Berpolitik Sambil Belajar

January 20, 2009

Semuanya sudah berakhir. Pengundi-Pengundi telah kembali melakukan kerja-kerja harian seperti kelaut dan kesawah. Petugas-petugas kolar putih juga sudah kembali berkerja.

Pendokong-pendokong parti-parti yang bertanding juga telah meninggalkan lokasi kempen. Ada yang balik naik MPV, kereta Sedan, Bas dan naik belon kepada mereka yang terpaksa merentas laut luas. Pada hari Ahad 18hb terlalu ramai yang menyanyikan lagu “Aud Lang Syne”

Dalam PRK KT keputusannya jelas telah ditentukan oleh orang-orang muda yang matang dan ramai diantara mereka masih belajar dipusat-pusat pengajian tinggi. Memang benar ramai juga yang tidak balik mengundi tetapi yang tidak balikpun memainkan peranan juga. Mereka pastikan yang ibubapa mereka dikampong tidak lagi menjadi pak-pak turut. Mereka memberikan kata-kata perangsang seperti “stand up! And be counted” kepada sanak saudara mereka.

Tugas dan tanggungjawab sdra/sdri sudah selesai dan tugas saya memberikan tip-tip penting sepanjang PRK itu juga sudah terlaksana. Sebagai masyarakat pelajar  (saya pelajar tua)  marilah kita tumpukan kepada Assignment dan Final pula.

Sekian.

Advertisements

DRAMA KHAS diRADIO

January 16, 2009

Skrip:

i. Sepasang suami isteri  dibilek tidur

ii. Siisteri tidak dapat melelapkan mata (fikiran berceramok)

iii.Sisuami mengantuk gile  tapi  ta` boleh  lena sebab lampu terang

Dailog:

SUAMI:   Tidurlah  Teh  (Puteh Mariam)  ooi..  dah  3  pagi ni, besok kita nak mengundi

ISTERI:  Ta` mahu lena Bang  Cik (Awang  Kecik) ooi..  susah hati memikirknn perkara-perkara mendatang ni

SUAMI:  Sudah!  tutup lampu tu….  tidur!     Tentang  benda-benda yang nak datang  kita  fikir lain masa.    Besok MENGUNDI  itu yang paling penting

ISTERI: Yang saya peningkan ni  bersangkutpaut dengan Undilah Bang Cik ooi…

SUAMI:  Sementelah Abangpun ta` dapat nak tidur,  Teh ceritakan kat abang ni  apa dia yang berat sangat tu

ISTERI:  Banyak perkara sebenarnya

SUAMI:  Ta` kisah  Teh,   huraikan  satu persatu

ISTERI:  Baik,  yang pertama  Laptop Percuma – anak kita  ta` akan dapat kerana dia sekolah menengah.  Mahu ta` mahu kita kena beli untuk dia supaya tidak ketinggalan zaman

ISTERI:  Yang kedua  berbillion-billion turun ketempat kita ni  abang ta` takut  ke  rumah kita dipecah penjenayah  kerana  mereka ingat kitapun dapat berjuta juga?  Dan selepas p/raya ni  selesai  macamana keselamatan kita tanpa 6000 tu.  Mereka  tentu dah rindu dengan anak isteri.

SUAMI:  Teh…Teh…   Percayalah kat abang ni.  Perkara-perkara itu semua  ta`  akan ada.  Itukan janji-janji politik.    Kalau kerajaan ta`  mampu nak umum itu semua nanti  penyokong-penyokong kita  perlekeh pulak.    Semua tu  ta` ada  Teh  ooi . Buat kata orang Penang “gempaq saja”.    Teh tengok saja  janji-janji semasa diPermatang Pauh – JANJI TINGGAL JANJI.

ISTERI:   Kalau macamtu  O.K. lah  barulah Teh faham.  Tapi!!!  Ada satu lagi yang Teh  ta` berapa nak faham.

SUAMI:  Pulak dah,  ta` boleh tidur lagi lah ni.  Apa dia???

ISTERI:  Ni lah Bang Cik ooi…. pasal  struktur cukai.  Tiap-tiap tahun dalam perbentangan bajet – Cukai Rokok mesti naik.  Alasannya  supaya  rakyat berhenti tabiat buruk tu.    Kerajaan ta` tahu ke  yang hisap rokok ni  adalah  para nelayan  dan pengubah lagu macam Abang.    Sedangkan  rokok  masih dijual.    Kemudian  ada  ketetapan pulak  tidak boleh beli sebatang  sebatang.   Kena beli  sekotak besar  sebab  kotak  untuk 6 batang  telah tidak dibenarkan.

SUAMI:  Betul lah  cakap isteri abang ni.   Abangpun baru sedar, dulu semasa abang mula-mula hisap rokok peter harganya  ta` sampai RM3.   Sekarang  RM9.    Banyak betul  bajet rumahtangga pergi kesitu.   Sempena  dengan kesedaran ini  abang nak buat satu  ketetapan.   Walaupun Undi itu rahsia abang nak beritahu Teh  kali ini  abang akan berubah.  Abang nak ikut pandangan  “blogger” yang mengatakan  orang-orang dibandaraya lain seperti KL  dan Ipoh sudahpun berubah.

