USM SERIOUS MEMERTABAT PENGAJIAN KESUSASTERAAN

February 25, 2014

Ahmadzawawi's Weblog

Maklumat yang diperolehi semasa menghadiri Seminar Kesusasteraan Kali Ke 6 sebentar tadi ialah Kurikulum bagi Pengajian Kesusasteraan PPJJ USM mulai 2014/2015 dinaikan ke 120 unit (credit hour). Tambahan 20 unit itu adalah bagi kursus “Penulisan Kreatif”. Dalam kata lain disamping memperolehi segulung Ijazah, para graduan bidang Kesusasteraan juga berkebolehan menjadi Penulis terkenal  yang mampu menghasilkan puisi, cerpen, novel dan sebagainya.  Secara tidak langsung pengajian  bidang kesusasteraan di USM akan menjadi pilihan utama.

Bercakap tentang pengisian Seminar, para pelajar bidang Kesusasteraan yang  hadir dapat mempelajari suatu perkara baru hari ini. Kertas Kerja bertajuk Pengarang dan Kepengarangan yang disampaikan Prof. Madya  Dr. Mawar Shafei didapati cukup bertenaga, mudah difahami dan mampu menjadi panduan serta merta. Kepakaran Dr. Mawar mengolah juga mendapat sambutan luar biasa daripada  mahasiswa PPJJ yang hadir.

Bidang pengajian  kesusasteraan di Institusi Pengajian Tinggi akan lebih berkembang maju sekiranya lebih ramai Dr. Mawar dilahirkan. Sebagai penulis blog saya mengucapkan berbanyak…

View original post 38 more words


KELAB PEMINAT PERAK : LEBIH SUDU DARI KUAH

February 20, 2014

Pasukan Bolasepak Perak tidak konsisten

Ahmadzawawi's Weblog

Saya  terpanggil  untuk  mengucapkan  Syabas  kepada   Peminat-Peminat  Bolasepak  Negeri  Kelantan.   Mereka  kesal  dengan  apa  yang  berlaku  diBukit  Jalil  disamping  faham diatas  kekecewaan  segelintir  peminat  ketika  itu.   Mereka  mahu  bertanggung  jawab   lantas    menganjurkan  Kutipan  Derma   bagi  membantu    Pengurusan  Bolasepak  Negeri    sedaya  mungkin   agar  pembayaran  Denda  yang  dikenakan  FAM  dapat  diselesaikan  segera.

Persatuan  Peminat  diNegeri  Cik  Siti  Wan  Kembang  ini  tidak  sanggup  berputih  mata.  Mereka  mahu  pasukan  kesayangan   terus  bertarung  diMusim  hadapan.  Bagi  mereka  memelihara  maruah  Bolasepak  dan  maruah  Negeri  adalah  tanggungjawab   yang  perlu  dipikul  bersama.   Usaha  murni  (kutipan  derma)  yang  sedang  rancak  dikelola  oleh  pihak  Persatuan  Peminat   Negeri  Kelantan  ini  sepatutnya  dicontohi  oleh  Persatuan    lain.

Malang   sekali    perkara  sebegini  tidak  berlaku  diNegeri  Perak.   Negeri  yang  selama  ini  begitu  gah  dalam  kancah  bolasepak  negara  hanya   mampu   menghitung  kenangan.    Persatuan  Peminatnya  telah  keluar  dari  landasan.   Persatuan  yang  dipimpin  oleh  Sdra  Jamil  ini  sudah …

View original post 334 more words


USM: Universiti Seberang Laut (Penang)

February 14, 2014

Hampir sebulan berkampong disini.  Kini sampai masa untuk pulang.  Rakan-rakan  yang pulang ke Sarawak sudahpun sampai di Kucing.  USM terletak dipulau  dan untuk  sampai kesini perlu menyeberangi laut.  Suasana dan tempat belajar sangat  menyenangkan. Dua buah Tugasan telah dapat disiapkan   disini.   Apabila kembali hanya menumpukan final (PA) saja.

