DUN KOTA SIPUTEH : MENGAPA SAMPAI TERPAKSA KENA MERAYU

Kerusi  DUN  N. 3  Kota  Siputeh  diistihar  oleh  Mahkamah  sebagai  Kosong  pada  16 November  2009.     ADUN  terakhir  ialah  Datuk  Abu  Hassan Sarif  dan  beliau  bukanlah  orang  baru  sebagai  ADUN.     Tidak  ada  alasan  untuk    beliau  tidak  tahu  adanya  Peruntukan Undang-Undang mengenai  kehadiran  Ahli  Dewan   yang  terkandung  dalam  Undang-Undang  Tubuh  Negeri  Kedah.  Beliau  adalah  seorang  Penggubal  Undang-Undang  diDewan  Undangan  Negeri   itu  sendiri.  Tambahan  pula  beliau  mewakili  sebuah  Parti  yang   sangat   ternama  dan established.

Sebagai  rakyat  biasapun  sekiranya  menghadapi  pendakwaan/pertuduhan  diMahkamah  kita    sama  sekali  tidak  boleh  memberikan    alasan  tidak  tahu Undang-Undang   terhadap  Kes  yang  didakwa.    Setiap   kita  wajib    mengambil  tahu   perkara  yang  bersangkut  paut  dengan  Undang-Undang.  Lagipun  tidak  ada  sesiapapun   Above The  Law.

Begitu  jugalah  dalam  Kes   ADUN  Kota  Siputeh  ini.    Beliau  sepatutnya   akur  kepada  keputusan  Mahkamah   dan  beri  peluang  kepada  orang  lain  yang   mampu   memberi   sepenuh   komitmen   terhadap  tanggungjawab  serta   sentiasa  bersedia  memberikan  perkhidmatan  terbaik   untuk   masyarakatnya.

Memang  betul  ada  avenue dimana  beliau  berhak  mengemukakan  rayuan  terhadap  keputusan  Mahkamah  tersebut.  Itu  adalah  hak  mutlak  peribadi  beliau.    Dimana  pula  keadilan  untuk     para  pengundi?     Mengapa   mereka  perlu  menunggu    satu  tempoh  yang  ta`  dapat  dijangka    untuk   Kerusi  tersebut  berpenghuni  kembali.   Jika  tidak  ada   sebarang  rayuan   sudah  pasti   selewat-lewatnya  dalam  tempoh  2  bulan   sahaja  penduduk  Kota  Siputeh  akan  menerima  Y.B.  baru.

Setiap  yang  merayu  mempunyai  alasan   tersendiri.    Ada  yang  mengatakan  Pilihanraya  Kecil  jika  diadakan   akan    merugikan  rakyat   juga     kerana    urusan   mengendalikan  satu-satu  Pilihanraya  itu   memerlukan   satu  perbelanjaan  yang  sangat   besar.      Tidak  dinafikan  kebenaran  kata-kata  itu.   Berbalik  kepada  peristiwa    bagaimana    boleh  berlakunya  kekosongan,    bukankah   ianya  akibat  dari   sikap  yang  tidak  bertanggungjawab  seseorang.    Apakah   perbuatan  ini    tidak  merugikan  rakyat?

Amalan  demokrasi  sangat  segar  dalam  negara  ini.   Setiap  orang  mempunyai  hak  dalam  Undang-Undang  dan  ini  termasuklah  kelebihan  untuk  membuat  rayuan   hingga  keperingkat  paling   Atas  (Mahkamah  Agong).  Jika  perkara-perkara  kecil  seperti  wajib  kehadiran ini   dipatuhi    masa-masa  yang  berharga  dapat  diselamatkan  daripada  ia  dihabiskan  semata-mata   untuk   naik   turun   Mahkamah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: