MEMANG ADA CILI YANG TIDAK PEDAS

October 30, 2009

DiNegeri  Sembilan  masakan  yang  paling  popular  ialah  Masak  Lemak   Pedas   menggunakan  Cili  Api.   Bagi  membuktikan   kebenaran  perkara  ini  sehingga  ada   satu  tempat  dinamakan  Pedas.  Saya  juga   pernah   berkursus  diSekolah  Latihan  Kesihatan  Rembau  disekitar  awal  1969  dan    saya   memperakukan   yang  masakan  Gulai  Lemak  Cili  Api  ini  memang    “Best”   walaupun  kegemaran  saya  tetap    Gulai Tempoyak.

Bercakap  mengenai  jenis-jenis  Cili  (cabai)   memang  ada  cili   yang   pedas,  kurang  pedas  dan  merah  menyala  tetapi  langsung  ta`  pedas.    Walau  macam  manapun  sekiranya  kita  hendak  mengesahkan  sesuatu   kesalahan  kita  akan  berkata  “Siapa  Makan  Cili  Dialah  Yang  Merasa  Pedasnya”

Saya  hendak  kaitkan  kisah  ini  dengan   apa  yang  diluahkan  oleh  Datuk   Mohamad Aziz  Sri  Gading  diParlimen  semalam.    Melalui  laporan  diAkhbar  dan  juga  ulasan  didalam   Blog Detikdaily dua  Menteri  Kabinet  dimintanya   meletak  jawatan.    Saya  tidak  nampak  cacat  celanya   kedua-dua  watak  tersebut.    Sebagai  Ahli  Jemaah  (Kabinet)   mereka  melakukan  kerja-kerja  yang  dipertanggungjawabkan.   Sebagai  contoh  jika  Ong Tee Keat  tidak  membuat  kerjanya  ta`  mungkin  skandal  PKFZ  kini   “box  office”.   Bagi  Presiden  GERAKAN  pula  beliau  baru  saja  berada  disitu.  Jika  tugasan  yang  perlu  beliau  pikul   sesuatu  yang  mudah  tidak  perlulah  Perdana  Menteri  melantik  seorang  lagi  Menteri  bertanggungjawab  kepada  KPI.

Sebagai  rakan  dalam  BN  pula   Sri  Gading   sepatutnya  mengambil  tahu  akan  kandungan     Perlembagaan  MCA.    Oleh  kerana  keputusan  Undian  hanya  “simple  majority”   maka  jawatan  Presiden  tersebut  tidak  terbatal  secara  otomatis.    Berpandukan  kepada  perkembangan  terkini   usaha-usaha  “berkompromi”  yang  telah  dibuat  antara  Ong  dan  Chua  ini  dilihat  boleh  menjernihkan  kembali  perpaduan  ahli.    Sebagai  Wakil  Rakyat,    Sri  Gading  sepatutnya  menggunakan  masa  yang  diberi  untuk  meluahkan   masaalah  rakyat.   Sebagai  contoh   Peraturan  yang  mewajibkan  kenderaan  berumur  lebih  15  tahun  dibawa  kePuspakom  sebelum  boleh  diperbaharui  Cukai  Jalan  mulai  tahun  depan   patut  ditentang  oleh  wakil-wakil  rakyat  kerana  ia  boleh  menyulitkan  keadaan.    Bukan  semua  kenderaan  lama  tidak   “road worthy”  dan  bukan  semua  yang  baru  itu  tiada  cacat  cela.  Tengok  saja  Jambatan  Gantung Kuala  Dipang  yang  runtoh  sedangkan  baru   dua  minggu  dibina.

Saya  bersetuju  benar  publisiti  yang  meluas  ini  diberi  kepada  Sri  Gading.   Oleh  kerana  terlalu  kurang  mendapat  liputan  media  saya  pun  terkejut  bila  mendapat    tahu  yang  beliau  telah  tiga  ( 3 )  Penggal   menjadi   Wakil  Rakyat  dan  sebelum  ini   juga  beliau   pernah  menjadi  EXCO   Kerajaan  Negeri.    Hanya  jawatan  Menteri  Kabinet  sahaja  yang  belum.  Bagi  menutup  cerita  ini  biarlah  cili  memainkan  peranan  yang  sepatut  baginya.  Jangan  terikut-ikut  orang  dulu-dulu,   menghukum  anakpun  guna  cili.