Sesiapa yang ingin mendalami ilmu kesusasteraan perlu segera mendaftar  kerana  mulai  Intake 2014/15  mata pelajarandalam kursus tersebut akan dipertingkat iaitu dengan penambahan 20 unit jam kredit.  Kalaupun  tak boleh jadi Sasterawan para pelajar mampu menghasilkan suatu penulisan setidak-tidaknya menerbitkan siri-siri cerpen.

Saya disini tidak mengejar nombor keramat 41.  Saya sudah lama bersara. Saya berada disini sekadar mencari kepuasan diri kerana pada usia-usia awal tidak ada peluang.  Terima kasih USM. Terima kasih Malaysia yang mengzahirkan Pengajian Sepanjang Hayat.


SUNGAI BAYOR : Bila Rindu Ku Sebut Namamu

February 9, 2014

Ahmadzawawi's Weblog

Sebuah  lagu  ciptaan  Datuk  Ahmad  Nawab  bertajuk   Bila  Rindu  Ku Sebut  Namamu telah  menjadi  Juara  Lagu  dalam  pertandingan  anjuran  TV3.    Lagu  tersebut  dinyanyikan  oleh  Siti Fairus.  Sebuah  adunan  muzik  yang  begitu   mendayu   dan  disempurnakan    (perfect)   lagi  dengan  susunan  lirik  yang  hebat  oleh   Juwie.

Diantara  liriknya :    Tanpa   kusedar….Aku  tersebut  namamu

Mengapakah   dengan  tiba-tiba….Akupun  menjadi  rindu

2.      Lagu  ini  tiada  kaitan  langsung  dengan  Sungai  Bayor.    Saya  mahu  membayangkan  kepada  para  pembaca  betapa   sayunya   saya  dihari   ini  apabila  terkenangkan   tempat  tersebut.   Saya  berkhidmat  disini     selama   tujoh  tahun  (1971-1978)   sebelum  diarah  berpindah   keSitiawan  bagi  melaksanakan   bidang  tugas  yang  lebih  mencabar.

3.      Saya  mula  kenal  persahabatan  diSungai  Bayor.   Dalam  usia   yang  masih  mentah   saya  diberi  kepercayaan  memimpin  golongan  Belia  dan   Belia-Belia  diSungai  Bayorlah  yang  mengangkat  saya  sehingga  saya  dipilih  sebagai  Ahli  Jawatankuasa  diPeringkat  Negeri. Disini  jugalah  saya  mula  berjinak  dengan  kegiatan  politik.    Saya  tidak …

View original post 75 more words


“THE WORLD IS WATCHING” Bukan Nak Tunjuk Pokok

February 8, 2014

Ahmadzawawi's Weblog

Sepintas  lalu  keruangan  Akhbar Online  terbaca  oleh  saya  satu  berita dalam  Utusan Online  pada  jam  4.49ptg   memuatkan   keluhan  Zambry  tentang  apa  yang  berlaku  didepan  bangunan SUK  semalam.

Menurut  beliau  Pakatan  sengaja  rancang  untuk  bersidang  dibawah   pokok  untuk  memalukan  negara  dimata  dunia.  Sebagai  bukti  katanya  lagi  poster-poster  “The World is Watching”  telah  tersedia  lebih  awal lagi.

Ta`  tahulah  apa  nak  cakap   pada  orang  macam  dia  ini.   Jadi  kita  ambil  fahamlah  bahawa   walaupun  seseorang  itu  terpelajar  tidak  bererti  dia  tahu  semua.  Dia  sebenarnya  tahu  sikit  sahaja,  banyak  yang  dia  tidak  tahu.  Tapi  dia   mampu  pamer  yang  dia  tahu  semua.

Untuk  meleraikan  kekusutan  dimindanya  baiklah  kita  tolong  jelaskan  apa  sebenarnya  yang  berlaku.  Untuk  makluman  umum  Kompleks  SUK  sejak  dari   2 Mac  lagi  telah  ditutup  dan  tertera   Notis  meminta  orang  ramai  tidak  datang  berurusan  pada  3 Mac.  Jadi  poster  “The World is Watching”  itu  adalah  untuk tunjuk  kepada  dunia  diMalaysia  ini  ada  pejabat (tempat…

View original post 79 more words