ISTERI:  Teh bersetuju benar dengan pendirian Abang ni.  Besok pagi diPusat Mengundi kita mulakan perubahan yang hakiki.

SELESAI

Nota:  watak dalam drama adalah rekaan semata – tidak ada kena mengena dengan yang telah tiada dan yang masih hidup.


As I told you….

January 15, 2009

Its  21.36  and I just had my dinner.    Before dinner I was infront of my  TV  tuned to 501 and had a good Sudut Pandang programme.  What a waste ,  a 30 min.  slot  have not been used at the optimum by both panelist.

The one who represent BN   regard this by-election as   petty matters. He said  a win or loose will not  change anything. The BN government is still solid strong at Parliament.   That statement alone shows that they have forgotten their former MP.  The other panelist (PR)  has also failed  to finish off the half-court  ball.

I then went through online newsBreak.     And what a news titled ” 111 Pas supporters join Umno”.   As I told  in  my earlier post I did aspect  from time to time  there will be updates on  figures of crossovers.  In this case they are only SUPPORTERS not the real MEMBERS  and  we have to thank them for showing their true colours and let them get what they really want.


Senarai Semak (Checklist) Sebelum MENGUNDI

January 15, 2009

Perkara pesan-memesan ini  adalah satu amalan yang baik. Apa-apa yang sdra-sdri terlupa  saya tolong ingatkan  dan  begitulah  sebaliknya  Apa-apa yang saya terlupa  saya berharap  benar sdra-sdri tolong ingatkan.  Contohnya  jika ada perkara-perkara  yang sdra-sdri hendak  saya  hebahkan  janganlah  keberatan e-mailkan saja.

CHECKLIST SEBELUM MEMBUANG UNDI

1.  PERKARA YANG AKAN LENYAP SELEPAS  JAN. 17

1.1. Puji-pujian melangit terhadap Allahyarham Datuk Razali. Tentang  Aspirasinya, tentang berpandangan jauhnya, tentang merealisasikan perancangannya serta tentang cerita yang jika beliau tidak masuk politik beliau akan jadi KPP

1.2. Lapuran-lapuran bernas  dari TV3

1.3. Pendekatan “mesra angka”

1.4. Kesakitan penjual rojak (dihempap bendera) yang mendapat pehatian khas calun Bn

2.  PENGENALAN DIRI DIPUSAT MENGUNDI

2.1.  Bawa Kad Pengenalan/mykad anda  (jangan tersilap bawa kad  orang lain)


BANYAK PETUNJUK MEMIHAK PAKATAN

January 14, 2009

Bahang   panas  diselekoh  akhir  Pilihanraya P.036  semakin  terasa.   Dari  sumber saya  yang  sekarang  berada  ditengah-tengah   medan     itu  terlalu  banyak  petunjuk  yang  menyatakan  Pakatan Rakyat   akan sekali  lagi  mengekalkan  rekod  memenangi  setiap pilihanraya  kecil  yang  diadakan  selepas  PRU 12.

Label ” pakatan rapuh ”  yang diberi oleh  BN  nyata  meleset.   Lihat  saja diSidang Khas Parlimen  mereka  solid  menentang  kekejaman rejim zionis.

Pendekatan  “mesra  angka”  yang   BN  lakukan  sekarang  pada  akhirnya  memakan diri.     Dari  sebelum  penamaan calunpun   BN sudah  mula    main angka  iaitu  Tambahan 400J  dan  25000  bahan bimbit  murid  tahun V.   Angka  yang terakhir ini  ialah  rakyat  Terengganu   akan  memperolehi 3  billion   sekiranya  harga  minyak  terus  naik.       Rakyat dinegeri-negeri  yang  ta`  dapat  royalti “biak pi la  kat  depa”.

Menyedari   yang  BN   telah  meminggirkan  golongan  muda,  B erita Harian  hari  ini  telah  mengambilalih  peranan  dengan  cara  pro-aktif  membekalkan  Satu Sisipan  yang  mengandungi  nama-nama  pelajar(Terengganu)  yang  lulus  cemerlang  dalam  PMR  baru-baru  ini.     Disini  saya  rasa  pelik  sikit  kerana  para  pelajar  lepasan PMR belum  boleh  mengundi.  Dalam  hal ini  saya  mengaku  kalah  kerana ta`  dapat  nak  figure out  apa motifnya.

Menurut satu kajian,   akhbar  amat  kurang  dibaca  diKuala Terengganu .      Hanya   TV  yang  ketara  ramai  penonton. Ini  tidak  termasuk Astro  yang langganannya masih  belum  memuaskan.

Seperkara lagi  BN  terlalu  banyak  menumpang  populariti Allahyarham Datuk Razali   tentang  Aspirasinya,  Kegigihannya   serta inteleknya.

Bagi  para  pendokong  PKR  dari  seluruh  negara  yang  berkampong  di KT  mereka  mahu  membalas  budi   pendokong-pendokong  PAS  sewaktu  diPmtg  Pauh   tempoh  hari.