PEMBAYAR CUKAI TENTU KECEWA BELANJAWAN DILULUS TERGESA-GESA

October 28, 2009

Dimana  rasionalnya   Bajet  Tahunan  dilulus  dalam  tempoh  (  masa )  yang  begitu  singkat  iaitu  kurang  dari  2  jam  sedangkan  Notis  memanggil  Ahli-Ahli  Yang  Berhormat  untuk hadir  Persidangan   mengambil  masa    14  hari    sebelum   tarikh   iaitu  satu  tempoh   yang memungkinkan   para   ADUN    cukup  bersedia  dengan  Input yang sepatutnya.

Perkara  ini  berlaku  pada  28  Oktober  2009  diDewan  Undangan  Negeri  Perak.    Bagi  Anggota  Kerajaan  beserta  dengan   BN   Backbenchers nya  sudah  tentulah  merasa  sangat  bangga  kerana   kejayaan   mencipta   satu   sejarah  yang  sangat  unik.     Tetapi  bagaimana   pula   dengan  perasaan  pembayar  cukai.    Tidakkah    perlakuan    sedemikian   rupa    telah   benar-benar  mengecewakan mereka?  Jika  peruntukan  beratus  juta  boleh  dilulus  dalam  tempoh  sesingkat  itu  tidak  mustahil  perbelanjaan  sebenar  boleh  berlaku  sepantas  kilat.

Yang  pasti  peristiwa  ini  akan   terakam  didada-dada  Akhbar  besok  harinya  dan  semua  golongan  rakyat  dapat  menatapnya.  Begitulah    juga   kepada    peminat-peminat   Sejarah  seluruh  dunia  dimana  maklumat  serupa  akan  diperolehi   melalui  portal-portal  berita  yang  terkenal.

Sudah   tiba   masanya  bagi  para  pengundi  membuat  penilaian   dan   bersedia    memberi    perhitungan  betul dan  tepat   pada  PRU  ke  13  nanti.   Bukti  yang  macam  mana  lagi  diperlukan  untuk Menolak mereka  daripada  terus   Bersultan  dimata  dan  beraja  dihati.


ROADSHOW PAKATAN YANG DIPERSIA

October 23, 2009

Pilihanraya  Umum  ke Dua belas   memberi  banyak  erti  serta  pengajaran  buat  rakyat  Malaysia.  Secara   khususnya  majoriti  pengundi  memilih  kepada  perubahan.   Kuasa  Memerintah  Barisan  Nasional  diParlimen  dikurangkan dibawah  2/3   manakala     Pakatan  Rakyat  diberikan  mandat  memerintah  beberapa  buah  Negeri   termasuklah  Negeri  Perak  Darul Ridzuan.

Malang  tidak  berbau,  genap  11  bulan   Pakatan   PAS-DAP-PKR   menerajui  Pentadbiran  Negeri   3    ADUN    berpaling  tadah.     Mereka  mengambil  keputusan  mengubah  selera  lantas    memberikan   majoriti   kepada  BN   bagi   tujuan   merampas  kuasa   diNegeri  Perak.     Pengorbanan   besar  yang  dibuat   oleh   Jamaluddin  dan  Osman   dengan   melepaskan   jawatan    berpengaruh  (EXCO)    adalah   sesuatu   yang   luarbiasa.

Pendokong  serta  penyokong  Pakatan  Rakyat  terus  teguh  dibelakang  pemimpin  bagi   mempejuangkan  hak   yang  telah  dicabul.     Didalam  beberapa   usaha  untuk  mendapatkan  kembali  Kuasa   beberapa  tuntutan  telah  dibawa   keMahkamah.    Rakyat  terus  memberikan  komitmen  dengan  beramai-ramai   hadir  keMahkamah   memberikan  sokongan.  Sampai  kehari  inipun  beberapa  Kes   yang  berkaitan  dengan  Kerajaan  Negeri  Perak  masih   belum  selesai.     Para  penyokong   ketepikan  segala   kepentingan  lain.    Demi  menebus  maruah,   mereka    sentiasa  berada  dibelakang  Pemimpin.    Apa  saja  yang  dianjurkan  oleh  pimpinan   mereka  tidak  akan  mempersoalkannya  malah    terus   setia    dan   bersedia  menurut.    Sewaktu  pemimpin  mereka  tidak  dibenarkan   masuk  keBangunan  SUK  Negeri  mereka  bersama-sama   menikmati  suasana  panas  terik dikawasan  itu.

Pakatan  Rakyat  terus  berusaha  dengan  mengumpul   Tandatangan seluruh  Rakyat  Negeri  Perak    dengan  harapan    pihak-pihak   yang   bertanggungjawab  tidak  memekakkan  telinga  terhadap   harapan   Rakyat  itu.  Aktiviti  ini  diikuti  pula  dengan  beberapa  siri  Roadshow yang  diadakan  dikawasan-kawasan   Dewan  Undangan  Negeri.   Bagaimana  susah  sekalipun   untuk  menganjurkannya  para  pendokong   dan   penyokong    tetap  cekal  menyempurnakan.   Jika  sekiranya  mereka  dikehendaki  melakukan  satu  pusingan  lagi  Roadshow tersebutpun  mereka akan  akur.

Kini  perkhabaran  yang  terbaru  yang  penyokong  dengar  kesemua  ADUN  Pakatan  Rakyat   telah  mengubah  fikiran  dan  menyatakan  akan  tetap  hadir    Persidangan  DUN  pada  28hb. Oktober  nanti.  Mereka  memberikan  alasan  teknikal bahawa  kehadiran  mereka  adalah  atas  jemputan  Sivakumar.   Dalam  pada  itu  ADUN  dari  Pakatan  telah  diperingatkan  supaya  jangan  membuat  kacau  manakala  Sivakumar   pula  telah  diminta  memulangkan  Jubah  Speaker  sebelum  tarikh  tersebut.

Walau  apapun  bunyinya   alasan,     mereka  sebenarnya  telah  membelakangkan  prinsip.    Mereka  akan  hadir  sebagai  satu  barisan  Pembangkang  yang  kuat.    Tidak   secara  langsung   mereka   mengiktiraf   Kerajaan  BN  yang  sebelumnya  begitu  lantang  mereka  katakan  haram.

Pengorbanan  serta  penat  jerih  yang  telah  dilalui  oleh   para  penyokong  dipersia-siakan  begitu  saja.  Selepas  pada  ini  percayalah  para  penyokong   yang  masih  ada   tidak  akan  begitu  mudah    menurut  saja  apa  yang  hendak  para  pemimpin   anjurkan.   Sudah  tentu  mereka  akan  tersedar  dari  lamunan   yang  selama  ini  mereka  telah  membuang  masa  dan  mengabaikan  lain-lain  tanggungjawab.

Saya  menulis  semua  ini  supaya  para  Pemimpin  Pakatan  Rakyat  dapat  berfikir  sejenak.     Apakah  yang  menjadi Priority mereka  sekarang. Bagaimana  mahu  dinilai  pengorbanan  para  pendokong  Parti  yang  telah  sekian  lama  mengharung  derita?      Dalam  Roadshow rakyat  diyakinkan  yang  BN  sedang  memerintah  Perak  secara  haram  itulah  sebabnya  Dewan  Undangan  Negeri  perlu  dibubarkan.   Tetapi  apabila  ADUN-ADUN  dalam  Pakatan  mengubah  keputusan  untuk  turut  hadir  Persidangan  pada  28hb    tidak  pula  ada  sebarang  penjelasan.


SEINDAH DAN SETEGUH “RAINFOREST”

October 21, 2009

Pohon  Hujan  Tropika   atau   Rainforest bukanlah   sekadar   pokok-pokok  besar  yang  tumbuh  didalam  hutan.   Alam  semulajadi  ciptaan  ALLAH Maha  Pencipta  ini  memiliki  khazanah   yang  tidak  ternilai.   Kawasan  bergunong   yang  dipenuhi  tumbuh-tumbuhan  ini   terdapat  juga   Air  Terjun  yang   menjadi  Pembekal  air  kepada    sungai-sungai   yang  kemudiannya  menyalur  kehilir  demi   keperluan  hidup  sejagat.    Didalam  isi  perutnya  juga  terdapat  berbagai    jenis  haiwan.      Mereka   berkumpul,  berusaha,   berkeluarga   dan    menjalani    kehidupan     dengan       aman  sesama  mereka.

Banyak  lagi  penemuan-penemuan  terselindung   dalam    Rainforest.    Butirannya    boleh   kita   perolehi   melalui   Encyclopaedia,   Journal serta  kajian-kajian  tentang  hubung  kaitnya  dengan  kehidupan  manusia  oleh  Pengkaji  Belantara  yang  tersohor.

