   akhbar  amat  kurang  dibaca  diKuala Terengganu .      Hanya   TV  yang  ketara  ramai  penonton. Ini  tidak  termasuk Astro  yang langganannya masih  belum  memuaskan.

Seperkara lagi  BN  terlalu  banyak  menumpang  populariti Allahyarham Datuk Razali   tentang  Aspirasinya,  Kegigihannya   serta inteleknya.

Bagi  para  pendokong  PKR  dari  seluruh  negara  yang  berkampong  di KT  mereka  mahu  membalas  budi   pendokong-pendokong  PAS  sewaktu  diPmtg  Pauh   tempoh  hari.


Round-Up Election Campaign

January 13, 2009

Countdown to  P.036 By-Election is almost at the strike of the Clock.   To summarize  all  events I would like to  put it in the form of Examination Question Paper   as  below :

PAPER   I

POLITICAL  SURVIVAL

Part  A

Read the following passage    and  answer  the questions provided either YES  or  No  only.

On the 17 of January 2009   about 80,000  registered voters of P.036 (Kuala Terengganu) will have to decide who would represent them in Malaysian Parliament.   Their  choice is  either  to agree  to have a Yang Berhurmat once elected will be given a  govt. post as deputy minister  or  a real rakyat champion who will devote whole heartedly to the need of all his constituents at any time.

Question No.1 :    In this by-election Hudud is Non Issue    YES/NO

Question No.2 :    The 6 Boxes is too old to be an Issue           YES/NO

Question No.3:      This by-election is for a seat at   Federal Level.                                                 Nothing to do with whatever promise by the                                                     previous govt.                               YES/NO

PART  B

ANSWER ALL QUESTIONS

1.  Kuala Terengganu Bandaraya  has its name as                                                   “Warisan Persisir Air”  since 01.01.2008.   In                                                   many parts of the town the drainage system                                                     is still not satisfactory.       Explain

2.  Prior to PAS Rule in 1999-2004  the Oil Royalty                                             is taken away and replaced by the system called                                             Compassionate Fund controlled by the Federal                                               Administrations.   When BN was returned  to                                                   power after 2004 general elections  The Petronas                                         5% royalty is given back to the State .                                                                                                                                                                                                                                                                    Discuss

3.  State very clearly the machanism on  how the  additional                          RM400bil oil royalty received recently to be distributed.

Discuss

QUESTION PAPER ENDS  HERE