Cerita   diatas    bolehlah  dianggap  sebagai  satu  cetusan  semata.     Alangkah  baiknya  jika   Idea  ” Rainforest”  ini   dapat  dijadikan   bahan   rujukan   serta   perbandingan  oleh   para  Pemikir   PKR   dalam   Konvensyen    yang   bakal   mereka   adakan.     Semua  kita  mahu  melihat    Pakatan  Rakyat  yang   tidak  berapa    lama  lagi   akan  didaftarkan  sebagai  sebuah   gabungan   Pertubuhan  Politik   benar-benar   boleh   “Stand Tall” dikalangan  Parti-Parti  lain  dalam  negara.

Untuk   mentadbir  sesebuah  negara  kita  tidak  hanya  mahu  dilihat besar  dan  hebat.    Pengisian  dalamannya  perlu  kental  dan  berdaya  tahan.  Kita  boleh  saja   menubuhkannya   seperti  membina  sebuah  Rumah  Banglo  yang  tersergam.  Dari  luar   ianya  dilihat   “solid”  tetapi    yang  berada  didalamnya  dipisah  melalui  pemberian    masing-masing  bilik.    Penghuni  setiap  bilik   boleh  berbuat  apa  saja  mengikut   budaya  mereka  sendiri.    Sebarang  masaalah   yang  timbul   dikalangan  penghuni  bilik  berkenaan  hanya  boleh  diselesaikan  oleh   mereka  sendiri  walaupun  ianya   boleh  memberi  akibat  buruk  kepada  penghuni  lain.     Mereka  yang  berada  dibilik-bilik   lain   sama  sekali  tidak  dibenar    masuk  campur.   Walaupun  demikian  mereka   tetap   tidak  mahu  dilabel   sebagai   marriage   of  convenience.

Jika  Pakatan  Rakyat      akhirnya     berjaya   membentuk   satu  persetujuan  mirip    Banglo tersebut   maka  tidak  dapat  tiada    mereka  akan  tetap  dikatakan  meniru   dan   bersedialah   menanggung  akibat  yang  serupa.    Pakatan  sedemikian  telah  lama  ujud  disini.  Walaupun  ada  berbagai  masaalah    pada  setiap  bilik    dalam   Banglo  Mewah  tersebut   tetapi     diluar  mereka  masih  mampu   mempamerkan  yang  baik-baik  saja.  Jika  ia  boleh  diibaratkan  sebagai  Bom  Jangka,   saat-saat  untuknya  meletup  adalah  anytime.

Pakatan  Rakyat  perlu  mengelak   daripada  terjadi  sedemikian  rupa.  Jika  satu-satu  formula yang  berkesan  masih  belum  diketemui  kita  tidak  perlu  terburu-buru  untuk  merealisasikannya.      Didalam   beberapa   keadaan  “persefahaman”  yang  sedang  kita  nikmati  ini  jauh  lebih  baik  daripada  mereka  yang  telah  seasoned itu.

Akhir  sekali,  apa  sahaja  keputusan  atau  ketetapan  yang  kita  buat  dihari  ini   akan   diwarisi  oleh  generasi-generasi  kita   disuatu  masa  nanti.   Kita  perlu  menyediakan    bekalan  yang   sempurna   lagi   tepat    supaya   tidak   ada  sesiapapun  dikalangan  kita  yang   akan   merasa  kecewa.


PERUBAHAN ITU SATU KEHENDAK

October 18, 2009

Dalam  kehidupan  ini  tidak  ada  sesiapa   (makhluk)   yang  dapat  menyekat  perubahan.  Jika  kita  tidak  mahu  berubah, tunggulah  saat  dan  ketikanya  yang  kita  akan  diubah.  Seorang  bayi  yang  dilahirkan  oleh  ibunya  akan  segera  mengalami  perubahan  dari  hari   pertama.  Malah  setiap  detik  dapat  kita  perhatikan  yang  perubahan  berlaku  keatasnya.  Daripada  menangis  ta`  tentu  pasal  kepada  senyum  ta`  kira  masa.    Daripada  terlentang  kepada  meniarap,  merangkak,  berdiri  dan  seterusnya  berjalan.

Dengan  yang  demikian  apa  yang  UMNO  lakukan  baru-baru  ini  bukanlah  satu  perkara   yang  sangat   hebat.     Apabila  keahlian  telah  meningkat  keangka  jutaan ta`kan  untuk  membuat  satu-satu  keputusan  masih  lagi  ditangan  seorang  dua  pemimpin  sahaja.    Tidak   sepatutnya   setelah  keahlian  mencecah  ke  3.4 juta  baru  disedari    peraturan  yang  sedia  ada  sudah lapok . Baru  mahu  membuka  ruang  supaya   setiap  ahli  menentukan  halatuju  parti  seterusnya.  Cakap-cakap  kedai  kopi nya    apabila  rakyat  buat  kejutan  pada  PRU  12  baru    ternampak   ada kepincangan.

Tulisan  kali  ini  bukan  bertujuan  memperlekeh  sesiapa.  Updating kehendak-kehendak   berpesatuan   adalah  satu  keperluan.  Setiap  peraturan  perlu  mengikut  peredaran  masa.    Kepada  lain-lain  yang   sealiran  yang   teruja dengan  apa  yang  hendak  UMNO  buat  ini  boleh  saja  mencontohinya.  Tidak  perlu  kepada  khidmat  Gendang Raya.

Saya  sangat  bersetuju  dengan  ulasan  dari  pimpinan  Parti  PAS yang  mengatakan  perubahan  yang  hendak  dilakukan  oleh  UMNO  itu    tidak   sedikitpun  merisaukan  mereka.    Perubahan  sebenar  yang  dituntut  adalah  dari  dalam. Ada   kelengkapan   sekuat  kereta kebal sekalipun  tidak  akan  berguna  selagi  jiwa  tidak   ikhlas.     Lihat  sahaja  apa  yang  telah  terjadi  diNegeri  Perak.     Hak  rakyat  memilih  Penguasa  telah  dicabul.   Tidak  bersedia  akur  kepada  kehendak  rakyat  lantas   lain  jalan  dicari.

Melakukan  perubahan-perubahan  diatas  kertas  tidak  akan  membawa  kita  kemana-mana.      Kerja  tindas  menindas   yang  selama  ini   telah  menjadi  amalan  ta`  kan  boleh  hapus  semudah pinda  perlembagaan. Memikirkan  akan  kebenarannya  kata-kata  ini  teringat  saya  kepada  perumpamaan  Inggeris  yang  berbunyi   Old  Habits  Die  Hard.     Saya     tidaklah   juga    hendak    memperkecilkan  usaha-usaha  UMNO  untuk  berubah.    Yang  saya  tidak  percaya  ianya  tidak   boleh   berlaku  secepat   kehadiran  PRU  ke  13.  Kita  lakukanlah  perubahan-perubahan  yang  sepatutnya  dan   yang  selebihnya  serahkan   kepada  Allah  Yang  Maha  Berkuasa.


JANGAN TERIKUT RENTAK

October 15, 2009

UMNO  sedang  bersidang  diPWTC.    Presidennya  sedang  menyampaikan  Ucapan  Dasar.   Saya  tidak  perlu  tertonggok  didepan  TV  kerana   dalam     masa  yang  singkat  saja    butiran   yang   diluah  oleh   Presiden   Najib  akan  diulas  oleh  Media  Massa   dan  mahu  ta`  mahu  kita  akan  dengar  juga   apa  yang  beliau  katakan.    Lagipun  kita  sudah  boleh  agak   apa  yang  dia  nak   kata.   Kemenangan  besar  diBagan  Pinang  tentulah    salah  satunya  yang  membingit  dewan.

Sewaktu  menyusuri  beberapa  Blog  pagi  ini  saya  terlintas  kepada   satu   Artikel  oleh  Harakahdaily  perihal   AMK  Parti  Keadilan  Rakyat  meminta  Kerajaan  menubuhkan  Badan  Penyiasat   supaya   semua  perolehan   yang   dimiliki  oleh  KJ   disiasat.   Sama  ada  beliau  mendapat  habuan  dalam    projek  besar   (skandal)   PKFZ   dan    yang    menyebabkan  kontraktor-kontraktor  lain  tidak   berpeluang,   pengumpulan   harta  diluar  negara  dan  sebagainya.

Saya  percaya   suara  ini  timbul  kerana  baru-baru  ini  KJ  mahukan   tuduhan   pemilikan  RM  3  billion  Anwar  disiasat   kembali.   Dengan  kata  lain  “membuka  failnya  semula”.     Bagi   saya   ini  semua   bersangkut  dengan  “polical  mileage”  orang-orang  tertentu.  Pihak  berkuasa  tidak  mungkin  mahu  memandang  berat  keatas  desakan  AMK  ini.

Daripada  membuang  masa  mendesak  itu  dan  ini  adalah  lebih  baik    Pimpinan  AMK  menumpukan   sepenuh   perhatian  dan  mengembeling  seluruh  tenaga  yang  ada  bagi  menyusun  perancangan  dan  strategi  bagaimana  hendak  menawan  Sarawak  dalam  Pilihanraya  Negeri   yang   boleh  berlaku  pada  bila-bila  masa  sahaja  dari  sekarang.

Kita  sepatutnya  faham  memang  BN  mahukan  kita   melayan  perkara-perkara  tersebut  kerana  apabila  kita  asyik   mendesak    kita   akan    lupa  kepada   perjuangan  sebenar   dan    kehendak    rakyat   yang  menyokong Parti  kita.

Saya  tidak    setuju  tenaga   muda  berdinamik  yang  kita  miliki  tidak   dimanafaat  sepatutnya.   Mendesak  supaya    tindakan   dikenakan   kepada  orang-orang  yang  sedang  berkuasa  tidak  akan  mendatangkan    sebarang  hasil.   Kita  akan  lebih  dilihat  seperti  anjing menyalak bukit saja.

Parti  Keadilan  Rakyat   adalah  sebuah  Parti  Politik   yang  sedang  mendapat  kepercayaan  sebilangan  besar  rakyat  negara  ini.  Kita   perlu  kepada  sokongan  rakyat  yang  berterusan  supaya  cita-cita    untuk  membawa  Perubahan akan  terlaksana.

Jangan  kita  membuang  masa  lagi.   Biarkan  mereka    membina  kekayaan  dan  terlupa  kepada  tanggungan.  Yang  paling  penting  jangan  terikut-ikut  kepada  rentak  tari  mereka.


MANA KEMENANGAN BESARNYA?

October 12, 2009

Pilihanraya   Kecil   Bagan  Pinang  sudah  berlalu.    Pilihanraya  yang  paling  pintar  lagi   terkedepan   “advanced” dalam  sirinya  semenjak  post-PRU  12.    Walaupun  tarikh   (hari)   mengundi  sebenar   telah  ditetapkan  pada  11hb  Oktober  sejumlah  besar    pengundi   sudah    MENGUNDI  DULU  pada  8hb  &  9hb  Oktober.    Hasil   dari  Undi  Cara  Pos   iaitu  sebanyak  30.00  %  daripada  keseluruhan  undi  telah  dibolot  oleh  UMNO/BN.   Jadi  pada   hari  mengundi  sebenar  (proper)  UMNO/BN  hanya  memerlukan  21.10  %  sahaja  lagi  dari baki  70 %   keseluruhan  pengundi  berdaftar  untuk  mencapai  kemenangan  mudah.

Para  pengundi  Atas  Pagar    memahami   cara   formula  diatas   dimana  tanpa  undi  dari  merekapun   UMNO/BN    boleh   mencapai  kemenangan  juga.   Mereka  mengambil  keputusan  untuk  sama-sama    menyokong   pemenang   buat  kali  ini.  Sesungguhnya  apabila  UMNO/BN  mencapai  kemenangan  begini  besar  mereka   tidak  akan  mengambil  kira  lagi  untuk  mengkaji  sokongan  terhadap  mereka.  Mereka  akan  terus  menerus  “celebrate”  kejayaan  tersebut .   Sebagai  contoh  media  massa  mereka  Radio/TV  masih  lagi  memperkatakan   perihal  kemenangan  tersebut  macam  orang  yang  ta`  pernah  menang.  Berdasarkan  pandangan  diatas  dimana  duduknya  perkataan  “Menang  Besar” itu?

Kepada  penyokong  Pakatan  Rakyat  khususnya  Parti  PAS  janganlah  merasa  gusar.  DiPRK  Bagan  Pinang  ini  Parti  PAS  tidak  kalah  cuma  tidak  berjaya  merampasnya  saja.    Kejayaan  UMNO/BN    adalah  ibarat  “salin  tikar”  saja.    Kita  misti  optimis  pada  PRU  ke  13  nanti   keseluruhan   kerusi  DUN  dalam  Parlimen  Telok  Kemang   akan  jatuh   kepada  Pakatan  Rakyat.  Untuk  makluman  pada  masa  sekarang  inipun   Pakatan  sudah   memiliki  3/5    Kerusi  Dewan  Undangan  Negeri    dalam   Parlimen   Telok   Kemang.

Kepada  para  petugas  yang  telah  kembali  ketempat  masing – masing  ucapan  terima  kasih    dari  Blog  ini  diatas  kesungguhan  yang  diberi  semasa  diPort  Dickson.